CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

Edisi Darulsaka - Mari bakar bata...!

  [Copy link]
Post time 17-11-2011 03:06 PM | Show all posts
bro..kena state betul betul DS tu stand for apa.. nanti ada pulok yg tersalah taksir melent ...
safamm Post at 17-11-2011 15:02



   owhhh maaf..DS yg saya maksudkan semestinya BUKAN Darul Syifa'.. ianya Darul S yg TT did mention dalam tthread ni.. Geng2 DS ni tak boleh sembarangan tegur, kang mereka batu batakan saya nanti kang.. eeeee takut!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2011 03:07 PM | Show all posts
Kene ingat, iblis tu engkar hanya sekali


Tapi sebenarnya dosanya amat besar, ingkar pada suruhan Allah. Malah degilnya dibawa sampai ke kiamat. Sebab dia taknak sujud & taknak terima kenyataan Bani Adam dipilih Allah sebagai khalifah di muka bumi.

Yg kita ni engkar berkali kali? disuruh beribadah kerana Allah, kita beribadah kerana ganjaran


Apapun kita buat, kena ikhlas, mesti kerana Allah. Bukan sebab nak pahala.


Disuruh lakukan kebaikan, jangan lakukan kejahatan, solat, zikir, puasa, zakat sedekah dll manjang lalai!!! kalau Allah nak hukum kita lebih teruk dari iblis tu dihukum!!! kita lagi engkarrrrrrr


Tapi rahmat Allah luas pada Bani Adam. Ada sebab musababnya Allah pilih kita jadi khalifah berbanding jin. Sebab sejahat2 manusia, selagi terbit ada keinsafan pada hatinya, ada percayanya dia pada Allah yang satu, maka pintu taubat terbuka & terbentang luas. Itu rahmat Allah. Soalnya, sama ada kita nak atau taknak.

Soal jin, jika dia jin yang bertakwa, dia takkan mendampingi manusia. Tapi dah banyak kes rawatan melibatkan jin2 Islam ni 'menghanjengkan' samada perawat / pesakit, rata2 sebab nafsu riak takabbur jin tu lah, lagi dengan sikap dengki cemburu tak habis2 kat bani Adam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 03:09 PM | Show all posts
Saya rasa, dalam bab ni, kita kena agree to disagree lah. Bagi saya, berdasarkan pemahaman & dar ...
robotech Post at 17-11-2011 14:56
Setiap nabi aku jadikan satu musuh iaitu syaitan syaitan daripada 'jin dan manusia'
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 03:41 PM | Show all posts
Mana boleh samakan manusia dengan Iblis.. dia engkar sekali pun, tetapi keengkarannya kerana sombong dan megah hingga menganggap diri Tuhan. No mercy beb..itu pun Allah s.w.t  beri peluang masa zaman Nabi Musa a.s, bilamana Iblis laknatullah bertanya kepada Nabi Musa a.s. jika adakah lagi ruang untuk diri nya diampunkan Allah s.w.t.

Lantas Nabi Musa a.s. pun bermunajat kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t yang sifat GhafurNya tidak terhingga sedia mengampun hamba2Nya, hatta Iblis terlaknat sekalipun. Dengan syarat dia kena sujud (bukan sujud sembah tetapi sujud hormat) kepada kubur Nabi Adam a.s.

Bila mendengar tersebut, lantas Iblis laknatullah pun berkata kepada Nabi Musa a.s "Sedangkan ketika Adam a.s. hidup pun aku tidak mahu sujud kepadanya, inikan pula ketika dia sudah mati"

Sejahat2 manusia sekalipun, pintu taubat tetap terbuka selagi belum mati jasad. Bilamana kita mengakui kekhilafan diri dan mengakui keagungan Allah s.w.t dan menyebut kalimah tauhid, maka peluang diampunkan tetap ada.

So jangan la samakan manusia dengan Iblis ye.

Sekian, wassalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 03:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by hantukiller at 17-11-2011 15:50
Mana boleh samakan manusia dengan Iblis.. dia engkar sekali pun, tetapi keengkarannya kerana sombong dan megah hingga menganggap diri Tuhan. No mercy beb..itu pun Allah s.w.t  beri peluang masa zaman Nabi Musa a.s, bilamana Iblis laknatullah bertanya kepada Nabi Musa a.s. jika adakah lagi ruang untuk diri nya diampunkan Allah s.w.t.

Lantas Nabi Musa a.s. pun bermunajat kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t yang sifat GhafurNya tidak terhingga sedia mengampun hamba2Nya, hatta Iblis terlaknat sekalipun. Dengan syarat dia kena sujud (bukan sujud sembah tetapi sujud hormat) kepada kubur Nabi Adam a.s.

Bila mendengar tersebut, lantas Iblis laknatullah pun berkata kepada Nabi Musa a.s "Sedangkan ketika Adam a.s. hidup pun aku tidak mahu sujud kepadanya, inikan pula ketika dia sudah mati"

Sejahat2 manusia sekalipun, pintu taubat tetap terbuka selagi belum mati jasad. Bilamana kita mengakui kekhilafan diri dan mengakui keagungan Allah s.w.t dan menyebut kalimah tauhid, maka peluang diampunkan tetap ada.

So jangan la samakan manusia dengan Iblis ye.

Sekian, wassalam.
evilcooler Post at 17-11-2011 15:41
mengapa pula tak boleh? adakah sebab iblis tu iblis dan manusia tu manusia? atau adakah keduanya bukan makhluk yg diberi tanggungjawab memasing di dunia?



Iblis disuruh sujud pada adam, dia engkar, tapi manusia disuruh sujud pada Allah tapi engkar, Adakah iblis tak sujud pada Allah?




Jika manusia bukan islam bagaimana pula???? jika manusia yg islam tapi lebih teruk dari iblis pula macamana?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 04:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by BabeYSHa at 17-11-2011 16:04
Ayat AlQuran memang ada yg boleh digunakan oleh manusia untuk membunuh jin, tapi bukan kerana ayat i ...
hantukiller Post at 17-11-2011 02:26 PM


mmm.. haku tertarik ngan posting ko yg neh HK.... BUKAN KERANA AYAT... Tetapi kerana ORG YG MEMBACA/MENGAMALkannyer... mmm.. cemana lak kalo mcm org2 biasa yg mengamalkan pembacaan ayat kursi sebab niat bagi melindungi diri daripada sebarang gangguan...? Tk kata semasa ada gangguan atau sekadar amalan hariannyer... adakah ianya memberi kesan yg mcm ko katakan tue.... atau sebaliknya?

Machih ngan penerangan yg bakal ko berikan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2011 04:03 PM | Show all posts
{:3_83:} panas lak thread neh.. diskas leklok yek...  

Sekali Acong a.k.a TT pun ilang ke mana ntah.. musti kat bod CI tue..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 04:09 PM | Show all posts
Reply 125# hantukiller

Ini jawapan saya ye :

1) "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat". - tafsir Al Qur'an Surah Al Insan : 2)


2) "Engkau ciptakan aku (Iblis) dari api sedangkan dia (Adam) dari tanah - tafsir Al Qur'an Surah Al A'raf : 12)


Asal usul kejadian pun dah lain, mcm mana nak sama???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2011 04:16 PM | Show all posts

mmm.. haku tertarik ngan posting ko yg neh HK.... BUKAN KERANA AYAT... Tetapi kerana ORG YG MEMBACA/MENGAMALkannyer... mmm.. cemana lak kalo mcm org2 biasa yg mengamalkan pembacaan ayat kursi sebab niat bagi melindungi diri daripada sebarang gangguan...? Tk kata semasa ada gangguan atau sekadar amalan hariannyer... adakah ianya memberi kesan yg mcm ko katakan tue.... atau sebaliknya?

Machih ngan penerangan yg bakal ko berikan..
.
BabeYSHa Post at 17-11-2011 16:02
Pertama sekali kita lihat orang yg mengamalkan ayat Qursi tu sebenarnya mengamalkan tu nak apa, kenapa dia pilih ayat Qursi tu, kenapa tak pilih ayat yg lain... kalau dia mengamalkan agar Allah beri perlindungan/pendinding tentulah Allah bagi pendinding(jin le-islam biasanya)

Tetapi jika orang tersebut mengamalkannya tanpa tujuan selain untuk baca Ayat tu IKHLAS KERANA ALLAH, untuk mengingati Allah, memuji Allah dan terus terusan mengamalkannya, ayat tersebut akan sebati dengan diri, roh dan jasadnya malah memberi gelombang dan aura yg kuat semasa dibaca terutama ketika berhadapan dengan kes rasukan yg mampu melemahkan jin tersebut. tetapi jarang sehingga tahap membunuh jin.




Kesesuaian ayat Al Quran pada sesaorang adalah berbeza dengan seorang yg lain. Ada yg sesuai Al Fatihah, Ada yg sesuai Al Ikhlas, ada yg sesuai dengan Al Qadar dll, sebab??? manusia memang berbeza... zikir pun tak sama kesesuaiannya, ada yg sesuai Allah, ada yg sesuai Allahuakbar, ada yg sesuai subhanauloh.... tapi rata rata sesuai dengan kalimah tauhid LAILLAHAILLAULOH




Sesuai ni senang jek, kalau dia manjang terbaca ayat tu jek, maknanya sesuai la tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 04:18 PM | Show all posts
Reply  hantukiller

Ini jawapan saya ye :

1) "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari ...
evilcooler Post at 17-11-2011 16:09
ye la, memang la unsurnya tak sama, tapi kan tujuan dijadikan didunia ni sama, untuk beribadah kepada Allah??? ada yg engkar ada yg patuh!!!



Tidak adakah jin yg patuh? manusia yg patuh?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 04:34 PM | Show all posts
So jangan la samakan manusia dengan Iblis ye.
evilcooler Post at 17-11-2011 15:41



   Apa yg aku fahamkan, HK bukan samakan manusia dan iblis melalui ciptaan.. dicipta daripada apa dan sebagainya.. apa yg dia maksudkan ialah Iblis Ingkar perintah Allah s.w.t yakni utk sujud kepada Adam a.s = manusia yg Ingkar perintah Allah s.w.t untuk mengerjakan suruhanNya (tak beriman, kafir dll).. Kan ke sama tu? perbuatan yg sama iaitu ingkar perintah Allah s.w.t..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 04:49 PM | Show all posts
"Dan tidaklah sekali-kali aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk mereka mengabdikan diri kepadaKu" -  tafsir Al Qur'an surah Al-Zaariyaat : 56

Ini adalah tujuan utama dijadikan manusia. Hakikat kejadian manusia itu sendiri adalah sangat muda lagi, berbanding dengan jin yang asalnya beribu2 tahun lebih awal dari manusia, yang mana Iblis laknatullah adalah tergolong dlm golongan jin purba yang diangkat menjadi ketua para malaikat hasil dari ibadahnya. Ibarat 'promotion', setiap ibadah Iblis selama 1000 tahun menaikkan darjatnya diantara langit sehingga akhirnya menjadi ketua golongan malaikat.  

Lalu timbul perasaan bongkak dan takbur dalam diri Iblis yang berbangga dengan setiap ibadahnya sehingga mampu menjadi ketua para malaikat, sedangkan dia lupa kerana sifat Ar Rahman dan ar Rahim Allah s.w.t yang menyebabkan dia mampu beribadat sebnyk mana.

Lalu Allah s.w.t menyatakan kepada sekalian malaikat mengenai kejadian Adam a.s. iaitu bapa kepada manusia.
"Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan roh (ciptaan) Ku: Hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat bersujud, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir" - tafsir Al Qur'an Surah Shad: 71-74;

Hakikatnya Iblis laknatullah enggan patuh kepada Allah s.w.t kerana jati dirinya sendiri yang sombong dan bongkak, bukan kerana hawa nafsu. Sedangkan manusia yang engkar kepada Allah s.w.t adalah kerana godaan syaitan dan hawa nafsu.

Maka manusia dijadikan lahir di dunia sebagai satu eksperimen dan dugaan, jika mampu melawan hawa nafsu dan godaan syaitan, maka mereka adalah orang2 yang berjaya dan ganjarannya adalah syurga. Sedangkan mereka yang gagal, maka mereka mengikut fitrah manusia yang semulajadinya lemah serba serbi dan tidak sanggup melawan godaan.
Bagaimana pula dengan Iblis laknatullah? Sedangkan Iblis itu kufur kepada Allah s.w.t bukan kerana hasutan atau godaan org lain, melainkan 100% datang dari dirinya sendiri.

Jadi sesiapa manusia yang berjaya melawan hawa nafsu dan godaan syaitan, ketahuilah bahawa mereka adalah lebih hebat dari Iblis laknatullah yang beribadat beribu2 tahun kepada Allah s.w.t.

Jadi hakikatnya manusia dan Iblis itu tidak sama. Satu engkar kepada Allah s.w.t kerana kegagalan diri melawan hawa nafsu dan hasutan syaitan, satu lagi engkar kerana merasakan diri sangat hebat sehingga kufur terhadap Allah s.wt. So mana satu yang wajar diampuni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 04:59 PM | Show all posts
Ramai juga manusia yg tak mendapat keampunan, sama jek macam iblis



Firaun contohnya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 05:08 PM | Show all posts
Memang le Firaun x diampunkan, dah nyawa dan roh telah sampai ke tenggorok baru nak bertaubat dan mengaku keesaan Allah s.w.t. Sama juga dengan org2 kafir yang matinya didalam kekufuran,  tidak diampunkan.
Walaupun sebnyk mana amal kebaikannya kepada manusia dan binatang serta dunia sehingga generasi manusia lain mampu menikmati amalnya, hakikatnya jika tauhidnya tidak bersandar kepada Lailahaillallah dan Muhammad Rasulullah, maka sia2 saja segala amal kebajikannya.

Tetapi hidayah itu anugerahNya, andaikata jika sejahat2 manusia pun jika diberi hidayah pasti akan berubah. Itu kita tidak boleh persoalkan kerana itu adalah hak mutlak Allah s.w.t semata2. Dia Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 05:08 PM | Show all posts
hanggukkkkkkkkkkk ajelah. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 05:14 PM | Show all posts
Reply 134# evilcooler


   Nak tambah... Manusia yang Islam pada dasarnya tetapi menyekutukan Allah s.w.t, pun sama tidak di ampunkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2011 05:16 PM | Show all posts
Memang le Firaun x diampunkan, dah nyawa dan roh telah sampai ke tenggorok baru nak bertaubat dan mengaku keesaan Allah s.w.t. Sama juga dengan org2 kafir yang matinya didalam kekufuran,  tidak diampunkan.
Walaupun sebnyk mana amal kebaikannya kepada manusia dan binatang serta dunia sehingga generasi manusia lain mampu menikmati amalnya, hakikatnya jika tauhidnya tidak bersandar kepada Lailahaillallah dan Muhammad Rasulullah, maka sia2 saja segala amal kebajikannya.

Tetapi hidayah itu anugerahNya, andaikata jika sejahat2 manusia pun jika diberi hidayah pasti akan berubah. Itu kita tidak boleh persoalkan kerana itu adalah hak mutlak Allah s.w.t semata2. Dia Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
evilcooler Post at 17-11-2011 17:08
Mengapa pula ramai orang kafir pun setelah kematian roh nya diterima alam barzakh, sedangkan ada yg hebat dalam beragama islam pun rohnya ada yg tergantung?



Allah sebut orang berIman dlm AlQuran bukan Allah tujukan untuk umat islam sahaja




Allah maha Adil, sebesar biji sawi pun kebaikan yg kita buat, akan Allah timbang di padang makhsyar nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 05:21 PM | Show all posts
Macamana memulangkan sihir tak salah atau haram? adakah hanya disebabkan adanya bacaan AQ? Apa perantaranya??? puas aku tanya tak de sapa yg berani jawab selain yg aku nyatakan iaitu jin juga

macamana pula konsep memulangkan sihir ko samakan dengan jurus atau zikir??? jurus tu ko tujukan kat jin sihir tu ke kat sipenyihir? dan apa kene mengena dengan zikir pulak untuk memulangkan sihir? zikir tu untuk apa???
hantukiller Post at 17-11-2011 14:06


salah??? haram??? mana bukti??? mana ijtima' ulama???

takde sape jawab, and then aku jawab....   sorii... lambat jawab, banyak kerja luar tadi.... mcm biase laa... urusan duniawi...

soalan kedua untuk rangkap ke-2 nanti dulu...... menarik tuhh.....

soalan kedua rangkap ke-2 kat JIN dan si penyihir.... ada problem???

soal zikir..... banyak lorr.... cuba kaji2 lagi lorr...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 05:24 PM | Show all posts
Kalau NUR memang le tak menjejaskan manusia, tapi kalau dibantu jin secara tak langsung? JIn hanya ikut perintah tuannya yg bermakrifat tersebut, salah makrifat salah le yg dituju
hantukiller Post at 17-11-2011 14:12


kalau perawat tu kata takde JIN.... dan dia pun berkebolehan mengatakan yang amalannya tidak melibatkan JIN secara tidak langsung bagaimana???? sebab asyik ada perawat yang claim, perawat tu gune JIN laa... perawat sana tu mendatangkan JIN laaa..... apa kata kalau lain2 perawat pula katakan yang si dia punya cara rawatan pula boleh menghadirkan JIN secara tidak langsung??? apakah si perawat itu boleh bersetuju dengan kata itu????
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 05:27 PM | Show all posts
Reply 137# hantukiller

Kerana Allah s.w.t itu maha Adil, yang kafir itu hasil perbuatannya telah disemai ketika di dunia dan juga disenangkan pengumpulan rohnya di alam barzakh sementara menunggu hari Akhirat. Jangan anggap disenangkan pengumpulan itu bermaksud tidak dikenakan
seksa kubur, bahkan mereka menerima cuma diringankan seksaannya.
Dan alam barzakh itu bukanlah alam yang terakhir ditempuhi roh, yang mati adalah jasad sahaja tetapi roh itu tetap ada. Maka roh itulah yang akan disoaljawab dan hitungi amal perbuatannya di hari Akhirat kelak.

Bagi roh org Islam yang tergantung ketika di alam barzakh, itu kerana perbuatannya ketika hidup. Jika ada hutang yang tergantung di dunia dgn manusia atau ada menuntut ilmu yang salah yang mana tumbalnya / syaratnya kena mengabdikan roh kepada jin / makhluk lain, maka rohnya tidak akan aman dan akan tersekat di antara alam jin/manusia dan alam barzakh. Selagi tak settle hutang selagi itulah tergantung.

Allah itu maha Adil kepada semua makhluknya tidak kira yang Islam atau kafir.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.234076 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list