CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shana85

Rahsia Hati Hanim- [U] update n3 baru page 21 (sorry lambat update)

  [Copy link]
Post time 1-4-2011 11:16 AM | Show all posts
Yelah hanim dah tahu yg aizad memang ada perempuan lain....
masak ko aizad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2011 11:53 AM | Show all posts
aizad ni mcm sayang sgt kat hanim, tapi linda layan 1st class gak....
apa ada dlm kepala dia ni??
shana.... cpt la sambung kalu migrane dh hilang...
aizad n hanim ni kena kawin paksa ke apa?
ada misteri x terungkai lg ni.... jeng..jeng..jeng..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2011 02:22 PM | Show all posts
“You dah tak sayang I lagikan? Sampai hati kata muka I berkedut. Yelah wife you tu kan muda belia. I ni dah tua…” Linda bersuara sedih. Aizad mengeluh.

“I sayang You lah baby, kalau tak I dah balik semalam lagi. Tapi You kenalah faham keadaan I. Dulu You yang cabar I kan. You yang kata tak kisah. Jadi You kenalah faham. I dah  ada keluarga. My wife perlukan I sekarang. Tapi I nak You ingat satu benda. You still my love, my baby. You cinta pertama I…” pujuk Aizad. Tangannya mengelus wajah Linda. Air mata yang mengalir di kesat. Linda tersenyum hambar.

“I tahu, dan jika I tahu macam ni jadinya I takkan sekali tinggalkan You. I takkan pernah lepaskan You… I menyesal sangat…” tangis Linda.

“Dahl ah, jangan nangis lagi. Baby I ni tak cantik bila nangis. I dah nak balik kejap lagi jadi I nak habiskan masa kita dengan suasana gembira. I tak senang hati tau nak tinggalkan You dalam keadaan sedih-sedih ni,” pujuk Aizad. Linda tersenyum.

“Ok lah, I tak merajuk lagi. Jom kita shoping. Semalam I ada tengon satu rantai. Cantik sangat tau…” Linda berkata gembira.

“Ok.. apa sahaja untuk You…” Aizad tersenyum. Lega bila mood Linda sudah berubah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2011 02:25 PM | Show all posts
Reply 122# merahsilver


    HHmmm... Aizad ni bagaimana ya? dalam gambaran Hana, Aizad ni hanya lelaki biasa yang tak sempurna masih banyak kelemahan.
Aizad ni adakalanya kita akan suka dia tapi kadang-kadang kita benci dia kadang-kadang rasa dia tak patut dapat Hanim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2011 02:46 PM | Show all posts
Lelaki itu membaling gelas ditangannya. Geram. Perempuan itu degil betul. Maklumat dari orang suruhannya benar-benar membuatkan dia bengang. Kalaulah perempuan itu dihadapannya saat ini, teruk dia kerjakan. Tangannya meraup kasar rambutnya. Ketukan di pintu mengejutkannya.

“Ku OK?” soal Salina setiausahanya. Dia hanya mengangguk. Matanya memandang wajah setiausahanya yang masih berdiri di pintu.

“Saya ok Sally. Suruh cleaner datang bersihkan kaca sekejap lagi,” jawabnya tenang. Tidak mahu pergolakan dalam dirinya di baca oleh setiausahanya. Akhirnya Salina akur. Wanita itu meninggalkan dia bersendirian.

Dia mengambil kunci kereta di laci dan melangkah keluar. Saat ini dia perlu bersendirian. Tanpa pamitan dia terus keluar. Pandai-pandailah Sally nanti. Tangannya mendail handset. Memberi arahan pada orang suruhannya. Dia akan pastikan perempuan itu menerima akibat dari perbuatannya. Perempuan itu tak akan terlepas.

………………………………………………………………………………………………………..

Hanim merenung satu persatu potret wajah mak yang tersenyum bahagia. Ada rindu yang tidak terucap di situ. Seandainya mak masih ada, Hanim tak mungkin akan kesepian begini. Hanim menangis. Luka di hatinya kian dalam. Mak… hanim tak tahu bagaimana hendak bercerita tentang lara di hati. Hanim tak ada sesiapa lagi. Hanim tak nak menyusahkan Kak Sal.

Hanim tak tahu bagaimana hendak meneruskan perkahwinan yang penuh kepura-puraan ini. Hanim terlalu letih untuk terus berlakon. Berlakon yang hidupnya sangat bahagia. Hanya Amar sahaja sumber kekuatan Hanim. Tanpa Amar Hanim sendiri tidak tahu bagaimana hendak meneruskan hidup.

Hanim bersyukur mak pergi dalam keadaan aman. Mak tak perlu risaukan Hanim lagi. Pada Mak, Aizad seorang lelaki yang baik, menantu yang sempurna. Seoarang suami yang mampu melindungi Hanim.

Kalaulah mak tahu kebenarannya, Hanim tak dapat bayangkan. Hanim bersyukur mak pergi dahulu. Sekurang-kurangnya mak tak tahu kebenarannya. Kebenaranya yang amat menyakitkan. Betapa murahnya maruah Hanim pada Aizad. Hanim amat terluka. Terluka bila mengetahui segalanya hanyalah satu pertaruhan…
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 03:11 PM | Show all posts
patutlah hanim sedih...
dia dah tahu tentang aizad...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-4-2011 03:14 PM | Show all posts
Beberapa tahun dahulu


Hanim tersenyum riang memerhatikan wajahnya di cermin. Hari ini dia akan bertemu Khaer. Sudah hamper sebulan mereka tidak bertemu. Kesibukan lelaki itu membataskan pertemuan mereka. Setelah berpuas hati dengan dandanannya, hanim melangkah riang keluar dari bilik. Bibirnya menyanyi-nyanyi riang.

Mak yang melihat Hanim yang riang pada hari itu tersenyum. Sudah beberapa minggu wajah Hanim monyok sahaja. Lega bila hari ini Hanim kembali ke sifat asalnya. Riang dan lincah. Wajah yang bersolek rapi itu direnung penuh kasih.

“Anak mak cantikl sangat hari ni nak kemana?” soal Mak. Jarinya mengelus rambut Hanim.

“Hanim nak keluar sekejap. Nak jumpa Khaer. Bolehkan mak?” Hanim bersuara manja. Mak sekadar mengangguk. Khaer merupakan teman lelaki Hanim sejak sekolah menengah lagi. Hubungan itu kini makin erat dengan ikatan pertunangan lima bulan yang lalu.

“Boleh, tapi balik cepat tau…” Mak tersenyum. Hatinya bahagia melihat kebahagiaan anaknya itu. Hanimlah satu-satunya lambing cintanya bersama Arwah Zahrin. Satu-satunya zuriat mereka. Hanimlah penawar, Hanimlah racun.

“Terima kasih mak, Hanim pergi dulu. Sayang mak…” Hanim bersuara riang. Pipi mak di cium sebelum melangkah keluar. Mak hanya tersenyum. Manja.

………………………………………………………………………………………………………..

Hanim tergamam mendengar bicara Khaer. Terasa seluruh dunianya gelap. Khaer hanya tenang tanpa riak bersalah. Tidak menyangka semudah itu Khaer memutuskan hubungan mereka yang telah bertahun terbina. Sampainya hati lelaki itu. Bagaimana Hanim ingin khabarkan pada mak sedangkan perkahwinan mereka akan berlangsung tiga bulan dari sekarang.

“Awak, tidak adakah lagi cara untuk kita pulihkan hubungan ini? Takkan semudah itu awak putuskan hubungan kita? Apa salah saya?” Hanim bertanya tenang. Tak akan sekali dia menitiskan air mata di hadapan lelaki itu.

“Maaf Nim, sayang I pada You dah pudar. Mungkin cinta kita sekadar cinta monyet sahaja,” jawab Khaer. Hanim terkedu. Tanpa kata, Hanim terus bangun meninggalkan tempat itu. Tidak guna merayu pada yang tak sudi. Biarlah jika itu pilihan Khaer. Yang dirisaukan sekarang hanyalah mak. Apatah lagi kesihatan mak tidak begitu memuaskan saat ini. Mak yang lebih penting.

Air mata yang di tahan akhirnya berderai juga membasahi pipi. Perit hatinya. Luka yang amat dalam. Semudah itu bagi Khaer menamatkan perhubungan mereka. Cinta mereka yang bertahun sekadar cinta monyet bagi lelaki itu. Kejamnya…

………………………………………………………………………………………………
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 03:19 PM | Show all posts
sambang banyak sikit......masih samar perpisahan hanim dgn khaer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2011 04:30 PM | Show all posts
nak lagi n3 leh x...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2011 02:15 PM | Show all posts
“awalnya anak mak balik? Kata dah lama tak jumpa?” soal mak sebaik melihat Hanim. Hanim tersenyum.

“Hanim rasa tak sihat sikit. Kepala ni pening. Tu yang Khaer bagi Hanim balik awal. Kebetulan Khaer ada hal sikit tadi,” jawab Hanim.

“Oh, tak pa lah. Hanim pergi berehat dulu tapi kenapa bercermin mata hitam dalam rumah ni?” pelik pula mak lihat Hanim bercermin mata hitam dalam rumah.

“Tadi mata Hanim silau waktu memandu. Tak perasan pula Hanim pakai sampai dalam rumah. Mak Hanim masuk bilik dululah… penat sangat,” jawab hanim. Pantas Hanim berlalu ke dalam bilik. Hanim menarik nafas lega. Pintu bilik di kunci. Hanim memandang wajahnya di cermin. Mata Hanim sembab. Teruk Hanim menangis tadi.

Hanim duduk atas katil. Matanya merenung cincin di jari manisnya. Cincin pertunangan, lambing cinta Khaer dan dirinya. Cincin di jari di usap perlahan sebelum ditanggalkannya. Cincin ini sudah tidak layak di jarinya. Hanim tahu mungkin esok lusa keluarga Khaer akan datang memutuskan pertunangan mereka. Itu yang lelaki itu sms padanya tadi.

Hanim gusar. Tidak tahu bagaimana hendak beritahu mak. Hanim takut kesihatan mak akan terganggu. Tentu mak sedih. Sedih mak, luka lagi Hanim. Namun Hanim tidak ada pilihan. Buat apa di rayu pada yang tak sudi. Jika ini takdirnya Hanim reda. Mungkin Khaer bukanlah lelaki terbaik untuknya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 03:03 PM | Show all posts
looo sikitnyerrrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 03:08 PM | Show all posts
Reply 131# qimi08

shana tengah cari idea lagi kot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2011 03:22 PM | Show all posts
Salbiah merenung Hanim yang melangkah lemah ke mejanya. Wajah itu begitu muram sekali. Tubuh itu nampak lesu. Tiada senyuman terukir di bibir Hnaim saat dia menya pa tadi. Mengapa? Semalam gadis itu begitu gembira memberitahu ada date dengan tunang tercinta. Bibir itu pula sepanjang masa tersenyum.

“Hanim ok tak ni? Kak Sal tengok muka tu pucat je? Kenapa? Ada masalah?” soal Salbiah bertubi-tubi. Bukan apa, hari ni Hanim nampak lain. Lain sangat-sangat. Hanim yang kak Sal kenal seorang yang sangat periang dan ceria selalu. Jarang dia lihat wajah Hanim sedih. Malah kena marah dengan Encik Zaid a.k.a Encik singa jadian tu pun Hanim cool je. Malah boleh ketawa lagi.
“Hanim ok je. Kak Sal jangan bimbang lah,” jawab Hanim. Wajahnya cuba diceriakan.

“Kalau Hanim cakap macam tu tak apalah. Tapi Kak Sal nak Hanim tahu, kalau ada apa-apa Kak Sal sedia mendengar,” ucap Salbiah. Mengalah. Tidak guna memaksa. Sampai masa pasti Hanim akan bercerita juga. Hanim itu adik sepupunya. Tak mungkin dia tidak perasan riak wajah hanim. Kak Sal tahu walaupun wajah itu tersenyum, namun senyuman itu bagai dipaksa. Mata itu juga tidak bersinar seperti biasa. Ada kesedihan di situ.

“Jangan bimbanglah Kak Sal. Hanim sihat dan ok jer. Ok lah Kak Sal Hanim nak siapkan kerja dulu, sampai singa jadian tu nanti kalau kerja tak siap habislah hanim…” Hanim meminta diri. Otaknya ligat merancang jadual kerjanya.

“Ha.. pergilah siapkan kerja Hanim. Nanti masuk bos kesayangan Hanim tu meroyan pula tengok Hanim tak siap kerja yang dia bagi tu,” Salbiah tersenyum. Tahu sangat perangai Aizad yang mudah naik angin tu. Sikap lelaki itu jauh berbeza dengan Tuan Farok yang sentiasa tersenyum dan bertolak ansur dengan staf-stafnya. Encik Aizad pula sangat serius dan agak sombong dengan para pekerja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2011 03:26 PM | Show all posts
Reply 132# starlights


    a'ah tengah menggali idea nieh...
hari ni panas betul... x da mood nak taip...
sorry klu n3 nieh bosan skit coz hana tengah bosan gla kt opis nieh
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 03:31 PM | Show all posts
Reply 134# shana85


   kat sini pun panas. mata pun dah naik kelabu... hana taip terus dalam ni ke? hmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 03:57 PM | Show all posts
lagilah n3nya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2011 04:00 PM | Show all posts
Reply 135# starlights


    taklah.. taip kat word dulu....

taip bila ada mood jerrr
selalunya duk depan pc baca citer org lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2011 05:30 PM | Show all posts


hana harap anda semua enjoy dengan n3 ni n seterusnya... cerita tentang Aizad n Hanim sebelum dema kawen



Hanim tersentak mendengan intercomberbunyi. Tegas suara Aizad menyuruhnya masuk ke bilik lelaki itu. Kecut perutHanim. Entah apa yang akan di marah lelaki itu. Pintu bilik Aizad di ketukperlahan. Kedengaran suara Aizad menyuruhnya masuk. Dalam keadaan serba salahhanim menapak masuk juga ke bilik itu.


Wajah Aizad yang serius merenungnya dipandang sekilas. Takut Hanim menentang sepasang mata yang merenungnya tajam. Ada kemarahan di wajahlelaki itu. Hanim memandang kertas kerja yang baru disiapkan tadi.


“Macammana You buat kerja? Salah sana sini. Buat balik?”suara Aizad kuat menengkin. Geram dengan hasil kerja Hanim. Kerja yang senangmacam ni pun salah sanasini. Pantang bagi dia jika ada pekerja yang cuai.


“Maaf Encik Aizad. Saya..”


“Maaf, maaf… itu sahaja yang awak tahu,”potong Aizad sebelum sempat Hanim menghabiskan ayatnya. Hanim terdiam. Tahutidak guna bersuara. Memang salahnya. Hanim mengambil semula dokumen tersebut.Tanpa suara dia bangun. Ingin melangkah keluar dari bilik yang amat menyesakkannafasnya itu.


“Ha… ada saya suruh awk keluar?” Aizadbertanya garang. Hanim kembali duduk. Terkejut. Hanim kembali menikus. Tanpasuara. Telinganya bagaikan telah lali dengan herdikan lelaki itu. Aizad terusmembebel. Hampir setengah jam Hanim terpaksa mendengar ceramah free dariketuanya itu mengenai etika bekerja. Lega, akhirnya lelaki itu menyuruhnyakeluar.


“Kenapa tu Hanim?” Salbiah menyoal. Lamajuga Hanim berada dalam bilik Aizad tadi.


“Biasalah Kak Sal. Hanim silap taip. Banyakejaan yang salah. Apalagi, membebellah singa jadian tu,” jawab Hanim. Salbiahtersenyum. Tahu sangat dengan sikap Encik Aizad. Setakat ini hanya Hanim yangmampu bertahan.

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2011 08:26 PM | Show all posts
Reply 137# shana85


   memang enjoy kalau dapat relax, baca novel/cerpen online.. tapi yg sakitnya bab nak menunggu n3... tambah pulak kalau citenya berhenti tergantung... tapi xpe hana, take ur time. menulis bukannya hari2 boleh ada mood, sesekali kena writer's block/takde idea, biasa la tu... sy faham... teruskan menulis hana... ceriakan kami2 kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2011 08:43 AM | Show all posts
thanks for the n3...
kalu free letak n3 bebanyak lagi k...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.346463 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list