Tekad Datuk Jamal Abdillah
[size=0.9em]Pekan: Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah menyifatkan penganugerahan darjah kebesaran oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah sebagai ‘tiket’ baginya untuk terus mencurahkan bakti kepada masyarakat. [size=0.9em]Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Pahang di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, di sini, semalam. [size=0.9em]
Selain penyanyi yang popular dengan lagu Kekasih Awal dan Akhir itu, dua selebriti lain turut menerima DIMP iaitu penyanyi Indonesia, Rossa serta penyanyi 1990-an, Elaine Kang.
[size=0.9em]Jamal berkata, penganugerahan itu membuatkan dia berasa dihargai meskipun sebelum ini terpalit dengan pelbagai kontroversi dan tohmahan terutama berkaitan dadah. Sementara itu, Datuk Rossa atau nama sebenarnya Sri Rosa Roslaina Handiyani menganggap pengurniaan darjah kebesaran itu sebagai anugerah dari Allah.
|