sekngucing posted on 12-9-2014 12:25 AM
orang melayu zaman dulu pun memanah ke
takde pun dihighlight dlm sejarah klasik, malah film2 melayu ...
haritu masa kita tunjuk zaman kesultanan mulayu malacca pun dah ada peluru, pestol, meriam, takajut ummah dibuatnya, kalau boleh nak mulayu tu ada keris jah baling-baling macam lontar dart sebegitu
Pemanah Berkuda Terbaik Menunggang Sejak Muda
Thierry Descamps (kiri) mengajar anaknya Robin memanah tradisional seawal usia lapan tahun. Robin merupakan peserta paling muda di Kejohanan Antarabangsa Memanah BerkudaOleh Sakina Mohamed
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Anda tidak perlu menjadi seorang pemanah berkuda untuk menyedari kehandalan Robin Descamps.
Pemuda berusia 20 tahun dari Maulde, Perancis, itu sememangnya dikagumi dalam dunia memanah berkuda. Beliau menyertai kejohanan dunia sejak berumur 15 tahun dan kerap memenangi pertandingan dengan menduduki antara tiga tempat teratas.
Kassai Lajos
Tahun ini sahaja Robin, yang dididik oleh bapanya Thierry juga seorang pemanah berkuda yang berpengalaman, menjuarai beberapa pertandingan termasuk Kejohanan Memanah Berkuda Perancis 2014.
Bernama menemubual pasangan anak-beranak itu pada Kejohanan Memanah Berkuda Antarabangsa 2014, yang diadakan julung kalinya di Malaysia, baru-baru ini.
Thierry, 46, mengakui persembahan Robin pada setiap pertandingan adalah jauh lebih baik berbanding beliau walaupun lebih berpengalaman dari segi usia.
Robin Descamps memenangi tempat ketiga kategori "Polish track"
"Tentulah dia berkata begitu, dia kan bapa saya", kata Robin tertawa.
Namun kata-kata Thierry itu memang ada benarnya. Robin memenangi tempat ketiga dalam kategori "Polish Track" pada pertandingan itu, walaupun terpaksa menghadapi pemanah-pemanah berkuda terhandal dunia. Bagaimanapun, Thierry tidak mendapat tempat pada kejohanan itu.
Walaupun kerap menang, Robin berkata sebenarnya beliau jarang berlatih.
"Bapa saya menggunakan 500 anak pemanah dalam setiap sesi latihan, manakala saya hanya berlatih bila perlu", kata Robin.
Thierry, yang mempelajari ilmu memanah 15 tahun lepas, telah mengajar Robin memanah tradisional sejak usia lapan tahun.
"Saya akan mengadakan pertunjukan selama sejam untuk Robin mempersembahkan kebolehannya ketika beliau kecil", cerita Thierry lagi.
Keluarga Descamps memiliki 40 ekor kuda dan sebuah sekolah memanah, yang semestinya banyak membantu meningkatkan kebolehan Robin dalam sukan itu.
DARI SEAWAL USIA
Adalah menjadi kebiasaan kanak-kanak di negara Eropah belajar berkuda sedari usia muda.
Ramai kanak-kanak belajar berkuda tanpa pelana dan perlumbaan berkuda bagi kanak-kanak pula sering diadakan.
Pengasas sukan memanah berkuda moden, Kassai Lajos dari Hungary, memberitahu Bernama sekolah memanah berkuda beliau di Hungary mengajar kanak-kanak berkuda seawal umur enam tahun.
"Kuda-kuda di sekolah saya semuanya tenang dan dilatih agar berjalan perlahan dan lembut dengan kanak-kanak. Budak-budak berusia enam tahun sememangnya tak akan dapat duduk diam, jadi penting agar kuda yang ditunggangi itu sifatnya tenang", jelas Lajos ketika ditemui pada kejohanan itu, baru-baru ini.
Lajos memenangi tempat pertama dalam kategori "Hungarian track" pada pertandingan itu.
Beliau hanya akan memulakan anak didiknya menunggang kuda yang lebih laju apabila usia mereka menjangkau belasan tahun atau lebih.
Lajos memulakan pengembaraannya dalam dunia memanah berkuda sebagai seorang pembuat busur, sebelum membangkitkan semula seni tradisional itu pada lewat 80an. Beliau mengadakan kejohanan memanah berkuda pertama pada tahun 1994.
PUBLISITI BAIK
Sementara itu, seorang daripada pengelola pertandingan, Sheikh Fuad Sheikh Mahmud, memberitahu Bernama bahawa kejohanan itu memberi pendedahan baik mengenai sukan sunnah itu kepada rakyat Malaysia.
"Peserta pertandingan juga ada bertanya sama ada kita akan mengadakan pertandingan di sini lagi pada tahun hadapan, jadi saya anggap itu sebagai satu petanda positif", katanya.
Sheikh Fuad juga pengasas program "Learning Archery through Play" (LEAP), yang adalah program memanah tradisional pertama di Malaysia.
Kejohanan yang diadakan di Pusat Ekuestrian dan Sukan Selangor Turf Club Equestrian dari 25-28 Sept itu adalah sebahagian daripada Pertunjukan Kuda Antarabangsa 2014 dan dirasmikan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin.
Ia adalah pertandingan pertama seumpamanya di Malaysia, dengan penyertaan 35 orang dari 20 negara.
Maklumat lanjut mengenai sukan memanah tradisional boleh layari laman sesawang Pemanah di www.pemanah.net.