Ini, sedikit sedutan karya saya, Jika rindu berbicara...
Aufa Darina merenung kad jemputan perkahwinan yang masih elok di dalam sampul di atas meja soleknya itu. Saat ibunya menghulurkan kad itu tadi, seperti dunia ini terhenti seketika. Begitu juga dengan degupan jantungnya. Sekarang, terketar-ketar tangannya saat mahu membuka sampul tersebut. Debaran di hati begitu rancak sekali. Matanya sudah kelihatan berair dan hidungnya sudah mula menerbitkan rona-rona merah. Sebak, pilu, sedih... semuanya hadir bersatu. Begitu payah dia mahu ‘menelan’ hakikat yang pahit bagaikan jadam itu. Hadirnya kad perkahwinan tersebut, benar-benar merobekkan hatinya.
Namun apalah dayanya yang hanya memegang gelaran manusia biasa. Hidup yang tidak pernah lari dari ujian. Kesenangan dan kebahagiaan juga salah satu cabang dari ujian di mana kebanyakkan insan menggemari ujian jenis itu. Siapalah yang suka hidup dalam kesusahan dan kesedihan? Sekeping kad berwarna keemasan sudah berada di dalam genggamannya. Lambat-lambat dia membukanya. Sebaik nama pengantin di dalamnya dibaca lalu gugurlah air mata yang selama ini menjadi peneman setianya. Kepalanya dilentokkan di atas meja solek itu. Aufa Darina mahu melayan barang sebentar hatinya yang berduka. Terhinggut-hinggut bahunya, mengikut rentak esakan yang terhasil.
Last edited by wipers81 on 3-5-2014 08:15 AM
|