CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: asziemiworld

DNARS SKINCARE - KULIT LICIN BAGAI TELUR DIKUPAS!!!

[Copy link]
 Author| Post time 17-12-2013 12:15 PM | Show all posts

SEDIKIT PERKONGSIAN TENTANG JERAWAT (Sumber :drhasseenah)



Umum tahu bahawa jerawat adalah sejenis penyakit kronik yang dihidapi hampir 80% masyarakat di negara kita terutamanya di kalangan remaja dan orang dewasa. Masalah jerawat memberi kesan kepada rupa paras serta keterampilan seseorang kerana ia dapat dilihat dengan jelas dan boleh meninggalkan kesan parut kekal di kulit muka jika tidak dirawat dengan segera. Bukan itu sahaja, jika masalah jerawat yang dihidapi kronik, ia juga mampu memberi kesan negatif kepada tahap keyakinan diri penghidap tersebut kerana seseorang yang mempunyai masalah jerawat terutama masalah jerawat kronik selalunya akan merasa diri mereka tidak cantik untuk dipandang.

CARA RINGKAS MENGATASI MASALAH JERAWAT:

1. Mencuci Muka - Ini adalah satu kaedah umum untuk mengatasi masalah jerawat dan ianya perlu dilakukan sebanyak dua kali setiap hari menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda. Anda hanya disyorkan untuk mencuci muka dengan pencuci yang khusus untuk jerawat sebanyak 2 kali sehari sahaja tanpa perlu scrubbing. Ini untuk mengelakkan kulit muka anda terlampau kering kerana pencuci muka akan mengakibatkan minyak yang dihasilkan untuk melindungi kulit muka anda dijangkiti kuman hilang. Mencuci muka dengan air bersih sudah memadai jika perlu.

2. Menggunakan toner - Anda perlu menggunakan toner yang tidak mengandungi alkohol  kerana alkohol bertindak untuk mengeringkan kulit dan hal ini akan menyebabkan kulit muka kita menghasilkan pengeluaran minyak yang lebih banyak untuk memberi kelembapan yang asli kepada kulit muka.

3. Menggunakan krim jerawat - Penggunaan krim jerawat juga penting untuk merawat masalah jerawat dari luar. Namun begitu, pastikan anda menggunakan krim jerawat yang mempunyai kandungan Asid Azelic, Asid Salicylic atau Vitamin A.

4. Menggunakan pelembap muka - Farmasi ataupun pasaraya menjual pelbagai jenis pelembap muka tetapi saya sangat menyarankan anda menggunakan pelembap muka dalam bentuk gel kerana ia adalah lebih sesuai digunakan sekiranya kulit muka anda berminyak dan berjerawat.

5.Gunakan Krim Pelindung Matahari - Saya sering dapati bahawa masyarakat Malaysia kurang peka dengan kepentingan menggunakan krim pelindung matahari (sun block). Untuk pengetahuan anda, jerawat yang merah dan membengkak apabila pulih akan meninggalkan parut gelap. Lebih lama ia terdedah kepada sinaran matahari, lebih gelap parut itu akan kelihatan dan lebih sukar untuk kulit itu berubah menjadi warnanya yang asal. Oleh itu, penggunaan krim pelindung matahari amat disarankan kepada penghidap penyakit jerawat. Selain itu, anda juga perlu tahu bahan-bahan yang digunakan untuk merawat jerawat. Ia untuk mengelakkan daripada anda terus membeli produk anti jerawat yang tidak sesuai dengan kondisi kulit muka anda. Sabun pembersih muka adalah penting untuk membantu mengurangkan masalah kulit berjerawat seseorang. Tetapi sekiranya sabun pembersih muka yang anda gunakan tidak sesuai, masalah jerawat anda mungkin akan bertambah kronik atau tidak hilang. Secara jujur saya katakan bahawa pembersih muka yang terbaik untuk semua jenis kulit adalah pembersih muka yang tidak mengandungi pewangi, dan kandungan sodium laureth sulfate yang tinggi kerana ia akan menyebabkan reaksi kulit terutama pada kulit muka. Apabila anda ingin membeli pembersih muka, dapatkan produk yang mengandungi Benzoil Peroksida, minyak Tea Tree, Asid Salicylic, minyak Jojoba, Zink dan Aloe Vera. Bahan-bahan ini terbukti membantu merawat masalah jerawat pada kulit muka, belakan badan dan bahagian dada dengan baik. Oleh itu, saya ingin menyarankan kepada anda agar tidak membeli sabun pembersih muka berdasarkan pada jenamanya tetapi peka dengan kandungan-kandungan yang terdapat dalam bahan tersebut. Ini akan memastikan anda mendapat rawatan jerawat yang betul dan tidak hanya membazirkan wang untuk membeli produk-produk di pasaran yang lebih mahal tetapi kurang berkesan ke atas penyakit jerawat anda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2013 12:22 PM | Show all posts
JERAGAT

Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua. Kadang kala ia hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok, baik di pipi mahupun di dahi atau dagu. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan sama sekali.

Penyebabnya:
1. Ia disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigmen.
2. Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau menopaus.
3. Gelisah dan tidak cukup tidur.
4. Menggunakan makeup yang tidak berkualiti dan bermutu rendah.
5. Disebabkan oleh masalah pada limpa.

Rawatan Moden
a. Lindungi kulit anda daripada matahari dengan menggunakan “skin care” dan barangan makeup yang mengandungi “sunscreen” iaitu bahan pelindung matahari. Tidur dengan cukup dan jauhi daripada kegelisahan.

b. Pastikan barangan makeup yang anda pakai bermutu tinggi. Urutan pada muka anda boleh merangsang peredaran darah dan mempercepatkan pemulihan.

Rawatan Tradisional

Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.

Petua 2: Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda  sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

Petua 3: Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

Petua 4: Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

Petua 5: Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 12:25 PM | Show all posts
KAEDAH KECILKAN PORI-PORI WAJAH



Untuk memiliki kulit yang cantik kita harus menjaga kulit supaya kulit bersih terlebih dahulu. Adakah anda, pembaca memiliki liang roma yang terbuka? Maksudnya pori-pori wajah kelihatan macam lubang-lubang besar.

1. Selepas anda mencuci muka, liang pori akan terbuka untuk seketika. Pada waktu ini, sapukan penyegar (toner) pada wajah menggunakan tisu muka. Pilih penyegar yang berunsurkan ’sejuk’ atau yang bertindak sebagai pengecil liang roma (pore minimizer). Kebiasaannya, penyegar yang berasaskan mentimun adalah penyegar yang terbaik.

2. Pastikan anda ’scrub’ muka anda 2 atau 3 kali seminggu. Ini untuk membuang sel-sel kulit mati bagi mengelakkan ia berkumpul dan menjadi jerawat atau jeragat pada wajah kita. Pemilihan ’scrub’ juga amat penting. Pastikan anda membeli ’scrub’ muka yang mengandungi ‘micro-scrubber’ di dalam kandungan ’scrub’ tersebut kerana peranan ‘micro-scrubber’ amat penting dalam menanggalkan sel-sel kulit mati. Masa terbaik untuk melakukan ’scrub’ muka adalah pada waktu pagi selepas anda bangun dari tidur. Jadi, pada waktu ini, anda bukan mencuci muka menggunakan pencuci muka, sebaliknya menggunakan ’scrub’.

3. Setelah wajah anda dibersihkan dengan ’scrub’, pakai ‘topeng’ wajah untuk bertindak sebagai pengecil liang roma setelah melakukan ’scrubbing’. Topeng wajah terbaik ialah Pond’s Pore Care. Ia bertindak sebagai pengecil liang roma yang mempunyai ekstrak hazel dan pelembab. Ia juga bertindak sebagai pencuci muka dan juga ‘mask’. Pakai selama 8 minit dan kemudian bilas. Setelah pemakaian produk ini, anda akan merasakan kulit anda lebih halus dan liang roma lebih kecil.

4. Amalkan secara berdisiplin. Contohnya, cuci muka pada setiap pagi dan malam, sapukan penyegar selepas setiap kali mencuci muka, ’scrub’ muka setiap pagi Selasa dan Jumaat. Jika ada masa, selepas ’scrubbing’, terus pakaikan ‘mask’ muka atau anda juga boleh pakai pada waktu malam, sebelum tidur.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 12:26 PM | Show all posts
dnars ni mcm sama dengan set sabun susu beras dari thailand jer..cube search google/facebook sabun susu beras.ade krim putih, coklat n oren terang


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 12:28 PM | Show all posts
KEPADA SESIAPA YG NAK JIMAT BOLEH CUBA PETUA NI UNTUK CANTIKKAN KULIT MUKA. TAKYAH GUNA SKINCARE ATAU APA2 PRODUK KAN :-)



Bila usia mencecah 30-an, garis-garis halus serta kedutan di muka mulalah kelihatan. Bagi melingdungi kulit muka secara berterusan, gunakanlah daun lidah buaya. Ia berfungsi merawat, mengubat serta menegangkan kulit muka kita.

Oleh itu, jom kita praktikkan petua tegangkan kulit muka dengan daun lidah buaya yang telah diakui berkesan sejak zaman Mesir Kuno lagi.

Cara mengamalkan Petua Lidah Buaya:
1. Ambil 1 helai daun lidah buaya dan belah dua.
2. Sapukan lendir daun lidah buaya pada keseluruhan bahagian muka dan leher.
3. Biarkan ia lebih kurang dalam 20 minit.
4. Setelah itu, basahkan sehelai kain bersih dengan air suam dan lapkan pada muka dan leher.
5. Kemudian, basahkan sehelai kain bersih dengan air sejuk dan lap pada muka dan leher.

Dah. Itu saja yang perlu kita buat. Saya percaya jika kita ada menanam pokok lidah buaya di rumah mahupun di kampung masih sempat nak melakukannya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 12:35 PM | Show all posts

adik saya guna Alhamdulillah... jerawat & parut lama makin pudar. ambik masa gak kot sebab parut tu lama dah. dia nak tambah krim ku-neng ngan foundation. cuma dia ada rasa mcm pedih kat bawah mata...check xder ngelupas pun...tapi dalam 2 hari aja...skrg dah ok
Last edited by nadyaa on 17-12-2013 12:45 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-12-2013 12:37 PM | Show all posts
nadyaa posted on 17-12-2013 12:35 PM
adik saya Alhamdulillah... jerawat & parut lama makin pudar. ambik masa gak kot sebab parut tu lam ...

ok kalau jerawat masih ada x perlu guna foundation dulu k. guna set normal + toner dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 12:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2013 12:53 PM | Show all posts


Dnars Skincare RM59.90 (SET BERMINYAK/ JERAWAT)

*2 sabun beras
*1 day cream
*1 night cream

Produk Dnars Skincare adalah produk kecantikan dari Malaysia dan mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.  Selamat dan ia berkesan!

Dnars Skincare dapat mengatasi pelbagai masalah kulit :-
* Menghilangkan jerawat & parut bekas jerawat
* Menyamarkan & menghilangkan bintik-bintik hitam & putih di wajah
* Mengecilkan pori-pori
* Pigmentasi atau warna kulit tidak sekata
* Memutihkan & mencerahkan warna kulit
* Meremajakan & membuatkan kulit nampak bercahaya
* Menegangkan kulit muka sehingga anda kelihatan lebih muda
* Menghilangkan parut di wajah
* Menghilangkan kedutan
* Mengatasi masalah jerawat
* Mengatasi masalah jeragat
* Menyerikan kulit yang kusam
* 100% recommended
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 12:54 PM | Show all posts


Dnars SkinCare (Kulit Normal/Jeragat)

Produk Dnars Skincare adalah produk kecantikan dari Malaysia dan mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.  Selamat dan ia berkesan!

Dnars Skin Care Pakej terdiri daripada:
1. Magic Beuty Cream
2. Magic Day Cream
3. Sabun Susu Beras
4. Sabun Collagen

Dnars Skincare dapat mengatasi pelbagai masalah kulit :-
* Menghilangkan jerawat & parut bekas jerawat
* Menyamarkan & menghilangkan bintik-bintik hitam & putih di wajah
* Mengecilkan pori-pori
* Pigmentasi atau warna kulit tidak sekata
* Memutihkan & mencerahkan warna kulit
* Meremajakan & membuatkan kulit nampak bercahaya
* Menegangkan kulit muka sehingga anda kelihatan lebih muda
* Menghilangkan parut di wajah
* Menghilangkan kedutan
* Mengatasi masalah jerawat
* Mengatasi masalah jeragat
* Menyerikan kulit yang kusam
* 100% recommended
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 12:54 PM | Show all posts


Dnars Toner Treatment

1) Mengecilkan pori-pori dan menganjalkan kulit
2) Mengembalikan PH 5.5 pada kulit muka selepas di cuci
3) Estrak daripada tumbuhan untuk melembap dan menyegarkan kulit
4) Ada formula khas untuk merawat jerawat.

Kandungan 30ml
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 12:55 PM | Show all posts


Dnars Toner Collagen

DNARS SKINCARE TONER COLAGEN Untuk kulit normal, kulit jeragat sederhana/sedikit, kulit kering - mengecilkan liang pori.-menyegarkan kulit.- mengelakan kekeringan kulit.

Kandungan 60ml
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 01:00 PM | Show all posts
asziemiworld posted on 17-12-2013 12:54 PM
Dnars SkinCare (Kulit Normal/Jeragat)

Produk Dnars Skincare adalah produk kecantikan dari Mal ...

kenapa aku beli set jeragat ni sabun kolegen dia kecik je, setengah dr sabun beras?
dh la ms buka pembalut sabun magic face soap tu aku rs mcm tertipu...sebab buka2 je tgk sabun beras
sebelum ni mmg penah pakai sabun beras tp xhabis pakai pun
nk x nk terpasa la pakai
hasil dia xtau lg baru 4 hari beli...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 01:05 PM | Show all posts
induk posted on 17-12-2013 01:00 PM
kenapa aku beli set jeragat ni sabun kolegen dia kecik je, setengah dr sabun beras?
dh la ms buka ...

memang sabun kolagen lebih kecik size nya berbanding sabun beras sis.  naper lak rasa tertipu? kan memang dah tulis set normal ada 1 sabun beras dan 1 sabun kolagen.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 01:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 01:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2013 01:13 PM | Show all posts
asziemiworld posted on 17-12-2013 01:05 PM
memang sabun kolagen lebih kecik size nya berbanding sabun beras sis.  naper lak rasa tertipu? kan ...

rs tertipu sebab kecewa bila buka sabun magic face tu, tiba2 tgk sabun beras
igtkan sabun magic rupa ape...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 01:14 PM | Show all posts


Untuk set normal memang sabunnya x sama size seperti dalam gambar ya.. takder penipuan...memang begitu saiznya... kalau set jerawat 2 ketul sabun beras memang sama size
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 01:21 PM | Show all posts
induk posted on 17-12-2013 01:13 PM
rs tertipu sebab kecewa bila buka sabun magic face tu, tiba2 tgk sabun beras
igtkan sabun magic r ...

sis tak baca dulu ke sebelum beli? memang set dnars gunakan sabun beras sis. mungkin sis x perasan kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 02:13 PM | Show all posts
misznurul posted on 13-12-2013 12:45 PM
sy nak tnya ckit org yg arif berkenaan krim malam dnars ni..

sy hari tu pakai msa bulan 5 dlm 2 m ...

Produk yang beracun juga boleh dikenalpasti apabila sabun atau toner atau krim pemutih atau krim malam berubah warna menjadi hitam/coklat tua.

sumber http://www.unicebeauty.com.my/racun-dalam-kosmetik.html

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.604650 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list