[size=0.9em]Tidak pernah terfikir bakal serius dalam bidang lakonan, Fadlan Hashim menganggap ia adalah rezeki apabila baru saja terbabit dalam lakonan sudah banyak tawaran berlakon diterima malah beberapa kali dia memegang watak utama. [size=0.9em]Beranggapan rupa paras yang kacak sebagai bonus atas tawaran yang banyak diterima, Fadlan tidak sekali-kali lupa diri malah sentiasa berusaha memperbaiki mutu lakonan dan berharap diberi lebih banyak watak yang mencabar.
[size=0.9em]“Alhamdulillah perjalanan karier saya dalam lakonan berjalan lancar. Walaupun tidak serancak orang lain namun saya tidak putus daripada mendapat tawaran berlakon. Malah saya sendiri tidak terfikir akan mula serius dalam bidang ini kerana lebih terdedah dengan dunia peragaan. [size=0.9em]
“Namun begitu, rezeki setiap orang tiada siapa yang tahu. Apabila terbabit dalam peragaan saya ditawarkan pula berlakon dan kemudian menyanyi. Saya mahu bakat yang ada digunakan sebaiknya selagi saya masih diperlukan dalam industri ini,” katanya yang pernah bersama Adam AF dalam kumpulan VIP sebelum ini.
[size=0.9em]Mengulas mengenai karier lakonannya, Fadlan baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri Delina yang bakal disiarkan di TV9 tidak lama lagi. Menariknya, drama ini lain daripada cerita yang pernah dilakonkannya. [size=0.9em]
Melalui Imej Janaan Komputer (CGI) yang ada, Fadlan yakin penonton akan terhibur dengan drama bersiri 13 episod ini ditambah lagi dengan kewujudan watak ‘orang kenit’ akibat terkena sumpahan.
“Saya teruja apabila ditawarkan watak dalam cerita ini. Apatah lagi ia arahan pengarah hebat, Khabir Bhatia saya yakin drama ini mampu menjadi antara drama kegemaran penonton,” katanya jejaka berusia 22 tahun yang turut berlakon dalam drama Jodoh 2.
Selain gembira berlakon dalam drama CGI, Fadlan juga berharap diberi peluang melakonkan watak jahat atau antagonis yang belum pernah dicubanya.
“Mungkin disebabkan rupa paras seperti ini saya jarang diberikan watak jahat, yang kerap saya dapat watak biasa yang membabitkan masalah cinta dan keluarga. Kalau boleh saya mahu lari daripada watak yang sama bimbang penonton akan bosan.
“Sekurang-kurangnya saya boleh mencabar diri melakonkan sesuatu watak yang tidak pernah dilakonkan sebelum ini,” katanya.
Selain itu, Fadlan juga sedang menanti filem lakonannya berjudul Kelibat ditayangkan penghujung tahun ini yang diterbitkan MIG Pictures.
|