Zakif kemaskan pautannya.Takut Hana terlepas.Hana getap bibirnya.Matanya dipejamkan.Dia nak halakan pandangan matanya ke mana?Ke dalam anak mata Zakif?Uhhh..kalau dia dengan Zakif dalam mood “in love”bolehlah kot.
“Berat betullah you ni.Ni mesti berat dosa ni.”
Grr…mulut.
“You lain kali pergi exerciselah.Kasi ringan sikit badan.Ni badan kalah anak gajah apa hal?”
Orait..mulut memang stail bau macam longkang.
“Busuklah you ni.You tak mandi ke petang tadi?”
Okay.Kesabaran dah sipi-sipi dah ni.Lagi sekali dia bukak mulut..;
“You ni..”
“You boleh diam tak?Membebel macam murai putus ekor kenapa?I tengah sakit kaki ni.”Hana terus bukak mulut,pandangannya dihalakan ke anak mata Zakif.
Erk!Zakif tercenggang sekejap sebab kena fire dengan Hana.Dia pun satu hal.Dah tahu orang tu tengah menderita sebab sakit kaki,sengaja aje nak usik lagi.Sengaja aje nak simbah minyak dalam api yang tengah marak.
“Eh monkey girl!I dah tolong ni..bukannya you nak ucapkan terima kasih.You tunjuk kerek pula yea.”
Hana pusing lipat maut pandang anak mata Zakif.Berlaga pandangan mereka.
“Siapa monkey girl?”soal Hana bengang.
“Youlah..Tak sedar rambut tu dah tumbuh uban,ada hati lagi nak panjat pokok.”
Tumbuh uban?Bila masa!Aku muda lagilah.Umur baru 26 tahun tau.
“You punya mulut memang takde insurans kan?”sinis Hana menyoal.
“Apa you cakap?”Zakif dah berhenti.
Alaa..Hana gigit bibir.Sedar dia dah melampau.Dia berhentilah pula.Rumah jauh lagilah.Sayup-sayup aje mata memandang.
“I campak you dalam bendang nak?”
“Campaklah kalau berani..”Hana buat muka dingin.
“Betul?”Zakif jungkit kening.
“Betul..campaklah.You ingat I takut ke?”
Okay..Zakif angguk-angguk kepalanya.Dapat Hana rasakan,Zakif melangkah kea rah bendang.Wuaa…Hana rasa betul-betul nak menangis.Kejam.Kejam.Kejam.
“ I campak betul-betul ni”Zakif ugut lagi Hana.
Hana hanya pandang sahaja bendang yang entah berapa meter lagi daripadanya.Habislah padi Opah.
“Campaklah..”ujar Hana.
Zakif getap bibir.Melawan yea!Okay..Kita tengok sampai mana tahap keberanian minah ni.
“You jangan nyesal pula yea.I sekali I cakap,I buat betul-betul.”
Hana diam.
“Kalau nak campak,campak ajelah.Ni nak main ugut-ugut pula.Ingat I takut sangat ke?”
Oooo…Zakif angguk kepalanya.Hana dapat rasakan yang pautan pada badannya semakin longgar.Allah!Hana teguk air liur.Badannya dah terasa ringan.
“Okay..ready to fly..One..two..three..”Dan Zakif terus campak badan Hana.
“Ahhh..”Hana dah menjerit kuat saat dia rasa dirinya melayang.Dia memejamkan matanya.
Sesaat..dua saat..Tiga saat..
Eh?Apasal aku tak jatuh-jatuh lagi?
Hana bukak matanya perlahan-lahan.Serentak dengan itu,Zakif ketawa kuat.Kuat.Betul-betul kuat sampai Hana rasa gegendang telinga Hana nak pecah.
“Tahu takut..”ujar Zakif,masih dengan derai ketawa yang tidak padam.
Grrrr…Aku ingat aku dah selamat dah tercampak tadi.
Hana terus memandang wajah Zakif yang beberapa inci aje daripadanya itu.Rasa macam nak gigit aje hidung Zakif waktu tu.Biar patah.
“Ehemm..tahulah I hensem.Kot yea pun,tangan tu turun-turunkanlah..”
Tangan tu turun-turunkanlah.
Erk?Hana pandang tangannya.Muka terus rasa macam kena simbah.Tangannya elok aje tergantung dekat leher Zakif.Erat peluk tu.Terus Hana leraikan pegangan.Malu..malu..
Zakif senyum kecil.Dia acah-acah aje tadi.Agak-agaklah dia betul-betul nak humban Hana dalam bendang.Suami zalim tu.
Kaki Zakif terus melangkah,perlahan.Hana pun tak tahu sejak bila Zakif melangkah.Yang dia sedar-sedar aje,mereka dah selamat tiba di belakang rumah.Dan sekali lagi,darah hangat terus naik ke muka apabila semua saudara-mara ada di muka pintu belakang.
[ BAB 7 TAMAT ] |