Shazrina termenung dengan wajah yang muram di tepi tangga... tangga yang tercorot itu menjadi sarang Aliff memonteng selama ini.. bajunya yang kotor sudah cuba dibersihkan namun usahanya tidak berhasil... warna dan bau kari masih menyengat pada deria baunya...
“awak tak nak masuk kelas ke?” soal Aliff akhirnya setelah hampir 30 minit dia dan Shazrina melepak disebalik tangga yang menjadi markas ponteng selama ini. wajah sedih Shazrina dipandang sepi.. dia tahu perasaan Shazrina yang hiba... siapa tidak malu apabila dijadikan bahan gelak dan usikan yang melampau setelah perkara memalukan terjadi... kalau diikutkan kejadian Shazrina tergelincir dan terkena kari bukanlah satu perkara yang besar... tetapi kerana wujudnya sekumpulan pelajar yang nakal itu membesarkan lagi perkara yang kecil.
“saya nak duduk kat sini jap... kejap lagi saya nak minta kebenaran untuk pulang awal...” balas Shazrina dengan suara yang rendah... matanya sudah sembab kerana terlalu banyak menangis.. dia menangis sepuas-puasnya ditandas semasa proses mencuci bajunya yang kotor.
“Aliff, kalau nak masuk kelas pergilah... tinggalkan je saya kat sini sorang-sorang..” tambah Shazrina lagi.. tidak senang pula memikirkan Aliff memonteng kerana mahu menemaninya.. bukankah Aliff yang nakal dulu sudah tiada.. diganti dengan Aliff yang sentiasa bersemangat untuk menimba ilmu.
“takpe... cikgu pon bukan selalu masuk kelas saya... maklumlah kelas paling corot...” tolak Aliff mudah... mana mungkin dia pergi meninggalkan teman yang disayang sendirian disini.
“Shaz....... dah-dah la tu fikir.. perkara dah lepas. Tak payah ingat la.” Pujuk Aliff.. hatinya di palu rasa risau melihat tingkah Shazrina yang tidak aktif seperti sedia kala... sebelum ini, kalau mereka bertemu muka pasti ada sahaja amukan dari Shazrina buatnya... tapi hari ini lain... Shazrina betul-betul kehilangan semangat dan tenaga.. raut wajah jelas menunjukkan dia sedih dan kecewa.
“saya malulah... ramai jugak pelajar gelakkan saya tadi..” luah Shazrina... wajahnya yang mendung ditundukkan... setiap kali dia memejamkan mata, pasti otaknya akan teringat suara dan gelak ketawa yang ditujukan padanya. maruahnya dipijak-pijak sesenang hati oleh pelajar-pelajar tersebut.
“lama-lama nanti hilanglah tu... diorang tu memang macam tu.. tadi tu je hot.. nanti senyap macam tu je... awak tak payah risau sangat la... buat macam biasa jer”pesan Aliff lagi.
“tapi mungkin ni semua balasan untuk sayakan...” Shazrina berkata sayu.. dia teringat kata-kata seorang student yang menuduhnya hidung tinggi... tapi itu bukan tuduhan semata-mata.. perkara itu benar... dia memang bongkak dengan kelebihan yang ada padanya.
“kenapa pulak cakap macam tu... tak adalah...” balas Aliff kurang senang. Dia tak nak kerana perkara macam tu keyakinan Shazrina menjadi rendah... mana perginya Shazrina yang keras dan tegas selama ni.
“saya tahu saya banyak buat silap... berlagak, bongkak........ ye la saya kan best student.. kalau berselisih semasa berjalan, pandang orang pon saya tak mahu..apatah lagi nak diajak berbual.. macam saya layan awak sebelum ni.” Jelas Shazrina.. dia tahu kata-kata pelajar nakal tadi itu ada maknanya... tak kemana kalau dia berjalan terlalu mendongak ke langit.. kenapa dia perlu berlagak? Besar sangat ke dirinya sampai dia boleh merendah-rendahkan orang lain... nabi Muhammad orang paling mulia tu pon tak pernah merendahkan manusia lain...inikan pula manusia jahil sepertinya... ada rasa insaf mula menyelam kedalam dasar hati Shazrina... Aliff yang mendengar kata-kata Shazrina terangguk-angguk..tanda mengerti. Dia tahu maksud balasan yang diperkatakan oleh Shazrina.
“kalau awak dah sedar bagus la... manusia ni semua sama je tarafnya... tapi, awak jangan jadi rendah diri kerana perkara ni.. keyakinan tu penting tetapi terlebih yakin tu yang bahaya... simpan sedikit keyakinan awak tu untuk meneruskan hidup... lagi pon, awak tak seteruk yang awak fikirkan.. kalau awak ni betul-betul menyakitkan hati, tak adanya saya sibuk nak berkawan dengan awak... dah-dah... tak payah sedih-sedih.. baik awak balik rumah sekarang takut nanti kesan kotor kat baju awak tak hilang.” Ujar Aliff sambil bingkas bangun..Dia merenung wajah Shazrina yang memandang kearahnya.. wajah Shazrina kini nyata lebih tenang dari sebelumnya.
“Aliff..............”panggil Shazrina lembut.
“yer?”
“thank and sorry...”
“sorry kenapa pulak?” soal Aliff tidak faham.. kalau terima kasih tu dia faham..mungkin Shazrina berterima kasih atas pertolongannya di kantin seketika tadi.Tapi apa kejadahnya maaf ni?
“maaf sebab layan awak dengan buruk sebelum ni... selalu kutuk awak dan hina awak...maaf kan saya ..” ucap Shazrina ikhlas.. dia tahu, dia banyak melakukan kesilapan terhadap Aliff... mungkin Aliff tidak kisah tetapi dirinya tetap salah kerana melayan Aliff dengan terlalu kasar hanya kerana mereka tidak sama taraf..
“saya tak pernah simpan dalam hati Shaz... sebab saya suka kat awak..” balas Aliff selamba... wajah Shazrina memerah mendengar ayat akhir dari Aliff... teringat mimpinya tentang luahan perasaan Aliff kepadanya... terus dia diam terpaku...kedengaran suara Aliff ketawa.
“maksud saya suka sebagai rakan...” Aliff membaiki ayatnya.. segaris senyuman dilontarkan kepada Shazrina yang menghembus nafas lega.. namun jauh disudut hatinya mengiakan yang dia memang sukakan Shazrina... lebih dari seorang kawan.
Last edited by misssakura on 26-11-2012 11:54 AM
|