CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NURRIEZ2u

DAN HATI PUN BERKATA ( Update 18/8/2011, 1 PM )

[Copy link]
Post time 18-8-2011 08:25 AM | Show all posts
bila nak berkata2 letak n3 nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2011 09:02 AM | Show all posts
morning....n3 ???
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 10:00 AM | Show all posts
Pendapat saya ....kena beli novel ni klu nak tahu cerita seterusnya........
besar kemungkinan TT tidak akan publish habis disini....... memandangkan cerita ni
sudah keversi cetak .....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 10:10 AM | Show all posts
Reply 123# qimi08

yup.. agreed
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 12:47 PM | Show all posts
Pendapat saya ....kena beli novel ni klu nak tahu cerita seterusnya........
besar kemungkinan TT ti ...
qimi08 Post at 18-8-2011 10:00


qimi...kalu nak orde kat karya seni tuh kena jadi ahli dulu ke... baru dapat rege diskaun tuh... blur sekejap..:re:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2011 12:59 PM | Show all posts
Bab 14

Rashdan lihat ayahnya terlantar di atas katil. Nampak terlalu lemah. Ibu tirinya yang setia menemani di sisi ayahnya kelihatan terperanjat melihat kemunculan Rashdan.

"Ayah …" panggil Rashdan perlahan.

Puan Khaleda bangun untuk memberi ruang buat kedua beranak itu berbual. Rashdan yang mula melangkah untuk mendapatkan ayahnya langsung tidak melihat wajah Puan Khaleda. Entah kenapa wajah wanita itu kekal sebagai dendam yang sudah sebati dalam dirinya. Wanita itulah punca kematian ibunya, jadi sampai bila-bila Rashdan tidak akan maafkan Puan Khaleda.

"Kamu dah balik….?" Perlahan suara Tuan Zahari bertanya. Wajah Rashdan ditenung lama dengan pandangan yang sangat lemah.

Rashdan diam. Keadaan ayahnya memaksa Rashdan tidak bersuara. Hatinya masih terasa sakit. Jadi kesakitan itu sudah menjadi duri dalam diri sehingga dia tidak boleh menerima ayahnya semula.
"Kenapa nak merajuk dengan ayah? Kalau kamu tak suka  Adam masuk syarikat, cakap ajelah dengan ayah. Tak usahlah nak merajuk-rajuk." Kata Tuan Zahari perlahan.

"Dalam satu syarikat tak boleh ada dua kepala ayah. Hancur jadinya. Kalau ayah rasa Adam lebih sesuai untuk uruskan syarikat, saya rela mengundur diri." Rashdan tetap tegas dengan keputusannya.
"Adam dah ambil keputusan untuk tidak lagi bekerja di syarikat. Jadi kamu baliklah." Kata Tuan Zahari lagi.

"Jadi saya ini tetaplah pilihan kedua? Bila orang tak sanggup, barulah diserahkan kepada saya? Begitu?" soal Rashdan tegas. Hatinya seperti dihiris belati tajam. Rasa sakit yang teramat sangat. Susah untuk digambarkan dengan kata-kata. Selama ini dia memang begitulah kedudukannya.

Tuan Zahari batuk perlahan sambil memegang dada. Mukanya juga sudah berkerut seribu menahan kesakitan. Kata-kata Rashdan benar-benar membuatkan sakitnya menjadi-jadi.

"Kenapa pula kamu kata begitu. Selama ini ayah tidak pernah membezakan antara kamu berdua. Kamu berdua tetap anak-anak ayah. Sikitpu  tak ada bezanya." kata Tuan Zahari lemah.

"Tidak. Selama ini ayah tidak pernah berlaku adil. Ayah lebihkan anak ayah tu daripada saya kerana saya adalah anak daripada isteri yang bukan ayah cintai! Jadi ayah tak pernah suka dengan saya!" Rashdan membantah. Kata-kata ayahnya langsung tidak boleh dipercayai. Selama ini itulah yang Rashdan rasa. Seperti dianak tirikan oleh ayah kandung sendiri.

"Ayah tak pernah buat macam macam tu. Kamu saja yang rasa begitu. Ayah sayangkan kamu berdua sama saja!" jelas Tuan Zahari.

Tiba-tiba saja Rashdan rasa sedih. Mungkin begitula Adirra rasa. Berjauh hati. Tetapi tidakkah terlalu kebudak-budakkan. Ah! Selagi manusia itu ada perasaan, tak salah kalau ada perasaan begitu.
"Saya tak mahu bincangkan perkara ini lagi. Saya balik ni cuma nak tengok ayah. Kalau ayah dah baik, saya nak balik semula ke Bukit Senyum." Tegas Rashdan. Dia tidak mahu terlalu emosi. Sudah puas dia hidup dengan rasa begitu. Cukuplah setakat ini.

"Kamu tak perlu kembali ke Bukit Senyum. Esok kamu pergilah kerja semula. Uruskanlah syarikat baik-baik. Ayah percaya kamu boleh jaga syarikat dengan baik." Arah Tuan Zahari. Dia masih memegang dadanya.

Rashdan diam. Membatukan diri untuk seketika. Entah kenapa tiba-tiba saja dia tidak lagi rasa seronok mendengar khabar begitu. Bukankah elok dia tinggal di Bukit Senyum  saja dan menghabiskan masa dengan melukis. Setidak-tidaknya tak ada masalah yang menganggunya. Lebih-lebih lagi sekarang ini dengan kehadiran Adirra. Itu lebih penting buat Rashdan dari segalanya.

"Kamu uruskanlah semula syarikat. Mulai hari ini, kami tak akan masuk campur lagi dalam hal-hal berkenaan syarikat," kata Tuan Zahari lemah.

Rashdan melangkah perlahan tinggalkan bilik ayahnya selepas itu. Perkataan ‘kami’ yang baru terlafaz itu bagai belati yang menghiris perasaannya. Nampak benar dia sudah diasingkan daripada hidup ayahnya. Seolah-olah dia bukan anak ayahnya. Dia benar-benar terasa.

Di dalam bilik, Rashdan termenung panjang di atas kerusi. Rasa menyesal kerana pulang sudah mula menyinggah di dalam diri. Kalaulah dia tidak pulang dan tidak hiraukan sesiapa, mungkin hatinya tidaklah sakit begini. Sesungguhnya bukan saja ayahnya yang sakit, tetapi Rashdan lebih sakit sakit lagi.

        Ketika dia cuba mencari ketenangan yang sudah hilang, waktu itulah wajah seseorang menari-nari di ruang ingatannya.

        "Adirra!" perlahan Rashdan tersebut nama itu dan segala yang tersinggah di benaknya hilang begitu saja. Terus saja tangannya mencari telefon bimbit di dalam poket. Rindu benar pada Adirra walaupun baru sekejap berpisah.

        "Assalamualaikum Irra!" Rashdan memberi salam sebaik saja Adirra menjawab panggilannya.

        "Waalaikumusalam. Abang dah sampai?" soal Adirra.

        "Baru sekejap tadi."

        "Alhamdulilah…"

        "Irra dah makan tengahari?" soal Rashdan. Alahai, apa pasal tanya soal makan ni? Sedangkan masih ada perkara lain yang lebih penting dari soal makan.

        "Belum." Jawab Adirra cepat.

        "Kenapa masih belum? Dah pukul 2.00 petang ni?"

        "Irra tak selera nak makan, sebab abang dah jauh!" jawab Adirra. Selepas itu Rashdan dengar Adirra ketawa. Sukanya dia buat Rashdan perasan. Akhirnya Rashdan tumpang ketawa sama.

        "Iya? Betul ke ni?" Rashdan sudah bangun dan berdiri di tepi tingkap. Melarikan pandangannya ke arah luar dan menyambung ketawa di situ.

        "Betullah. Baru sekejap abang pergi, Irra dah rindukan abang. Rindu sangat-sangat!" kata Adirra lagi.

        "Irra, abang serius ni. Janganlah nak mainkan abang pulak!"

        "Kenapa? Abang tak percaya?" soal Adirra.

        "Macam Irra nak mainkan abang saja. Nak buat abang perasan sorang-sorang!"

        "Tahu tak apa!" kata Adirra sambil tergelak dengan kuat.

        "Irra!" Rashdan sudah menjerit. Dia juga ketawa besar selepas itu. Sudah mula terbayang wajah comel dan manja Adirra bersama ketawanya. Terasa seperti dadanya bergetar-getar ketika itu. Betul-betul rasa tidak tenteram. Begitu rindukan Adirra ketika itu. Kalaulah dia bersayap, sekarang juga dia terbang.

        "Err..bagaimana dengan ayah abang? Dah sihat?" soal Adirra sebaik sahaja ketawanya reda. Dia kembali serius. Tidak mahu bergurau lagi. Bimbang Rashdan akan terfikir yang bukan-bukan.

        "Macam itulah. Masih kurang sihat." Jawab Rashdan perlahan. Rasa bosan bila bercakap tentang ayahnya.

        "Jadi abang kena kerja kat syarikat ayah abanglah?’

        "Hmm, nampaknya begitulah!"

        "Tak bolehlah abang datang sini lagi. Rindulah Irra nanti pada abang!" Adirra sambung semula selorohnya.

        "Abang pun rindu sangat dengan Irra. Kalau abang ada sayap, sekarang jugak abang terbang dan jumpa Irra," kata Rashdan perlahan. Itulah yang dia rasa ketika itu. Benar-benar rindukan si gadis manja yang telah berjaya membuka pintu hatinya.
        Ah! Sudah! Adirra dah cemas. Lain macam saja bunyi orang sana bercakap. Memang betul ke ni rindukan aku? Soal Adirra di dalam hati.

        "Irra, kenapa diam ni?" soal Rashdan bila merasakan Adirra berdiam diri beberapa ketika.

        "Okeylah bang. Irra nak pergi gerai ni." kata Adirra tiba-tiba.
        Hmm, kejap itu jugak nak ke gerai. Ke nak sembunyikan sesuatu?

        "Okeylah. Nanti malam abang telefon Irra lagi ya."

        "Okey. Assalamualaikum bang…"

        "Waalaikumusalam."
        Terus Rashdan usap dadanya. Ada sesuatu yang tak kena di situ sebaik sahaja suara Adirra hilang di talian.

        "Macam mana nak buat ni…!" soal Rashdan sendirian.

"Hai, dah mula gelak sorang-sorang?" tegur Kak Lina bila melihat Adirra sudah bergelak ketawa. Nampak gembira benar adik sepupunya itu.

        "Tak adalah kak. Bergurau dengan orang tu tadi!" Adirra memberi alasan. Sambil-sambil itu berusaha untuk sembunyikan perasaannya dari pengatahuan Kak Lina.

        "Yalah tu. Gurau-gurau bawa bahagia bukan!" tokok Kak Lina.  

        "Baru sekejap dia pergi, Irra dah rasa sunyi," keluh Adirra pula.

        "Itu bukan sunyi Irra, itu maknanya rindu. Dah besar-besarpun tak faham lagi makna sunyi dengan rindu!" Kak Lina tolak perlahan bahu Adirra.
        Adirra tak cakap apa-apa lagi. Betul agaknya apa yang dia rasa tu adalah sejenis perasaan yang orang ramai sebut sebagai rindu.

        "Ah! Rindulah pulak dia…" usik Kak Lina lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-8-2011 12:59 PM | Show all posts
Adirra masih tak terkata. Mujur ketika itu telefon bimbitnya berbunyi semula. Dia mengharapkan Rashdan di talian tetapi bukan. Hadirah, teman satu kolej.

        "Eh! Ada kerja kosong. Nak cuba?" soal Hadirah.

        "Nantilah aku fikir. Buat masa sekarang ni macam tak ada mood nak kerja. Seronok goyang kaki lagi!" gurau Adirra.

        "Kalau kau nak cuba kerja, aku boleh tolong."

        "Nantilah aku fikir dulu. Apa-apa hal nanti aku call kau!" putus Adirra. Buat sementara waktu dia tidak mahu memikirkan soal kerja. Adirra rasa cukup selesa begitu. Walaupun upah yang diterima daripada Kak Lina tidak seberapa, tapi Adirra suka dengan kehidupannya di situ. Sedikit tidak dia boleh melupakan segala masalahnya. Kadang-kadang dia terlupa juga akan papanya. Sedikit demi sedikit Adirra rasa berbaloi juga dia jauhkan diri daripada semua itu. Tinggal lagi dia tidak tahu sama ada dia boleh berjauhan daripada Rashdan atau tidak. Kalau tidak boleh, terpaksalah Adirra terima tawaran Azura. Bolehlah dia berjumpa dengan Rashdan selalu nanti. Itupun kalau Rashdan masih sudi berkawan dengannya. Kalau tidak, terpaksalah Adirra fikirkan cara lain untuk mencari kebahagiaan hidupnya.

Sedaya upaya Tuan Zahari bangun samata-mata hendak makan malam bersama Rashdan. Tidak mahu Rashdan rasa apa-apa selepas ini. Kini Tuan Zahari sedar, sedikit tidak, sikapnya sudah menimbulkan salam faham buat Rashdan. Jadi tidak salah kalau Rashdan bersikap dingin dengannya selama ini.

        "Ayah, kenapa ayah bangun kalau masih tak sihat?" tegur Adam perlahan, mengingatkan Encik Zahari.

        ""Ayah nak makan malam bersama. Dah lama sangat kita tak makan bersama," jelas Tuan Zahari akan hajatnya.

        "Tapi abang tak sihat lagi." Puan Khaleda tumpang menegur. Kurang senang melihat kedegilan suaminya.  

        "Dah lama abang tak makan dengan Rashdan. Mana dia? Dia tak makan sekali?" tanya Tuan Rashdan. Langsung tidak menghiraukan teguran anak dan isterinya.
        Adam dan Puan Khaleda saling berpandangan. Susah keduannya hendak menjawab soalan Tuan Zahari itu. Bukan mereka tidak tahu siapa Rashdan sebenarnya. Puan Khaleda juga bimbang kalau-kalau sikap buruk Rashdan bakal menambahkan lagi sakit suaminya.

        "Adam, pergi panggil abang kamu. Kita makan sekali." Desak Tuan Zahari tanpa mengira perasaan Adam ketika itu.
        Adam pandang lagi wajah ibunya dengan perasaan serba salah. Ketika itu Puan Khaleda tunjukkan isyarat mata agar Adam menurut. Perlahan Adam bangun, menurut perintah walaupun dia sendiri sudah tahu akibatnya.

        Adam ke bilik Rashdan. Dengan perasaan yang gementar dia ketuk perlahan pintu bilik Rashdan. Berkali-kali Adam ketuk pintu bilik Rashdan, tetapi langsung tiada jawapan. Ketika Adam mula berputus asa, masa itulah Rashdan buka pintu biliknya.

        "Ayah ajak makan sekali," pelawa Adam. Dia tidak berani hendak melihat muka Rashdan. Takut diherdik seperti selalu.

        "Hmm, makanlah dulu. Kejap lagi aku turun!" jawab Rashdan sambil tutup semula pintu biliknya.

        Adam rasa sangat terkejut melihat sikap Rashdan. Tidak lagi menengking dan memarahinya seperti selalu. Kali ini nampak lebih bersopan santun.

        "Siapa tu?" soal Adirra sebaik sahaja menyambung perbualan mereka.

        "Adik abang," beritahu Rashdan.

        "Lelaki atau perempuan?" soal Adirra lagi.

        "Lelaki!"

        "Handsome?"

        "Amboi, gatalnya!"
        Adirra tergelak.

        "Kalau handsome kenen-kenenkanlah kat Irra!" tambah Adirra.

        "Kenapa kenenkan adik, kalau abang dah ada!" ujar Rashdan.

        "Sebab abang tu garangnya nampak semacam saja. Tak ada romantis langsung, takut nak buat suami. Takut kena tengking selalu! Keringlah air mata Irra. Irra mana boleh kena marah sikit. Mulalah banjir satu kampung!"

        "Eh! Tak cuba tak tahu lagi. Mana tahu abang boleh jadi suami yang romantis."

        "Irra macam salah dengar aje. Abang ke yang cakap tu?" Rashdan dengar Adirra ketawa dengan kuat.

        "Irra mainkan abang ya! Nantilah dia."

        "Kita dah jauh, abang tak boleh nak apa-apakan Irra!"

        "Kalau sekarang abang datang Bukit Senyum macam mana?"

        "oh! Tidak, Irra lari dulu!"

        "Tahu takut..!"

        "Okeylah. Abang pergilah makan dulu. Nanti kita berbual lagi." kata Adirra. Sekaligus dia cuba ingatkan Rashdan juga.

        "Ah! Nanti-nantilah makan tu."

        "Abang tak boleh macam tu. Kenalah makan bersama. Abang nak kahwin dengan Irra tak? Kalau nak kahwin dengan Irra, abang kena tunjuk teladan yang baik pada Irra. Abang tak boleh ikut perangani Irra sebab nanti-nanti abang yang kena tegur Irra. Mana boleh abang nak tegur Irra kalau perangai abang sama macam Irra. Lagi rosak nanti!"

        Rashdan terdiam seketika. Cuba memahami apa maksud kata-kata Adirra. Tapi bila dia fikir semula, seperti Adirra sedang menaruh harapan. Mungkin itulah harapan Adirra, jadi apa salahnya Rashdan berusaha untuk memenuhi impian Adirra itu.

        "Baiklah sayang. Abang pergi makan sekarang. Nanti kita berbual lagi."

        "Okey abang. Tapi masa makan tu ingat-ingatlah Irra. Suapkan untuk Irra sekali!"

        "Hmm…"
        Selepas bercakap dengan Adirra, Rashdan terus ke ruang makan.

        "Jemput makan Rashdan," ajak Tuan Zahari. Mulanya air muka Rashdan sudah berubah, tetapi tiba-tiba saja dia seperti terdengar suara Adirra. Jadi Rashdan cuba bertenang. Betul, dia perlu jadi lebih baik daripada Adirra barulah dia dapat menegur Adirra.

        Rashdan duduk dan dia senduk nasi.

        "Ayah dah okey?’ soal Rashdan tenang. matanya meliar mencari lauk yang sesuai dengan tekak.

        "Dah boleh bangun sikit!" jawab Tuan Zahari tenang.

        "Kalau tak sihat lagi tak perlulah ayah bergerak selalu. Nanti jantung ayah tu tambah bermasalah. Rehat saja dulu. Tak payah nak fikir pasal apa-apa lagi!" tegas Rashdan tapi dalam nada yang bersahaja.

        "Hah! Tunggu apa lagi? Kenapa tak makan?" soal Rashdan bila melihat Puan Khaleda dan Adam masih belum makan.

        Cepat-cepat Adam dan Puan Khaleda menyuap nasi. Pertama kali mereka merasakan Rashdan begitu berbeza. Sudah ada tanda-tanda Rashdan mula menunjukkan perubahan. Kalau dulu, hendak makan bersamapun jangan harap. Puan Khaleda penuh mengharap selepas ini, Rashdan akan terus begitu. Kalau tidak banyak, cukuplah sedikit. sekurang-kurangnya Rashdan mahu menerima kenyataan yang sebenar.

        Rashdan terus makan. Dia tidak pedulikan sesiapa selepas itu. Setiap kali dia suap nasi, setiap kali itulah dia teringatkan Adirra. Kalaulah Adirra dekat, mahu dia suapkan Adirra
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:13 PM | Show all posts
ira mcm dh bagi greenlight tuhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2011 01:17 PM | Show all posts
ye...ye...ADIRRA dah suka RASHDAN...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 01:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 18-8-2011 13:50

Reply 125# asyriqa


harga untuk semua pembeli....(tidak ada member)

iqa blh baca arahan yg diberi novel ni x tebal dlm 400++ je page  dah 47 bab kut.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 02:19 PM | Show all posts
fuyooo....giler arr..rashdan cair dgn adirra...
giler la adirra plak mcm dah berubah jadi matang..dah pandai nasihat si rashdan plak
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 05:40 PM | Show all posts
dirra pandai jek nasihatkan rashdan... dia pun 2X5 degil cam tu gak......
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 05:42 PM | Show all posts
Reply  asyriqa


harga untuk semua pembeli....(tidak ada member)

iqa blh baca arahan yg diber ...
qimi08 Post at 18-8-2011 13:48


tengkiu laling qimi... segera ai pegi mengoder nih...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2011 06:27 AM | Show all posts
"Janganlah macam tu Natrah. Natrah boleh pergi kemudian nanti. Lagipun Natrah dah kerja. Dah boleh p ...
NURRIEZ2u Post at 3-8-2011 11:42



   salam akak, nk tanye, citer ni yg dlm novel yg dh publish tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 09:27 PM | Show all posts
bru dpt bce..nak lg...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 02:08 PM | Show all posts
mel dah baca update cite ni sampai bab 21..
adoi..tak sabar nk tgu update seterusnye...
dan yg pasti..natrah tu mmg ati busuk arr..:@
rasa nak ku seligi je kepala die :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2011 02:40 AM | Show all posts
Not bad..

Sambung lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 04:36 PM | Show all posts
Best2.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 02:11 PM | Show all posts
cite ni dah publish..tajuk yang sama...tp tak beli lg laa..hehe..congrats tuk writer
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2011 11:47 PM | Show all posts
dah abis baca cite nih amik masa 1/2 ari  jek... bila dah mula baca tak boleh nak stop rasa seronok nak baca terus jek... best n puas hati berbaloi la membelinya... tapi memang sakit ati sangat kat natrah hazabedah nye perangai... nurriez tahniah...teruskan lagi yg terbaik utk novel ke2, 3 dan seterusnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.052689 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list