CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: arrnita

ORKED HARLINA - [U]

[Copy link]
Post time 4-10-2011 08:58 AM | Show all posts
nak lagiiiiii
go orked... orked orked orked
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2011 02:04 PM | Show all posts
makin best
ada pompuan gedikksss
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 11:40 AM | Show all posts
makin best
ada pompuan gedikksss
sang_arjuna Post at 4-10-2011 14:04



    sokong.........uda suka bila ada pompuan gediks ni.
    bab jeling menjeling tu yg syokkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2011 01:56 PM | Show all posts
sokong.........uda suka bila ada pompuan gediks ni.
    bab jeling menjeling tu yg syokkk ...
uda08_za Post at 5-10-2011 11:40



    menjeling menjeling ku bertentang..mata kita sama memandang..ewahhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2011 11:26 PM | Show all posts
hehe...jeling2 manja tu..haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2011 11:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by arrnita at 5-10-2011 23:28

Bunyi riuh-rendah perbualan Mara dan suaminya Reza dengan Mak Tun suami isteri di ruang tamu langsung tidak dipedulikan. Dia lebih berminat membelek buku-buku dalam bilik yang baharu ditemuinya. Ada banyak jenis bahan bacaan di dalam bilik yang agak besar itu. Sekali dipandang, ia menyerupai sebuah perpustakaan mini. Di dinding bilik itu terdapat beberapa bingkai gambar lama berwarna hitam putih, sengaja disusun berderet di atas almari sederhana besar di sudut bilik.
        Di sudut yang lain terdapat gramofon yang kelihatan berkilat. Di tepinya tersusun rak bertingkat setinggi dirinya yang menyimpan banyak piring hitam nyanyian penyanyi-penyanyi lama. Dia menarik sekeping piring hitam tersebut lalu membeleknya.
        “Under The Lion Rock.” Orked membaca apa yang tertulis pada salah satu piring hitam itu. Dia membelek-belek pula yang lain. Kebanyakannya piring hitam dari penyanyi-penyanyi tempatan seperti P. Ramlee, Saloma, Rosmaria, D.J Dave. Dan ramai lagi. Ada juga piring hitam dari soundtrack filem seperti Saturday Night Fever, Sound of Music dan Gone With The Wind.
        “Semua piring hitam tu milik ayah abang. Dia pengumpul piring hitam.” Ujar suatu suara. Orked terkejut besar. Piring hitam yang ada di tangannya segera terjatuh. Wajahnya dengan lekas berubah. Kehadiran Idlan secara tiba-tiba begitu sering membuatkan dia putus semangat.
        Idlan melangkah perlahan-lahan mendekati Orked yang jelas gugup memandangnya. Dia melihat ke arah piring hitam yang terdampar di atas lantai. Keluhannya meniti keluar. Matanya beralih ke wajah Orked yang kelihatan pucat lesi. Salahnya juga kerana mengejutkan anak gadis itu. Idlan segera tunduk lalu mengutip piring hitam itu. Dia membelek-belek sebelum menarik nafas lega. Mujurlah piring hitam kesayangan arwah ayahnya itu tidak rosak.
        “Orked nak dengar gramofon ni?” Tanya Idlan lembut. Pandangannya melata di wajah anak gadis di hadapannya. Orked turut menatapnya. Pandangan anak gadis itu kelihatan lebih lembut kali ini. Namun melihat gelengan gadis itu, dia tersenyum sendiri.
        “Abang lupa, Orked tak mungkin suka mendengar lagu-lagu lama macam ni. Orked kan suka lagu-lagu yang lebih bising.” Ujar Idlan.
        Telinga Orked berdesing. Entah kenapa dia merasakan lelaki itu seperti sengaja mahu memerlinya. Dengan wajah masam mencuka, dia angkat kaki mahu beredar dari situ. Namun pegangan Idlan lebih pantas memaut lengannya. Orked terkedu. Renungan Idlan kini menembusi anak matanya membuatkan dia tergaman tanpa disedari.
        “Orked sensitif sangat. Bila nak buang perasaan negatif tu? Abang bukan nak menyindir tapi Orked memang lebih suka dengan bunyi muzik yang rancak. Salah ke abang cakap macam tu?” Soal Idlan menyatakan rasionalnya.
        Orked membisu. Raut wajah Idlan begitu dekat dengan wajahnya kini. Hatinya semakin bergetar. Aneh! Kenapa dia begini setiap kali Idlan mendekatinya? Apakah aku mula menyukai lelaki yang menyebalkan itu? Ah! Tak mungkin! Cepat-cepat dia meleraikan pegangan tangan Idlan di lengannya. Idlan mula kebingungan melihat tingkah Orked. Kenapa dengan anak gadis ini? Takkan masih merajuk kut.  
        “Err..Orked nak ikut abang memancing tak kejap lagi? Kita memancing dekat tasik yang Orked pernah lemas tu.” Tanya Idlan tak melepaskan peluang. Orked menelan liur. Grr…dia benar-benar tak mampu berhadapan dengan Idlan walaupun sesaat. Ada sahaja kata-kata Idlan yang membuatkan dia sebal. Jika Idlan tidak menyinggung hatinya, lelaki itu akan memperingatkan dia pula dengan peristiwa di tasik itu. Aduh malunya! Bibir Idlan dan bibirnya pernah bertaut. Meskipun ia terpaksa dilakukan kerana darurat menurut lelaki itu, tapi setiap kali dia mengingatkan semua itu, batinnya seakan mahu mengamuk.
        “Aku tak nak pergi.” Balas Orked dengan wajah muncung.
        “Betul tak nak pergi ni?”
        “Tak nak. Tak faham bahasa ke?”
        “Kalau tak nak tak pa. Tapi abang dengar Kak Mara dengan Mak Tun nak ajak semua orang perempuan siapkan barbeque untuk jamuan malam nanti. Orked boleh tolong Mak Tun dan Kak Mara nanti. Anna dengan Ira pun ada. Orked mungkin boleh berbaik-baik dengan Anna nanti.” Ujar Idlan seraya mengangkat bahunya.
        Mendengar kata-kata Idlan, wajah Orked segera berubah. Anna? No way! Dia takkan berbaik-baik dengan perempuan mengada-ngada tu. Tak mungkin!
        Melihat Idlan seperti mahu meninggalkan bilik itu, Orked cepat-cepat memanggil lelaki itu semula. Sungguh dia tak kuasa mahu berada di rumah itu dengan segala macam kerja rumah yang tak biasa dilakukannya. Paling penting dia tidak mahu duduk bersama-sama Anna dalam satu ruangan. Noktah!
        “Okey aku ikut..” Putus Orked serba tidak kena.
        “Apa Orked? Abang tak dengar?” Wajah Idlan berkerut.
        Orked mengigit bawah bibirnya. Pekak ke?
        “Aku kata aku nak ikut.”
        “Orked nak ikut abang ya?” Idlan tersenyum lebar. Kemenangan pertama di pihaknya hari ini. Dia lega kerana Orked mahu mengalah. Itupun dia sengaja menggunakan nama Anna untuk menjerat anak gadis itu. Dia tahu Orked dan Anna saling tidak menyukai. Matanya masih belum buta melihat reaksi kedua-dua gadis itu sebentar tadi.
        “Ya aku ikut.” Getus Orked kasar.
        “No, betulkan ayat tu. Cakap semula dengan abang yang Orked akan ikut abang. Jangan gunakan lagi kata kau-aku. Kasar sangat untuk adik abang yang cantik ni.”
        Wajah Orked berkerut. Geli-geleman dia mahu mengikut suruhan Idlan.
        “Kalau tak abang tinggalkan sahaja Orked nanti.” Ugut Idlan. Dia semakin mahir meneka kelemahan anak gadis di hadapannya.
        Orked mengeluh panjang. Kalau dibandingkan dia harus bersama-sama dengan Anna, dia lebih rela berpura-pura di hadapan Idlan.
        “Ya abang Idlan, saya akan ikut. Puas hati?” Orked tersenyum sinis.
        “Yup, much better.” Balas Idlan seraya tersenyum lebar. Kelakar pula dia mendengar gadis itu membahasakan dirinya abang. Nampak sangat Orked terpaksa melakukannya. Tapi sekurang-kurangnya ini langkah pertamanya untuk dia dapat dekat dengan Orked selaku abang gadis itu. Entah kenapa, setelah dia tahu apa yang Orked rasai selama ini, apa yang dihadapi gadis itu bersama ayahnya, hatiny begitu kuat mahu melindungi anak gadis itu. Dia tidak pernah punya adik perempuan. Malah dia tidak tahu bagaimana mahu melayan seorang ‘adik’ seperti Orked yang keras kepala dan sukar mendengar kata. Namun dia akan belajar. Dia akan mendekati gadis itu sedikit demi sedikit. Itu tekad Idlan yang baru. Yang akan ditunaikan walau menghadapi seribu masalah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2011 08:04 AM | Show all posts
Nak lagi, nak lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 08:35 AM | Show all posts
tq sebab sambung tapi sambung la lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2011 08:41 AM | Show all posts
akhirnya...
ada pun n3...thanks...
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2011 10:42 AM | Show all posts
heheh...cute la orked ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2011 01:37 AM | Show all posts
Jaraknya duduknya dengan Idlan agak jauh. Idlan di kanan, dia pula di kiri. Masing-masing menghadap ke arah air tasik yang membiru. Idlan dengan pancingnya, dia pula sibuk mengipas tubuh dengan topi yang asalnya tertenggek di atas kepalanya. Sesekali dia mengerling ke arah Idlan yang kelihatan tidak terganggu dengan kesepian di kawasan tasik itu. Bibirnya mencebik tanpa disedari. Entah ada ke entah tidak ikan dalam tasik ni! Sudah satu jam berlalu, tapi baldi kecil yang dibawa lelaki itu masih belum berisi apa-apa ikan. Berudu ada la kut! Ejek Orked dalam hati.
        Lima belas minit lagi berlalu, Orked makin bosan. Dia bingkas bangun lalu mengibas-gipas rumput yang melekat pada jeans yang dipakainya. Ketika itu juga Idlan tiba-tiba menoleh. Dahi lelaki itu berkerut memandangnya.
        “Nak ke mana? Kata nak temankan abang memancing.” Idlan bersuara.
        “Ini namanya memancing? Apa yang kau nak pancing sebenarnya? Anak berudu? Itik?” Perli Orked seraya menjuih ke arah Idlan.
        “Oh ya? Berudu boleh dipancing ya?” Idlan ketawa kecil.
        Wajah Orked membara. Sindirannya dihujah Idlan dengan sindiran juga. Dia menarik nafas panjang. Tak guna dia terus berlawan canda dengan Idlan, buat penat dirinya saja. Baik dia balik aje!
        “Memancing perlukan kesabaran. Orked tak sabar sebab Orked tak pegang pancing ni macam abang.” Tutur Idlan lagi apabila dilihatnya Orked seperti sudah bersedia untuk beredar dari situ.
        “Aku bosan tau tak. Dah sejam lebih tapi mana ikan yang makan umpan kau? Tak ada kan? So dari membuang masa kat sini, baik aku balik dan tidur aje.” Balas Orked.
        Namun belum sempat dia mahu pergi dari situ, Idlan tiba-tiba turut bingkas bangun lalu menghalangnya.
        “Kalau Orked bosan, kita boleh berbual-bual. Orked duduk jauh sangat dari abang tadi, memanglah bosan. Cuba duduk dekat sikit, barulah kita boleh berkongsi cerita, saling kenal-mengenali. Lagipun Orked tak nak ke kenal dengan abang?” Umpan Idlan seraya tersengih.
        Orked mengguman perlahan. Perasannya dia ni! Kelopak matanya berkelip-kelip memerhatikan Idlan yang kelihatan tampan dengan hanya bert-shirt warna biru muda dan jeans denim yang hampir menyerupai jeans yang dipakainya. Rambut lelaki itu kelihatan kusut sedikit namun ia langsung tidak menjejaskan kekacakan Idlan.
        “Kalau Orked balik sekarang, abang akan sendirian. Abang tak suka sendirian sewaktu hari jadi abang.” Ungkap Idlan tiba-tiba. Wajahnya bertukar serius!
        Orked terdiam. Kata-kata Idlan disambut dengan dahi berkerut. Harijadi Idlan? Hari ni? Apakah itu sebabnya Mak Tun dan yang lain-lainnya mempersiapkan jamuan untuk malam ini? Dan apa sumbangannya selain dari melarikan diri dari ikut membantu? Entah kenapa Orked tiba-tiba merasa bersalah. Agaknya hanya dia seorang sahaja di rumah itu yang tak tahu apa-apa langsung mengenai hal ini.
        “Kenapa Orked tiba-tiba diam aje ni?” Tanya Idlan, hairan melihat wajah gadis itu berubah riak. Orked nampak benar-benar muram kali ini. Kenapa agaknya? Aku salah cakapkah? Fikir Idlan bingung.
        “Kenapa kau tak cakap awal-awal yang hari ni sebenarnya hari jadi kau?” Soal Orked tidak puas hati.
        “Sebab Orked tak pernah tanya pun.” Jawab Idlan tersenyum.
        “Sebenarnya kau sengaja ajak aku ke sini sebab kau nak malukan aku. Kau nak aku nampak bodoh kat depan mereka semua tu kan?” Tuduh Orked geram. Pelbagai prasangka buruk melulu di kepalanya.
        Idlan dilihatnya terdiam. Senyuman Idlan jelas pudar kali ini.
        “Itu bukan maksud abang Orked. Gosh, kenapa dengan Orked ni? Kenapa setiap kali abang bercakap sesuatu, Orked akan sentiasa gagal mentafsir maksud abang?” Keluh Idlan kesal.
        “Then don’t talk to me.” Getus Orked kasar.
        “Ya, abang akan buat itu kalau itu yang Orked nak. Sorry abang lupa, Orked sentiasa perlukan perhatian orang. Maaf sebab untuk seketika abang sangka, Orked boleh menjadi teman abang berbual-bual. Abang sangka Orked boleh mendengar isi hati abang because I need that now.” Getus Idlan juga dengan suara meninggi.
        Orked terkedu. Kata-kata Idlan kedengaran aneh!
        Idlan pantas membalikkan tubuhnya. Wajah lelaki itu benar-benar muram. Seperti ada sesuatu yang sedang dihadapi lelaki itu. Orked sendiri tidak tahu kenapa dengan tiba-tiba, kakinya berat mahu meninggalkan Idlan sendirian, sedangkan itulah niat asalnya.
        “Bukan hanya Orked yang ada masalah dalam dunia ni.” Bisik Idlan seraya memandangnya. Dia hanya berdiam diri di samping Idlan.
“Hari ni harijadi abang, tapi abang tak gembira langsung. Majlis malam nanti, idea Kak Mara dan Abang Reza bila mereka tahu hari ni harijadi abang. Macamana abang nak bagitahu mereka yang abang tak ingin menyambutnya? Bagaimana abang boleh sambut hari yang sama di mana ayah abang meninggal?”
Orked terpempan. Kata-kata Idlan membuatkan nafasnya berlagu kencang. Apa sebenarnya maksud Idlan? Sungguh kata-kata lelaki itu berjaya membuatkan dia bingung.
“Apa sebenarnya yang berlaku?” Bibirnya tanpa disedari meluahkan pertanyaan. Ingin dia mengetahui apa sebenarnya maksud lelaki itu.
Idlan memandangnya. Wajah Idlan kelihatan tidak bermaya. Namun bibir lelaki itu masih melarik senyuman kelat untuknya.
“Ayah abang meninggal sebab abang, Orked. It happen because of me.” Bisik Idlan sekaligus meleraikan perasaan ingin tahu gadis itu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 07:51 AM | Show all posts
Oh kesiannya Idlan. Orang lain gembira nak menyambutnya harijadinya tapi tak tau ada perisriwa sedih yang berlaku disebalik tarikh tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 09:01 AM | Show all posts
siannye...nita..sambung lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 01:43 PM | Show all posts
kesian Idlan

nak lagiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2011 09:15 PM | Show all posts
Thank u nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 02:40 PM | Show all posts
siannya Idlan... :cry:  sambung lagik nitaaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2011 01:03 PM | Show all posts
ala..... kesian kat idlan rupanya ada gak
awan hitam dlm hidupnya eik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 11:36 AM | Show all posts
alarr rindu dah kat orkid ngan idlan
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 03:56 PM | Show all posts
arap cik nita kte ni dpt la smbg crite ni...  {:4_184:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2012 11:42 PM | Show all posts
ORKED meminggir diri di suatu sudut. Memerhatikan suara-suara riang yang sedang menyanyikan lagu ucap selamat buat Idlan yang menyambut harijadinya yang ke 25 tahun. Dari jauh dia melihat Idlan yang tersenyum hambar dikelilingi orang ramai. Wajah lelaki itu seperti sengaja memaksa senyuman, walhal dia tahu hati Idlan sengsara. Kalau dia jatuh ke tempat Idlan sekalipun, mana mungkin dia sanggup menyambut harijadinya pada tarikh yang sama kematian orang tersayang. Namun walaupun begitu, Idlan cuba berlagak selamba. Menghargai susah payah orang-orang yang mempersiapkan kek harijadinya serta majlis ringkas dan barbeque yang diadakan di laman rumah.
        “Ayah abang meninggal sebab abang, Orked. It happen because of me.”
        Dia masih ingat kata-kata Idlan petang tadi. Kata-kata yang menjemput simpatinya pada lelaki itu, sekaligus melontarkan ego dalam dirinya ke dalam jurang yang dalam.
        “Abang suka bersama ayah. Dia segala-galanya bagi abang. Idola, mentor dan seorang teman. Sebab itu abang tak sanggup tinggalkan dia dan mak abang. Tapi hasratnya besar nak lihat abang berjaya dan bergelar arkitek. Dia nak abang belajar di luar negara dan dia uruskan segala-galanya tanpa pengetahuan abang. Bila abang dapat tahu, abang marah sangat. Abang merajuk hati dengan ayah, mula fikir yang dia langsung tak sayangkan abang selama ini.” Cerita Idlan sebak.
        “Suatu hari dia rancangkan sambutan harijadi besar-besaran untuk abang. Tapi abang hilangkan diri dari rumah dan diam-diam tidur di rumah kawan. Abang protes kerana tidak mahu dihantar menyambung pelajaran ke luar negara. Ayah bimbang dan cari abang di merata-rata tempat tapi gagal temui abang. Akhirnya ayah abang mendapat serangan jantung dan dimasukkan ke hospital. Tapi abang hanya tahu selepas seminggu kemudian. Bila abang ke hospital, keadaan ayah dah nazak. Abang sempat bercakap-cakap dengan ayah buat kali terakhir, pegang tangan ayah dan kucup dahinya. Semalam abang duduk di sisi ayah, tapi keesokan harinya, ayah abang dah tak ada di dunia ni. Semuanya salah abang Orked.” Bisik Idlan.
        Dia terdiam mendengar cerita Idlan. Melihat wajah lelaki itu muram tidak bermaya, sedikit sebanyak dia mula menyedari bahawa Idlan serius dengan kata-katanya. Kasihan lelaki itu! Tentu perit kehilangan orang tersayang dalam hidup, sama sepertinya yang sepi tanpa kehadiran seorang ibu. Tapi sekurang-kurangnya ayah Idlan menyayangi lelaki itu. Tidak pula halnya dengan ayahnya sendiri yang jelas-jelas membencinya!
        Suara jeritan Maira berteriak pada suaminya mengejutkan dirinya dari lamunan. Orked lantas mengangkat wajahnya lalu memandang lurus ke hadapan.


        Laman rumah itu kini diterangi dengan api jamung yang meliuk-liuk. Sengaja Pak Man memasang jamung tersebut berbanding dengan menerangi tempat itu dengan lampu kalimantan. Lebih klasik! Gurau orang tua itu. Di hadapan laman rumah itu juga kini terdapat sebuah meja besar yang memuatkan pelbagai makanan pembuka selera. Hasil gotong-royong pada sepanjang hari itu membuahkan suasana yang ringkas tetapi meriah.
        Orked sahaja yang terdiam di penjuru laman sambil mematung diri. Sekadar menjadi pemerhati tidak bergaji majlis sambutan harijadi lelaki itu. Hendak sama-sama bergembira, dia tidak pernah tahu bagaimana caranya. Sesekali matanya melontar pandangan sebal ke arah Anna yang asyik berkepit di sisi  Idlan. Berbulu matanya melihat lentok Anna yang asyik mahu rapat ke dada bidang Idlan. Melihat wajah Idlan yang serba tidak kena, dia mula merasa kasihan. Bodoh! Perempuan macam tu pun tak reti nak urus! Getus Orked sambil mencebik bibir.
        Sakit mata memerhatikan gelagat gadis itu dan Idlan, membuatkan Orked mahu beredar masuk ke dalam rumah. Tidur lagi baik! Tapi belum sempat dia mahu berganjak, Idlan tiba-tiba memanggilnya. Dia berpaling ke arah lelaki itu. Dari jauh, Idlan tak sudah-sudah melambai ke arahnya. Anna di sisi lelaki itu sudah pun memasamkan wajahnya.
        Hendak tak hendak dia segera merapati Idlan.
        “Orked dah makan? Nak makan kek?” Tanya Idlan tersenyum.
        Dia hanya mengeluh. Itu sahaja ke yang mahu ditanyakan lelaki itu? Buang masa sungguh! Dia berpaling, dengan hasrat mahu beredar namun entah kenapa, pegangan tangan Idlan tiba-tiba melekat di penjuru lengannya. Orked terkesima dibuatnya.
        “Jangan pergi, temankan abang kat sini.” Pinta Idlan.
        Wajah Orked berkerut. Tatapan matanya mencerun ke arah sepasang mata Idlan yang memandangnya. Anehnya seperti ada isyarat tertentu di wajah lelaki itu. Beberapa ketika kemudian, Orked boleh memahaminya. Ternyata Idlan benar-benar tidak selesa berada bersama Anna.
        Mata Orked berlari pula ke arah Anna. Jelingan tajam anak gadis itu membuatkan dia seperti mahu ketawa besar. Dasar minah tak sedar diri! Tak sedar-sedar ke yang Idlan tak suka, kenapa asyik terhegeh-hegeh di sisi Idlan?
        “Orked nak cakap sesuatu dengan abang.” Suara Orked keluar, membahasakan Idlan abang seperti yang diminta Idlan sebelumnya. Dia dapat melihat wajah Idlan berubah mendengar panggilannya.
        “Orked nak cakap apa?” Tanya Idlan, menumpukan sepenuh perhatian ke arah Orked yang kelihatan serius.
        Orked tidak meneruskan bicara, sebaliknya matanya beredar ke wajah Anna yang cemberut. “Do you mind?” Soal Orked sinis.
        “Nak cakap, cakap ajelah. Bukan luak pun aku ada kat sini.” Tak disangka-sangka Anna berdegil tidak mahu pergi. Telinga Orked berdesing. Diikutkan hatinya hendak sahaja dia mencepuk muka anak gadis kerek itu. Tak faham bahasa langsung! Nama aje pelajar universiti tapi otak bingai, rungut Orked.
        “Anna, abang nak cakap dengan Orked. Alone. Boleh tak Anna tinggalkan kami berdua?” Pinta Idlan mulai masuk campur.
        “Tapi bang..” Anna bersuara.
        “Please..abang ada hal penting nak cakap dengan Orked. Anna pergi tolong Mak Tun tambahkan air di meja tu lagi baik.” Pintas Idlan sebelum sempat Anna meneruskan kata-katanya. Mendengar kata-kata Idlan, wajah gadis itu semakin mencuka. Dalam keadaan terpaksa, langkah kakinya diatur jua meninggalkan kedua-duanya dalam keadaan bengang. Orked hanya tersengih memerhatikan wajah empat belas gadis itu. Ketika dia mengalihkan pandangan, mata Idlan sudah menikam wajahnya.
        “Orked nak cakap apa?” Soal Idlan lembut.
        Orked merenung lelaki itu sambil tersenyum sinis. “Tak ada apa-apa.”
        “Habis Orked kata tadi nak cakap dengan abang.”
        “Itu taktiklah, takkan itu pun aku nak kena ajar.  Itu aje caranya kalau nak suruh minah sengal tu pergi. Takdelah dia asyik nak menempel aje kat kau. Rimas aku tengok.” Rungut Orked membebel tanpa disedari.
        “Rimas?’ Idlan sudah tersenyum-senyum.
        “Yalah rimas tengok dia asyik berkepit aje dengan kau 24 jam kat rumah ni. Macamlah tak ada lelaki lain kat dunia ni.” Orked terus merungut-rungut.
        Idlan tiba-tiba melempiaskan tawanya. Ketawanya bergema kuat sehinggakan Maira dan Mak Tun yang duduk berhampiran menoleh. Orked mengigit bibir dengan dahi berkerut seribu. Kenapa ni? Buang tebiat agaknya!
        “Orked..Orked..betul ke Orked rimas tengok abang dengan Anna? Atau jangan-jangan Orked cemburu tak?” Idlan sengaja mengusik.
        Kata-kata Idlan membuatkan Orked tergaman. Serentak biji matanya terjegil tajam ke arah lelaki itu. Namun Idlan terus ketawa galak, bagaikan semua itu benar-benar melucukan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.049539 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list