CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jagosam

Buku baru..Legasi Pejuang

[Copy link]
 Author| Post time 13-1-2014 10:33 AM | Show all posts
Salam... Sharlenetexas ... kena baca kenapa dia jadi jahat yerk...

sambungan Bab 2...

Sebuah Rumah kabin berhampiran Tasik Grant di Grant Park

James Mert Deutch, bekas Pengarah CIA merenung kosong ke arah tasik didepannya itu, dimatanya jelas terpancar pandangan kehampaan dan kekecewaan. Sekali pandang orang tidak akan tahu bahawa lelaki yang berpakaian selekeh dan kotor dengan wajah yang kusam serta ditumbuhi tunggul-tunggul janggut yang sudah banyak kelihatan putih dari hitam, dahulunya adalah seorang lelaki yang berkuasa dan memiliki segalanya. Kini dia telah hilang segala-galanya bukan sahaja jawatan, pencen, maruah diri dan yang lebih malang lagi anak dan isterinya turut meninggalkan dia kerana malu apabila dia dipecat oleh Presiden Amerika.
“Celaka Muaz! dan Presiden Kleenton!” sumpah Mert Deutch sambil tangannya memegang sebotol Wiski dan dengan gelojohnya dia menuang arak itu dalam mulutnya dan kelihatan halkumnya bergerak-gerak bagi membenarkan arak itu masuk ke dalam tubuhnya.
Kehilangan semua kemegahannya dahulu memberi tekanan yang hebat pada dirinya, dendam kesumatnya pada Muaz dan gerakan Islam tidak pernah pudar malahan dari hari ke hari semakin bertambah tebal kebenciannya.
‘Cis!  kerana Muaz!, aku hilang segala-galanya, aku tak akan maafkan kau walaupun kau sudah mati, aku masih tak puas hati!’gumam Muaz dengan wajah yang geram.
“Kerana dia aku telah dibuang dari kerja, aku telah hilang semuanya termasuk pencen dan harga diri, kini Coper Black telah di lantik mengantikan tempat aku, aku tidak marah pada Coper tetapi pada Presiden celaka dan Muaz itu!”
‘Nasib baik Coper tidak melupakan aku, dia bersetuju untuk meneruskan agenda kami melindungi negara Israel dan aku juga merasa lega kerana Coper memberitahu aku bahawa Presiden Billy telah mengarahkan untuk memerangi habis-habisan pertubuhan Islam, aku harap Islam akan terkubur tidak lama lagi.’ ujar Mart Deutch sambil matanya merenung permukaan tasik yang tenang tetapi tidak setenang hatinya.
        Peristiwa pencerobohan Muaz benar-benar telah mengubah landskap perjuangan di seluruh dunia, pihak Amerika dan sekutunya mengutuk serangan dan pembunuhan yang dilakukan oleh Muaz dan mengatakan itu adalah agenda pihak militan dan ‘terrorist’ yang bertujuan untuk memporak perandakan keamanan dunia dan kegiatan mereka mesti di kekang.
‘Gerakan memerangi dan menghapuskan pejuang Islam sedang giat dijalankan oleh pihak Amerika, pejuang-pejuang Islam semakin tertekan tetapi sayangnya aku tidak sempat menikmati semua itu sebagai Ketua Pengarah CIA.’ keluh Mert Deutch.
‘Aku harap rancangan aku dan Coper akan berjaya, menjadikan Amerika Syarikat kuasa tunggal dan menguasai dunia!’ harap bekas Ketua Pengarah itu.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2014 10:34 AM | Show all posts
Bab 3:  Mushashi Kuromoto



Beberapa tahun selepas kejadian itu,
Kyoto, Jepun


        Kuil Ginkaku-ji yang dibina pada tahun 1460an, kelihatan meriah dengan pelancong dari luar yang melawat kuil yang begitu bersejarah itu. Dalam jarak 1.5 kilometer dari belakang kuil itu ada sebuah rumah kecil yang dibina ditepi sebuah anak sungai yang mengalir jernih dan dingin dan berhampiran sebuah hutan kecil, rumah kecil itu masih lagi mengekalkan ciri-ciri rumah Jepun yang lampau.
        Di dalam bangsal kecil ditepi rumah itu kelihatan Master Mushashi Suzuka, seorang lelaki tua yang berumur lewat 70an sedang tekun bekerja menempa sebilah pedang samurai. Badannya yang kurus dan kecil itu dibasahi peluh,
“Aduh! penatnya.” kata lelaki tua itu sambil meletakkan tukulnya dilantai.
‘Ada sikit lagi yang perlu aku lakukan barulah pedang ini siap.’ kata Master Suzuka sambil membelek pedang yang sedang ditempanya itu.
‘Aku kena pastikan yang pedang ini dalam keadaan yang sempurna, sebagai waris ke tujuh keturunan Mushashi Miyamoto aku kena pastikan tradisi ini diteruskan dan tidak mati begitu sahaja.’
pedang buatan dari keluarga Mushashi memang sudah terkenal berkurun lamanya kerana kualiti pembuatan dan keseniannya dan sehingga kini ianya masih lagi diburu oleh pengumpul dan peminat senjata.
‘Mana  perginya Kurumoto ni, tadi kata hendak mengambil barang ni dah dekat setengah jam tak nampak batang hidungnya, mana dia pergi ni.’ getus Master Suzuka merungut kerana anaknya Musashi Kuromoto menghilangkan diri.
Dia tinggal bersama dengan isterinya, Inomiya Yabe dan juga anaknya Mushashi Kuromoto di rumah kecil itu. Walaupun mereka tinggal di kota metropolitan Kyoto ini tetapi Mushashi Suzuka tidak membiarkan arus pemodenan mencemarkan tanah nenek moyangnya kerana itulah amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya dulu.
‘Sejak anakku Mushashi Kuromoto tinggal bersama kami, hidup kami lebih bahagia dan seronok, dia telah aku ajarkan segala ilmu pembuatan pedang. Aku berharap dia akan menjadi pewarisku apabila aku tiada nanti dan aku juga gembira kerana dia sudah mahir ilmu seni bela diri ‘Buttojutsu’ itu.’ ujar Master Suzuka dalam hatinya.
“Abang sudahlah tu, minum dulu.” kata Isterinya yang muncul secara tiba-tiba sambil menatang dulang.
“Kuromoto mana?”
“Ada! lepas di angkut kayu dia terus berlatih, abang bukan tak tahu budak tu taksub benar dengan seni bela diri yang abang ajar tu, marilah minum sambil tengok anak kita berlatih!”
Mendengar kata-kata isterinya itu Master Suzuka tak jadi marah tambahan pula diapun sudah penat dan perlu rehat, dengan perlahan dia bangkit dari duduknya dan mengekori isterinya. Sambil minum teh Jepun yang di kenali dengan nama ‘Ocha’, Master Suzuka dan Isterinya Inomiya Yabe memerhatikan anaknya yang sedang berlatih seni tempur warisan keluarga Mushashi.
“Kau tahu Ino teknik bela diri dan permainan pedang ini memerlukan kemahiran yang tinggi untuk dipelajari. Teknik menetak, mencantas dan memotongnya sangat unik, bukan sebarangan orang boleh mempelajari seni pedang ini kerana amat sukar dan itulah sebabnya mengapa seni ini semakin pupus.” terang Master Suzuka dengan bangganya.
“Aku mengambil masa hampir 20 tahun untuk memahirkan diri, ayahku sendiri tidak dapat menguasai dengan baik ilmu ini dan kerana itu atukku telah melatih aku dengan tekun dan keras supaya keturunan Mushashi dapat menguasai seni ini.”
Inomiya menganggukkan kepalanya dengan wajah yang manis walaupun sudah di singgahi dengan kedutan di wajahnya,
“Tapi anak kita tu lebih hebat dari abang ya! dalam hanya 5 tahun sahaja dia sudah menguasai teknik-teknik seni bela diri itu.”
“Benar Ino, anak kita itu benar-benar seorang yang luar biasa, apa yang aku ajar dan tunjukkan dia dapat menerimanya dengan mudah dan dapat melakukannya walau teknik yang aku tunjukkan itu adalah agak sukar.” ujar Master Suzuka dengan wajah penuh kepuasan.
“Ala! apa yang nak di kisahkan sangat abang, anak kita si Kuro tu rajin berlatih, dia boleh berlatih dari petang sampai ke awal pagi tanpa kenal erti rehat pun, dia tidak pernahpun sekali ponteng atau tidak melakukan latihan, sebab itu dia boleh mahir dengan cepat sedangkan abang malas sikit nak berlatih, seminggu sekalipun susah.” usik isteri Master Suzuka itu dan serentak dengan itu kedua-dua warga tua itu terus ketawa sesama sendiri.
“Ino! aku dah tua dah, nak angkat pedang pun aku tak larat.” tingkah Master Suzuka dari ketawanya yang terus bertali arus.
“Abang! Tua itu hanyalah dari segi umur sahaja tetapi selagi fikiran kita dan jiwa kita muda kita tetap muda selamanya.” usik isterinya lagi.
Master Suzuka tersenyum mendengar kata-kata isterinya itu walaupun umur mereka sudah lanjut tetapi kasih sayang dan usik mengusik antara mereka tidak pernah kurang malahan semakin bertambah apatah lagi dengan kehadiran anak kesayangan mereka itu. Dengan tiba-tiba Master Suzuka mengeluh dengan beratnya sambil memandang ke arah anak lelakinya yang masih tekun berlatih sendirian dihalaman rumah mereka itu.
“Ino, bagaimana dengan kecederaan anak kita itu?”
“Entahlah abang, apa yang saya lihat kesan kecederaannya sudah semakin pulih selepas saya merawatnya tetapi saya juga perasan ada beberapa kali badan dia mengigil seperti menahan kesakitan dan dia kelihatan juga memegang sisi kepalanya itu, apa yang saya boleh andaikan kecederaan luarannya mungkin sudah pulih tetapi kecederaan dalamannya masih belum pulih dan mungkin tak akan pulih” terang inomiya dengan panjang lebar kepada Suaminya.
“Maksud kau dia akan menanggung kesakitan ini sepanjang hidupnya?”
“Ya abang, kesan kecederaannya itu tidak akan pulih lagi.”
Kedua-dua orang tua itu mengeluh dengan berat mengenangkan nasib dan keadaan anaknya, sambil mata mereka melihat Kuromoto yang masih lagi tekun berlatih seni permainan pedang. Master Suzuka teringat kembali bagaimana takdir menemukan dia dengan anak angkatnya itu.  
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 10:36 AM | Show all posts
jagosam posted on 13-1-2014 10:34 AM
Bab 3:  Mushashi Kuromoto

Terimejin Ra's Al Ghul dengan Bruce Wayne....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2014 10:45 AM | Show all posts
heheh..betul Nicki_meow..

rasa macam Batman begin...on 25th Jan buku sudah keluar...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2014 07:23 PM | Show all posts
Kat sini, tak byk kedai buku jual buku ni. Tapi takpe, i suka sgt bab2 book hunting. Baru rasa thrill!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2014 08:35 AM | Show all posts
Tak per Sharlenetexas....
susah sangat order online dari alaf21...senang...

eh! nak tanyalah...Sharlene tak minat novel cintan cintun yg banyak di pasaran ker?


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-1-2014 08:38 AM | Show all posts
Bab 4 : Ken dan Kuromoto



3 tahun yang lalu, Hampton’s Landing Marina


        Ken Mushashi Kagiyama, tekun menyusun minuman dan makanan atas rak di dalam Restoran makanan Jepun miliknya dipinggir pelabuhan Hampton Bay. Ken berhijrah ke Amerika 5 tahun dahulu kerana lari dari buruan pihak Yakuza Senno musuh tradisi Yakuza Yamaguchi yang disertainya, dia terlibat dalam satu kesan pergaduhan dan pembunuhan di antara dua kumpulan itu.
“Aduh penatnya! pinggan dan mangkuk banyak lagi belum di cuci, memang bagus bila kedai semakin mendapat sambutan ini , tapi yang tak bagusnya kerja semakin bertambah.” rungut Ken sendirian.
Malam itu dia terpaksa berkerja seorang diri, temannya Minami cuti sakit manakala 3 orang pekerjanya lagi sudah awal-awal cabut lari apabila restoran sudah tutup, banyak kerja-kerja mengemas yang belum dibereskan dan Ken sudah kepenatan.
“Celaka betul mereka ni, berani kenakan aku ya! tak apa, nanti tahulah aku macam mana nak buat, aku potong gaji mereka nanti!” rungut Ken pada dirinya sendiri sambil terus berkerja.
Setelah hampir satu jam melakukan kerja-kerja pembersihan akhirnya kerjanya sudah selesai. Dia tersandar kepenatan sambil melihat jam di dinding.
“Alamak dah hampir jam 2 pagi! sampah belum aku buang lagi, aduh! bab buang sampah ni masalah sikit, dah lah tempat buang sampah tu jauh gelap pulak tu, aku ni bukan berani sangat.” keluh Ken sendiriann.
‘Tapi aku tak ada pilihan, terpaksa juga buang sampah ni, jangan lah ada apa-apa dekat sana.’
Dia kemudiannya mengangkat plastik sampah dan antara rasa berani dan takut dia melangkah ke tempat buang sampah itu, tangan kirinya mengenggam kemas lampu suluh sambil di halakan ke hadapan. Langkah di atur dengan perlahan, suasana awal pagi itu semakin dingin dan gelap, mata Ken menjeling ke kiri dan kanan dengan degupan jantung yang semakin kencang.
‘Tak jauh lagi Ken, dah dekat.’ pujuk Ken pada dirinya sendiri.
Ken ini memang seorang yang takutkan gelap dan memang sebolehnya dia tidak mahu ke tempat sampah itu dan biasanya pekerjanya yang lakukan tetapi kini dia tiada pilihan.
        Ken terasa tong sampah itu semakin jauh dari dia, setiap kali melangkah ke hadapan dia merasakan tempat sampah itu seperti berganjak ke belakang dan semakin dia menghampiri tong sampah itu bau busuk sisa makanan dan sampah menyucuk hidungnya.
“Hui! busuknya, apalah mereka ni, sisa makanan dan sampah lain tu bungkuslah elok-elok ini main campak macam tu sahaja, naik loya tekak aku, orang Majlis Bandaran ni pun satu juga, kutiplah sampah hari-hari ini 3 hari sekali datang, itupun lebih banyak tak datang dari datang, bosan betul aku!” rungut Ken sendirian.
Akhirnya dia sampai ditempat buang sampah yang samar-samar di terangi lampu jalan, dengan segera dia membuka tong sampah itu dan terus mencampakkan plastik sampah di dalam tong tersebut.
‘Aduh! takutnya aku, lantak lah sampah ni masuk ke tidak.’ kata Ken dalam hatinya dan saat ini dia hanya mahu meninggalkan tempat yang gelap itu dan kembali ke Restorannya.
        Dengan segera dia terus melangkah dan berjalan dengan sepantas yang boleh mahu meninggalkan tempat itu, tetapi baru sahaja dia melangkah dalam langkah beberapa tapak tiba-tiba dia terdengar satu suara menderam disebelah kirinya.
‘Ehh! apa ni.’ kata Ken dalam hati dan saat itu bulu romanya mulai meriding, jantungnya berdegup kencang dan mukanya menjadi pucat.
Secara sepontan sahaja dia terus menyuluh ke arah kirinya itu dan ketika itu cahaya dari lampu suluhnya menyuluh satu lembaga yang berjalan terhuyung-hayang ke arahnya.
Ken tergamam dan keluar dari mulutnya itu,
“Ha...ha...hantuuuu.” ujar Ken dengan suara yang mengigil.
Lampu suluhnya itu tepat menyuluh ke wajah lembaga itu dan Ken terperanjat besar apabila melihat, wajah lembaga itu berlumuran dengan darah dan lumpur, dengan bajunya koyak rabak, tangan lembaga itu mengapai-gapai ke arahnya. Tubuh Ken serta-merta menjadi kaku dan lembaga itu semakin menghampirinya, dia menjadi tidak keruan dan dia cuba menjerit tapi tiada suara yang keluar.
“To...to..tolong aku….!” ujar suara itu sambil memegang bahu Ken.
Mulut Ken terbuka besar apabila matanya bertentangan dengan lembaga itu dan dia terkejut apabila mendengar kata-kata lembaga tersebut.
Ken dan lembaga itu jatuh bersama dengan lembaga tersebut menghempapnya.
“Ahhh! apa ni.” jeritkan dalam ketakutan.
Ken berada dibawah tubuh lembaga yang tidak bergerak itu, bau busuk dan hamis tidak dapat di gambarkan lagi, dengan sepontan dia terus menolak lembaga tersebut dan entah dari mana datang tenaganya dia meloncat dan terus lari lintang pukang menuju ke arah Restorannya.
        Sebaik sampai di depan Restorannya yang terang benderang itu dia terus masuk ke dalam Restorannya dan mengunci pintu dengan nafas yang termengah-mengah.
“A...apa benda tu, apa benda tu...hantu ke!” tanya Ken pada dirinya sendiri sambil memandang dalam kegelapan ke arah tempat buang sampah itu.
Ken cuba menenangkan dirinya, dia menarik nafas dalam-dalam.
‘Tak pernah aku setakut ni.’ getus Ken dalam hatinya.
Dia terus duduk di dalam kedainya tanpa bergerak hampir sepuluh minit dengan matanya memandang ke tempat itu kerana takut lembaga itu datang ke kedainya.
‘Nampaknya benda itu tak datang ke sini, tapikan aku rasa itu bukannya hantu agaknya sebab jika hantu kenapa dia minta tolong pada aku, dan kesan kotoran di baju aku ni macam darah yang hampir kering, siapa dia tu?’ ujar Ken cuba membuat andaian apabila fikirannya kembali tenang dan rasional.
‘Kenapa mukanya begitu teruk sekali dan berdarah-darah, adakah dia orang yang baru kena pukul dengan Gengster tempat ini?’ Soal Ken pada dirinya sendiri.
‘Aku rasa mungkin dia kena pukul dan sudah cedera parah, apa aku nak buat sekarang, jika aku tak tolong dia pasti dia akan mati, tapi jika aku tolong dia tentu aku dalam masalah nanti.’ fikirannya berperang dengan dirinya.
Dia tak tahu nak buat apa sekarang antara rasa takut dan kesian bermain di kepalanya. Dia sedar dia tidak boleh terlibat dalam sebarang masalah lagi kerana baru seminggu yang lepas dia baru sahaja membelasah beberapa orang lelaki yang membuat kacau di restoran miliknya itu dan dia sudah dalam perhatian pihak polis.
“Aku tak boleh terlibat dalam hal-hal seperti ini, jika orang itu mati dan aku dikesan ada di situ pastinya aku ditangkap dan dipenjarakan.”
Dia terus termenung diatas kerusi didepan restorannya, mata Ken merenung ke arah tempat buang sampah itu seolah-olah dia nampak orang itu mengapai tangan meminta tolong padanya, Ken terasa serba salah. Dengan tiba-tiba dia terus bangun dari kerusinya dan berjalan keluar dari kedainya dia telah membuat keputusannya.
Ken berjalan dengan berhati-hati dan apabila sahaja dia tiba berhampiran lelaki itu dia mendapati lelaki tersebut terbaring kaku, dengan perlahan dia mencangkung di sisi lelaki itu dan kemudiannya memusing tubuh lelaki itu yang sedang terlungkup itu.
Ken terkejut besar apabila menyuluh ke arah muka lelaki itu.
“Wah! teruknya dia ni, muka dan tubuhnya berlumuran dengan darah manakala kepalanya di tutupi  dengan rumpai laut, agaknya dia ini datang dari laut sana kot, ataupun ada orang yang campak dia ke sini.” kata Ken membuat andaiannya sendiri.
Ken kemudiannya meraba tangan lelaki itu dan merasa nadi di tangan lelaki itu.
‘Eh! dia masih hidup lagi la!, Apa yang harus buat ni!’ gumam Ken sendirian.
“Kalau aku tak tolong dia, pasti dia akan mati.” Ken berfikir.
        Tanpa menghiraukan bau busuk dan kotoran pada orang itu, Ken terus mengangkat lelaki itu dibelakangnya dan dengan segala tenaga yang dia ada dia terus mengendung lelaki itu ke arah restorannya dan meletakkan lelaki itu di atas sebuah meja, dengan segera dia memeriksa keadaan lelaki tersebut.
‘Parah juga lukanya, tapi macam mana dia boleh hidup dengan kecederaan seperti ini?’ getus Ken dalam hati.
“Degupan jantung dia ni agak lemah, baik aku rawatnya dahulu!”
Dengan segera Ken mengeluarkan alatan pertolongan cemas dan terus merawat kecederaan lelaki itu, Sebagai seorang bekas ahli Yakuza, Ken mempunyai sedikit sebanyak kemahiran dalam pertolongan cemas dan rawatan. Ken berusaha dengan bertungkus-lumus merawat lelaki itu, Dia mendapati luka di kepala lelaki itu sudah berhenti pendarahannya mungkin kerana air laut yang masin telah menyebabkan pendarahan itu terhenti, tapi Ken tidak pasti tentang hal itu.
‘Nampaknya kesan luka di kepalanya ini agak parah, pendarahannya sudah berhenti tetapi aku tak tahu dia boleh bertahan tak dengan kecederaan seperti ini?, jika aku biarkan tentu dia akan mati!’ ujar Ken sambil duduk tersandar di kerusinya dan di sekitar meja itu penuh dengan kain dan kapas yang berlumuran darah begitu juga dengan kedua-dua tangan Ken.
Ken nampaknya sudah berputus asa untuk merawat kecederaan lelaki itu, dia kini merasa kesal pula kerana telah menolong lelaki itu.
‘Aduh! penatnya, aku hanya dapat rawat dia setakat itu sahaja, kecederaan dia terlalu parah, Aku rasa dia ni terkena tembakan agaknya, peluru mungkin telah menembusi kepalanya, apa aku hendak buat sekarang.’
“Doktor Tazaki.” getus Ken tiba-tiba......
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2014 08:38 AM | Show all posts
Tahniah Encik Jago!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2014 03:57 PM | Show all posts
Terima kasih... ladyFinger12 .....jangan lupa beli yek..heheh
ini penerbit dah minta tulis travelog masa mengembara berbasikal ke pulau jawa....
penat tulis buku ni pun belum hilang...heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 09:22 PM | Show all posts
@jagosam

I dah overdose novel2 cintan cintun ni. Sejak dari f2 dh baca buku Mills & Boon. I baca apa2 genre. Tgk keadaan dan minat. Dulu lepas operation lutut, rajin baca buku2 health.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2014 07:46 AM | Show all posts
hahah Sharlene bagus lah..you baca ikut keadaan semasa ....bila bercinta baca buku cinta, bila putus cinta baca buku putus cinta, bila sakit baca buku health, ini bila boring....baca buku aksi...heheheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2014 07:50 AM | Show all posts
salam di pagi Jumaat untuk semua...sambungan legasi pejuang 2..



Bab 5 : Menyelamatkan Muaz



“Mungkin Doktor Tazaki mungkin boleh merawat budak ini.” ujar Ken secara tiba-tiba.
Ken teringat pada seorang pelanggan setia di restorannya, Doktor Tazaki seorang doktor perubatan Veterinar, Ken rasa mungkin Doktor itu boleh menolongnya.
Dengan segera dia mengambil kunci Van dan mengangkat lelaki itu ke dalam Van.
“Kau kena terus bertahan!” kata Ken pada lelaki yang masih pengsan itu.
Ken memecut laju Van tersebut menuju ke arah rumah Doktor Tazaki dengan satu harapan.
“Aku tak tahu kenapa aku menolong dia, hati kecilku seolah mendesak-desak aku menolongnya.” kata Ken sendirian sambil memecut laju Vannya.
‘Selama ini aku memang tak pernah membantu sesiapa pun dan aku cuba mengelak sebarang keadaan yang boleh mencetuskan masalah, cukuplah pengalaman aku di Jepun dahulu.’ kata Ken mengenangkan kesilapannya yang lalu.  
‘Siapakah yang sanggup melakukan semua ini? jika dilihat kesan luka dan parut pada badannya aku percaya dia ini bukan orang baik, mungkin dia ini seorang Gengster atau kaki gaduh tetapi aku seperti didesak oleh hatiku untuk menolong dia, aku tak tahu kenapa.’ getus Ken dalam hati.
‘Kalau aku buat laporan Polis tentang hal ini, memang silap-silap aku yang kena, kes aku pukul gengster tempoh haripun masih belum selesai, kalau aku bawa orang ini, lagi panjang kes aku tu.’ fikir Ken pada dirinya sendiri.
Ken teringat kembali kejadian minggu lepas, walaupun puas dia merayu pada pemeras-pemeras ugut itu supaya tidak menganggungnya mereka tetap membuat kacau dan kerana tidak tahan diganggu Ken telah membelasah 3 orang Gengster yang cuba meminta duit pelindungan, mereka telah dibelasah dengan teruk oleh Ken dan menyebabkan mereka di masukkan ke hospital dan kerana itu juga Ken telah ditahan polis dan disoal siasat. Dia telah di beri amaran keras oleh pihak Polis dan akan didakwa di mahkamah kerana telah memukul orang jika kejaidan seperti itu berulang lagi. Sebagai pendatang sepertinya mereka memang sentiasa dipersalahkan apabila melibatkan pergaduhan dengan orang tempatan dan dia tahu tentang itu.
Sampai sahaja dirumah Doktor Tazaki,  Ken segera mengejutkan Doktor tersebut, terkejut besar Doktor itu melihat Ken datang ke rumahnya dalam waktu begini, tanpa sempat Doktor Tazaki bertanya lebih lanjut Ken terus menerangkan kenapa dia datang, sebelum Ken sempat menghabiskan ceritanya Doktor Tazaki terus meluru ke arah Van tersebut.
Doktor Tazaki terkejut melihat keadaan lelaki tersebut.
“Ken! siapa dia ini, teruknya luka dia ini, aku rasa macam terkena tembakan sahaja?”
“Aku tak tahu Doktor! aku jumpa di tempat sampah depan Restoran, Doktor boleh rawat dia?”
“Aku tak tahu, tapi aku boleh cuba, lukanya agak parah ni.” kata Doktor Tazaki.
Ken dan Doktor Tazaki terus mengusung lelaki yang cedera itu ke dalam rumah dan tanpa membuang masa lagi Doktor Tazaki terus merawat lelaki tersebut.
Setelah hampir 3 jam bertungkus-lumus merawat lelaki tersebut, akhirnya Doktor Tazaki selesai merawat lelaki itu, dia duduk tersandar dikerusinya sambil memandang ke arah Ken.
“Ken! aku dah berusaha setakat yang aku mampu, terpulang pada dia sama ada dia mempunyai kekuatan semangat untuk terus hidup atau tidak, aku rasa biarkan dia tinggalkan disini sehari dua, lepas dia sedar nanti baru kau bawa balik.”
“Terima kasih doktor, kalau doktor tak rawat dia tak tahulah aku bagaimana.” ujar Ken sambil tersenyum.
“Aku ini doktor haiwan Ken, bukan doktor manusia, tapi asas rawatan sama sahaja sama ada manusia atau haiwan.” ujar Doktor Tazaki sambil tersenyum.
Ken merenung ke arah Muaz yang sedang terbaring kaku diatas tilam tersebut dengan kepala dan badannya dibalut dengan kain.
‘Siapa kau? apa yang dah jadi sebenarnya?’ tanya Ken pada Muaz yang masih pengsan itu.
“Aku tak tahu sama kau orang baik atau orang jahat, tetapi walau siapapun kau aku harap kau akan pulih semula.’
“Doktor Tazaki, aku tak tahu dia ini siapa dan aku harap Doktor tak akan hebohkan perkara ini terutamanya pada pihak Polis, aku tak tahu sama ada dia ini orang baik atau jahat, tetapi kita perlu selamatkan dia.” kata Ken.
“Aku faham Ken!, kita ini orang pendatang dan aku rasa dia inipun bukan orang tempatan, kita akan sembunyikan dia sementara di sini, eh! kau ada jumpa apa-apa pengenalan dirinya tak?”
“Tak ada Doktor tak ada sebarang dokumenpun yang aku temui, tapi kalau dilihat kesan parut pada badannya macam dia ini seorang gengster atau orang yang telah banyak berlawan.”
“Betul kata kau, ditubuhnya banyak kesan-kesan parut lama, mungkin benar juga kata kau yang dia ini orang jahat atau mungkin juga dia ini perisik!”
Kedua-dua lelaki Jepun itu memandang ke arah Muaz yang terbaring di atas katil tersebut.
“Tak apalah Doktor apabila dia sedar nanti mungkin kita boleh bertanya siapa dia , jika dia orang jahat aku akan serahkan pada pihak polis.” ujar Ken.
Sekali lagi Muaz terselamat dari serangan maut, ini dia di selamatkan oleh Ken seorang lelaki Jepun, Takdir ALLAH tiada siapa yang dapat menduga dan ketahui.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2014 12:03 PM | Show all posts
salam...sambungan bab 5

Bab 6 : Orang Baru


5 bulan kemudian…


        Restoran Ozen Gaku meriah dengan tetamunya yang tidak putus-putus, dengan hidangan Sushi dan Sashimi nya yang disediakan segar ianya telah menarik minat ramai pelanggan. Ken Kagiyama yang berkerja dibahagian dapur begitu sibuk menyediakan hidangan yang dipesan.
“Kuro! Sushi ni dah siap hantar ke meja 7 cepat, jangan lupa tambahkan ‘Ocha’ kalau kau tengok sudah habis!” arah Ken pada pembantunya itu.
“Baik Ken!, tapi ini ada satu lagi pesanan, tolong buatkan satu set ‘Udon daging’, dia tak mahu letak sayur tau!” jerit Kuromoto pada ketua tukang masak itu.
“Baik!” jerit Ken sambil menganggukkan kepalanya.
Kuromoto terus mengambil hidangan yang sudah disiapkan oleh Ken itu dan membawa ke meja nombor 7 dan makanan itu dihidangkan kepada pasangan lelaki dan wanita kulit putih itu.
“Tuan perlukan apa-apa lagi?” tanya Kuro dengan suara yang lembut.
Lelaki kulit putih itu memandang ke arah Kuro sambil tersenyum,
“Kau tahu? Ini adalah kali pertama kami datang ke restoran ini, selepas kami mendapat maklumat yang makanan di sini sedap dan segar, nampaknya kami tidak membuat pilihan yang silap, memang sedap betul makanan di sini ya!” kata lelaki itu dengan wajah yang ceria.
“Ah! Baguslah begitu Tuan, dulu restoran ini tak ramai pelanggan seperti ini selepas kami menukar dan memperbaiki menu makanannya ianya semakin mendapat sambutan, saya ucapkan terima kasih pada Tuan dan Puan kerana sudi datang ke sini.” kata Kuro dengan wajah yang ceria.
        Kuromoto kemudiannya kembali ke dapur kerana ingin mengambil hidangan yang lain.
‘Nampaknya dari hari ke hari restoran ini semakin mendapat sambutan, tidak sia-sia Ken menukar menu dan melakukan ubah suai pada restoran ini.’ kata Kuromoto sendirian.
Ken yang sedang berkerja di dapur bersama 3 orang pembantunya lagi terus tekun menyediakan hidangan yang dipesan, prinsipnya satu iaitu menyediakan hidangan yang segar dan sedap kerana itulah kunci kejayaan perniagaannya kini.
        Jam sudah berganjak ke pukul 12.30 tengah malam, kedainya baru setengah jam ditutup, Ken bersama rakan baiknya Minami duduk di atas kerusi diluar kedainya sambil melihat Kuromoto mengemas bahagian depan kedai tersebut.
“Kau tengok tu Minami, aku tak sangka lepas Kuromoto datang ke sini perniagaan aku semakin berjaya dan maju, tidak pernah terfikir olehku ianya akan berjaya seperti ini kau tahulah tempat ini bukannya ramai pelangganpun dan kita sering diganggu oleh gengster yang mahu wang pelindungan, aku ingat lepas aku pukul budak Gengster 5 bulan yang lalu mereka tak kacau lagi, 2 minggu lepas dia orang kacau lagi, kali ini aku belasah mereka cukup-cukup!”
“Yelah akupun tak sangka Restoran ini boleh jadi seperti ini, dulu tempat ini lebih banyak kosong dari penuh dan masa kau kata nak buka Restoran, aku kata kau gila tapi Ken kau memang gila, kau tukar tempat ini sebagai salah satu Restoran yang hebat dan dapat sambutan yang ramai, aku kagum, tapi aku risau juga sebab kau dah berapa kali pukul gengster tu, mereka pasti berdendam dengan kau, kau tak takut ke?” ujar Minami.
“Aku takut juga tapi mereka memang tak serik dan masih peras ugut aku, yang aku risau sekarang ialah Pihak Polis sedang memerhatikan aku, ye lah macam kau tahu kita ini pendatang, walaupun orang tempatan buat masalah mereka tetap kata kita yang salah.”
“Ken aku rasa lebih baik kau berhati-hati, aku dengar cerita kumpulan gengster tu nak kenakan kau, eh! bagaimana dengan Kuromoto? aku tengok dia dah semakin sihat dan rajin betul dia ni.”
“Ya dia semakin sihat, tapi sampai saat ini dia masih lagi tak tahu siapa dirinya yang sebenar nasib dia memang baik, doktor Tazakipun sendiri tak sangka dia akan sembuh dengan begitu cepat sekali.” getus Ken sambil meneguk minuman keras itu sambil menjeling ke arah Kuromoto.
Rakan Ken yang berada di sebelahnya juga memandang ke arah Kuromoto yang sedang tekun berkerja tanpa memperdulikan keadaan sekeliling.
“Mana Shibata dan Uruhara?” tanya Minami pada Ken tentang 2 orang pekerjanya lagi.
“Ah! kau bukan tak tahu mereka berdua tu, siap sahaja kerja terus cabut balik.”
Minami tersenyum mendengar rungutan Ken itu.
“Aku kagum dengan Kuro tu Ken! rajin betul dia berkerja tapi dia memang seorang yang pendiam, aku selalu lihat dia termenung dan menyendiri.” ujar Minami.
Ken memandang ke arah rakannya itu,
“Akupun tak tahu Minami, walaupun dah hampir 5 bulan dia tinggal dengan aku, dia tak banyak cakap pun, aku biasanya biarkan sahaja dia bersendirian, dia lebih suka menyendiri seolah-olah sedang memikirkan sesuatu, akupun tak tahu apa yang dia fikirkan tapi dia memang rajin, dalam resturan ini tak ada siapa yang boleh lawan dari segi kerja, memang hebat betul dia ni.” puji Ken.
“Kau pernah tanya pada dia ke?” kata Minami sambil melihat ke arah Muaz.
“Tanya apa?” kata Ken
“Ala..tanya tentang siapa diri dia, datang dari mana, apa kerjanya sebelum ini?”
“Ada juga aku tanya tapi dia macam tak boleh jawab, bila aku bertanya dia seolah-olah mengerahkan otaknya untuk mencari jawapan. Aku rasa kesan luka di kepalanya itu menyebabkan dia hilang ingatan.”
“Aku rasa kecederaannya itu berat juga, sebab aku tengok kedua-dua tangannya mengeletar dan dia seperti dalam kesakitan.” ujar Minami.
“Aku sedar tentang masalah itu, aku ada tanya Doktor Tazaki dia kata kalau kecederaan seperti Kuro itu memang satu perkara yang biasa.”
Ken memandang ke arah lelaki yang diselamatkan itu, dia memanggil lelaki itu dengan nama Kuromoto kerana kulitnya yang agak gelap dan perkataan ‘Kuro’ itu bermaksud hitam dalam bahasa Jepun dan nampaknya lelaki itu selesa dipanggil dengan nama Kuromoto dan nama Muaz nya telah lenyap begitu sahaja, tambahan pula dia sendiri tidak mengetahui nama dan asal usulnya yang berasal dari Malaysia.
“Oklah Minami, aku nak tolong dia buat kerja nanti lambat siap.” kata Ken seraya bangun dari duduknya.
“Eh! Kau tak nak ikut aku pergi minum di Pub itu ke? Kau dah lama tak ke sana, aku rasa sejak ada Kuro, jom lah.” ajak Minami pada rakannya itu.
“Aku penat kau pergilah, tapi esok jangan lupa datang kerja, jangan mabuk berlebihan sudah!” kata Ken sambil menepuk bahu rakan baiknya itu.
“Oklah, aku pergi sekejap ke sana, nanti aku datang balik.” kata Minami sambil tersenyum.
        Ken kemudian berjalan kembali ke restorannya manakala Minami pergi ke arah Pub yang terletak di hujung Pelabuhan itu.
“Kuro! Banyak lagi ke kerja nak buat?, lantai kau dah mop ke belum?” tanya Ken sebaik sahaja masuk ke kedai itu.
“Belum Ken!, aku baru sahaja habis sapu sampah dan susun meja, kenapa kau nak tolong ke?”
“Aku tolong kau.” kata Ken sambil tersenyum lebar.
“Hai! Kenapa kau tak ikut Minami pergi Pub?, aku rasa lama dah kau tak pergi ke sana?”
“Hari ini aku tak ada mood lah.” ujar Ken sambil tersenyum.
        Kedua-dua lelaki itu terus mengemas Resturan tersebut dan dalam masa sejam kemudian merekapun selesai melakukan semua kerja-kerja mengemas.
“Huu! Penatnya, dah lama aku tak buat kerja ni.” ujar Ken duduk tersandar sambil mengelap peluh didahinya.
“Tak apa Ken! kau kan Bos, tak payah buat ini biar aku sahaja yang buat, bukankah dah 4 bulan aku buat benda ni semua seorang diri, aku dah biasalah.”
Kuromoto tersenyum sambil menjeling ke arah Ken. Ken kemudianya mengambil sebotol Jus buah dari peti sejuk dan dilemparkan kepada Kuromoto manakala dia mengambil setin air karbonate. Mereka kemudiannya duduk diatas kerusi yang mengadap ke Laut sambil melihat lampu-lampu Neon di bandar berhampiran menerangi langit disebelah timur.
Ken memandang ke arah Kuromoto, “Kuro kau masih tak ingat siapa diri kau?”
“Entahlah Ken, otak aku ni terasa kosong, aku tak tahu sejarah silamku, aku tak tahu siapa diriku, aku tak tahu apa yang telah terjadi padaku, seolah-olah kenangan lalu aku telah di padam terus dari ingatan aku.”
“Bagaimana dengan kesan luka di kepala kau tu?”
“Dah baik cuma tinggal parut yang buruk ini saja.” ujar Kuro sambil menunjukkan kesan parut yang besar di kepalanya itu.
“Tapi sejak 2,3 hari ni kepala aku selalu rasa sakit dan pening.”
“Mungkin belum betul-betul sembuh agaknya, aku ingat lagi masa aku bawa kau ke rumah Doktor Tazaki dia terkejut besar dengan kecederaan kau tu nasib baik nyawa kau panjang.”
“Apa pun aku kena berterima kasih banyak-banyak dengan kau, kau bukan sahaja telah menyelamatkan aku tapi memberi kehidupan kepada aku, aku tak kisah dengan parut yang buruk ini tapi aku mahu tahu siapa diri aku yang sebenar, siapa yang mencederakan aku dan kenapa aku jadi begini, perkara itulah yang bermain difikiran ku, tetapi kadang-kadang aku terasa seperti ada bayangan dan imej yang timbul secara samar-samar aku pun tak tahu apakah benda itu dan tiap kali bayangan itu datang kepala aku akan rasa sakit.” terang Kuro dengan panjang lebar.
“Kau ingat apa-apa tak malam aku jumpa kau itu?”
“Aku tak ingat sangat, yang aku ingat bila aku sedar aku terdampar ditepi pantai di hujung pelabuhan sana, aku kemudiannya bangkit dan berjalan, yang aku nampak kerdipan lampu, fikiranku kosong masa itu dan bila aku sampai dekat tong sampah itu aku minta tolong pada seseorang dan terus jatuh pengsan, aku tak ingat apa-apa selepas itu.” terang Kuromoto sambil memikirkan apa yang berlaku pada malam Ken jumpa dia dahulu.
Ken melihat ke arah rakannya itu, dia tahu apa yang Kuromoto rasakan itu pastinya amat berat dan menyakitkan dan dia tahu bukan sebarang orang yang mampu mengharunginya.
“Aku tak tahu bagaimana untuk menolong kau Kuro, untuk mencari siapa kau yang sebenarnya, masa aku jumpa kau dulu, tiada apa-apa pengenalan tentang diri kau, bersabarlah aku yakin satu masa nanti kau akan ingat kembali dari mana kau datang dan kenapa kau di tembak sebegitu teruk sekali.”
“Aku harap begitu juga Ken….”
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2014 10:52 AM | Show all posts
jagosam posted on 15-1-2014 03:57 PM
Terima kasih... ladyFinger12 .....jangan lupa beli yek..heheh
ini penerbit dah minta tulis travelog ...

Teringin nak tulis travelog tp tak reti. Mungkin perlu baca satu contoh buku travelog. Apa yg best ek?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2014 02:25 PM | Show all posts
salam...Ladyfinger

travelog ni rasanya lagi susah nak tulis dari Novel sebab kalau novel kita boleh imiginasikan apa yang berlaku dan boleh di reka.
Travelog pula berdasarkan kisah benar jadi jika travel kit kurang adventure, konflik pendek kata kurang menarik masalah juga sebab orang nak baca pun rasa tak best....

buku travelog yang menarik yang saya baca macam
1. Pedalling around The peninsula.
2. Travelog turki - bumi khalifah
3. Rindu eropah tawan Damascus
4. The man who cycle the world
5. Travelog haji

Untuk menulis Travelog ini mestilah mereka yang sendiri mengalami keadaan itu baru dia boleh rasa dan tahu keadaan sebenar.....

TQ

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2014 08:45 AM | Show all posts


salam dan selamat pagi.....

Good news untuk di war-warkan....buku legasi pejuang 2 sudah keluar dan ada di pasaran....minta pada semua peminat novel aksi sila dapatkan novel ini untuk mengetahui kesudahan kisah perjuanga Muaz....jika tidak keberatan war-warkan pada teman-teman FB anda....terima kasih untuk semua...

Salam perjuangan untuk kehidupan...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2014 12:00 PM | Show all posts
jagosam posted on 27-1-2014 08:45 AM
salam dan selamat pagi.....

Good news untuk di war-warkan....buku legasi pejuang 2 sudah kelu ...

saya akn beli masa karnival karangkarf nanti....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2014 08:18 AM | Show all posts
saya akan ada di karnival itu pada hari sabtu....mungkin boleh say 'hai'...heheh

sambungan bab 6

Bab 7: 2 lawan 10




        Ken dan Kuromoto terus berbual-bual dengan mesranya dan banyak perkara yang mereka kongsi bersama, Ken menceritakan rancangannya bagi memajukan lagi Restoran yang baru dibukanya itu,
“Aku ada rancangan yang besar Kuro, kita akan bangunkan perniagaan ini dan jika sambutan berterusan baik seperti ini aku rasa aku akan buka cawangan lain dan aku mahu kau jaga tempat ini.” Luah Ken dengan nada yang gembira.
Kuro tersenyum mendengar kata-kata sahabatnya itu,
“Tapi Ken kau kena bersabar dan mantapkan lagi perniagaan di sini lagipun ianya baru 7 bulan dibuka, banyak lagi yang kita kenal lakukan.”
Ken mengangguk kepala tanda mengakui kata-kata Kuro itu.
“Kau tahu Kuro, malam ini adalah antara malam yang bermakna bagi aku, aku sedikit pun tak menyesal kerana tak ikut Minami pergi berhibur di Pub sana kerana inilah pertama kali kita benar-benar berbual.” ujar Ken sambil tersenyum pada Kuromoto.
“Ya lah! akupun rasa seronok juga, sebelum ni mana ada masa kita nak bersembang begini, kita sentiasa sahaja sibuk.” tingkah Kuromoto sambil tergelak.
Ken juga turut ketawa besar,
“Hahah…betul  tu Kuromoto, marilah kita balik, dah pagi dah ni nanti kita nak ke pasar pula, akupun dah mengantuk ni.”
“Ken! kau pergi dulu, aku nak kunci pintu dan buang sampah di belakang sana.”
“Ok! aku jalan dulu.” ujar Ken sambil berjalan menuju ke jalan besar.
        Kuro dan Ken terus berpecah dan Ken berjalan meninggalkan restorannya sambil menyeluk saku dan mengeluarkan sekotak rokok. Dengan perlahan dia menarik keluar sebatang rokok dan meletakkan dibibirnya lalu menghidupkan pemetik api dan membakar hujung rokoknya itu.
“Ahh…nikmatnya dapat hisap rokok!” ujar Ken sambil menyedut asap rokok dalam-dalam.
Dengan tiba-tiba Ken merasakan seperti ada yang tak kena, dia terus memandang ke depannya “Ehhh! Apa pulak ni.” ujar Ken dalam keadaan terkejut apabila dia mendapati dihadapannya ada 3 orang lelaki kulit putih dan diikuti dengan 5 orang lelaki yang muncul entah dari mana.
‘Apa hal mereka ni?’ getus Ken dalam hati sambil melihat 8 orang lelaki yang berbadan besar dan bermuka bengis.
Kesemua lelaki kulit putih itu berdiri memegang senjata ditangan masing-masing seperti kayu beluti, Kayu Hoki, batang besi dan pemukul Besbol. Nampaknya mereka memang sudah merancang untuk menyerang Ken. Tiba-tiba salah seorang dari lelaki itu melangkah ke depan,
“Hei! Jepun! kau tahu aku siapa?, Aku adalah ketua gangster tempat ini! aku dah lama perhatikan kau, aku dapati kau tak bayar duit pelindungan dan kau belasah budak aku bukan sekali tapi dua kali, hari ini kau mesti mampus!” jerit lelaki tersebut.
Ken merenung lelaki yang berada di hadapannya itu, dia cuba menenangkan dirinya.
‘Aku tahu saat seperti ini pasti akan tiba, sebelum ini sudah beberapa kali dia hantar orangnya untuk peras ugut aku tapi aku pukul mereka, nampaknya malam ini mereka nak pukul aku pula.’ getus Ken dalam hatinya.
“Celaka pun Jepun! Kau ingat kau siapa! Berani kau pukul anak buah aku, kau tahu tak kau berada dimana sekarang?”
Ken sedar dia dalam bahaya sekarang dan dia perlu melakukan sesuatu.
“Kawan aku tak mahu cari masalah, wang perlindungan yang kau minta itu tinggi sangat, aku tak mampu bayar lagipun restoran aku tu baru sahaja buka, modalpun tak balik lagi, berilah aku peluang.” pujuk Ken.
“Peluang kepala otak kau! Kau ingat kami ni apa, bila aku minta duit kau kena bagi! lagi satu berani kau pukul budak-budak aku!”
“Aku tak cari pasal dengan orang kau, mereka ugut dan pukul pelanggan aku, mana boleh aku diam sahaja.” tingkah Ken.
“Ahh! aku tak peduli, malam ini kau akan mati budak!” kata ketua Gengster sambil meludah di depan Ken.
‘Aduh! macam mana ni, dulu yang aku pukul setakat 3 orang dan tidak bersenjata, kali ni ramai dan semuanya ada senjata, parah juga aku macam ni.’ gumam Ken dalam hatinya.
Tiba-tiba dia terasa ada seseorang berdiri di sisinya, Ken agak terkejut dengan kehadiran orang itu disebelahnya, jantungnya berdegup kencang, kerana dia tidak sedar bila lelaki itu muncul ditepinya.
“Ehh siapa pula yang berdiri di sebelah aku ni, bila masa dia muncul aku tak perasan pun.” ujar Ken dan dengan segera dia memandang ke arah tepinya dan Ken mendapati lelaki yang berdiri di sebelahnya itu adalah Kuromoto.
Ken melihat di tangan Kuromoto ada sebatang kayu beluti dan kehadiran lelaki itu secara tiba-tiba mengejutkan semua Gengster tersebut, mereka tertanya-tanya dari mana lelaki itu datang.
Dengan wajah yang serius Kuromoto berkata,
“Ken! Ada masalah ke?”
Ken tidak menjawab pertanyaan Kuromoto itu,
“Apa kau buat disini Kuro!, lekas tinggalkan tempat ini, kecederaan kau tu masih belum sembuh, ini masalah aku dan biar aku yang selesaikan kau jangan masuk campur!”
“Tapi mereka tu ramai, boleh ke kau kalahkan mereka?”
Ken agak tersentak mendengar pertanyaan Kuro itu, dia sedar dia tak mampu mengalahkan musuhnya itu tetapi dia tidak mahu menunjukkan wajah ketakutan pada saat ini.
“Ini Ken la Kuro!, kau tengok bagaimana aku kalahkan mereka itu dengan teknik judo aku ni, jangan kau takut sebelum ni mereka dah aku kalahkan nampaknya mereka tak serik-serik lagi.” ujar Ken sambil menjeling ke arah sahabatnya itu.
Ken terus menyerbu ke arah kumpulan lelaki itu tetapi tiba-tiba 3 orang gengster itu juga turut berlari ke arah Ken dan mereka menyerang secara serentak. Ken menjadi agak kelam kabut dengan serangan yang bertubi-tubi itu, tiba-tiba Ken terkena tumbuk di perut dengan agak kuat juga, menyebabkan dia tertunduk kesakitan, Seorang lagi penyerang terus menghentak lututnya ke arah muka Ken menyebabkan Ken terpelanting ke belakang dan terjatuh. Belum sempat Ken bangun salah seorang lelaki itu terus menyepak kepala Ken, nasib baik kali ini Ken sempat mengelak dan dia cuba berdiri. Tanpa Ken sedari salah seorang penyerangnya itu menghayun kayu Besbol ke arah belakang kepala Ken.
“Awas! belakang kau!” jerit Kuro.
Mendengar jeritan itu Ken terus mengangkat tangan kirinya melindungi kepalanya, kayu Besbol itu singgah di tangannya dan terdengar bunyi ‘Prak!’ dan pada masa yang sama tangan kiri Ken itu terus terkulai patah.
Ken terus jatuh dan mengerang kesakitan sambil memegang tangannya yang patah itu.
“Aduh! sakitnya.” ujar Ken menahan kesakitan.
Tiba-tiba dia melihat lelaki yang mematahkan tangannya itu mengeluarkan sebilah pisau dan berjalan menuju ke arah Ken,
‘Alamak! nampaknya dia ni memang betul-betul nak bunuh aku, apa yang aku nak buat ni.’ ujar Ken sambil meringis menahan sakit.
Gengster bertatu di muka itu mencengkam rambut Ken dan kemudian dia mengangkat tinggi tangannya yang mengenggam sebilah pisau yang tajam berkilat.
“Jepun sial! kau dah kalah, mampus kau!”
Ken tidak mampu berbuat apa lagi, dia hanya berserah sahaja kali ini. Tiba-tiba dia terdengar bunyi ‘Thup!’ yang agak kuat juga, dia tak berani membuka matanya dan dalam beberapa ketika kemudian dia merasa tangan yang mencengkam rambutnya mulai longgar dan terlepas.
‘Ehh! Apa yang dah jadi.’ ujar Ken di dalam hatinya.
Dengan perlahan-lahan Ken membuka matanya dan apa yang ia lihat lelaki-lelaki yang berada di hadapannya kelihatan terkaku dan ada yang melopong mulut mereka.
‘Ehh! Apa yang dah jadi dengan mereka, kenapa seperti nampak hantu sahaja.’ ujar Ken dalam hati sambil berpaling memandang ke arah kirinya.
Ken terkejut besar apabila melihat kejadian ditepinya itu, dia melihat lelaki yang cuba membunuhnya sebelum ini rebah dengan kepala berlumuran dengan darah.
‘Ah! kenapa ni!’ ujar Ken dalam hatinya.
Dia tidak percaya dengan apa yang ia lihat.
‘Siapa yang pukul dia eh! Kuromoto!’ ujar Ken apabil terlihat di tepinya berdiri Kuromoto sambil merenung Gengster-genster di hadapan mereka.
‘Apa yang dia buat?’ tanya Ken pada dirinya.
Apabila melihat ditangan kiri lelaki itu dia mulai faham,
‘Ahh! Nampaknya Kuro telah menyelamatkan aku, dia yang memukul lelaki itu.’
“Kuro! Terima kasih kerana telah menyelamatkan aku” kata Ken kepada rakannya itu.
“Tak mengapa Ken, kau ok?, bagaimana dengan tangan kau tu?” tanya Kuromoto sambil menjeling ke arah Ken.
“Tangan aku patah, Kuro lebih baik kita lari dari sini, mereka tu semua ganas dan kejam.”
        Semua lelaki kulit putih yang menyerang Ken merasa terkejut dengan kejadian yang di luar dugaan mereka, mereka tidak tahu bila masa lelaki itu bertindak.
‘Setahu aku tadi, jaraknya hampir 12 kaki dari kami bagaimana dia boleh sampai ke sisi Jepun itu dengan cepat,  pantas betul pergerakan dia.’ getus salah seorang dari ahli kumpulan tersebut.
“Pantasnya! siapa dia tu.” kata salah seorang dari kumpulan Gengster itu.
‘Jika di lihat tindakannya itu tadi, aku rasa dia ni lebih hebat dari orang Jepun itu, tapi siapakah dia ni.’ kata Ketua Gengster itu dalam hatinya.
“Aah! Apa hebatnya, dia pukul curi!” tingkah salah seorang Gengster itu.
“Kawan-kawan, dia dah tumbangkan Philips, mari kita bunuh dia!” sambung lelaki itu lagi.
Mereka mula bersedia untuk menyerang Kuromoto, masing-masing mengenggam kemas senjata mereka sambil terus memantau pergerakan lelaki yang baru muncul itu, mendengar gesaan anak buahnya Ketua Gengster itu kembali bersemangat.
“Cis! Berani dia pukul curi, kawan-kawan! dia dah bunuh rakan kita, kita mesti hapuskan dia!, Ayuh! serang dia habis-habisan!” Jerit ketua kumpulan itu dengan kuat sambil mengacung tinggi besi yang ada dalam genggamannya.
Mendengar sahaja arahan dari  Ketua mereka, lelaki-lelaki yang kelihatan bengis itu menjerit-jerit sambil menjulang senjata mereka dan terus menyerbu ke arah Muaz.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 02:03 PM | Show all posts
jagosam posted on 28-1-2014 08:18 AM
saya akan ada di karnival itu pada hari sabtu....mungkin boleh say 'hai'...heheh

sambungan bab 6
...

oh ok...boleh mintk otograf....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2014 02:40 PM | Show all posts
hahah....saya ni pemalu sikit...inshallah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.133483 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list