CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NHSMUM

CERPEN: Setia Itu Menyakitkan

[Copy link]
Post time 4-8-2015 07:01 PM | Show all posts
Damon_Salvatore replied at 4-8-2015 05:23 PM
Don't even try to be loyal.. cuz setia itu memang menyakitkan..

mamat tinggi ni. Tkyah bercinta.beh citaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2015 08:48 AM | Show all posts
Esmiria replied at 4-8-2015 07:01 PM
mamat tinggi ni. Tkyah bercinta.beh citaaaaaaaaaaaaaa

tak kan xde can langsung kowt damon nak bercinta?? love is fun,u know.. u can break the other person's heart, and heartbreak is fun.. cuz it'll remind you all the reason why u shoudnt be in a relationship in the first place..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 08:53 AM | Show all posts
Damon_Salvatore replied at 5-8-2015 08:48 AM
tak kan xde can langsung kowt damon nak bercinta??  love is fun,u know.. u can break the other ...

x baik mainkn hti org....mu ni jnis touch n go ke.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 11:44 AM | Show all posts
Esmiria replied at 5-8-2015 08:53 AM
x baik mainkn hti org....mu ni jnis touch n go ke.

haha.. bukan Touch and Go.. lame sgt.. smarttag la.. kejap sikit.. xyah lame2.. kurang sikit sakit hati nie kalau kejap.. kalau lame, bertambah sakit plak nnti..  
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 12:21 PM | Show all posts
Damon_Salvatore replied at 5-8-2015 11:44 AM
haha.. bukan Touch and Go.. lame sgt.. smarttag la.. kejap sikit.. xyah lame2.. kurang sikit sakit ...

Eii.. aku sakit hti lak tgok nick tt ni.apa mksudnya? tt ni pun stu.tak  berhapdep!
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2015 12:31 PM | Show all posts
Esmiria replied at 5-8-2015 12:21 PM
Eii.. aku sakit hti lak tgok nick tt ni.apa mksudnya? tt ni pun stu.tak  berhapdep!

Well, i dont mind being a bad guy.. Bad guy lives happier.. no attachments, no feelings, no pain and most importantly, no heartbreaks..  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2015 04:10 PM | Show all posts
Damon_Salvatore replied at 5-8-2015 12:31 PM
Well, i dont mind being a bad guy.. Bad guy lives happier.. no attachments, no feelings, no pain a ...

interesting point if view... good gor u @Damon_Salvatore...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2015 04:27 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 6-8-2015 04:10 PM
interesting point if view... good gor u @Damon_Salvatore...

Well, i aim to please.. Thanks..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2015 05:20 PM | Show all posts
Damon_Salvatore replied at 6-8-2015 04:27 PM
Well, i aim to please.. Thanks..

you are most welcome...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 07:56 AM | Show all posts
Selamat pagi semua....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2015 02:33 AM | Show all posts
Part 15

“Assalamualaikum, Zaf. Hari ni dah masuk sebulan awak tinggalkan saya. Tinggalkan kami semua. Saya rindukan awak, Zaf. Rindu sangat. Saya tak boleh persoalkan kenapa awak tinggalkan saya. Saya terima kenyataan kalau awak dah tinggalkan saya. Allah lebih sayangkan awak, Zaf.” Teresak-esak Adellya meluahkan rasa di hati.

“Zaf. Semalam, Hareez ada bagitahu saya kalau dia cintakan saya. Macam kelakar pula. Lepas tu, dia bagitahu kalau dia cemburu awak dengan saya. Entah apa-apa lah dia tu. Kalau dah tak nak dekat si Eleena tu, tak payahlah buat alasan mengarut macam tu kan. Terus terang jelah macam dia bagitahu saya sebelum ni.” Adu Adellya. Adellya diam sebentar sebelum menyambung balik kata-katanya.

“Saya tahu kalau dia menyesal. Dan saya tahu kalau luahan dia semalam tu semua ikhlas. Tapi, saya tak tahu kenapa, saya langsung tak boleh nak terima penjelasan dia. Dia keliru? Sebab saya jauh dari dia? Macam tak logik. Kalau sekarang ni pun dia cakap yang dia dah memang tak cintakan saya lagi, saya masih boleh terima, Zaf. Sebab cinta saya untuk dia, langsung tak ada. Dah pupus. Kosong. Sikit pun tak tinggal. Cinta saya, awak dah bawak pergi jauh. Macam mana saya nak bagi dia peluang?” Makin laju air mata mengalir. Sungguh dia terseksa merindui Zafran. Hanya mampu meluahkan.

Cinta dia, tiada lagi untuk lelaki lain selain Zafran. Hareez juga, tidak mampu mengembalikan rasa cinta itu, walaupun beribu kali pun suaminya merayu.

Disebalik pokok yang berhampiran kubur Zafran, Hareez hanya mampu berdiri kaku mendengar setiap luahan Adellya.
Begitu hebatkah Zafran sehingga isterinya itu dulu, begitu cintakan dia sekarang beralih arah? Memang tiada langsungkah cinta Adellya buat dia? Inikah balasan yang harus dia tanggung setelah banyak luka yang dia hadiahkan kepada Adellya?

******************************************
“Reez, dah jumpa Adel?” Soal Encik Hisyam.

Hanya anggukan menjadi jawapan kepada soalan Encik Hisyam. Dia tiada tenaga untuk membuka mulut. Kaki melangkah menaiki tangga.

Encik Hisyam hanya memandang anaknya dengan keluhan kecil. Dia sudah buntu. Tidak tahu macam mana lagi dia ingin membantu anaknya. Adellya sekarang sudah payah untuk ajak berbincang sejak Zafran meninggal.

Salah anaknya juga. Dulu bukan main payah bila Adellya ajak duduk berbincang. Sekarang, bila giliran Adellya buat hal, tahu pening kepala.

********************************************
Pintu bilik ditutup. Kaki melangkah mendekati meja kerjanya. Laci pertama ditarik. Kotak kayu sederhana berwarna hitam ditarik keluar dari laci tersebut.

‘Kisah Kita’

Ukiran di kotak kayu digosok lembut. Perlahan-lahan Hareez membuka kotak itu. Semua kenangan, gambar dirinya dan Adellya tersimpan kemas di dalam kotak itu. Malah cincin perkahwinan dia dan Adellya juga tersimpan kemas di dalam kotak tersebut. Cincin di bawa keluar. Masih segar di ingatannya saat hari perkahwinan mereka berdua. Akad nikah. Majlis yang berlangsung dengan meriahnya.

Ya Allah, mengapa begitu mudah dia melupakan segala janji yang telah dia tuturkan? Mengapa begitu mudah dia mempermainkan ikatan hubungan suci ini?

Kemudian, gambar candid Adellya tersenyum di bawa keluar. Sudah lama dia tidak melihat Adellya tersenyum bahagia seperti ini. Kali terakhir saat si isteri bersama, Zafran. Hareez hanya mampu mengeluarkan ketawa sinis. Sudah tiada gunakah dia ini? Sudah tidak mampukah untuk dia membuat Adellya tersenyum kembali seperti ini?

“Maafkan abang, Adel.” Air mata gugur dengan begitu mudah sekali.

“Apa yang abang perlu lakukan untuk mendapatkan balik cinta Adel? Kebahagiaan kita yang dulu?” Sayu suara Hareez meminta walaupun Adellya tidak mampu mendengar.

**************************************
Suasana di ruang tamu sunyi sepi. Entah apa yang ingin dibincangkan oleh Encik Hisyam. Walaupun kakinya berat untuk melangakah duduk di dalam satu ruang dengan Hareez, Adellya ringankan juga kakinya itu. Mahu mendengar hal yang ingin dibincangkan oleh ayah mertuanya itu.

“Ada apa Ayah panggil kitorang?” Soal Hareez.

“Ayah nak bincangkan mengenai hubungan korang.” Jawab Encik Hisyam serius. Puan Iman hanya memilih untuk  mendiamkan diri di sebelah suaminya itu.

“Maksud ayah?”

“Kamu tak faham lagi ke? Kamu tak nampak hubungan korang berdua ni dah makin teruk ayah tengok. Dulu, ayah dan ibu diamkan diri dan memilih untuk tak nak masuk campur, sebab kami fikir korang akan selesaikan hal korang dengan cepat, dengan baik. Tapi, sejak Zafran meninggal, makin teruk pulak ayah tengok. Adel ke barat. Kamu pulak, Reez, ke timur.” Keluhan berat dilepaskan. Melihat anak menantu hanya mampu mendiamkan diri.

“Reez, Adel. Ayah tak nak hubungan kamu berdua menjadi teruk macam ni. Ayah dengan ibu tak pernah doakan kamu berdua berpisah. Tapi, kalau memang betul korang langsung tak nampak sinar kebahagiaan dalam perkahwinan korang, berpisah adalah penyelesaiannya.”

“Ayah!”

“Abang!”

Serentak Hareez dan Puan Iman menjerit. Adellya hanya terkejut dengan kata-kata Encik Hisyam. Tidak sangka Encik Hisyam akan mengeluarkan kat-kata tersebut.

“Ayah, nak Reez berpisah dengan Adel? Ayah dah tak sayangkan Reez ke sampai ayah sanggup mintak Reez hancurkan masjid Reez sendiri?” Perlahan Hareez menyoal Encik Hisyam.

“Reez, hanya itu yang ayah nampak untuk selesaikan masalah kamu berdua ni. Apa lagi yang kamu harapkan kalau kamu dah tak cintakan Adel, dan Adel tak cintakan kamu?”

“Siapa cakap Reez tak cintakan isteri Reez? Reez cintakan Adel. Dan Reez tak akan berpisah dengan Adel. Itu keputsan muktamad Reed.”

“Tapi, I dah tak cintakan you, Hareez. Dan apa yang ayah cakapkan tu betul. Baik kita berpisah saja.” Suara Adellya kedengaran setelah lama mendiamkan diri. Dan kata-kata yang keluar dari mulutnya itu mampu membuat Hareez dan yang lain terpaku.

“Adel,” Panggil Puan Iman sambil kaki melangkah mendekati Adellya.

“Adel dah fikir masak-masak ke?” Soal Puan Iman perlahan. Menginginkan kepastian daripada menantunya itu.

“Adel dah fikir. Adel tak mampu nak terima Hareez macam dulu lagi. Adel dah maafkan Hareez tapi, I’m so sorry Reez, I still tak dapat nak terima you.”

“Adel, you cakap you dah maafkan I, tapi kenapa you nak berpisah dengan I?” Kolam mata Hareez mula bergenang. Sungguh dia tidak sanggup untuk berpisah dengan isterinya.

“I maafkan you tapi tak semestinya I akan terima you semula, Reez. Dalam hati I nama you dah lama hilang. Dalam hati I hanya Zafran. I minta maaf kalau pengakuan ini buat you terluka dan kecewa. I tahu sebagai seorang isteri berdosa mencintai lelaki lain selain suaminya sendiri. Tapi, perbuatan dan kata-kata you yang membuatkan hati I berpaling untuk mencintai yang lain.”

Pengakuan Adellya membuatkan lututnya lemah. Begitu terukkah dia sehingga Adellya tidak mampu menerima dirinya kembali? Dia memandang wajah ibu dan ayahnya. Mampukah dia untu menunaikan permintaan Adellya?

“I merayu dengan you, Reez. Lepaskan I. Itu je yang I mintak dengan you. Dan kita mulakan hidup baru.”

“You betul-betul nak berpisah dengan I?” Soalan Hareez dibalas dengan anggukan Adellya.

Ya Allah, bantulah hambaMu ini, Ya Allah.

“Ayah, ibu…”

***********************************************
Masih terngiang-ngiang lafaz cerai yang dia lafazkan beberapa jam yang lalu di depan hakim. Ya, dia membuat keputusan untuk melepaskan Adellya.

“Selepas ni, I harap you akan bahagia dengan kehidupan you selepas ni Adel. Maafkan I kerana telah lukankan hati you yang telah setia dengan I. I mintak maaf.” Ucap Hareez.

“I dah maafkan semua kesalahan you. I doakan semoga you dapat wanita yang you cintai. And, Hareez, I nak mintak maaf dengan you dari hujung rambut sampai hujung kaki atas semua salah silap, dosa I terhadap you. Dan halalkan segala makan minum I. Assalamualaikum, Kapten Hareez.” Kaki melangkah untuk pergi, pergi meninggalkan kenangannya bersama Hareez.

“Adel!”

Sepasang kakinya berhenti saat namanya diseru. Untuk berpaling kembali jauh sekali. Walaupun perpisahan yang dimintanya, perasaan sedih itu tetap ada dalam dirinya kerana perkahwinan yang diharap bahagia hingga ke Jannah tidak kesampaian.

“If one day, kita berjumpa kembali, you and I still sendiri, I nak kita kembali bersama. Sebab I yakin you adalah jodoh yang Allah tetapkan untuk I. Mungkin, Dia nak kita berpisah untuk sementara waktu, memberi ruang kepada kita untuk berfikir kembali. Doa I, I harap you bersendirian sampai pertemuan kita nanti.” Pinta Hareez dengan doa di hati, semoga Allah kekalkan Adellya sebagai jodohnya.

Air mata yang mengalir laju dipipinya dibiarkan. Tiada sebarang balasan yang mampu dia keluarkan untuk Hareez. Kaki kembali melangkah. Biarkan Hareez berdiri di situ dengan air mata.

“Abang harap Allah takdirkan kita bersama sekali lagi, sayang. Dan Abang janji, Abang akan bahagiakan Adel. Abang cintakan Adellya.” Sayu hatinya melihat Adellya pergi melangkah pergi. Biarlah Adellya pergi buat sementara.

***************************************************
2 tahun kemudian.

Kaki melangkah keluar dari balai ketibaan. Luggage ditarik menuju ke kaunter teksi. Hareez memandang sekeliling. Selepas perpisahan dia dan Adellya, dia memilih untuk berhenti kerja sebagai pilot dan memulakan business sendiri. Dan, dia juga mendapat tahu bahawa Adellya juga telah berhenti. Namun, dia tidak tahu ke mana bekas isterinya itu membawa diri. Ibu dan ayahnya juga tidak tahu.

“Auch!”

“Sorry.”

Terduduk wanita yang bertudung yang dilanggarnya dengan tidak sengaja. Kuat sangat ke aku langgar dia tadi?

“Sorry, my mistake.” Ucap Hareez. Tangan di hulurkan namun tiada sambutan yang di terima daripada si dia.

“It’s okay. Awak tak salah, saya yang salah. Jalan tak pandang depan.” Ucap wanita itu sambil muka ditunduk. Ya Allah, malu gila. Dah lah kena langgar lepas tu jatuh terduduk macam ni. Perlahan-lahan dia bangun dan terkelu lidahnya saat melihat si dia yang melanggarnya.

“Adellya.” Perlahan bibir itu menyebut nama yang dirinduinya itu.

“Hareez.”

Patut dia tidak perasaan, sekarang Adellya dah semakin ayu dengan tudung di atas kepala yang membalut mahkota wanita itu. Bibir menguntum senyuman mesra buat Adellya.

“Adel buat apa dekat sini?” Soal Hareez mesra. Ya Allah, rindunya dia dengan Adellya. Ingin saja dia menarik Adellya ke dalam pelukannya namun, di sabarkan hatinya itu.

“Saya baru sampai dari Langkawi.” Jawab Adellya perlahan.

“Ohhhh, alone?”

“Yap, sorang je.”

“No, I mean. Are you still alone?” Soal Hareez dengan harapan di hati. Berharap Adellya masih tidak mempunyai sesiapa.

“Huh?”

“2 years ago, saya pernah cakap, kalau one day Allah takdirkan kita bertemu kembali. Adel masih single, and saya pun single, saya nak kita kembali bersama. Sebab Allah takdirkan kita untuk bersama. Masih ingat?” Tanpa mahu membuang masa dia terus jelaskan.

“If saya kata saya dah berpunya?”

“Then, I will walk away.” Jawab Hareez perlahan. Berkecai hatinya yang berbunga mekar sebentar tadi. Kaki sudah bersedia untuk pergi. Tapi, ucapan Adellya membuat kakinya terpaku di situ.

“Then, don’t go. Stay with me. Pimpin saya ke syurga.” Ucap Adellay dengan senyuman mekar di bibir.

“That’s mean,” Anggukan Adellya membuatkan Hareez nekad untuk membuat sujud syukur di situ. Tidak kisah dengan pandangan sekeliling. Apa yang dia tahu, hari ini dia sangat bahagia.

“Alhamdulillah.” Ucap Hareez.

Adellya hanya mampu ketawa bahagia. Dia pun bersyukur Allah masih memberi mereka peluang untuk bersama. Dulu, saat dia berkata dia cintakan Zafran, nama Hareez masih tersimpan rapi di sudut yang dalam di dalam hatinya. Cuma dia tidak yakin dengan hatinya itu. Sebab itu dia membuat keputusan untuk berpisah dengan Hareez. Tapi, sekarang. Dia yakin keputusannya tidak salah.

“Saya harap, hubungan kita kali ini akan bahagia sampai akhir hayat kita.” Ucap Hareez bahagia.

“Ya, InsyaAllah.” Balas Adellya.

***********************************************
Suara bayi menangis kedengaran di telinganya. Mata yang masih mengantuk di paksa buka. Ruang kosong di sebelahnya membuat di terburu-buru bangun.

“Sayang.” Panggil Hareez. Namun tiada sahutan kedengaran. Hanya tangisan si kecil di dalam baby coat membuat dia turun dari katil.

“Hai, good morning Baby daddy.” Si kecil di dalam baby coat di angkat dengan hati-hati. Tangisan yang nyaring tadi berhenti. Selesa berada di dalam dakapan daddynya itu.
Aiman Haycarl. Anak dia dan Adellya yang baru berusia 10 bulan. Haycarl wujud di antara mereka berdua setelah 3 bulan perkahwinan mereka yang kali ke dua.

Bulat mata si kecil memandang daddynya. Pipi montel itu di cubit perlahan. Mana tak montel kalau selepas perut di isi, tidur saja kerjanya.

“Baby, Mummy mana?” Soal Hareez. Anak matanya meliar mencari di setiap sudut bilik. Namun, bayang-bayang Adellya tidak kelihatan.

“Maybe, Mummy kat bawah kot. Sediakan breakfast untuk kita.” Agah Hareez. Ketawa Haycarl kedengaran.

“Sebut pasal makan je terus gelak ye. Nampak sangat Baby daddy ni suka makan, kan.” Kaki melangkah untuk turun ke bawah mencari isteri tercinta.

“Sayang. Ohhh sayang.” Panggil Hareez.

“I’m here. Kitchen, bang.” Sahut Adellya.

“Morning, my beautiful.” Ucap Hareez sambil mencium pipi Adellya.

“Morning too, handsome.”

“And of course, my cute boy too.” Haycarl di dalam dukungan Hareez di ambil lalu di gomol sepuah hati. Ketawa si kecil.

“Sayang masak apa pagi ni?” Soal Hareez sambil kepala menjengah melihat ke dalam periuk di atas dapur.

“Nasi Lemak sambal bilis. And of course, you favourite jugak ada, sambal sotong.”

“Nice, sayang.” Tudung periuk di angkat untuk mengambil bau masakan sambal sotong Adellya. Namun, beberapa saat, kaki melangkah ke sink.

“Uwerkk!”

“Eh, abang.” Adellya berdiri di belakang suaminya sambil mengosok belakang Hareez. Haycarl di dukung kemas. Takut melorot jatuh pulak anak mereka nanti.

“Abang okay tak ni?” Soal Adellya risau. Tiba-tiba pulak Hareez muntah ni, semalam okay je dia tengok.

“Entah sayang. Abang rasa loya pulak lepas bau sambal sotong tu. Tak tahan sangat bau dia tu.” Jawab Hareez lemah.

“Loya?”

“Sayang, are you pregnant?” Tiba-tiba soalan Hareez membuat dia berfikir kembali. Betul ke?

“Kenapa abang tanya macam tu? Tak rasa awal sangat ke nak dapat lagi sorang?” Dia bukan tidak mahu anak lagi, Cuma dia takut tak mampu nak beri perhatian terhadap Haycarl. Jika Allah memberi mereka rezeki lagi dia akan menerima dengan hati terbuka.

“Laaa, sayang, remember? Dulu masa sayang mengandungkan Haycarl, abang akan muntah setiap kali bau sambal sotong. Lagipun period dah terlewat kan? That’s mean,Haycarl nak dapat adik baru. Nanti kita pergi check ya.”  

Senyuman bahagia terukir di bibir masing-masing. Tiada kata-kata yang mampu mencerminkan perasaan mereka kali ini. Hanya mampu berdoa, semoga Allah permudahkan segalanya selepas ini. Dan memberi kebahagiaan kepada mereka berdua. Amin.

-TAMAT-

Sorry gais lewat update and sorry jugak kalau ending nya tak macam yang korang harapkan!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2015 02:38 AM | Show all posts
Assalamualaikum my readers. Sorry sebab Sya ambik mase yang terlalu lame untuk update final part. So, this is. Sya daa jumpa penutup untuk Setia Itu Menyakitkan. And so sorry. Ending nampak agak mengecewakan korang Haihsss. Agak merapu sikit part kali ni

Terima kasih yang masih setia dengan Sya. Masih menunggu cerita dari Sya. Terima kasih jugak yang telah memberi sokongan untuk Sya walaupun masih ada yang

So, tunggu next story yaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 07:19 AM | Show all posts
NHSMUM replied at 4-11-2015 06:38 AM
Assalamualaikum my readers.  Sorry sebab Sya ambik mase yang terlalu lame untuk update final  ...

I love happy ending... Tahniah TT... Walaupun lambat but manage to put  an ends for this story...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 08:31 AM | Show all posts
NHSMUM replied at 4-11-2015 02:38 AM
Assalamualaikum my readers.  Sorry sebab Sya ambik mase yang terlalu lame untuk update final  ...

bila nk hujung thun.bru hapdet hahahaya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2015 08:52 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 4-11-2015 08:19 AM
I love happy ending... Tahniah TT... Walaupun lambat but manage to put  an ends for this story...  ...

Terima kasih. Tunggu next story yaaaa!
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 10:40 AM | Show all posts
NHSMUM replied at 4-11-2015 12:52 PM
Terima kasih. Tunggu next story yaaaa!

Of Coz ler TT... Can't wait to read another masterpiece originally from your vault
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.127726 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list