|
Kitab Zabur -- Kumpulan Syair-Syair Nabi Daud
[Copy link]
|
|
nobito posted on 3-4-2013 05:18 PM ![](static/image/common/back.gif)
Kenapa Melayu Islam suka berdebat dengan Kristian tapi tak berani dengan Jews?
Wallahu a3lam...
Kalau saya...munkin faktor persekitaran....
i meet Cristian almost everday but not jew..![](static/image/smiley/default/1.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang kita fahami dari amalan ibadah para nabi dan orang2 soleh melalui Old Testament dan Al-Quran...perbuatan Ruku' akan diikuti Sujud dan Sujud diikuti Ruku' serta berlutut (duduk antara 2 sujud)...maksudnya perbuatan itu berulang2
Dan di dalam Rukuk dan Sujud akan disertai dengan doa....doa di dalam Old Testament termasuh secara automatik sebab Nabi Muhammad adalah pemimpin kita..Maka wajib berlandaskan perbuatan nabi melalui Hadith sohih
Itu yang saya maksudkan ayat2 Halacah dan ibadat dalam Old Testament yang termasuh apabila Al-Quran turun...begitu juga dengan waktu2 solat yang sudah berubah apabila turunnya Al-Quran dan berdasarkan perbuatan Nabi Muhammad (bersumberkan Hadith sohih)
Ayat Pertama:
وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ
“Dan dirikanlah solat pada kedua tepi siang dan pada bahagian permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat“ (QS. Huud: 114)
Menurut para mufassriin, di ayat ini disebutkan waktu solat, yaitu kedua tepi siang, yaitu solat shubuh dan ashar. Dan pada bahagian permulaan malam, yaitu Maghrib dan Isya`.
Ayat kedua
أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْءَانَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْءَانَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا
Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan Qur`anal fajri. Sesungguhnya Qur`anal fajri itu disaksikan (QS. Al-Isra`: 78)
Menurut para mufassrin, di dalam ayat ini disebutkan waktu solat yaitu sesudah matahari tergelincir, aitu solat Zhuhur dan Ashar. Sedangkan gelap malam adalah solat Maghirb dan Isya` dan Qur`anal fajri yaitu solat subuh. |
|
|
|
|
|
|
|
beberapa kelonggaran dimana Qiamullail adalah wajib ke atas nabi Muhammad dan para sahabat tetapi menjadi sunat muakkad ke atas orang kemudian...
- Pada awalnya qiamullail wajib bagi rasulullah dan para sahabat. Semak ayat 1-10 surah al-Muzammil di bawah ini.
1] Wahai orang yang berselimut!.
[2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
[3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
[4] Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.
[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
[6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
[7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
[8] Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
[9] Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.
[10] Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.
- Setelah setahun disyariatkan amalan itu menjadi sunat muakkad pula bagi setiap umat Islam .Namun ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Semak maksud ayat 20 surah al-Muzammil di bawah ini .
"Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). |
|
|
|
|
|
|
|
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عْمِرو قَالَ قَالَ رَسُولُ الله صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
اِنَّ أَحَبَّ الصِّيَامِ إِلَى الله صِيَامُ دَاوُدَ كَانَ يَنَامُ نِصْفُ اللَّيْلِ
وَيَقُومُ ثُلُثَهُ وَيَنَامُ سُدُسَهُ وَكَانَ يَصُومُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا
Dari Abdullah bin Amru r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya puasa yang lebih disukai Allah ialah puasa Nabi Daud a.s.
dan sembahyang yang lebih dikasihi Allah ialah sembahyang Nabi Daud a.s.
Dia tidur setengah malam, sembahyang sepertiga malam dan tidur lagi
sperenam malam . Dia puasa sehari dan berbuka sehari
Hadis sahih riwayat Muslim |
|
|
|
|
|
|
|
nobito posted on 3-4-2013 04:45 PM ![](static/image/common/back.gif)
Pergerakkan Solat yang digunakan umat Islam ini lebih banyak bersumber hadith...dengan kata lain p ... dan pergerakkan tu sudah dilakukan sejak dari zaman nabi2 terdahulu tetapi dilupai atas sebab penjajah tidak membenarkan masuk ke rumah Allah dan larangan solat oleh penjajah...seperti yg menimpa ke atas Arab Quraisy Mekah dan Yahudi di Bethlehem
er no.
Nabi Muhammad SAW adalah Rasulullah.
Apa beza Rasul dgn Nabi?
Rasul membawah risalah baru memperbahrui ajaran nabi2 terdahulu. Nabi2 pula penerus ajaran2 rasul2 terdahulu.
Dlm zaman Rasulullah, masih banyak ahlil kitab. semua beribadat berbeza2. itu sebab Yahudi, Kristian pon beribadat berbeza2.
Kalau sama, sure Yahudi ngan Kristian cara depa beribadat sama.
Nabi Muhammad (s.a.w) telah memerintahkan orang-orang beriman agar bersolat seperti mana solat yang telah baginda contohkan sebagaimana sabdanya:
"Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat".
Itu sebab banyak kabilah arab hantar rombongan jumpa Rasulullah utk belajar solat, tauhid, feqah etc.
Antara kehebatan dan bukti kerasulan Nabi muhammad ialah perbuatan solat itu sendiri. Unik utk org Islam. applicable untuk muslims seluruh dunia, regardless of race. Org Jawa pon kalo Islam solat sama ngan org Bugis yg islam
|
|
|
|
|
|
|
|
snipersnake posted on 4-4-2013 10:58 AM ![](static/image/common/back.gif)
er no. Apa beza Rasul dgn Nabi?
Rasul membawah risalah baru memperbahrui ajaran nabi2 terdahulu. Nabi2 pula penerus ajaran2 rasul2 terdahulu.
Dlm zaman Rasulullah, masih banyak ahlil kitab. semua beribadat berbeza2. itu sebab Yahudi, Kristian pon beribadat berbeza2.
Kalau sama, sure Yahudi ngan Kristian cara depa beribadat sama.
Yahudi Kristian dan Muslim beribadat cara yang sama seperti yang dijelaskan dalam Old testament iaitu berjalan ke hadapan merapati dinding Qiblah, mengadap kiblat, rukuk sujud, melutut dan membaca doa dan puji-pujian kepada Allah ketika sujud dan rukuk
Bacaan dalam solat x dijelaskan secara detail dalam Al-Quran begitu juga dalam Old Testament dan kebanyakkan pergerakkan dan bacaan dalam solat adalah berdasarkan sunnah Nabi Muhammad...disebabkan percanggahan pendapat tentang hadith maka berlaku perbezaan pergerakkan solat dan bacaan solat dalam setiap mazhab2 Islam.....
|
|
|
|
|
|
|
|
burungantu posted on 3-4-2013 06:03 PM ![](static/image/common/back.gif)
Alhamdullillah
Aku x tengok video tu tapi aku suka baca comment dalam video tu terutama orang2 yang quote ayat2 Psalms dengan terjemahan yang salah dimana tidak mengikut terjemahan betul dari sudut Judaism dan bahasa Ibrani
A core belief of Judaism is that there is only one God.
This is a bad translation. The Hebrew is:
אֲנִי-אָמַרְתִּי, אֱלֹהִים אַתֶּם; וּבְנֵי עֶלְיוֹן כֻּלְּכֶם.‏
The word אֱלֹהִים can mean "God". It can also mean Judge, Idolatrous god/power (note the distinction between God and gods), Important Person.
In this context, others translate it as "godlike beings", "angels", "angelic creatures". But definitely not "Gods".
http://judaism.stackexchange.com/questions/9590/what-does-psalm-82-mean
|
|
|
|
|
|
|
|
Contoh Psalms 2 ditolak oleh Jews kerana terdapat unsur Messianic (berkaitan dengan anak Tuhan)..kebanyakkan bahasa dalam Old Testament x dapat diterjemahkan dengan sempurna dan kebanyakkan terjemahan bercampur aduk dengan bahasa Semetic lain yang membawa maksud yang hampir sama...
Contoh...Son(anak) adalah suatu anugerah..bersih dan berharga...dalam bahasa Aramaic Greek dan latin Var bermaksud purity...tetapi Bar dalam bahasa Syriac Pehsitta bermaksud Son
Contoh lain Beni Atah (BNY 'aThH)...diterjemahkan sebagai My Son...kalau kita lihat dalam bahasa Arab..Ata bermaksud pemberian dan Beni bermaksud Son of...maka boleh diterjemahkan Beni Atah sebagai Anak2 Kurniaan/Pemberian
Masalah ni berlaku sebab Bahasa Ibrani sebenarnya hampir pupus...tapi dihidupkan semula semenjak kewujudan negera Israel... Last edited by nobito on 4-4-2013 01:45 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
nobito posted on 3-4-2013 04:45 PM ![](static/image/common/back.gif)
Pergerakkan Solat yang digunakan umat Islam ini lebih banyak bersumber hadith...dengan kata lain pergerakkan solat diwarisi dari Nabi Muhammad...dan pergerakkan tu sudah dilakukan sejak dari zaman nabi2 terdahulu tetapi dilupai atas sebab penjajah tidak membenarkan masuk ke rumah Allah dan larangan solat oleh penjajah...seperti yg menimpa ke atas Arab Quraisy Mekah dan Yahudi di Bethlehem
Alasan menyalahkan penjajah....
Kalau ikut sejarah Islam, lepas zaman Khulafa Ar-Rashidin, zaman Bani Umayyah, Bani Abbasiah, kemudian zaman Mongol!
Hah... Mongol dah kalahkan orang Islam, tapi tak pupus atau tak korup pun amalan ibadah orang Islam. Bahkan Mongol pula masuk Islam (Penjajah pula masuk Islam).
Sebab apa? Sebab ada dakwah..... selagi ada dakwah Islam, selagi itu amalan-amalan dan ajaran Islam diwarisi....
Al-Quran dan Old Testament hanya menerangkan tentang sujud dan Ruku'...apatah lagi agama Islam mementing pewarisan ilmu melalui hafalan dan ingatan..kalo mati yang bijak pandai agama maka gimana? pasti lupa cara solatnya apatah lagi jika dilarang solat oleh pemerintah.
Itu yang berlaku pada orang yg terdahulu
Sumber Islam dihafal oleh RAMAI para huffaz (Al-Quran & hadith), juga direkodkan (Al-Quran dan Hadith). Ia diwarisi, diajarkan, dari satu generasi ke satu generasi, sebab tu tak pupus.
Kalau dah ditinggalkan Al-Quran dan Hadith (tidak diajar, didakwahkan, diamalkan), dan mati pula semua bijak pandai Islam, maka itu tanda-tanda hampirnya Kiamat. Namun, tahap tu belum berlaku lagi.... sebelum berlaku tahap tu, akan berlaku satu tahap hampir semua orang masuk Islam, apabila zaman Nabi Isa AS turun nanti...
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 4-4-2013 05:56 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
nobito posted on 3-4-2013 05:18 PM ![](static/image/common/back.gif)
Kenapa Melayu Islam suka berdebat dengan Kristian tapi tak berani dengan Jews?
Sebenarnya bukan isu Melayu suka berdebat dengan Kristian.... isunya, bila berlaku perdebatan, dengan syarat IKHLAS dalam perdebatan, kebenaran akan nampak..... Dah banyak dah perdebatan Islam-Kristian yang tidak melibatkan orang Melayu...
Saya ingin jelaskan dari pandangan saya sebagai seorang Muslim. Dalam Surah Al-Fatihah, ayat terkahir berbunyi:
....bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Tafsir tentang yang dimurkai itu merujuk kepada golongan Yahudi, yang sesat itu golongan Nasrani
Dari kalangan Orang Kristian yang terpelajar, mereka sesat (ini kepercayaan orang Islam) dari ajaran asal yang dibawa Nabi Isa AS, sedangkan mereka (orang Kristian) masih sangka mereka itu benar, sebab itu mereka sanggup berhujjah untuk menyatakan kebenaran agama mereka. Maka, kita dapati banyak perdebatan antara Islam-Kristian.
Banyak juga orang terpelajar dari kalangan Kristian yang masuk Islam (dengan sebab atau bukan sebab perdebatan), bahkan saya sendiri pernah bertemu bekas Bishop terkemuka di Amerika, yang masuk Islam, dan berdakwah demi menegakkan Agama Islam di benua Amerika, dia sendiri kata sungguh menakjubkan RAMAI Bishop masuk Islam (era 90an).
Memang ada juga segelintir orang Islam yang murtad masuk Kristian, tapi umumnya bukan dari kalangan Alim Ulama Islam mempraktikkan Islam. Umumnya yang murtad tu dari kalangan orang yang ingin kebebasan sosial yang mahu masuk Kristian.
Dari kalangan Orang Yahudi yang berilmu pula, mereka TAHU tentang kebenaran Islam. Dalam Al-Quran dijelaskan orang Yahudi itu tahu ciri-ciri Nabi Muhammad. Sesungguhnya ramai orang Yahudi TAHU akan kebenaran Islam, sebab itu tak banyak perdebatan Islam-Yahudi, kerana mereka (Yahudi) SUDAH TAHU kebenaran Islam, perdebatan hanya menjurus kepada KEBENARAN ISLAM akan lebih terserlah.
Ada tak Ulama Islam masuk Agama Yahudi? Berapa ramai Rabbi Yahudi yang dah masuk Islam? Kat youtube pun dah semakin banyak Jewish Rabbi yang 'revert'. Namun, umumnya masih sedikit orang Yahudi masuk Islam, sebab utama ialah KEDEGILAN mereka sendiri, bukannya mereka jahil dari segi ilmu. Kaum Bani Israel yang degil, diberitakan dalam Al-Quran, mereka sanggup bunuh Nabi-Nabi dari bangsa mereka sendiri, itu antara contoh kedegilan mereka yang nyata!
Zaman Nabi Muhammad SAW, Abdullah bin Salam merupakan Rabbi Yahudi yang dihormati oleh orang Yahudi sendiri, telah masuk Islam. Dia antara Sahabah yang diberitakan sebagai ahli Syurga, sejak di dunia lagi. Tak perlu perdebatan dengan Yahudi, sebab mereka dah maklum KEBENARAN Islam itu sendiri, cuma KEDEGILAN mereka saja yang menyebabkan mereka tak mahu masuk Islam. Sebab itu mereka merupakan golongan yang DIMURKAI, mereka menjadi kafir sedang mereka tahu kebenaran!
Berbeza dengan Kristian, mereka sesat dalam kejahilan. Bila mereka (Kristian) kaji agama Islam dengan betul dan dengan keikhlasan mencari kebenaran, ramai yang masuk Islam. Orang Kristian (yang ikhlas) lebih hampir kepada orang Islam, ramai juga orang Kristian yang merendah diri bila nampak kebenaran Islam, mereka akan terima Islam... dan kita dapati ramai Ilmuan Kristian masuk Islam...
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 5-4-2013 09:33 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
nobito posted on 4-4-2013 01:44 PM ![](static/image/common/back.gif)
Contoh Psalms 2 ditolak oleh Jews kerana terdapat unsur Messianic (berkaitan dengan anak Tuhan)..keb ...
So Psalms pun tak ada kesepakatan, yang mana satu yang betul?
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 4-4-2013 06:13 PM ![](static/image/common/back.gif)
Sebenarnya bukan isu Melayu suka berdebat dengan Kristian.... isunya, bila berlaku perdebatan, den ...
Assalammualaikum....
Wah saya sangat setuju sekali dengan brader mnm77 puak2 yahudi nie mereka tahu yang Agama Islam ini benar tetapi mereka terdiri dari orang2 yang sombong dan bongkak kononnya merekalah bangsa yang dipilih tuhan (The Chosen One) dalam Al Quran banyak dah citer pasal puak2 nie sebagai contoh mereka claim bangsa depa nie kalo masuk neraka pon sekejap jek pastu masuk syurga balik sebab itu Nabi S.A.W gelarkan mereka puak sebagai puak yang melampaui batas berbanding dengan puak Nasrani(kristian) mereka ini terdiri dari puak2 yang sesat hasil daripada pengubahsuaian Kitab Injil/Bible WallahuAlam
P/S : Sesat jalan jika dibimbing kembali memang tidak mustahil mereka kembali ke pangkal tetapi kalau dah sesat pastu melawan balik pulak memang mustahil la akan dapat kembali ke pangkuan Tauhid, Tiada Tuhan yang berhak di Sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Pesuruh Allah
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 4-4-2013 05:38 PM ![](static/image/common/back.gif)
Alasan menyalahkan penjajah....
Kalau ikut sejarah Islam, lepas zaman Khulafa Ar-Rashidin, zama ... Sumber Islam dihafal oleh RAMAI para huffaz (Al-Quran & hadith), juga direkodkan (Al-Quran dan Hadith). Ia diwarisi, diajarkan, dari satu generasi ke satu generasi, sebab tu tak pupus.
Kalau dah ditinggalkan Al-Quran dan Hadith (tidak diajar, didakwahkan, diamalkan), dan mati pula semua bijak pandai Islam, maka itu tanda-tanda hampirnya Kiamat. Namun, tahap tu belum berlaku lagi.... sebelum berlaku tahap tu, akan berlaku satu tahap hampir semua orang masuk Islam, apabila zaman Nabi Isa AS turun nanti... Sebenarnya ibadat Islam pun hampir pupus kerana bijak pandai agama dan penghafal Al-Quran ramai mati terkorban semasa perang di zaman Abu Bakar As-Siddiq...
Lagi satu agama Yahudi hanya untuk Bani Israel bukannya untuk disebarkan kepada umat sejagat seperti Islam....maka agama Yahudi adalah untuk Yahudi....jadi jangan la samakan dakwah Yahudi dengan dakwah Islam ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 4-4-2013 05:38 PM ![](static/image/common/back.gif)
Alasan menyalahkan penjajah....
Kalau ikut sejarah Islam, lepas zaman Khulafa Ar-Rashidin, zama ... sebelum berlaku tahap tu, akan berlaku satu tahap hampir semua orang masuk Islam, apabila zaman Nabi Isa AS turun nanti... Konsep Pertolongan Yesus Al-Masih...Jesus the Savoir
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 4-4-2013 06:28 PM ![](static/image/common/back.gif)
So Psalms pun tak ada kesepakatan, yang mana satu yang betul?
Bukan x da persepakatan tapi ayat tu ayat Mutashabihat...ada setengah orang menyalah tafsirkan ayat Mutashabihat![](static/image/smiley/default/3laugh.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 4-4-2013 06:13 PM ![](static/image/common/back.gif)
Sebenarnya bukan isu Melayu suka berdebat dengan Kristian.... isunya, bila berlaku perdebatan, den ... Ada tak Ulama Islam masuk Agama Yahudi? Berapa ramai Rabbi Yahudi yang dah masuk Islam? Kat youtube pun dah semakin banyak Jewish Rabbi yang 'revert'. Namun, umumnya masih sedikit orang Yahudi masuk Islam, sebab utama ialah KEDEGILAN mereka sendiri, bukannya mereka jahil dari segi ilmu. Kaum Bani Israel yang degil, diberitakan dalam Al-Quran, mereka sanggup bunuh Nabi-Nabi dari bangsa mereka sendiri, itu antara contoh kedegilan mereka yang nyata! Bukan semua Yahudi begitu....hanya sebilangan.
Bani Israel memang sudah dirahmati oleh Allah melalui doa2 nabi2 mereka...maka Allah meminta Bani Israel menyembahnya kerana Allah sangat menyayangi Bani Israel....
Jika seorang Bani Israel memeluk Islam...mashaallah...dia adalah umat yang disebut dalam Al-Quran dan bahkan dia patuh dengan nasihat Allah itu. Jika dia tak menyembah Allah amat lah malang apatah lagi kalau menyembah Ba'al...
Perjalanan hidup seorang Bani Israel tak pernah lari dari teguran/nasihat Tuhan sejak dari zaman nabi Allah, Yakub hingga la ke zaman ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 4-4-2013 06:13 PM ![](static/image/common/back.gif)
Sebenarnya bukan isu Melayu suka berdebat dengan Kristian.... isunya, bila berlaku perdebatan, den ...
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dgn hikmah & pelajaran yang baik & bantahlah mereka dgn cara yang baik”. (QS. An-Nahl : 125)
Dan Allah Ta’ala berfirman :
وَلَا تُجَادِلُوا أَهْلَ الْكِتَابِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
“Dan janganlah kamu berdebat dgn Ahli Kitab, melainkan dgn cara yang paling baik”. (QS. Al-‘Ankabut : 46)
Lebih baik elakkan berdebat sebab debat antara agama kebanyakkannya akan berakhir dengan pergaduhan sebab ramai pendebat yang mengaku Islam tapi sebalik hanya berbekalkan Melayu saja (tahu nak gaduh)![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 4-4-2013 06:28 PM ![](static/image/common/back.gif)
So Psalms pun tak ada kesepakatan, yang mana satu yang betul?
“Bacalah Al-Qur`an selama hati-hati kalian masih bersatu, maka jika kalian sudah berselisih maka berdirilah darinya”
so, Tindakan yang sama diambil oleh Yahudi ke atas beberapa ayat ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
nobito posted on 8-4-2013 11:09 AM ![](static/image/common/back.gif)
Lebih baik elakkan berdebat sebab debat antara agama kebanyakkannya akan berakhir dengan pergaduhan sebab ramai pendebat yang mengaku Islam tapi sebalik hanya berbekalkan Melayu saja (tahu nak gaduh)
Debat berlaku bukannya dari orang Melayu saja!
Saya bukan membela Melayu di sini, tiada nilai seorang Melayu itu, dan juga mana-mana bangsa sekalipun, melainkan menerusi Taqwa
Jika seorang Bani Israel memeluk Islam...mashaallah...dia adalah umat yang disebut dalam Al-Quran dan bahkan dia patuh dengan nasihat Allah itu. Jika dia tak menyembah Allah amat lah malang apatah lagi kalau menyembah Ba'al...
Perjalanan hidup seorang Bani Israel tak pernah lari dari teguran/nasihat Tuhan sejak dari zaman nabi Allah, Yakub hingga la ke zaman ini.
Adakah Yahudi beriman kepada Allah dan Rasul (Nabi Muhammad SAW)?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|