|
Harga kereta mula turun, 10 model dah mula turun harga- edisi janji ditepati
[Copy link]
|
|
zzola posted on 10-6-2013 01:28 PM
jalan sesak bukan sebab
kereta banyak tetapi
Betul tu,dan lagi satu sbb sesak adalah tiap kali ujan asek la banjir sampai jalan kene tutup....
|
|
|
|
|
|
|
|
atira posted on 12-6-2013 02:47 PM
Terima kasih Bijan krn menepati janji.... |
|
|
|
|
|
|
|
kecimpret posted on 10-6-2013 10:19 AM
tugas wartawan Utusan ka?..ya aku paham, tugas dorang ialah putar belit kelirukan org melayu cam k ...
Tugas wartawan Led Bean Army plak ialah memputarbelitkan lagi mana2 yang dah terbelit.. ahaks.
ps: Alahai.. kereta naik harga jd isu, turun harga pun jadi isu... Asalkan boleh jadi isu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tengah tunggu lori 5 tan turun harga.... |
|
|
|
|
|
|
|
fortiori13 posted on 12-6-2013 06:26 PM
Terima kasih Bijan krn menepati janji....
syukur kehadrat Bijan
|
|
|
|
|
|
|
|
Pembuat kereta sangkal dakwaan Utusan mengenai penurunan harga
OLEH ZURAIRI AR
JUNE 13, 2013
Ramai orang sedang melihat Proton Preve semasa ia di lancarkan tahun lepas. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 13 Jun – Pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini seperti dilaporkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia tiga hari lalu sebagai bukti gabungan pemerintah itu menunaikan janji pilihan raya mereka.
Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka sehingga 11 peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013.
“Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888,” kata wakil dari Volkswagen Malaysia di akaun Facebook mereka merujuk kepada salah satu model Golf.
Seorang pengguna sebelum itu memuat naik laporan Utusan, yang mendakwa harga Golf telah dikurangkan sehingga 7.1 peratus dari RM169,888 ke RM157,888.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, seorang pengedar untuk pembuat kereta Jerman itu mengesahkan harga Golf Mark 7 1.4 TSI yang dilancarkan sejak awal tahun ini memang berharga bermula dari RM157,888.
Peugeot Malaysia juga telah memberi respon di laman Facebook mereka mengenai dakwaan Utusan harga bagi model 308 telah diturunkan sebanyak 11 peratus dari RM115,663 ke RM102,888.
“Tanpa sebarang prejudis, tiada apa-apa dikeluarkan oleh kami, kami tidak dirujuk sebelum artikel itu dicetak dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan laporan berita itu. Harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308,” kata pembuat kereta Perancis itu.
Seorang pengedar Peugeot memberitahu The Malaysian Insider model facelift 308 VTi semenangnya berharga RM102,888 semenjak ianya dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan harga 308 Turbo adalah RM121,888.
Utusan juga melaporkan Honda Jazz Hybrid kini berharga RM89,900 selepas diturunkan sebanyak 2.5 peratus dari RM92,187.
Semakan dengan pembuat kereta dari Jepun itu mengesahkan model versi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Alor Gajah sememangnya dijual pada RM89,900 semenjak dilancarkan tahun lepas. Manakala model versi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dilancarkan sebelum ini berharga RM94,800.
Akhbar Melayu itu juga melaporkan penurunan harga bagi model syarikat tempatan seperti Persona, Preve, Saga dan Exora dari Proton, dan Alza, Viva, dan Myvi dari Perodua.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengulangi ikrar pilihan raya untuk mengurangkan harga kereta melalui akaun Twitter lewat bulan lepas, berjanji harga kereta akan dikurangkan secara berperingkat sehingga 2017.
Pada hari sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan telah berjanji untuk mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun, seperti yang digariskan dalam manifesto pilihan raya BN.
“Malah, sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model popular di negara ini telah turun secara purata 7.3 peratus,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu, pertama selepas Mustapa dilantik semula ke dalam Kabinet.
Kedua-dua BN dan pembangkang Pakatan Rakyat telah berikrar harga kereta lebih murah menjelang pilihan raya Mei, walaupun melalui mekanisme berbeza. |
|
| [tr][/tr]
|
|
|
|
|
|
|
|
Apesal penipuan utusan ni mcm bodoh sgt ek? Dia ingat orang x boleh tau ke? |
|
|
|
|
|
|
|
bukang harga kerata 10 model yang turon harga ....cerita topik ni yang yang modal ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Rupa rupanya tipu..... Bodoh Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
http://kelambuterbakor.blogspot. ... k-tipu-ni-umno.html
baca blog yg kat atas tu beb... lu org kena tipu je la beb.....
Tajuk yang dimerahkan:
HONDA JAZZ HIBRID
BUKAN HARGA diturunkan tapi model yg BERLAINAN
Yang taksub blogger anti kerajaan pun terkelentong bila baca review tu...
Honda JAZZ Hibrid tu Model yang sama juga tak kira lah CBU ke, CKD ke..... bezanya satu diimport seketul satu lagi dipasang di Malaysia
iPhone dihasilkan di California, USA. Semua iPhone original yang dijual di pasaran ASSAMBLED in CHINA. Adakah dikira MODEL YANG BERLAINAN berbanding prototaip atau yang dihasil di California?
iPhone fake yang China version, ni baru kira tipu punya atau MODEL yang berlainan dari kompeni lain...
So get your fact right. CKD isn't the different model, is just assembled at different place
Last edited by mnm77 on 17-6-2013 08:00 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
imatt posted on 14-6-2013 11:45 AM
Apesal penipuan utusan ni mcm bodoh sgt ek? Dia ingat orang x boleh tau ke?
Penipuan dari blogger anti kerajaan pun berlambak.... diaorang ingat orang x boleh tau ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah standard pemikiran sempit macai-macai hina PR dah begitu... kuman seberang laut nampak.......
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 17-6-2013 08:24 AM
Penipuan dari blogger anti kerajaan pun berlambak.... diaorang ingat orang x boleh tau ke?
Blogger anti kerajaan tu lantak pi la. Bukan aku baca pun. Tapi ni utusan paper satu malaysia baca bro. Dah tu sume nak dikencingnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
utusan untuk manusia buta hati perut.
|
|
|
|
|
|
|
|
imatt posted on 20-6-2013 07:51 PM
Blogger anti kerajaan tu lantak pi la. Bukan aku baca pun. Tapi ni utusan paper satu malaysia baca bro. Dah tu sume nak dikencingnya.
Aiitttt... berita bohong yang anti-kerajaan punya korang boleh terima LANTAK PI... kena kencing takpa no....
Kalau utusan punya SEMUA BOHONG?
Ni dah otak blackout... sepatutnya... samada utusan atau blog anti-kerajaan... semua kena SELIDIK la dulu... ini baru betul...
Yang anti-kerajaan... apa-apa dari utusan semua kata bohong! Ni cara orang yang tak guna otak langsung!
Utusan boleh berbohong, bukannya bermakna semua bohong... selidik betul-betul la dulu kalau tak percaya.. bukan kata semua bohong, dengan sumber dari PEMBOHONG anti kerajaan pula..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|