|
redsentra posted on 14-1-2013 11:09 AM
x cukupla....nak lagi....
yeyyyy nk lagi entry....
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 25
DAHLIA tersenyum senang. Keputusan peperiksaan sudah diumumkan. Semuanya lulus cemerlang. Dia juga bakal menjadi mahasiswa terbaik bagi jurusan Kejuruteraan Awam. Tidak lama lagi akan ada majlis konvokesyen. Tiba – tiba senyumannya mati. Lagi dua minggu dia akan dinikahkan dengan Haidar. Majlis Konvokesyen akan diadakan sebulan selepas pernikahannya.
Mereka terpaksa akur. Keputusan telah dibuat. Haidar dan Dahlia telah berbincang dalam keadaan yang baik. Walaupun mereka akan berkahwin namun kehidupan mereka adalah seperti sebelum ini. Serumah, tidak sebilik. Masing – masing boleh buat hal masing – masing.
Haidar juga sudah memberitahunya, jika tiada persefahaman antara mereka, mereka akan bercerai. Tempoh masa diberi selama tiga tahun. Dahlia mengeluh. Mudah sungguh cerita hidupnya. Berkahwin kemudian bercerai. Menjadi janda bukanlah impian Dahlia, malah mana – mana wanita berkahwin pun.
Sudah alang – alang berada di pusat internet itu, Dahlia mula membuat permohonan kerja. Teringat dia akan tempat yang diberitahu oleh Tengku Muaz kepadanya. Segera dia mencari alamat Bina Cemerlang. Salah satu resumenya akan dihantar ke Bina Cemerlang.
Dengan semangat berkobar – kobar dia menaip resume dengan penuh keyakinan.
Dia pulang kerumah dengan senang. Sementara belum berkahwin dia balik semua ke rumah Pak Samad. Seperti biasa telinganya akan disajikan dengan leteran Pak Samad. Dahlia tidak kisah. Leteran Pak Samad bagaikan terapi buatnya. Lepas ini makin jarang dia mendengar leteran itu.
Langkahnya terhenti. Sesusuk tubuh yang sedang menyandar di kereta Persona itu menggamit pandangannya. Macam kenal. Matanya dikecilkan. Dia mengeluh berat. Langkahnya perlahan menuju kerumah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru balik Dahlia?.” Tanya suara itu. Rindu benar dia dengan Dahlia.
“Hmmm..” acuh tak acuh sahaja jawapan Dahlia. Lelaki itu tersenyum.
“Dari mana?” tanyanya lagi. Cuba memancing minta Dahlia untuk berbual.
“Kedai internet. Tengok result exam.” Jawab Dahlia malas – malas. Dia mahu segera masuk kerumah. Mandi dan berehat.
“Mesti lulus cemerlang kan. Tak payah tanya pun dah tahu dari muka ceria Dahlia. Dahlia apa khabar? Maaflah tak jumpa Dahlia. Dah lama tahu Dahlia dah balik. Tapi sibuk sikit.” Terang lelaki itu tanpa dipinta.
Dahlia mencebik. Tak tanya pun.
“Awak ni tak bosan – bosan ke Adam. Carilah perempuan lain yang lebih baik dari saya. Perempuan yang dapat terima awak.” Rimas sungguh Dahlia dengan perangai Adam yang selalu mengejarnya. Entah apa yang ada padanya.
“Saya suka awak seorang je Dahlia. Tak ada orang lain dah.” Adam tidak berputus asa. Walaupun dia tahu Dahlia bakal berkahwin, namun dia yakin Dahlia tidak akan bahagia dengan pernikahannya. Berita Dahlia ditangkap basah sudah tersebar diserata kampung. Pelbagai umpat keji didengarnya tetapi dia tidak peduli. Dia tahu sikap Dahlia bagaimana. Ibu dan ayahnya juga tidak dapat memujuknya supaya melupakan Dahlia. Parah sungguh Adam.
“Saya ni bakal isteri orang. Tak lama lagi saya nak kahwin. Tak payahlah
awak nak terkejar – kejar saya sangat. Ramai perempuan kat luar sana tu yang
tergila gilakan awak Adam.” Payah sungguh mahu bercakap dengan manusia tengin seperti Adam ini. Buat nama sahaja belajar tinggi. Benda mudah macam tu pun tak boleh nak fikir. Bebel Dahlia.
“Awak tak akan bahagia dengan perkahwinan awak Dahlia.” Kata – kata Adam membuatkan Dahlia berang. Pandai – pandai sahaja Adam membuat andaian.
“Apa maksud awak?” tanya Dahlia kasar.
“Saya tahu awak tak cintakan lelaki tu. Awak berkahwin bukan dengan kehendak awak bukan? Saya akan tunggu awak Dahlia. kalau awak tak bahagia, saya boleh bahagiakan awak.”
Geli pula Dahlia mendengaru suara Adam yang lembut seperti merayu itu. Cepat – cepat dia melangkah masuk kerumah. Tiba – tiba dia bertembung denga Pak Samad dimuka pintu.
“Kamu bersembang dengan siapa kat luar?” tanya Pak Samad penuh curiga. Matanya dialihkan keluar rumah. Muka yang cemberut itu tadi bertukar ceria sebaik sahaja terpandangkan Adam.
“Hah, Adam buat apa kamu tercegat dekat luar tu. Marilah masuk. Kkta minum – minum.” Pelawa Pak Samad. Mencebik Dahlia mendengar suara Pak Samad yang begitu mesra sekali.
“Tak apalah Pak Samad. Saya singgah sekejap je. Nak ucap tahniah dekat bakal pengantin ni. Saya balik dululah.” Sopan sahaja Adam berpamitan.
“Yelah, kirim salah dekat bapak kamu. Cakap dekat dia pisang pakcik tu dah boleh dah tebang kalu dia mahu. Katanya mak kamu nak buat kerepek.” Pesan Pak Samad. Adam hanya mengangguk dan terus masuk ke dalam kereta. Perasannya sayu.
“Kalau tak lawan cakap aku gamaknya dah senang dah kamu dengan budak Adam tu.” Sempat lagi Dahlia disindir sebelum Pak Samad naik keatas rumah. Dahlia hanya terkebil – kebil di meja makan menahan geram.
|
|
|
|
|
|
|
|
sambungannn...uols taleh le lelaju sangat nak sambung...kang kalo kat word punya tak siap nangis iols |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih sebab sudi hupdate.... tak la boring sangat hari ini sebab yg lain tak hupdate |
|
|
|
|
|
|
|
Tengkiu TT.....terobat rindu kat Haidar...aauuw... |
|
|
|
|
|
|
|
siapalah yg perdajalkan Dahlia dgn haidar?
adakah Adam? |
|
|
|
|
|
|
|
nallepooh posted on 15-1-2013 05:04 AM
siapalah yg perdajalkan Dahlia dgn haidar?
adakah Adam?
rasanya bukan adam tapi qistina
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 26
HATINYA berbunga riang. Baru rasanya minggu lepas dia menghantar resume ke Bina Cemerlang. Hari ini dia sudah mendapat panggilan untuk ditemuduga pada hari lusa.
Beg sudah siap dikemas. Haidar sudah diberitahu. Haidar berpesan supaya datang sehari awal supaya dapat membeli pakaian yang sesuai untuk Dahlia. pada mulanya Dahlia menolak. Namun Haidar tetap berkeras. Tidak mahu Dahlia ditemuduga dalam keadaan selekeh. Haidar juga mahu Dahlia mencuba pakaian perkahwinan mereka yang hampir siap itu. Dia diberitahu ada lima persalinan. Akad nikah, bersanding, acara potong kek dan dua pasang untuk photoshoot. Bukan main semangat lagi Haidar. Konon tak mahu berkahwin, tetapi persiapan bukan main meriah lagi. Perkahwinan mereka akan dibuat di Kuala Lumpur. Manakala untuk dirumah Pak Samad akan diadakan majlis kesyukuran sahaja. Itu pun Pak Samad hanya menjawab “Tengoklah macam mana nanti.”
Sejak semalam Pak Samad sudah memberi amaran supaya tidak tinggal berdua dirumah Haidar. Walaupun akan berkahwin mereka masih belum lagi menjadi muhrim. Sudah Dahlia yakinkan Pak Samad, dia akan menumpang di rumah keluarga Haidar. Mama Haidar mahu bertemu dengannya.
Setelah siap dia keluar. Teksi sudah menunggu untuk membawanya ke Terminal Makmur. Setelah berpuas hati, Dahlia keluar dari bilik. Dia menyalami Pak Samad dan Mak Kalsom.
“Jawab elok – elok Dahlia. Berdoa banyak – banyak. InsyaAllah. Semoga semuannya dimudahkan.” Pesan Mak Kalsom sambil mengusap kepala Dahlia. Dahlia sayu. Terasa disayangi.
“Jangan nak menggatal pulak dekat sana. Lepas temuduga balik terus. Nanti dah kahwin hari – hari boleh jumpa.” Kata – kata Pak Samad terus membuatkan muka Dahlia masam. Kesitu pulak Paklong ni.
“Isk, abang ni, bukan nak bagi galakan. Disakitkan pulak hati budak tu. Dah la tu Dahlia, pergilah cepat. Buat sakit hati aja bercakap dengan Paklong kamu ni.” Mak Kalsom menarik Dahlia keluar. Malas dia mahu Dahlia berlama – ala. Entah apa nanti bebelan suaminya lagi.
Dahlia sudah masuk kedalam teksi. Dia melambai Mak Kalsom. Pak Samad tidak kelihatan. Sedikit kecil hati Dahlia. Seperti tidak suka sahaja dia. Dahlia menghembuskan keluhan dengan perlahan.
|
|
|
|
|
|
|
|
MULUT Jamie yang seperti murai tercabut ekor itu menggembirakan hatinya. Sudah dua minggu mereka tidak berjumpa. Apabila berjumpa riuhlah butik itu. Terasa seperti artis pula apabila dia dikelilingi oleh Kenny, Nana dan Jamie. Penatnya terasa hilang terus. Haidar hanya membiarkan keadaan itu.
“Nok, mak rindu tau dengan kau. Dua minggu kau tak ada mak runsing sangat, dah tak ada siapa mak nak kacau.” Adu Jamie dengan suara yang manja. Gerun sungguh Dahlia mendengarnya.
“Nok, kau tahu tak. Beberapa hari lepas ada satu pakwe kacak cari kau. Mak tak kasi tahu Halle. Nanti sentap pulak pondan tu. Kacaknya nok. Rasa nak peluk – peluk aja mamat tu. Muka dia macam Fahrin Ahmad.” Bisik Jamie
Kata – kata Jamie hampir membuatkan jantungnya luruh. Kalau dah muka Fahrin Ahmad tu siapa lagi kalau buka Tengku Muaz. Dia menjeling jearah Haidar yang sedang tekun membelek komputer riba itu.
“Kau cakap apa dekat dia?” Dahlia juga bercakap seperti berbisik. Bimbang didengar oleh Haidar. Kenny dan Nana hanya memasang telinga.
“Siapa mamat kacak tu?” pertanyaan dibalas pertanyaan.
“Kau tak tahu ke. Itulah Tengku Muaz. Kalau tak salah dia boyfriend Qistina.” Dahlia membuat spekulasi.
“Choi kau nyah,,,,berani kau kacau boyfriend si Qistina perempuan kuat meroyan tu. Kau nak mati awal ke?” sampuk Kenny pulak. Si lelaki cina yang pandai berbahasa pondan tetapi sedikit pelat itu. Hasil didikan Jamie.
“Aku bukan kacau. Aku kenal gitu – gitu aje dengan Tengku Muaz tu. Kenapa dia cari aku ya.” Pandangan mata Dahlia jatuh kearah Jamie. Mereka masih lagi berbisik. Tidak mahu Haidar mendengar mereka bergosip.
“Manalah mak tahu. Mak cakap kau dah balik kampung. Macam kecewa pun ada muka dia. Tapi, mak suka sangat tengok dia. Cair mak.” Gedik sahaja Jamie. Dia memang suka membahasakan dirinya ‘Mak’.
“Oh...” itu sahaja jawapan Dahlia.
“Kau betul ke tak ada apa – apa dengan Tengku Muaz tu? Kau jangan main – main. Kau tak lama lagi nak jadi bini orang.” Giliran Nana pula menyampuk.
“Kau gila. Mana ada. Aku pun tak tahu kenapa Tengku Muaz cari aku.” Terang Dahlia supaya Nana tidak salah sangka. Tahu, Nana adalah kawan baik Haidar.
“Kalau kau taknak, kau pass dekat mak ajelah. Mak taste jugak dengan dia.” Jamie ketawa mengilai.
“Pass apa ni?” tiba – tiba satu suara menegur. Mereka kelam kabut.
“Err...tak ada apalah. Aku cakap kalau Nana tak suka kasut dia beli semalam pass dekat aku aja. Cantik jugak heels dia beli semalam” Jamie coverline.
Nana hanya mengangguk mengiakan kata – kata Jamie itu. Haidar hanya mengerutkan dahinya. Nak kasut aja, tapi kenapa kelam kabut semacam.
“Dah, jom ikut aku.” Arah Haidar kepada Dahlia.
Dahlia pelik. Kemana? Penatnya belum hilang lagi.
“Pergi mana? Malaslah, penat?” manja sahaja suara Dahlia. Terlentok – lentok kepalanya konon penat.
“Pergi cari baju kaulah. Lusa kau nak interview. Takkan kau nak pakai baju yang selalu kau pakai. Nak temuduga pakaian tu penting. Pakaian mencerminkan peribadi kau. Kalau otak kau bijak sekalipun, tapi pakaian macam nak pergi sawah, memang kau tak ada harapanlah. Dah. Jangan nak mengada. Cepat bangun.” Keras sahaja suara Haidar.
Dahlia bangun. Mengambil begnya dan menuju kearah pintu sambil mulutnya memuncung. Cantik sangatlah tu.
Nana hanya merenung simpati. Mulut Haidar memang sedikit celupar. Namun hatinya baik. Tak dapat Nana bayangkan bagaimana kehidupan Haidar dan Dahlia bila berkahwin nanti. Kedua – duanya bagaikan anjing dengan kucing. Perangai juga masih tidak matang.
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 27
TERBELIAK mata Dahlia apabila melihat timbunan pakaian yang telah dicuba oleh Dahlia, kesemuanya dibeli oleh Haidar. Padahal dia hanya memerlukan sepasang pakaian sahaja untuk temuduga esok.
“Kenapa nak beli banyak – banyak. Membazirlah. Ini untuk temuduga aje. Bukan nak kerja.” Bebel Dahlia sambil termengah – mengah. Penat mengejar Haidar yang berjalan seperti itik pulang petang tetapi agak laju itu.
“Ini semua untuk kau kerja nanti. Aku yakin kau akan terus diterima kerja. Payah nak buat kerja satu – satu. Beli terus sekaligus.” Jawab Haidar. Mereka masuk ke kedai kasut pula.
“Aku bukan tak ada baju. Baju kurung aku berlambaklah. Tak payah office wear pun tak apa. Baju kurung pun kira formal jugak.” Geram Dahlia dengan sikap Haidar yang suka membuat keputusan sendiri itu. Sudahlah harga pakaian itu sahaja memcecah dua ribu ringgit. Pening dia fikir mahu membayarnya nanti.
“Kau diam. Kau bakal isteri aku. Aku nak kau nampak elegance, kasual, bergaya. Dengan jawatan kau, dengan kedudukan engkau sebagai isteri seorang fashion designer, aku nak kau kelihatan cantik sentiasa.” Kata Haidar sambil memilih beberapa pasang kasut untuk Dahlia.
“Nah cuba ni.” Haidar menghulurkan dua pasang kasut bertumit tinggi untuk Dahlia.
“Tinggi sangat ni. Jatuh nanti macam mana?” Dahlia menolak. Haidar menjegilkan matanya. Dengan terpaksa Dahlia mencuba juga kasut itu.
“Okey cantik. Saya nak dua – dua ni.” pandai – pandai sahaja Haidar membuat keputusan.
“Tanak. Kasut tu tinggi sangatlah. Lagipun harganya mahal.” Dahlia cuba menolak. Sale assistant terkebil – kebil disitu. Pening mahu mengikut cakap siapa.
“Sayang kasut Salvatore Ferragamo memanglah mahal. Lagipun aku yang bayar. Kau jangan nak cakap banyak. Bawak pergi kaunter. I bayar semua.” Arahnya pada sale assistant tersebut. Sale assistant itu mengganguk dan terus menuju ke kaunter.
“Aku mana ada duit nak bayar semuanya ni. Kalau aku dapat kerja, aku janji, aku akan bayar balik, tapi ansur – ansur lah ya.” Perlahan sahaja suara Dahlia. tidak mahu penjaga kaunter mendegar kata – katanya.
“Tak payah, aku belanja semua.” Balas Haidar kuat. Merah muka Dahlia apabila melihat penjaga kaunter hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua.
Muncung sahaja mulut Dahlia menahan marah. Haidar menyembunyikan senyumannya. Bahagia sebenarnya. Dia suka melihat muka Dahlia cemberut. Nampak comel.
|
|
|
|
|
|
|
|
amiklah sambungan sikit...sorry sibuk la minggu nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
uik haidar... dalam hati dah ada taman ek.... tu belum dia tau Tenkuaz tu cari Dahlia... ngamuk sakan la nanti |
|
|
|
|
|
|
|
wah.....nak lagik la....... |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh...x sabar tgk haidar ngan dahlia kawen....
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 28
BERDEBAR – DEBAR sungguh Dahlia. Selepas mengisi borang untuk ditemuduga, dia duduk diatas sofa yang disediakan. Terdapat dua orang sedang menunggu giliran untuk ditemuduga. Tiga orang kesemuanya termasuk Dahlia. matanya meliar melihat rekaan pejabat yang sungguh eksklusif itu.
Dia merapikan dirinya. Cuba bertenang. Hari ini dia mengenakan seluar slack dan juga blaus beropol berwarna ungu. Warna tuah kata Haidar. Tuahlah sangat. Rambutnya disimpul kemas. Dia juga mengenakan mekap nipis. Semua itu dilakukan oleh Haidar. Malu pula Dahlia, lelaki seperti Haidar pula pandai bersolek.
Dahlia memeriksa failnya. Risau jika ada sijil – sijil yang tertinggal. Sudah diperiksa semuanya pagi tadi, didalam kereta dan juga didalam lif. Sekadar berhati – hati.
Dia terus menunggu giliran. Seorang sudah masuk untuk ditemuduga. Tiada perbualan berlaku antara mereka. Hanya senyuman sahaja menghiasi bibir mereka. Tiada mood barangkali untuk berbual.
Setelah tamat sesi temuduga yang kedua, sekarang tibalah masa Dahlia. dia menarik nafas panjang. Cuba bertenang.
Pintu diketuk. Sayup sahaja suara menyuruhnya masuk. Dia membuka pintu dan memberikan senyuman cantik. Namun tiba – tiba senyumannya mati. Alamak. Apa dia buat dekat sini.
Apabila terpandangkan Dahlia, Tengku Muaz tersenyum lebar. Sengaja memanggil nama Dahlia yang terakhir. Gembira sungguh dia apabila melihat resume yang telah dihantar Dahlia ke syarikatnya.
“Duduk.” Arah Tengku Muaz lembut. Dahlia akur. Selain Tengku Muaz, terdapat dua penemuduga disamping Tengku Muaz. Bermuka serius semuanya.
“Sila perkenalkan diri.” Lelaki disebelah kanan Tengku Muaz memberikan arahan. Orangnya agak muda, dan kelihatan sangat berkaliber.
“Nama saya Nurdahlia Binti Amir. Berasal dari Kuantan,Pahang. Anak tunggal. Saya lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Ijazah tak dapat lagi. Tapi saya ada bawak keputusan peperiksaan akhir” Dahlia memperkenalkan diri dengan cemas.
Tengku Muaz ketawa. Lucu dia dengan keadaan Dahlia yang terlalu cemas dan kelam kabut itu.
“Perlahan – lahan Cik Dahlia. Ambil nafas. Jangan kelam kabut sangat.” Tegur Tengku Muaz.
Dahlia tersengih kerang. Sedar akan kegugupannya yang sangat ketara. Gugup kerana pertama kali ditemuduga kerja. Gugup kerana senyuman Tengku Muaz yang bisa menggegar jantungnya.
“Kami ada maklumat peribadi Cik Dahlia. Jangan risau. Kami agak kagum sebenarnya dengan Cik Dahlia. Dekan setiap tahun. Keputusan peperiksaan juga memuaskan. Kami agak berpuas hati. Tapi calon – calon yang berdua tadi tu pun boleh tahan. Kami akan bertanya beberapa soalan untuk melihat sejauh mana kemampuan Cik Dahlia untuk bersama dengan syarikat kami.” Lelaki di sebelah kiri Tengku Muaz pula bersuara. Lelaki itu kelihatan sudah agak berusia. Tetapi agak manis rupanya. Mesti masa muda dulu hensem.
Dahlia mengangguk. Menarik nafas panjang. Membuang segala perasaan cemas dan gugup. Dia mesti dapatkan pekerjaan secepat mungkin.
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 29
TEMUDUGA berakhir dengan baik. Dahlia cuba menjawab dengan jelas dan berpadanan dengan soalan yang diberikan. Rupanya jawatan yang ditawarkan adalah untuk menggantikan lelaki muda disebelah Tengku Muaz yang bakal melanjutkan pelajaran di luar negara untuk menyambung master dan seterusnya ke peringkat PHD.
“Baiklah Cik Dahlia. Terima kasih kerana sudi datang ke pejabat kami.” Tengku Muaz mengakhirkan temuduga hari ini.
“Sepatutnya saya yang ucapkan terima kasih sebab pihak tuan sudi memanggil saya temuduga. Terima kasih atas peluang ini.” Dahlia berbasa basi.
“Cik Dahlia, kami bagi tempoh sebulan untuk panggilan kerja. Jika dalam tempoh itu tiada panggilan, maknanya Cik Dahlia tidak berpeluang untuk menyertai kami. Kami perlu membuat penilaian antara ketiga – tiga calon. Yang terbaik akan terpilih.” Terang Encik Sulaiman pula. Ketua unit sumber manusia Bina Cemerlang.
Dahlia mengangguk faham. Kalau tidak dipanggil, mungkin rezekinya bukan disini. Bersama Tengku Muaz. Dia terpandang Tengku Muaz yang sedang merenungnya lembut. Ada kedamaian di hati Dahlia.
“Terima kasih. Saya keluar dulu. Assalamualaikum.”
Salam Dahlia disambut. Dia menunduk hormat sedikit sebelum kelaur dari bilik temuduga. Lega hatinya. Harap – harap dia dipilih kerana dia benar – benar layak.
Sedang Dahlia sedang menunggu lif dia terdengar namanya dipanggil. Dia berpaling dan melihat Tengku Muaz sedang tersenyum memandangnya.
Dahlia cair. Kacaknyalah. Boleh tak jangan senyum macam tu. Karang aku cair kat sini jenuh pulak makcik cleaner nak lap.
“Nak balik dah ke?” tanya Tengku Muaz. Bukan mudah mahu bertemu Dahlia. Peluang yang ada tidak akan dilepaskan.
Dahlia mengangguk. Debaran jantungnya kian kencang. Pelik sungguh dirasakan Dahlia. Makin nak jauhkan diri, makin selalu pula bertemu dengan Tengku Muaz. Macam kat Kuala Lumpur ni dah tak ada orang lain pulak nak berjumpa.
“Apa kata kita minum – minum dulu. Lama saya tak jumpa Dahlia. kita borak – borak sekejap. Boleh?”
Dahlia serba salah. Apa pula kata orang nanti. Lagipun Haidar pasti menunggunya. Nanti kalau Qistina nampak pulak, tak meroyankah perempuan itu.
Melihat Dahlia serba salah, Tengku Muaz cuba untuk memujuk lagi.
“Sekejap aje Dahlia. Sekadar bertanya khabar. Tak jauh. Kita minum kat warung depan pejabat saya aje.” Pelawa Tengku Muaz lagi.
Dahlia mengangguk. Sekejap apa salahnya. Tengku Muaz bukan main beriya lagi takkan nak tolak.
Mereka beriringan masuk kedalam lif. Tiba di bawah mereka menuju kearah warung berdekatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mereka duduk dimeja yang agak jauh dari orang ramai. Lebih selesa untuk berbual. Dahlia memerhatikan sekeliling. Dia sememangnya tidak kisah makan diwarung – warung seperti ini. Tetapi Tengku Muaz, bolehkah dia duduk makan ditempat seperti ini.
“Kadang – kadang saya makan diwarung jugak. Makanan kat warung pun boleh tahan.” Macam tahu – tahu sahaja Tengku Muaz apa yang bermain difikiran Dahlia.
Dahlia tersengih. Mungkin Dahlia terlalu menilai. Senang untuk melihat riak wajahnya.
Mereka memesan minuman sahaja. Lagi pula Dahlia sudah bersarapan di rumah mama Haidar tadi.
Tengku Muaz menyedut minumannya hampir separuh gelas. Bulat mata Dahlia melihat gelas berisi teh ais itu sudah separuh isinya. Dahaga benar Tengku Muaz ni. Tengku Muaz kelihatan tidak kekok minum diwarung. Kalau Haidar rasanya sudah terjerit – jerit kegelian. Lelaki lembut itu terlalu pembersih. Kadang – kadang merimaskan Dahlia.
“Terima kasih Tengku sebab sudi panggil saya temuduga dekat syarikat Tengku.” Dahlia memulakan biacara. Rimas juga dia dengan suasan yang senyap dengan pandangan mata Tengku Muaz yang membuatkan dia tidak betah untuk duduk.
“Kan saya dah kata, panggil aja Muaz. Tak payah bertengku – tengku.” Lembut bicara Tengku Muaz. Kelembutan itu membuatkan jiwa Dahlia terbuai. Tidak seperti Haidar, cakapnya lepas, nyaring dan terkepit seperti ayam tercekik batu saja. Tanpa sedar Dahlia membuat perbandingan.
“Sorry. Muaz dah lama kerja dekat Bina Cemerlang?” tanya Dahlia lurus . Sesungguhnya dia tidak tahu Tengku Muaz merupakan anak kepada pemilik Bina Cemerlang dan merupakan salah seorang lembaga pengarah.
“Adalah dalam lima tahun. Tak banyak pengalaman lagi. Baru belajar juga.” Tengku Muaz juga tidak berminat untuk memberitahu perkara sebenar. Biarlah Dahlia tahu kemudian.
“Mesti jawatan Muaz besar. Sampaikan nak temuduga pun Muaz kena ada.”
Tengku Muaz tersenyum.
Dahlia sukakan senyuman Tengku Muaz. Manis dan ikhlas. Janggut sejemput dibawah dagu Tengku Muaz menambahkan lagi kemanisan Tengku Muaz. Macam gula. Kalau renung lama – lama mahu aku kena diabetes. Diabetes cinta. Dahlia mula mengarut.
“Taklah biasa aja. Dahlia dekat K.L ni tinggal dekat mana?” tanya Tengku Muaz. Dahlia kelam kabut. Nak jawab apa.
“Dengan kawan. Tapi esok nak balik Kuantan dah. Balik sini balik kalau dah dapat kerja.” Dahlia berbohong.
“Kuantan. Oh saya kerap kesana. Kadang – kadang saya berehat dekat Cherating. Lepas tu terus ke Terengganu pergi ke pulau – pulau. Untuk diving.” Tengku Muaz bercerita. Ceria.
“Cherating. Cantikkan tempat tu. Tapi rumah saya jauh lagi dari Cherating. Tapi memang berdekatan dengan pantai.” Dahlia muala berasa selasa untuk bercerita.
“Nanti bolehlah saya ke rumah Dahlia. Saya memang sukakan suasana pantai. Kalau Dahlia nak tahu, kalau boleh satu hari nanti saya nak buat rumah dekat dengan pantai.”
Dahlia ketawa.
“Bahayalah Muaz, saya duduk dekat pantai kalau musim tengkujuh memang takut. Angin kuat dengan bunyi ombak yang seram lagi. Kalau tidur memang tak tenang. Risau kalau – kalau pokok kelapa tumbang.” Dahlia rancak bercerita.
“Tak apa, nanti buat rumah saya tanam pokok kelapa jauh – jauh. Tanam pokok bunga aje banyak – banyak. Paling kurang pun kena sapu daun aje.” Tengku Muaz mula berseloroh.
Mereka tertawa lepas. Tanpa disedari sepasang mata sedang memerhatikan mereka dengan geram.
|
|
|
|
|
|
|
|
Geram sungguh Haidar melihat Dahlia bersuka ria denga Tengku Muaz. Aku berpeluh ketiak tunggu dia, sampai cair bedak aku, dia sedap – sedap aja menggatal dengan jantan lain. Haidar keluar dari kereta. Menuju kearah Dahlia dengan perasaan sebal.
Ketawa Dahlia mati. Tengku Muaz pelik. Tadi bukan main suka. Dia memusingkan kepalanya. Kelihatan Haidar sedang merenung tajam kearah Dahlia sambil bercekak pinggang.
“Amboi, seronok nampak” perli Haidar.
“Ni dah habis interview ke belum. Kau dah tak reti – reti nak balik. Aku tunggu berjam – jam dalam kereta sampai cair foundation kau boleh bergelak – gelak dekat sini ya.” Haidar membebel geram.
Dahlia mencebik. Kacau daun betullah si lembut ni. Eh, lembut – lembut dia pun bakal jadi laki aku nanti.
“Dah habis dah. Minum la sekejap. Kering tekak jawab soalan tadi.” Jawab Dahlia bersahaja.
“Halle, buat apa berdiri aje tu. Mari lah minum sekali.” Pelawa Tengku Muaz. Haidar menjeling kearah Tengku Muaz.
“Tak payah. I tak minum kat tempat macam ni. Bukan taste I.” Jawab Haidar sedikit angkuh.
“Oh...” itu sahaja yang keluar dari mulut Tengku Muaz.
“Hei, dah jom balik. Kita banyak benda lagi nak buat. Nak fitting baju lagi. Nak tengok dewan lagi.” Arah Haidar kepada Dahlia.
Tengku Muaz merenung Dahlia yang kelam kabut bangun itu.
“Ada fashion ya?” tanya Tengku Muaz. Berharap dia dijemput untuk menonton.
“Fashion show apa bendanya. Ni nak fitting baju kahwin we all lah.” Jawab Haidar selamba. Dahlia sudah berdebar – debar.
Tengku Muaz tersentak. Kahwin. Benarkah ?
“Kahwin. Korang berdua nak kahwin?” tanya Tengku Muaz untuk mendapatkan kepastian. Dahlia sudah menunduk.
“Haah. Jangan bimbang nanti I bagi kad dekat You. Dahlia ni bakal jadi isteri I yang sah tak lama lagi.” Terang Haidar gedik. Sengaja perkataan isteri itu ditekankan.
“Dah, jom...” Haidar menarik tangan Dahlia. Dahlia hanya mengikut sahaja. Tidak berani memandang Tengku Muaz.
Tengku Muaz terkebil – kebil di meja makan. Air yang tinggil sedikit itu disedut rakus. Hatinya tersentap.
Last edited by kikuri on 16-1-2013 12:34 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|