CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Tempatan] Air 'tuak' popular di bulan puasa

[Copy link]
Post time 29-7-2013 12:02 AM | Show all posts
Muntz posted on 28-7-2013 10:03 PM
Yg dah abis suling tu mmg dekat2 nak pure alkohol. Mcm rasa vodka gitu.

pedas terbakar kan?

sebab tu ummah yang tak tahan, campo dengan 7-Up atau Pepsi. campo ngan F&N oren pun sodap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2013 12:03 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 28-7-2013 11:57 PM
nak tolong ingatkan je..

apa pun pokcik...

air epal + asam boi...memang mabeles...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 12:04 AM | Show all posts
chazey posted on 29-7-2013 12:02 AM
pedas terbakar kan?

sebab tu ummah yang tak tahan, campo dengan 7-Up atau Pepsi. campo ngan F&N ...

Sbb tu org minum tu tak banyak. Satu gelas kecik tu jer. Tapi kena one shot lah. Takat minum sip sikit2 apa barang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 12:07 AM | Show all posts
chazey posted on 28-7-2013 11:58 PM
oh gitew kekdahnya.

kat Sabah lak, yang disuling tu, dipanggil 'lihing'. aku like benda ni. sed ...

kat sini, langkau ni best masak ayam + kacama/kacangma tak tau apa nama sebenar serbuk sayur tu   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2013 12:11 AM | Show all posts
noor2 posted on 29-7-2013 12:03 AM
apa pun pokcik...

air epal + asam boi...memang mabeles...

air epal pun kalau diperam boleh jadi tuak jugak Noor..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 12:11 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 29-7-2013 12:11 AM
air epal pun kalau diperam boleh jadi tuak jugak Noor..

boleh ke...tak ke basi....mau cirit birit....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2013 12:13 AM | Show all posts
Bedah.Cun posted on 28-7-2013 11:59 PM
Yang lihing tu peratusan alkohol die camne ye? Macam sedap lak kau citer pasal sup ayam tu :drool3 ...

tak sure la kak.

lihing ni, ada dua rasa; manis ngan masam. rasa bergantung pada kepakaran si pembuat; kalau yang pandai buat tuh, memang lihing dia wangi pehtu rasa manis jah. ala2 mirin (rice wine jepon) gitu. tangan yang tak pakar lak, akan menghasilkan lihing masam. tak sedap.

btw, sebagai bahan bacaan tambahan;

Tapai atau `kinomol’ biasanya diperbuat daripada `beras pulut’ yang diperam dalam tajau. Terdapat dua jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Tapai pulut lebih digemari oleh suku kaum kadazandusun jika dibandingkan dengan tapai ubi. Tapai juga dikenali sebagai `tumpung’ iaitu beras pulut yang diperam didalam bekas botol plastik air mineral atau bekas botol plastik minyak masak. Sekiranya tapai dibiarkan lama berada dalam tajau `lihing’ akan terjadi. `Linutau’ juga berasal dari `Kinomol’ dimana baki nasi yang ada dalam tajau tadi diambil kemudian dibungkus dengan kain lalu diperah atau ditapis untuk mendapatkan air tapai. Air tapai ini dipanggil `linutau’. Manakala `montoku’ pula terbentuk apabila tapai tadi di masak semula untuk mendapatkan wap tapai. Satu saluran khas akan dibina dari `lanjang’ atau periuk nasi untuk memudahkan wap itu mengalir ke dalam botol atau tempat penyimpanan. Proses ini memakan masa berjam-jam dan boleh sampai sehari hanya untuk mendapatkan sebotol `montoku’.

cara pembuatan katanya;

Bahan-bahan membuat tapai ialah :
· Beras Pulut (warna putih), boleh dicampurkan juga dengan sedikit beras warna merah jika mahu tapai itu kelihatan berwarna merah.
· Ragi atau `sasad’ atau `laru’ (2 jenis ragi satu rasanya pahit dan satu lagi rasanya manis). Ragi pahit dan ragi manis boleh dicampurkan sekali ikut kehendak. Dan rasanya tapai itu `pahit manis’. Tapai yang rasanya ada manis-manis dan ada pahit-pahit sikit amat digemari oleh si peminum.


Cara-cara membuat tapai :
Sediakan satu gantang beras pulut atau 14 tin bekas `susu junjung’
1 biji ragi.
Bersihkan beras pulut / beras biasa dengan menggunakan air.
Masak beras tadi (seperti memasak nasi)
Keluarkan nasi tadi dan ratakan diatas tikar yang bersih dan biarkan sehingga sejuk.
Ragi yang ditembuk (halus) kemudiannya ditaburkan diatas nasi tadi. Campurkan
sehingga sebati.
Masukkan nasi dan ragi yang sudah digaul kedalam tajau.
Tutup mulut tajau dengan kain atau plastik dan ikat ketat.
Letakkan parang dan abu arang diatas tajau tadi bagi mengelakkan gangguan orang halus, mengikut kepercayaan masyarakat Kadazandusun.

Keperluan dan Tempat Penyimpanan Tapai :
Tajau (bersihkan tajau menggunakan daun tarap untuk mengelakkan tapai berasa masam)
Daun tarap atau Kain.
Tali nylon atau rotan
Straw atau bambu tempat untuk menyedut.

Pantang Larang semasa membuat tapai :
Tidak boleh membuat bising
Tidak boleh bertengkar / bergaduh
Tidak boleh `melangkah’ di atas nasi dan ragi

Menurut kepercayaan jika pantang larang ini tidak diikuti, akan berlaku pergaduhan besar atau perkara yang tidak di ingini kepada si peminum semasa majilis keramaian tersebut berlangsung. Selepas selesai proses membuat tapai, letakkan tajau tersebut di dalam sebuah bilik khas, bersih dan berkunci. Tunggu sehingga 2 minggu (beras pulut) dan 1 bulan (beras biasa). Tuang dengan air sejuk yang sudah dimasak ke dalam tajau. Sedia untuk diminum dan hidangkan kepada tamu yang datang ke rumah. Tapai atau `Lihing’ yang belum dicampurkan dengan air boleh digunakan untuk memasak ayam kerana `Lihing’ ini berasa manis dan masakan ini sesuai untuk mereka yang baru melahirkan anak. Tujuannya adalah untuk membuang angin dalam tubuh badan.

tiba2 aku wendu makan sup lihing la. dah bertahun tak mrasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2013 12:15 AM | Show all posts
noor2 posted on 29-7-2013 12:11 AM
boleh ke...tak ke basi....mau cirit birit....

tuak pun basi noor....yg minum tu tak cirit birit pun..cuma meneneng neneng je..tak jumpa pintu keluar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2013 12:17 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 29-7-2013 12:15 AM
tuak pun basi noor....yg minum tu tak cirit birit pun..cuma meneneng neneng je..tak jumpa pintu ke ...

...tgh bayangkan keadaan kebengongan....time tu depa nampak ular tedung hitam pun disangka pompuan lawa..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 12:19 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 29-7-2013 12:15 AM
tuak pun basi noor....yg minum tu tak cirit birit pun..cuma meneneng neneng je..tak jumpa pintu ke ...

terlanggar pintu tu biasala. pokcik . .

k lah nak tido . . .
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 12:24 AM | Show all posts
chazey posted on 28-7-2013 04:13 AM
tak sure la kak.

lihing ni, ada dua rasa; manis ngan masam. rasa bergantung pada kepakaran si  ...

LOh kena ade tajau bagai. Ke Bedah boleh gantikan dengan pasu yang beli kat kedai tembikar Cina tu je ye? Nanti bulan depan dah nak gi Sabah bek Bedah gi cari benda2 tu kat sane terase macam nak try lak resipi baru ni kang abang bising cakap bile Bedah nak belajar buat capati semua sibuk sangat nak belajar masakan Nusantara tekak die tak leh masuj, haha
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 12:25 AM | Show all posts
Bedah.Cun posted on 29-7-2013 12:24 AM
LOh kena ade tajau bagai. Ke Bedah boleh gantikan dengan pasu yang beli kat kedai tembikar Cina tu ...

ko letak la dalam hapa2 pun. asal jangan buat dalam tong sampah, dah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 12:27 AM | Show all posts
chazey posted on 28-7-2013 04:25 AM
ko letak la dalam hapa2 pun. asal jangan buat dalam tong sampah, dah.

Keziii tau
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 09:12 AM | Show all posts
cmf_herrhughie posted on 28-7-2013 09:26 PM
warna air nira ni mcm air tebu? nape tak sama dgn versi di kedah?

lokasi berbeza
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 09:57 AM | Show all posts
air ketum fresh pon laku bulan2 posa ni.hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 10:15 AM | Show all posts
dah pernah try masa gi ganu hari tu...bkn citarasa ai la...tapi abg ai mmg suka minum...ikut tekak masing2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2013 10:17 AM | Show all posts
air nira tu mmg aku akan beli kalo gi Kedah..tapi air tuak aku x penah try
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 10:31 AM | Show all posts
nira campoq ayaq ketum... perkhh... terangkat... x lena sampai ke sahor....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 10:32 AM | Show all posts
tak memabukkan yer..
x pernah rasa pun..
masa duk kampung yg aku biasa dengar minum tuak ni org2 india jerk..
org melayu pun minum tuak ker..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 11:22 AM | Show all posts
Air ni best... Manis sgt..Lagi2 kalau air tuak dari kelapa pandan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103267 Replies : 2877
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39982 Replies : 245
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 179435 Replies : 4068
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 1949 Replies : 7
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7377 Replies : 82
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 22291 Replies : 128
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14693 Replies : 100
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73353 Replies : 2952
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5457 Replies : 21
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3804 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.075825 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list