CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hantukiller

Pertikaian berkaitan Hadith 'Manzil'

[Copy link]
 Author| Post time 22-5-2014 05:06 PM | Show all posts
mnm77 posted on 22-5-2014 04:40 PM
Mungkin tuan belum jumpa orang yang IKHLAS yang beramal dengan manzil dalam MOHON PERLINDUNGAN ALL ...

ikhlas memohon doa elak syaitan dengan manzil, bukan lah tergolong 'orang yg ikhlas'


Orang yg ikhlas tu, tak de nya nak mintak doa elak gangguan syaitan(baca manzil) tu semua, sebab dah pasti syaitan nak dekat pun tak boleh sedangkan hati dan lidahnya sentiasa menyebut dan mengingati Allah iaitu ketika berbaring, berdiri duduk berjalan dsb......








Tak caya sangat lah tu sipengamal manzil berjuta jin disekeliling, ye tak pe.... amal je ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2014 05:16 PM | Show all posts
mnm77 posted on 22-5-2014 04:44 PM
Salah tu. Untuk Syaitan, Al-Quran tak jadi Syifa, ia jadi penambah kepada KERUGIAN. Sila lihat dan ...
Salah tu. Untuk Syaitan, Al-Quran tak jadi Syifa, ia jadi penambah kepada KERUGIAN. Sila lihat dan baca betul-betul ayat tu . Tuan dah salah faham tu.

Baru azan Asar di tempat saya. Hayya 'Ala As-Solaahh...
jika ikut fahaman tuan ye betul, sebab tuan tak percaya syaitan tu ada dari kalangan yg beriman dan yg islam, kan

tapi katalah ada syaitan manusia(yg kafir), mengadu dan minta bantuan atas kesakitan, tak kira apapun kesakitan walaupun kene bisa ular dsb, inshaAllah dijampi dengan fatihah, kalau Allah izinkan ye terus sembuh.... kannnnnnnnnn





Aku pernah menyuruh seorang aties(cina singapore) yg ada sakit yg pelik, yg doktor tak mampu huraikan, yg aku pun tak dapat kesan sebab bukan ada gangguan jin pun.... aku suruh dia minta kat Allah, aku kata ko mintalah kat Allah, aku tau ko tak percaya, tapi cubalah ko minta dan terus minta, sebab Allah tu tuhan kita.... rupanya dia dah biasa menyebut nama nama Allah sebab diajar oleh ustaz perawat sebelumnya.... entah baik ke tidak aku pun tak tau... hehe, sebab sekali tu lah dia datang.....


Bila aku minta bantuan Allah beri petunjuk, rupanya penyakit dia hanya disebabkan dia makan babi
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 05:38 PM | Show all posts
hantukiller posted on 22-5-2014 05:06 PM
ikhlas memohon doa elak syaitan dengan manzil, bukan lah tergolong 'orang yg ikhlas'

Tuan kata tak ikhlas tu atas kefahaman tuan yang saya dah jelas berkali-kali kepincangan kefahaman tuan.

Allah perintah ISTI'AZAH bila ada gangguan Syaitan. Nabi tunjukkan cara isti'azah, antaranya Ta'awwuz, baca Al-Mu'awwizatain, baca ayat-ayat tertentu (manzil).

Mohonlah perlindungan Allah, ikut cara Sunnah, ikhlas lah tu. Kalau mohon pertolongan Allah ikut cara tok cha yang khurafat, tu SYIRIK, mana ada ikhlas walaupun mengaku ikhlas. Takkan masih tak faham antara NIAT dan CARA? Nak dapat ikhlas bukan sekadar niat, CARA pun kena betul juga.

Orang yg ikhlas tu, tak de nya nak mintak doa elak gangguan syaitan(baca manzil) tu semua, sebab dah pasti syaitan nak dekat pun tak boleh sedangkan hati dan lidahnya sentiasa menyebut dan mengingati Allah iaitu ketika berbaring, berdiri duduk berjalan dsb......

Tuan dah salah faham tentang Sunnah Isti'azah. Mungkin tuan taksub sangat dengan zzaastt sampai tuan salah faham.

Tak caya sangat lah tu sipengamal manzil berjuta jin disekeliling, ye tak pe.... amal je ye

Pengamal manzil yang tak betul, bukannya menjadi hujjah di sini. Sama juga perawat yang tak betul, yang guna zaast yang diada-adakan, juga bukan menjadi hujjah kebenaran, melainkan jika ada dalil-dalil dari Al-Quran dan Sunnah.

Yang benar ialah ikut perintah Allah, dan cara mohon perlindungan yang terbaik ialah ikut cara Nabi. Nak makan pun ada cara! Takkan nak makan niat saja?

Nak mohon perlindungan Allah pun ada cara-cara yang Sunnah. Tapi kalau nak tolak Sunnah, percaya pada cara yang tak Sunnah, itu satu petanda Syaitan dah berjaya sesatkan.

Last edited by mnm77 on 22-5-2014 06:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2014 05:55 PM | Show all posts
hantukiller posted on 22-5-2014 05:16 PM
tapi katalah ada syaitan manusia(yg kafir), mengadu dan minta bantuan atas kesakitan, tak kira apapun kesakitan walaupun kene bisa ular dsb, inshaAllah dijampi dengan fatihah, kalau Allah izinkan ye terus sembuh.... kannnnnnnnnn

Ni lanjutan dari isu tuan kata Quran itu Syifa untuk Syaitan (kefahaman yang SALAH)

Saya tak suka berhujjah dengan KALAU berdasarkan dalil yang tak pati... tapi di bawah ini sekadar untuk menjelaskan pertanyaan tuan.

Syaitan itu sifatnya menyesatkan, Syaitan kufur pada Allah dan melakukan KEZALIMAN.

Syaitan yang zalim, bila dia sakit, samada kemudian dia sembuh atau tidak, bukan bertambah pun imannya pada Allah untuk taat perintah Allah. Bahkan dia tetap engkar. Dia tetap kufur dan engkar, dan dengan Al-Quran pun tak menambah imannya, bahkan bertambah kufur pula (dah Syaitan kan?)

Itulah maksud Al-Quran tidak menambahkan melainkan KERUGIAN pada yang zalim. Balasannya kekal dalam neraka untuk Syaitan! RUGI!!!

Al-Quran itu Syifa bagi yang beriman! Orang yang beriman bila sembuh selepas mohon perlindungan dari Allah, maka bertambahlah IMAN pada Allah.

Aku pernah menyuruh seorang aties(cina singapore) yg ada sakit yg pelik, yg doktor tak mampu huraikan, yg aku pun tak dapat kesan sebab bukan ada gangguan jin pun.... aku suruh dia minta kat Allah, aku kata ko mintalah kat Allah, aku tau ko tak percaya, tapi cubalah ko minta dan terus minta, sebab Allah tu tuhan kita.... rupanya dia dah biasa menyebut nama nama Allah sebab diajar oleh ustaz perawat sebelumnya.... entah baik ke tidak aku pun tak tau... hehe, sebab sekali tu lah dia datang.....

Jika orang itu SEKADAR minta pada Allah untuk sembuh, IMAN dia bukan pada Allah, tapi dia hanya nakkan sesuatu (untuk sembuh sahaja). Orang yang macam ni pada zahir nampak macam baik, tapi hakikatnya dia SANGAT TAK BERSYUKUR. Jika sembuh, bertambah lagi KERUGIAN sebab dia masih lagi tak beriman pada Allah walhal minta pada Allah sampai dapat sembuh!

Inilah yang dikatakan bertambah KERUGIAN.... bila dapat pertolongan Allah, masih kufur pada Allah...tak bersyukur, masih tak mahu beriman!

Last edited by mnm77 on 22-5-2014 06:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 12:55 AM | Show all posts
hantukiller posted on 22-5-2014 05:16 PM
jika ikut fahaman tuan ye betul, sebab tuan tak percaya syaitan tu ada dari kalangan yg beriman da ...

Aku pernah menyuruh seorang aties(cina singapore) yg ada sakit yg pelik, yg doktor tak mampu huraikan, yg aku pun tak dapat kesan sebab bukan ada gangguan jin pun.... aku suruh dia minta kat Allah, aku kata ko mintalah kat Allah, aku tau ko tak percaya, tapi cubalah ko minta dan terus minta, sebab Allah tu tuhan kita.... rupanya dia dah biasa menyebut nama nama Allah sebab diajar oleh ustaz perawat sebelumnya.... entah baik ke tidak aku pun tak tau... hehe, sebab sekali tu lah dia datang.....

Bila aku minta bantuan Allah beri petunjuk, rupanya penyakit dia hanya disebabkan dia makan babi

cerita hang ni pun boleh dgn tak boleh pakai jeeee
tapi kononnya minta petunjuk...yg camtu pula diberi
tu petunjuk dr setan je tuuuu
mengaibkan org tu....silap arybulan hang fitnah dia - bala je hang dapat

tapi elok jugak hang sembang pasal babi ni yeeeee
pasal ramai puak2 yg kononnya hebat ni
kalah dgn babi...awalau sekadar terpegang sahaja
nanti aku kasi try kat hang yeeeeeee

si babi kurap dok kawan dgn babi- tarak papa pun tauuuuuu

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 12:59 AM | Show all posts
hantukiller posted on 22-5-2014 05:06 PM
ikhlas memohon doa elak syaitan dengan manzil, bukan lah tergolong 'orang yg ikhlas'

Orang yg ikhlas tu, tak de nya nak mintak doa elak gangguan syaitan(baca manzil) tu semua, sebab dah pasti syaitan nak dekat pun tak boleh sedangkan hati dan lidahnya sentiasa menyebut dan mengingati Allah iaitu ketika berbaring, berdiri duduk berjalan dsb......


tuuu puak2 yg ikhlas tu, tak yah diperkatakan leee
yg hang tu perasan ikhlas dah keeee
perangai cam jin tonggek punggkok je, perasan je yg lebih
pemahaman ttg AL QURAN pun teruk sangat lintang pukangnye pun...dok perasan je yg lebih

syukur depa mau BACA AYAT2 ALLAH...walaupun BERKEHENDAKKAN DUNIA
yg hang - dgn mantera jawa
apa yg hang dapat...........................syok sendiri ke

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2014 09:42 AM | Show all posts

Kesimpulan, dari perbincangan yang tak berfaedah ini ialah, bacalah alquran untuk cari keredaan Allah swt. Al-quran adalah petunjuk kejalan yang lurus, ia adalah kalam Allah swt. Membacanya sahaja sudah dapat pahala, 1 huruf 10 pahala, jika baca alif lam mim sudah 3 huruf dapat 30 pahala. Semua pahala ini tidak diberikan didunia tetapi disimpan dan diberikan di akhirat sebagai balasannya, membacanya adalah termasuk ibadah. Al-Quran juga adalah petunjuk dan rahmat bagi orang yang beriman, apa maksudnya? orang yang mahu beriman dan mahu menjalani kehidupan di dunia dalam keadaan Allah swt sentiasa redha kepadanya. Seperti seorang anak yang berkelakuan baik dan sentiasa disenangi oleh ibu bapanya, maknanya ia hidup dalam keadaan ibu bapanya tidak marah dengannya. Berlainan dengan anak yang menyakiti ibu-bapanya seperti suka membantah, mencuri, isap dadah dan lain-lain, mak bapaknya sentiasa risau dan marah dengan kelakuannya. Walaupun mak bapaknya tetap memberinya makan, namun ada rasa geram dan hati panas dengan anaknya, akibatnya kene leter.

Disamping petunjuk dan rahmat, Al-quran juga ada keberkatannya, seperti penawar bagi penyakit, penenang jiwa dan 1001 rahsia lagi yang tidak dapat dibilang oleh manusia. Membaca Al-quran juga, dengan keberkatan dan kemuliaan kalam Allah memberikan aura pada pembacanya. Bukan aura ini terjadi dengan sendirinya, tetapi Allah swt yang bagi aura kerana kemuliaannya. Semua kelebihan ini termasuk yang dikatakan mukjizat Al-Quran, peninggalan mukjizat hissy nabi SAW yang akan kekal hingga hari kiamat. Al-quran bukanlah makhluk tetapi ia adalah kalam Allah swt. Namun tulisan dan kertas tu adalah makhluk, tetapi hakikat bagi Al-Quran itu adalah kalam Allah swt, kalam Allah swt adalah perkataan yang teramat mulia yang disebutkan oleh Allah swt sendiri. Sebarang perkara yang berkaitan dengan kemuliaan mestilah dimuliakan, seperti menggangkatnya mestilah dengan berwudhu, tidak boleh dihinakan walau ditindih dengan sebatang jarum. Menghina Al-quran samalah dengan menghina kemuliaan Allah swt, yang boleh mendatangkan kemarahan dan kemurkaan Allah swt. Menyebabkan nasib menjadi sial kerana hilangnya rahmat dan keberkatan.

Memahami dan mengenal apa itu Al-Quran itu adalah sangat penting, kerana Al-Quran diturunkan untuk manusia, membacanya mendatangkan rahmat serta sakinah, apabila datangnya rahmat maka bala dan unsur negatif akan menjauh, sebagaimana tikus, lalat, nyamuk, lipas amat selesa dengan persekitaran yang kotor dan busuk. Apabila dibersihkan, dikemaskan dan diletak bauan yang wangi maka tikus, lipas, nyamuk lipas bahkan syaitan pun akan lari kerana kurang selesa dengan persekitaran yang bersih.

Dengan membaca Al-quran, ayat-ayat yang suci mendatangkan rahmat yang boleh juga kita umpamakan diantaranya seperti sebagai bau yang wangi, suci, kemas,  harum, bersih, bercahaya, memancar-mancar, gilang-gemilang, yang auranya sahaja tidak disukai oleh unsur kotor. Ada lagi tambahannya, Allah swt suka jika kita membacanya, apabila Allah swt suka apa hajat dalam hati kita Allah swt tahu, dia kabulkan. Dengan membacanya juga, disebabkan kemuliaan dan keagunggannya maka Allah swt hilangkan penyakit, diberikan penawar dan rahmat. Dengan membacanya juga, disebabkan kemuliaan dan keagungan kalamnya maka Allah swt boleh ubah sesuatu kepada sesuatu yang lain dengan qudratnya berlawanan bahkan bertentangan dengan sistem alam. Seperti api bertukar menjadi sejuk, air tidak meneggelamkan, tidak melemaskan, jadi menggerunkan, mempercepatkan, menghebatkan, mengghaibkan dan segala macam dengan izin dan sukanya(Allah swt).

Sebab itu tidak ada agama bagi yang tidak berakal, jika disebut menggerunkan, mencepatkan, menghebatkan sudah tentu Allah swt yang maha berkuasa yang kita faham. Oleh itu kepada mereka yang berbalah-balah tentang fadhilat Al-Quran didalam ini yang boleh menyebabkan timbul rasa hina dikalangan pembaca terhadap Al-Quran, bertaubatlah... sesungguhnya Allah swt itu maha sabar dengan kelancangan mulut kamu...namun dia maha mulia dan tetap memelihara kemuliannya. Wallahuaklam


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 09:52 AM | Show all posts
zamkumis posted on 23-5-2014 09:42 AM
Kesimpulan, dari perbincangan yang tak berfaedah ini ialah, bacalah alquran untuk cari keredaan Al ...

Saya serukan kepada Mnn77 supaya tutup sahaja topik ini kerana buruknya lebih banyak dari manafaat, bagi mereka yang belagak sombong dan memandang rendah walau satu huruf dari Al-Quran biarkanlah, serahkan sahaja kepada Allah swt untuk membela kemuliaannya. Topik ini boleh jadi sebab ada yang cetek terpengaruh dengan penghinanan Al-Quran yang menyebabkan mereka menjauh dari Al-Quran dan turut menghakis iman mereka yang lemah. Kalah bukan berarti lemah, baik beralah dari mengundang padah.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2014 12:04 PM | Show all posts
mnm77 posted on 22-5-2014 05:38 PM
Tuan kata tak ikhlas tu atas kefahaman tuan yang saya dah jelas berkali-kali kepincangan kefahaman ...
Tuan kata tak ikhlas tu atas kefahaman tuan yang saya dah jelas berkali-kali kepincangan kefahaman tuan.

Allah perintah ISTI'AZAH bila ada gangguan Syaitan. Nabi tunjukkan cara isti'azah, antaranya Ta'awwuz, baca Al-Mu'awwizatain, baca ayat-ayat tertentu (manzil).

Mohonlah perlindungan Allah, ikut cara Sunnah, ikhlas lah tu. Kalau mohon pertolongan Allah ikut cara tok cha yang khurafat, tu SYIRIK, mana ada ikhlas walaupun mengaku ikhlas. Takkan masih tak faham antara NIAT dan CARA? Nak dapat ikhlas bukan sekadar niat, CARA pun kena betul juga.

Orang yg ikhlas tu, tak de nya nak mintak doa elak gangguan syaitan(baca manzil) tu semua, sebab dah pasti syaitan nak dekat pun tak boleh sedangkan hati dan lidahnya sentiasa menyebut dan mengingati Allah iaitu ketika berbaring, berdiri duduk berjalan dsb......

Tuan dah salah faham tentang Sunnah Isti'azah. Mungkin tuan taksub sangat dengan zzaastt sampai tuan salah faham.

Tak caya sangat lah tu sipengamal manzil berjuta jin disekeliling, ye tak pe.... amal je ye

Pengamal manzil yang tak betul, bukannya menjadi hujjah di sini. Sama juga perawat yang tak betul, yang guna zaast yang diada-adakan, juga bukan menjadi hujjah kebenaran, melainkan jika ada dalil-dalil dari Al-Quran dan Sunnah.

Yang benar ialah ikut perintah Allah, dan cara mohon perlindungan yang terbaik ialah ikut cara Nabi. Nak makan pun ada cara! Takkan nak makan niat saja?

Nak mohon perlindungan Allah pun ada cara-cara yang Sunnah. Tapi kalau nak tolak Sunnah, percaya pada cara yang tak Sunnah, itu satu petanda Syaitan dah berjaya sesatkan.
Itu kefahaman tuan pada maksud 'orang orang yg ikhlas'???


Allah ajar apa jika diganggu syaitan??? ingat!!! ingat tu macamana??? baca manzil walau tak faham langsung apa maknanya????


Nabi baca manzil tu untuk mintak perlindungan Allah kah?????? Apa cara nabi mohon perlindungan Allah??? jangan fitnah ye




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2014 12:22 PM | Show all posts
mnm77 posted on 22-5-2014 05:55 PM
Ni lanjutan dari isu tuan kata Quran itu Syifa untuk Syaitan (kefahaman yang SALAH)

Saya tak su ...
Ni lanjutan dari isu tuan kata Quran itu Syifa untuk Syaitan (kefahaman yang SALAH)

Saya tak suka berhujjah dengan KALAU berdasarkan dalil yang tak pati... tapi di bawah ini sekadar untuk menjelaskan pertanyaan tuan.

Syaitan itu sifatnya menyesatkan, Syaitan kufur pada Allah dan melakukan KEZALIMAN.

Syaitan yang zalim, bila dia sakit, samada kemudian dia sembuh atau tidak, bukan bertambah pun imannya pada Allah untuk taat perintah Allah. Bahkan dia tetap engkar. Dia tetap kufur dan engkar, dan dengan Al-Quran pun tak menambah imannya, bahkan bertambah kufur pula (dah Syaitan kan?)

Itulah maksud Al-Quran tidak menambahkan melainkan KERUGIAN pada yang zalim. Balasannya kekal dalam neraka untuk Syaitan! RUGI!!!

Al-Quran itu Syifa bagi yang beriman! Orang yang beriman bila sembuh selepas mohon perlindungan dari Allah, maka bertambahlah IMAN pada Allah.

Aku pernah menyuruh seorang aties(cina singapore) yg ada sakit yg pelik, yg doktor tak mampu huraikan, yg aku pun tak dapat kesan sebab bukan ada gangguan jin pun.... aku suruh dia minta kat Allah, aku kata ko mintalah kat Allah, aku tau ko tak percaya, tapi cubalah ko minta dan terus minta, sebab Allah tu tuhan kita.... rupanya dia dah biasa menyebut nama nama Allah sebab diajar oleh ustaz perawat sebelumnya.... entah baik ke tidak aku pun tak tau... hehe, sebab sekali tu lah dia datang.....

Jika orang itu SEKADAR minta pada Allah untuk sembuh, IMAN dia bukan pada Allah, tapi dia hanya nakkan sesuatu (untuk sembuh sahaja). Orang yang macam ni pada zahir nampak macam baik, tapi hakikatnya dia SANGAT TAK BERSYUKUR. Jika sembuh, bertambah lagi KERUGIAN sebab dia masih lagi tak beriman pada Allah walhal minta pada Allah sampai dapat sembuh!

Inilah yang dikatakan bertambah KERUGIAN.... bila dapat pertolongan Allah, masih kufur pada Allah...tak bersyukur, masih tak mahu beriman!
Jika AlQuran (fatihah dll) itu mampu merawat syaitan yg paling zalim sekalipun, bukankah dipanggil rahmat, syifa'??????  

Tuan kata AlQuran sebagai syifa' pada orang yg beriman saja, maknanya orang tak beriman memang tak boleh guna langsunglah AlQuran sebagai syifa'??

ish ish ish... tuan... tuannnn!!!!!!!!!!!!

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."Yunus 57






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2014 12:25 PM | Show all posts
orangbesi posted on 23-5-2014 12:59 AM
Orang yg ikhlas tu, tak de nya nak mintak doa elak gangguan syaitan(baca manzil) tu semua, sebab d ...

Meh tunjukkan 'ayat ayat Allah' yg 'maha berkuasa' tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2014 12:34 PM | Show all posts
zamkumis posted on 23-5-2014 09:42 AM
Kesimpulan, dari perbincangan yang tak berfaedah ini ialah, bacalah alquran untuk cari keredaan Al ...
Kesimpulan, dari perbincangan yang tak berfaedah ini ialah, bacalah alquran untuk cari keredaan Allah swt. Al-quran adalah petunjuk kejalan yang lurus, ia adalah kalam Allah swt. Membacanya sahaja sudah dapat pahala, 1 huruf 10 pahala, jika baca alif lam mim sudah 3 huruf dapat 30 pahala. Semua pahala ini tidak diberikan didunia tetapi disimpan dan diberikan di akhirat sebagai balasannya, membacanya adalah termasuk ibadah. Al-Quran juga adalah petunjuk dan rahmat bagi orang yang beriman, apa maksudnya? orang yang mahu beriman dan mahu menjalani kehidupan di dunia dalam keadaan Allah swt sentiasa redha kepadanya. Seperti seorang anak yang berkelakuan baik dan sentiasa disenangi oleh ibu bapanya, maknanya ia hidup dalam keadaan ibu bapanya tidak marah dengannya. Berlainan dengan anak yang menyakiti ibu-bapanya seperti suka membantah, mencuri, isap dadah dan lain-lain, mak bapaknya sentiasa risau dan marah dengan kelakuannya. Walaupun mak bapaknya tetap memberinya makan, namun ada rasa geram dan hati panas dengan anaknya, akibatnya kene leter.

Disamping petunjuk dan rahmat, Al-quran juga ada keberkatannya, seperti penawar bagi penyakit, penenang jiwa dan 1001 rahsia lagi yang tidak dapat dibilang oleh manusia. Membaca Al-quran juga, dengan keberkatan dan kemuliaan kalam Allah memberikan aura pada pembacanya. Bukan aura ini terjadi dengan sendirinya, tetapi Allah swt yang bagi aura kerana kemuliaannya. Semua kelebihan ini termasuk yang dikatakan mukjizat Al-Quran, peninggalan mukjizat hissy nabi SAW yang akan kekal hingga hari kiamat. Al-quran bukanlah makhluk tetapi ia adalah kalam Allah swt. Namun tulisan dan kertas tu adalah makhluk, tetapi hakikat bagi Al-Quran itu adalah kalam Allah swt, kalam Allah swt adalah perkataan yang teramat mulia yang disebutkan oleh Allah swt sendiri. Sebarang perkara yang berkaitan dengan kemuliaan mestilah dimuliakan, seperti menggangkatnya mestilah dengan berwudhu, tidak boleh dihinakan walau ditindih dengan sebatang jarum. Menghina Al-quran samalah dengan menghina kemuliaan Allah swt, yang boleh mendatangkan kemarahan dan kemurkaan Allah swt. Menyebabkan nasib menjadi sial kerana hilangnya rahmat dan keberkatan.

Memahami dan mengenal apa itu Al-Quran itu adalah sangat penting, kerana Al-Quran diturunkan untuk manusia, membacanya mendatangkan rahmat serta sakinah, apabila datangnya rahmat maka bala dan unsur negatif akan menjauh, sebagaimana tikus, lalat, nyamuk, lipas amat selesa dengan persekitaran yang kotor dan busuk. Apabila dibersihkan, dikemaskan dan diletak bauan yang wangi maka tikus, lipas, nyamuk lipas bahkan syaitan pun akan lari kerana kurang selesa dengan persekitaran yang bersih.

Dengan membaca Al-quran, ayat-ayat yang suci mendatangkan rahmat yang boleh juga kita umpamakan diantaranya seperti sebagai bau yang wangi, suci, kemas,  harum, bersih, bercahaya, memancar-mancar, gilang-gemilang, yang auranya sahaja tidak disukai oleh unsur kotor. Ada lagi tambahannya, Allah swt suka jika kita membacanya, apabila Allah swt suka apa hajat dalam hati kita Allah swt tahu, dia kabulkan. Dengan membacanya juga, disebabkan kemuliaan dan keagunggannya maka Allah swt hilangkan penyakit, diberikan penawar dan rahmat. Dengan membacanya juga, disebabkan kemuliaan dan keagungan kalamnya maka Allah swt boleh ubah sesuatu kepada sesuatu yang lain dengan qudratnya berlawanan bahkan bertentangan dengan sistem alam. Seperti api bertukar menjadi sejuk, air tidak meneggelamkan, tidak melemaskan, jadi menggerunkan, mempercepatkan, menghebatkan, mengghaibkan dan segala macam dengan izin dan sukanya(Allah swt).

Sebab itu tidak ada agama bagi yang tidak berakal, jika disebut menggerunkan, mencepatkan, menghebatkan sudah tentu Allah swt yang maha berkuasa yang kita faham. Oleh itu kepada mereka yang berbalah-balah tentang fadhilat Al-Quran didalam ini yang boleh menyebabkan timbul rasa hina dikalangan pembaca terhadap Al-Quran, bertaubatlah... sesungguhnya Allah swt itu maha sabar dengan kelancangan mulut kamu...namun dia maha mulia dan tetap memelihara kemuliannya. Wallahuaklam
Amat menarik ulasan tuan, dan yg aku merahkan tu, boleh huraikan???

Siapa yg membantu kejadian semua itu??? malaikat?? AlQuran itu sendiri? atau direct Allah yg buat??? atau jin???atau syaitan???? sila beri penerangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2014 12:37 PM | Show all posts
zamkumis posted on 23-5-2014 09:52 AM
Saya serukan kepada Mnn77 supaya tutup sahaja topik ini kerana buruknya lebih banyak dari manafaat ...

Jika tuan memandang tinggi pada AlQuran, tuan akan menyanjungnya sebagai ikutan dan imam, bukan dijadikan bahan untuk kepuasan diri... untuk ghaib lah, cantik lah, hebat lah.... Allah ajar macam tu ke???
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 02:18 PM | Show all posts
hantukiller posted on 23-5-2014 12:04 PM
Itu kefahaman tuan pada maksud 'orang orang yg ikhlas'???
Allah ajar apa jika diganggu syaitan??? ingat!!! ingat tu macamana??? baca manzil walau tak faham langsung apa maknanya????


Nabi baca manzil tu untuk mintak perlindungan Allah kah?????? Apa cara nabi mohon perlindungan Allah??? jangan fitnah ye

Dh kalo x igt: terlupa, lalai, alpa, leka, etc. nk baca apa plk?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2014 03:11 PM | Show all posts
Al A'raf 201

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada  Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2014 03:29 PM | Show all posts
Ramai sangat yg kononnya mengagungkan AlQuran, sehingga ayat ayat Quran di pilih pilih, disusun susun untuk kegunaan tertentu, mungkin Allah ada suruh buat macam tu, aku yg tak tau


Nak padam atau sejukkan api baca Qul na ya na ru ku ni....

Nak Disukai sesaorang baca Yu hib bu nahum...

Nak Disegani orang baca Laqod ja aakum

Nak lariskan dagangan baca Wamayyattaqillah....

Nak sembuh penyakit misteri baca ruqyah, manzil mathurat

Nak Rumah dijaga baca 4 Qul, Ayat Kursi 7x

Nak Rezeki banyak baca Wakeah

Nak ditunaikan hajat baca illahajatan fi nafsi......

nak tu nak ni......baca itu baca ini.... hebat AlQuran ni kan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2014 03:46 PM | Show all posts
zamkumis posted on 23-5-2014 09:52 AM
Saya serukan kepada Mnn77 supaya tutup sahaja topik ini kerana buruknya lebih banyak dari manafaat, bagi mereka yang belagak sombong dan memandang rendah walau satu huruf dari Al-Quran biarkanlah, serahkan sahaja kepada Allah swt untuk membela kemuliaannya. Topik ini boleh jadi sebab ada yang cetek terpengaruh dengan penghinanan Al-Quran yang menyebabkan mereka menjauh dari Al-Quran dan turut menghakis iman mereka yang lemah. Kalah bukan berarti lemah, baik beralah dari mengundang padah.

Saudara zamkumis yang dihormati,

Terima kasih atas saranan tuan, yang mana kalau ikut atas kapasiti peribadi, saya cukup setuju lebih baik ditutup. Atas kapasiti sebagai moderator, forumer boleh meluahkan pandangan, pendapat, dan hujjah walaupun memberikan pandangan yang bertentangan dengan forumer lain, sekalipun terhadap moderator. Saya masuk berbincang, saya anggap diri saya seperti forumer juga. Maka kalau ada yang nak kongsi memberi pencerahan yang lebih baik, dialu-alukan.

Oleh kerana ini bod Agama Islam, kita minta dalil berdasarkan sumber Agama Islam. Saya amat berterima kasih atas keperihatinan tuan.

Jika moderator-moderator lain juga berpendapat thread ini patut ditutup, saya alu-alukan.
@ibnur
@mbhcsf
@ussopp

Jika forumer lain yang mengikuti thread ini dan bersetuju bahawa thread ini membawa banyak mudarat lebih dari manfaat, sila nyatakan pendapat masing-masing.

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 03:54 PM | Show all posts
hantukiller posted on 23-5-2014 12:04 PM

Allah ajar apa jika diganggu syaitan??? ingat!!! ingat tu macamana??? baca manzil walau tak faham langsung apa maknanya????

Nabi baca manzil tu untuk mintak perlindungan Allah kah?????? Apa cara nabi mohon perlindungan Allah??? jangan fitnah ye

Allah perintah ISTI'AZAH

Cara isti'azah melalui Sunnah antaranya:
1. Ta'awwuz
2. Al-Mu'awwizatain
3. Ayat-ayat Al-Quran tertentu seperti
- ayat Kursiy
- ayat-ayat Manzil

Jika saya ada buat fitnah, sila tunjukkan di mana saya buat fitnah itu?

***Tolong jangan buat FITNAH terhadap saya dengan campur-aduk amalan perawat lain, sebab saya TAK BERHUJJAH berdasarkan amalan perawat lain yang tuan bertemu, samada mereka guna zaastt atau manzil dengan cara yang salah. Saya berhujjah berdasarkan dalil dari Al-Quran dan Sunnah, dan penjelasan Ulama yang memahami Al-Quran dan Sunnah

Last edited by mnm77 on 23-5-2014 04:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2014 04:03 PM | Show all posts
hantukiller posted on 23-5-2014 12:22 PM
Jika AlQuran (fatihah dll) itu mampu merawat syaitan yg paling zalim sekalipun, bukankah dipanggil rahmat, syifa'??????  

Rawat Syaitan guna Al-Quran tidak dipanggil rahmat atau syifa. Al-Quran tidak memberi rahmat pada Syaitan! Al-Quran bukan Asy-Syifa untuk Syaitan. Buat apa nak rawat Syaitan yang akhirnya nak MENYESATKAN manusia pula?

Allah perintah MOHON PERLINDUNGAN Allah. Dan Syaitan itu DIREJAM bukan untuk dirawat. Tak berfaedah rawat Syaitan!

Tuan kata AlQuran sebagai syifa' pada orang yg beriman saja, maknanya orang tak beriman memang tak boleh guna langsunglah AlQuran sebagai syifa'??

ish ish ish... tuan... tuannnn!!!!!!!!!!!!

Al-Quran bukan Syifa pada orang yang ZALIM. Ia hanya menambah KERUGIAN. Tidakkah tuan baca dan FAHAMKAN ayat ini:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian. (Al-Isra, 82)

Tuan nak ubah ayat Allah pula?

Saya faham maksud tuan. Begini saya terangkan. Jika sekalipun dengan Al-Quran itu dapat menyembuhkan orang yang bukan beriman pada zahirnya nampak macam Al-Quran itu penyembuh, tapi hakikatnya itu bukan ASY-SYIFA yang dimaksudkan. Kerana ASY-SYIFA itu hanya untuk orang yang BERIMAN.

Tuan bawa ayat berikut, tanpa tuan sedar yang ayat di bawah ini ditujukan kepada ORANG YANG BERIMAN:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."Yunus 57

Last edited by mnm77 on 23-5-2014 04:08 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2014 04:07 PM | Show all posts
mnm77 posted on 23-5-2014 03:54 PM
Allah perintah ISTI'AZAH

Cara isti'azah melalui Sunnah antaranya:
Allah perintah ISTI'AZAH

Cara isti'azah melalui Sunnah antaranya:
1. Ta'awwuz
2. Al-Mu'awwizatain
3. Ayat-ayat Al-Quran tertentu seperti
- ayat Kursiy
- ayat-ayat Manzil

Jika saya ada buat fitnah, sila tunjukkan di mana saya buat fitnah itu?

***Tolong jangan buat FITNAH terhadap saya dengan campur-aduk amalan perawat lain, sebab saya TAK BERHUJJAH berdasarkan amalan perawat lain yang tuan bertemu, samada mereka guna zaastt atau manzil dengan cara yang salah. Saya berhujjah berdasarkan dalil dari Al-Quran dan Sunnah, dan penjelasan Ulama yang memamahi Al-Quran dan Sunnah
Bagus sangat jika tuan beristiazah dengan tauz, muawazatain atau ayat Quran, sebab tuan sangat mahir dan sangat faham bahasa Quran, mungkin itu caranya tuan berbicara dengan Allah dan bermohon doa pada Allah.

Tapi kalau tuan kata Nabi baca manzil untuk mintak perlindungan Allah..... saya sangat bangkang!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.056015 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list