MissNigga posted on 21-4-2014 09:39 PM
tepek ler bidio lagu tu uols... nak dengar, tol ker best ...
p/s tgh layan lagu saranga by the ...
dekat website kritik lagu-lagu Hans Zimmer kan sis, ada urang buat lawak, kan dalam MOS ada track dengan title paling panjang dalam dunia What Are You Going To Do When You Are Not Saving the World?.mp3 kan?
kenapa dekat The Amazing Spider-Man 2 Hans Zimmer tak nak letak nama MP3 What Are You Going To Do When You Are Not Climbing The Wall?.mp3
kakikuDibibirmu posted on 22-4-2014 07:21 AM
cilakak kan Wikipedia tuh, mentang-mentang UK launch dulu 16 April 2014 terus dah siap sinopsisnya
...
nampaknya spt dalam wikipedia dan imdb, villain utama ialah electro dan green goblin. rhino hanya sebagai teaser utk amazing spiderman 3 je, kemungkinan sekali akan bersama2 dgn black cat (felicia hardy dah muncul dalam amazing spiderman 2 ni) sebagai penjahat utama dalam filem akan datang
mary jane pun mungkin ada dalam filem yg ketiga nanti
kakikuDibibirmu posted on 29-4-2014 09:56 AM
2 hari lagi sis
kaka masih berkira2 ngan gi tgk ngan skandal ka gi tgk sendiri. kalau gi ngan skandal jimat duit dinner + tiket wayang + popcorn pastu bleh la kikis secawan 2 bubble tea, tp tak bleh plak nk merembes ngan peter parker itu. kaka di dalam dilema la... haih...
Walaupun kematian Gwen Stacy dah dijangkakan tapi aku tetap rasa sedih..mungkin sbb lakonan Emma Stone tu yg buat aku cair..huhuhu
Harap2, actress yg melakonkan watak MJ nnt dpt memberikan impak lakonan yg cemerlang spt Emma Stone.
hantu_poyos posted on 1-5-2014 01:24 AM
Why why heroin must die
choyyyyyyyyy citer superhero taraf sampah ni uols boleh kasi 9/10 kaaaa?
dalam mobie ni asyik2 gaduh jah gwen dengan peter. bila baik bercium bila gaduh nak break up.... erkkkkk
lawan pun alahaiiiii 2x jah kot scene berlawan, scene beromen dalam mulut lagi banyak
Post time 1-5-2014 04:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bohsan ah spiderman kali ne ... Mcm cite cinta je akak rasa ... Dah la action nya sikit ... Part cinta yg banyak
Kenangan Peter masa bercinta ngan Harry tu 8 tahun lepas .. Dialog2 mereka berdua .. LGBT sangat .. Yg akak ingat peter ckp " i nampak u jadi model cover majalah ketika di Europe .. Tentu banyak peminat bukan ? " herry jawab "ya" pastu Peter balas "tentu sukar utk puaskan mereka semua bukan" Eewww ... Gay sangat dialoq !!! Dan lain2 lagi la kenangan mereka ngan Harry ... Pastu peter dlm dilema bila Harry tanya tentang gf ... Peter pun tak tahu masih dlm hubungan atau tak ... eewww
Pastu part dgn Gwen la ... Asyik gaduh cium gaduh cium ... Choii.
Akak rasa macam tengok cite romance je semalam ... Rugi kah korban kan masa tido akak utk tgk midnite ..!!! Last edited by revolusi_30 on 1-5-2014 08:55 PM
Akak dah tengok dah felem nim. Betul cakap akak kakikuDibibirmu itu pada komen bernombor #124 Gwen Stacy mati dan badak sumbu tu seminit jah pun. Berikut adalah merupakan komen akak, tidak ada kena-mengena dengan yang masih mati atau telah hidup:
1. Apa kejadahnya ada sedutan X-Men semasa tengah-tengah post credit
Takajut akak tahu. Apa kejadahnya sedutan felem X-Men masuk tengah-tengah post credit, mak bapak diorang tak ajar ke? Dengan nada Wan Kamaruddin Wan Ibrahim Wan Edisi Wan Siasat Wan Ntv7.
2. Andrew Garfield lebih matang, seiring dengan 3-series
Entahlah, akak rasa, akak rindu dengan muka cute Andrew Garfield dalam The Amazing Spider-Man 1. Dalam felem ni cam kureng cute sket, dah lebih matang, tapi akak suka jah tengok Andrew Garfield senyum. Mungkin jugak sebab akak sekarang sudah angau dengan Fadlan Hazim hensem, tak apa lah sis, kumbang bukan seekor, tak salah puji kecantikan ciptaan elohim. Dalam felem nim, Andrew Garfield dah banyak tumbuh bulu dekat muka, tak macam felem TASM1 dahulu atau The Social Network. Ada scene Andrew Garfield bukak baju, dah berisi, tapi kurenglah, ni penangan Fadlan Hazim hensem shirtless lah nim.
Marc Webb ni memang pengarah yang terer buat scene couple berborak, memang nampak spontaneous, akak suka sangat tengok scene sebegini. Lagipun dalam dunia nyata, memang Andrew Garfield bercinta dengan Emma Stone pun. So, senanglah mureka nak bawak babak sebegitu. Daripada djaman Joseph Gordon-Levitt, 500 DAYS OF SUMMER, membawak kepada The Amazing Spider-Man 1 memang Marc Webb terer buat scene sebegini. Syabas akak ucapkan kepada Marc Webb.
3. Jumhul para dialog tak macam trailer pun
Kau bayangkanlah dik non, yang dalam trailer tu, Norman KRU Osborne ada cakap "not everyone gets happy ending" atas katil tak ada, Aunt May sebut secret have a cause, the cause does too, pun tak ada, Harry Osborne sebut what will happen to peter? pun tak ada, harry osborne sebut we've been watching you tak ada, pendek kata, banyak dialog cam diolah semula saat akhir, persis The Amazing Spider-Man 1 semua cut scene campak dalam DVD Blu-Ray. Nanti akak kena beli Blu-Ray nak tengok director's cut deleted scene sebegitu.
4. Sedih tawwww wak
Tak sangka pulak camtu cara Gwen Stacy mati, sedihlah scene tu, diorang baharu adja reunited lepas clash, dah ada harapan baik cerah dah. Gwen Stacy nak pergi England nak sambung masuk Oxford, Peter Parker pun nak join cikcur jugak dekat England, sekali gol lah pulak, sedih sangat-sangat, Spider-Man pun berkabung dekat 5 bulan tak nak tolong siapa-siapa lagi dah fefeeling bertaubat nasuha sebegitu. Memang sedihlah scene tu, menangis akak dalam panggung wayang, kesian sangat-sangat. Akak sambil menaip ni pun masih sedih terkenangkan scene tu.
5. Banyak scene kelakar diknon
Banyak scene kelakar kali ni, tak macam TASM1 yang serius semedang, rasa macam dah kembali ke djaman kartun Spider-Man tahun 60-an. Christoper Nolan tu pun, dia yang beratkan mood Batman, kalau tengok Batman 60-an penuh dengan unsur kelakar hatta that dreadful Batman and Robin. La ni jah, superhero nak emo moody dark hitam pelbagai. Tapi Loki kelakar.
Banyak subtle kelakar tapi best.
6. Skor muzik yang boleh tahan
Haritu akak burgaduh dungan @MissNigga sebab MOS punya skor muzik tak sedap, bingit, gorogorogoro bunyi percussion komputer, Hans Zimmer susah nak conduct MOS secara live orchestra sebab terlalu rely dengan penyataan bunyi bantuan komputer, review dekat soundtrack website pun setuju karya Hans Zimmer dalam MOS adalah yang paling teruk dalam semua felem Hans Zimmer, tak memorable, merudum semendjak Inception.
The Dark Night Rises tu pun recycle James Newton Howard punya idea, sebab James Newton Howard melarikan diri daripada bekerjasama dengan Nolan-Zimmer dalam felem batman ketiga.
Tapi dalam felem ni okaylah, tak disaster cam MOS tu, banyak orchestra string dan piano yang memorable, mungkin sebab nak kekalkan kesinambungan TASM1 James Horner. Lagipun, hangpa kena ingat, TASM1 soundtrack is a work of one person, TASM2 is nine person, ada Pharrel William tu lagi lah best, hasil seni dia yang buat skor muzik DESPICABLE ME 2. Dahulu ummah komplen, masa Hans Zimmer reveal lagu tema TASM2 awat macam bunyi pertandingan american footbal takpun bunyi starting berita perdana pukul 8 malam warta berita, tapi, bila akak dah beli album sountrack TASM2, rasa ngam lah jugak. Tapi akak masih rindu dengan melodi TASM1 James Horner.
7. Banyak elemen TASM1 yang dia refer balik
Memang banyak dia reference TASM1, pandai diorang olah script, sampaikan scene Peter Parker time kecik-kecik sebut Dad! tu pun ada drama sebelumnya.
===
Paul Giamatti kemain lagi jadi gengster russian, dalam felem Disney SAVING MR. BANKS kemain baik lagi jadi pemandu kereta pencipta MARY POPPINS.
Overall, akak bagi 9/10 bintang, jalan cerita dengan plot yang macam-macam, berkali-kali lagi best dari TASM1. Tapi tang muzik, akak tetap rindu dengan James Horner TASM1, mungkin sebab akak suka main piano kot. :p