CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ctA

CINTA BEE dan DAISY [U]

[Copy link]
Post time 25-11-2010 09:21 AM | Show all posts
Reply  iwimz
tasik serdang yang ada medan selera 2 ke iwimz???
teringat kat nasi goreng usa kat c ...
bb_75 Post at 24-11-2010 22:45



    aah ler...
suka gak makan kat ctu
kalau pagi suka makan mi soto tambah sambal sotong
fuhhhh....
menyengat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2010 09:24 AM | Show all posts
salam semua... tak ada ke breakfast hari ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2010 09:42 AM | Show all posts
lagi dan lagi dan lagi pleaseeee.................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2010 07:43 PM | Show all posts
hailooo... saya sedang menulis.


tasik upm???

ahaha, kat sri serdang tu kan... alahai.. situlah tempat dok cari makan. uhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2010 10:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by ctA at 26-11-2010 22:18

Melunaskan nafsu perut di restoran A&W. Wilda yang nak makan kat situ. Idzhan hanya mengikut sebab Wilda dah kata malam tadi, hari ini hari dia jadi, Idzhan kena tunaikan semua permintaan dia. Tapi, apa sangat je permintaan Wilda ni.
      
Wilda tak suka meminta-minta sangat pun. Cakap je lebih. Si Idzhan ni dari tadi asyik tanya Wilda nak hadiah apa.

        “Kau nak hadiah apa?” Okey, masuk ni dah lapan belas kali Idzhan tanya soalan yang sama.
        Saya tak nak hadiah apa-apa. Dapat spend satu hari dengan awak je dah cukup bagi saya sebagai hadiah. Eheh.... “Ala... tak tahulah. Kita jalan-jalan je lah dulu okey.”

        “Nak tengok movie tak?”

        Movie?

        “Tak suka tengok movie. Lagipun sekarang mana ada cerita yang best sangat. Nanti aku tertidur dalam tu, buat rugi je...” balas Wilda. Sebenarnya semua cerita yang dipromosikan dekat skrin iklan tu Wilda dah tengok. Ada yang tengok dengan Fara, ada yang tengok dengan Umaiy. Cerita-cerita yang dah lama siket tu, ijad dan Add dah bagi awal-awal. Download kat mana entah...

        “Tidur pun tak apa...” Idzhan memandang manusia yang lalu-lalang. “Bahu aku kan ada” kali ini suara direndahkan. Entah Wilda dengar entah tak. Hee...

        “Dengar...” suara di sebelah menuturkan.

        Aik, punyalah perlahan macam tu pun dia boleh dengar ke. Idzhan termalu sendiri. “Gurau je”
        
        Pusat membeli-belah Mines agak ramai dengan manusia. Tapi kira boleh tahanlah jugak kalau nak dibandingkan dengan Mid Valley yang pengunjungnya dah macam semut api. Ramai sangat. Lagipun Wilda selesa di sini, tak ramai budak UKM yang berkinjung ke sini. Banyak lagi tempat membeli-belah yang lebih gah yang jadi tumpuan.

        Idzhan dan Wilda masuk dari satu kedai ke satu kedai. Tiada apa yang dibeli setakat ini. Wilda hanya gemar window shopping. Walaupun lancar mulut Idzhan tawarkan diri nak belikan itu dan ini, Wilda lebih gemar menolak.

        “Mak oi, offer kita macam parents dia tu kerabat diraja je”
        Idzhan ketawa kecil. “Aku tak belikan  kau hadiah lagi ni. Kau pilihlah. Blouse ni pun cantik apa” Idzhan mengeluarkan sepasang blouse yang tergantung dan dipadankan pada tubuh Wilda.

        Wilda jadi malu sendiri. Dah macam laki aku je dibuatnya. “Mahallah Han.” Wilda cuba menyembunyian resah di hati. Idzhan kembali meletakkan blouse itu di tempatnya. Nak beli hadiah apa yer...

        “Big Apple nak?”

        “Balik nantilah. Kau lapar ke Han?”?

        “Taklah. Aku risau kau tu. Semua yang aku nak belikan kau tak nak. Baju tak nak. Footwear kau tak nak. Manalah tahu selera kau dekat food je” Idzhan menuruti langkah Wilda yang sudah keluar dari butik Forever 21.

        Agak lenguh kaki, Wilda dan Idzhan duduk di salah satu bangku yang disediakan untuk pengunjung. Duduk  di situ dan menebarkan pandangan pada ragam dan kerenah pelbagai manusia yang dapat dilihat dari tingkat mereka berdiri. Sambil itu, mereka berbual-bual tentang memori yang lepas. Ada tawa yang terhambur dari bibir masing-masing apabila sejarah lama dibuka kembali.

        “Wid, excuse me. Kau tunggu kejap ye”

        “Kau nak smoking ke?”

        “Smoking apanya. Main tuduh je.”

       Wilda sengih.  “Gurau je”



      Dah lebih lima belas minit Idzhan menghilang. Ni pergi toilet ke bersihkan toilet. Wilda dah panas punggung. Sekejap-sekejap dia mengerling jam di tangan. Sekejap-sekejap dia menyelitkan pandangan pada manusia-manusia yang lalu-lalang mancari kelibat Idzhan namun tiada. Kena kinnaped mungkin.
     
      “Wilda” terasa bahunya disentuh dari belakang. Idzhan dengan sengih selambanya mengambil tempat di sebelah Wilda.  Wah... main tampar-tampar bahu pulak. Siapa bagi izin ni.
     
      Wilda bagi pandangan tajam. Serius habis. Idzhan lantas menyedari keterlanjurannya. Sengihnya masih bersisa. “Sorry, terlepas laku...”
      
    “Amaran keras ni” suara Wilda tegas menuturkan. Hari tu punyalah bagi nasihat tutup auratlah, apelah, ni dia pulak yang buat perangai tak cukup ilmu agama macam ni.

      “Sorry okey. Jom minum. Food Court. Ke nak dekat  Mc D?”

     “Food Court”

     “Jom”




      Wilda merenung apple juice dan kiwi juice di atas meja. Kiwi juice untuk dia dan apple juice untuk Idzhan. Air dia dah tinggal separuh manakala air Idzhan baru sedikit luaknya. Tuannya entah ke mana. Tadi, adalah lepas dua kali sedut, Idzhan terima panggilan dari seseorang dan meminta diri. Kali ini, dah hampir sepuluh minit, Idzhan masih tak kembali.
Siapa yang menghubungi Idzhan tadi. Nampak macam panggilan penting je. Idzhan pun, apa salahnya jawab je depan dia. Nak sorok-sorok macam sulit sangat je bunyinya. Wilda terasa sedikit berjauh hati.
      
        Hari ni birthday aku kan? Idzhan kata nak bagi dia happy tapi sebaliknya yang berlaku. Atau dia bosan spend masa dengan aku. Atau ada orang lain yang lebih penting di sebelah sana? Atau...

      “Miss...” Aku hutang apa pulak dengan mamat ni.

      “This is for you. I could say its from someone special.” Pemuda berbangsa tionghua itu meletakkan sejambak bunga di hadapannya. Daisy!

     “Are u sure its for me?” Wilda teragak-agak. Salah orang kot. Ni dah semua pandang-pandang pulak ni...

      “Miss Wilda?” pemuda itu tersenyum.

     “Yup”

     “Then, its you. Okey?”
     
     “Okey, thanks ya.” Pemuda itu tersenyum lantas berlalu pergi. Mata-mata yang memandang babak tadi kembali menumpukan perhatian pada urusan masing-masing.

     Sambil membelek-belek sejambak daisy yang berwarna putih, kuning dan merah itu, Wilda terpandangkan satu kad yang dilekatkan pada pembalutnya. Matanya menatap sepatah demi sepatah  tulisan yang tertera.

        I could see you in these daisies. Sweet and charming.
                                        Happy 21th. Smile.

        Dan akhirnya pada nama pengirim di bahagian bawak sebelah kiri.
                                        Idzhan

        Aaaa!!!. Rasa nak telan straw. Aku tak mimpikan? Idzhan kan? Habis tu siapa pulak lagi. Dalam muka pelik yang terserlah itu, akhirnya Wilda menyulam senyuman. Satu gambaran tentang apa yang dirasai oleh hatinya.
      
      Tak lama lepas tu, Idzhan kembali ke meja. Dengan muka kering...
   
       “Dah habis air kau?” Idzhan menegur. Sedikit pun dia tidak menyentuh apa-apa tentang sejambak bunya yang terletak elok di atas meja. Muka serius je macam tangkai daisy tu. Wilda rasa nak garu kepala. Tak faham betullah aku dengan Idzhan ni.
   
     Idzhan kembali menyedut jus epal di atas meja. Rasanya dah tawar dek kerana aisnya sudah mencair. Lama sangat aku pergi tadi. Boleh pulak borak dengan auntie florist tu pasal bunga sambil anak dia hantar bunga dekat Wilda. Dah cakap terang-terang dekat pemuda tu, penerima bunga ni ada dekat food court. Pakai baju color kuning air dengan selendang senada, bla bla bla. Detail habis punya gambaran.

      Tak dapat dia nak tafsirkan air muka Wilda. Senyum tak, cakap thanks pun tidak. Ah, mungkin Wilda sedang mengikut rentaknya. Sama-sama buat air batu.

        “Jom gerak. Dah petang ni” Idzhan dah bersedia untuk bangun.

        Pulak. Sumpah Wilda tak faham. Sepatah haram pun Idzhan tak cakap apa-apa lepas balik dari entah-mana-entah-tiba-tiba-dapat-bunga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2010 01:22 AM | Show all posts
salam semua... tak ada ke breakfast hari ni?
fazss Post at 25-11-2010 09:24



     breakfast tak de. supper je sempat kita bg mlm ni. hee
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-11-2010 01:24 AM | Show all posts
ye betul tekaan aku add sepupu idzhan + mamat yg suka kt wilda gak...
mijot Post at 21-11-2010 00:20



    somehow aku rasa cite ni complicated la. rasa banyak sangat watak. ni pun dah edit. skrip asal lg bayak watak, ni kira second versionla
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2010 10:59 AM | Show all posts
sambung la panjang2 skit....hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2010 10:22 AM | Show all posts
breakfast tak de. supper je sempat kita bg mlm ni. hee
ctA Post at 27-11-2010 01:22



    syukur... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 12:41 PM | Show all posts
hari ni supper lagi??
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 09:24 AM | Show all posts
kalu free letak n3 lagi tau...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 10:52 AM | Show all posts
salam semua...N3??? tiada la...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 12:09 PM | Show all posts
aduh..aku rasa diawang2an baca cerita nie...sambung lg yer....ehehhee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2010 09:45 PM | Show all posts
kawan2. nanti saya upload dlm dua tiga hari lagi. maap ye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2010 09:51 PM | Show all posts

CINTA BEE dan DAISY [U]

Post Last Edit by ctA at 2-12-2010 21:53

KITA NK TUKAR TAJUK SEBAB TAJUK KAU & AKU. DIA? TU MCM SAMA DENGAN TAJUK FILEM HUHU. TAPI TAK RETI. SAPA BOLEH TOLONG BAGITU? TERIMA KASIH KPD SEMUA YG BACA. KIT AKAN UPLOAD DALAM DUA ATU TIGA HARI.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2010 12:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by ctA at 3-12-2010 00:18

BAB 15

        “Wah...” Idzhan tak berkelip matanya melihat penampilan si adik. Terkedu melihat gaya baru Sara tatkala mereka sama-sama menutup pintu bilik untuk menuruni tangga.
        Sara menjelir lidah, rasa malu dengan teguran si abang. Bila dia buat muka kagum dan muka bersyukur tu boleh tahan lagi. Tapi bila muka kagum dan bersyukur tu ditambah pulak dengan senyum yang menyakitkan hati tu... warghhh... panasnya.
        “Ni baru nak cuba-cubalah abang. Belum permanent lagi ni, still on off lah...” Selamba dia menuturkan. On off??? Wah macam menempah dosa je cakap macam tu.
        Sengih Idzhan langsung hilang. Boleh ke macam tu pakai tudung ikut suka-suka hati boleh on boleh off. Mazhab mana pulak si Sara ni pakai. Baru nak panjatkan kesyukuran bila tengok adik sendiri macam dah dapat hidayah nak tutup aurat. Spoil habis jawapan Sara ni.
        “Ni even dah start nak on off ni, tak payah nak color-color rambut lagi dah. Biar hitam je kan cantik. Ini tak, luar nampak cantik manis pakai tudung, tapi dalam colornya sampai tak lut air sembahyang tu.”
        “Abang...” Sara tak sempat menghabiskan ayat apabila dilihatnya Idzhan lebih dahulu meninggalkannya dan menuju ke ruang tamu di tingkat bawah.

        Idzhan mengambil tempat di sebelah papanya. Papa sedang khusyuk membaca akhbar dengan tangan sebelah masih berbalut. Matanya segera menangkap kelibat Sara yang sedang menuruni tangga.
      “Anak papa tu dah bertaubat. Bagi dia duit pa, biar dia beli hijab banyak-banyak...” Idzhan sengih nakal. Sara buat muka kelat.      
       Sebenarnya rasa nak tergelak ada, rasa malu pun ada. Abang ni memang tak boleh langsung lah tengok adik sendiri senang. Tapi tak apa, malam tadi masa call kak Wid, dia cakap, belasah je. Buat tak tahu je dengan Idzhan tu. Nakal-nakal mulut dia, dalam hati lain. Idzhan tu sebenarnya suka jugak kalau adik dia ni berubah macam ni. Well, ego sebenarnya. Espresi macam ni je yang boleh sembunyikan ego dia tu. Nasib baik ada supporter merangkap bakal kakak ipar yang sporting habis.
Ummi keluar dari dapur menatang dulang berisi minuman sejuk buat suami dan anak-anak. Sara mengambil tempat di sebelah umminya. Wajah Idzhan tak dipadangnya. Ayat Idzhan sebentar tadi pun tak dilayannya. Terus saja dia mencapai gelas air dalam dulang.

       “Baguslah tu anak papa pakai tudung. Cantik apa...” papanya membalas. Sekilas dia terpandang senyum puas hati pada bibir si anak.
       “Entahlah nak ngorat siapa kat rumah Auntie Mariam tu...” Idzhan masih tak habis.
       “Han...” umminya menegur. Sungguhpun dia menyenangi perbualan sebegitu, bimbang juga terlajak bahasa. Seriang-riang Sara, dia tahu anak gadis itu sensitif.
      “Cairlah budak-budak muda kat sana...” Idzhan meletakkan gelas di atas meja.
Sara mengangkat kening dengan senyum yang tak habis tersungging. “Fine, kita tengoklah siapa yang cair...”







BAB 16
“Fine, kita tengoklah siapa yang cair...” Masih terngiang-ngiang suara Sara di cuping telinga. Jelas. Tak tahu nak cakap apa lagi. Memang dah jelas siapa sebenarnya yang akan cair.

“Nak makan tak?” tak terfikir pulak yang auntie Mariam ni jemput rumah yang dekat blok sebelah sana jugak. Gadis manis depan dia ni tak cakap pulak yang dia balik rumah minggu ni. Lagi best, adik sendiri yang baru dapat hidayah tu pun tak cakap yang bakal kakak ipar dia ni balik dan memang sama-sama janji nak datang kenduri ni. Kuat benarlah bonding adik-kakak ipar ni. Aku pun diletaknya kat belakang. Idzhan mengeluh.

Idzhan angguk lantas bangun menuruti langkah si gadis manis berbaju kurung moden hijau pucuk pisang dengan selendang senada. Dan bunga daisy kecil yang disemat di tepi pipi pada selendangnya. Wilda ni memang cantik ke atau apa? Kenapa dia ni bila pakai apapun, warna apapun, semua nampak sempurna. Ini ke yang dinamakan cin...ta... Wargh!!! Idzhan buat ayat merah jambu macam ni? Gila ke apa?

“Han!”

“Hah!” riak muka terkejut.

“Mengelamun pulak.”

“Mana mama kau?” Idzhan melebarkan pandangan mencari kelibat mama Wilda. “Tak nampak pun. Tak nak makan sekali ke?”

“Mama dengan auntie Mariam. Rapat sangat diorang tu. Banyak benda nak cerita tu.” Wilda dalam barisan berhampiran meja buffet menyendukkan nasi untuk dia dan Idzhan lalu dihulurkan kepada pemuda itu. Idzhan manyambutnya senang.

“Eh, Sara tak nak makan sekali?”

“Aku suruh dia makan dengan ummi...” Memang pun. Itu pun tadi hampir je nak bergaduh sebab Sara nak join dia makan sekali dengan Wilda. Dah lama tak jumpa kak Wilda katanya. Lepas tu siap marah-marah Idzhan sebab Idzhan suruh dia makan dengan ummi dengan kawan-kawan ummi yang sebaya. Tak muda langsung, kata Sara.

Balik ni, satu hal nak pujuk Sara. Selalunya kalau dia merajuk, dia tak akan bercakap dengan Idzhan langsung. Waktu makan malam ke, waktu tonton televisyen ke Sara buat tak tahu je macam Idzhan tak wujud walaupun Idzhan tengah bercakap dengan dia. Biasanya jugak, lepas adegan Sara buat tak peduli tu, Idzhan akan pujuk dia dengan duit. Hulurlah barang dua atau tiga puluh ringgit pun, Sara akan buat tak nampak. Itu kalau hati dia tengah panaslah. Sebab bila hati dia dah sejuk, dia sendiri yang akan ketuk bilik Idzhan dan bagi mukadimah macam ni...

‘Kira jadilah ye bagi tiga puluh tadi?’

Wilda menyenduk lauk pertama yang disusun di atas meja buffet ke dalam pinggannya. Baru sahaja hendak meletakkan senduk ke tempat asalnya, manusia belakang dia terus suakan pinggan. Wilda hampir tergelak.

“Senduklah sendiri...” Ada sengihan kecil di bibir Wilda.

“Cepatlah, nanti orang belakang ni marah...” Idzhan menggesa dengan senyum nakal.  Apabila Wilda bagi satu pandangan tajam, Idzhan hanya buat riak muka tak bersalah.

“Hish” Wilda akur. Ikutkan sahaja kehendak Idzhan ni. Kat sini pun dia nak atau buat drama. Nanti mama atau ummi dia nampak, buat malu je. Ngada-ngada betul idzhan ni.

“Wid...” Idzhan memanggil tatkalah Wilda sampai ke menu yang paling hujung, pencuci mulut.

“Mende?”

“Nanti sebelum balik jumpa ummi aku ye”

Nasib baik tak terbalik pinggan. Fuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2010 08:53 AM | Show all posts
so sweet... ermmm...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 11:09 AM | Show all posts
ada novel baru , boleh mula baca
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 08:42 AM | Show all posts
best...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 09:14 PM | Show all posts
dah tukar tajuk??
ingatkan novel baru tadi....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.633871 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list