Selawat ‘berlebihan’ ke atas Rasulullah bawa kepada pemujaan, kata Ridhuan Tee
Pensyarah kontroversi, Dr Ridhuan Tee Abdullah tidak bersetuju dengan selawat perdana yang terlalu 'berlebihan' memuji Nabi Muhammad sehingga membawa kepada tahap pemujaan. Pendakwah bebas itu berkata, penonjolan berlebihan ke atas Rasulullah semasa majlis Malam Cinta Allah dan Cinta Rasul baru-baru ini di Putrajaya menenggelamkan penonjolan kepada Allah. "Penonjolan kepada Rasulullah terlalu berlebihan sehingga menenggelamkan penonjolan kepada Allah," kata Ridhuan dalam artikel bertajuk "Selawat Nabi, bukan puja" dalam kolumnya di akhbar Sinar Harian, hari ini. Ridhuan berkata, lagu cinta Rasul seperti qasidah dan sebagainya terlalu berlebihan sehingga membawa kepada tahap 'pemujaan' terhadap Nabi Muhammad. "Lagu-lagu cinta Rasul yang disampaikan seperti qasidah dan sebagainya terlalu berlebihan, sehingga membawa kepada tahap 'pemujaan' terhadap Nabi. "Adakah Rasulullah mahukan kita memuja baginda? Sudah tentu tidak," katanya. Sepenuhnya: http://www.themalaysianinsider.com/
|