CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: dasatgiler

[Tempatan] PLUS Tak Naik Tol La.. Perjanjian Konsesi Akan Tamat 2016 - DAWO

[Copy link]
Post time 18-12-2013 02:00 PM | Show all posts
Alasan naik tol tidak kukuh

KHAIRUL AZWAN

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Pergerakan Pemuda UMNO mendesak kerajaan membuat kajian terperinci dan memberi justifikasi kepada rakyat berhubung cadangan kenaikan bayaran tol lebuh raya dan tambang pengangkutan awam.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, kajian itu perlu supaya rakyat mempunyai kefahaman yang jelas mengenai faktor kenaikan tersebut sekali gus mempertahankan keyakinan terhadap kerajaan.

"Setakat ini, alasan yang diberikan oleh kerajaan tidak begitu teguh dan meyakinkan rakyat," katanya di sini semalam.

Sementara itu, Khairul Azwan berkata, pihaknya beranggapan kenaikan kadar bayaran tol lebuh raya sebagai satu tindakan yang tidak wajar untuk dilaksanakan atas beberapa sebab tertentu.

Katanya, penggunaan lebuh raya bukan lagi satu alternatif, sebaliknya menjadi laluan wajib kepada pengguna untuk sampai ke destinasi dengan pantas.

Bagaimanapun katanya, pada masa ini lebuh raya turut berdepan dengan masalah kesesakan sedangkan penggunanya perlu membayar tol.

"Hal ini seperti membayar tol untuk meredah kesesakan," katanya.

Dalam pada itu, beliau mempersoalkan cadangan kerajaan untuk menaikkan tambang sistem transit aliran ringan (LRT) dan KL Monorel sedangkan, kerajaan mengesyorkan rakyat untuk menggunakannya.

"Rakyat dinasihatkan untuk lebih kerap menggunakan kenderaan awam ke tempat kerja tetapi harga tambangnya meningkat.

"Kami cadangkan supaya kenaikan tarif elektrik tidak dikenakan kepada LRT supaya mereka tidak mempunyai alasan untuk meningkatkan kadar harga tambangnya," katanya.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dala ... kukuh#ixzz2nnseKgVX
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2013 02:17 PM | Show all posts
aduh!
penat DApig  melalak
tak taik rupanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.178928 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list