CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16305|Reply: 127

AME2021: Fesyen Siapa Paling Lit?

[Copy link]
Post time 30-5-2022 02:05 PM | Show all posts |Read mode




Industri seni kreatif kembali rancak dan meriah selepas dua tahun sepi gara-gara terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan virus Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada 2020.



Malam semalam (Ahad), telah berlangsungnya majlis Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) yang dihadiri ramai selebriti tanah air dan menjadi kebiasaan bagi artis tempatan untuk 'melaram' dengan gaya penampilan pilihan masing-masing.



Sejak malam tadi, nama usahawan kosmetik Datuk Seri Vida sudah mulai tular gara-gara memperagakan pakaian berwarna pink serta tudung yang dipintal seperti rambut yang diikat tinggi dan kemudian ditocang. Bagaimanapun, 'tocang' berkenaan mengingatkan netizen kepada karakter Majin Bu dalam cerita animasi popular Dragon Ball.



  





Pemilihan gaya oleh pelakon Nad Zainal yang memilih gabungan songket dan sari berwarna putih turut mendapat pujian ramai. Ia boleh dikatakan pilihan bijak.



Ketika selebriti lain tampil dengan fesyen 'rambu-ramba' dengan baju mencecah lantai, aktres bertubuh kecil itu pula tampil menarik dengan busana rekaan Seth dan Luna.



Sari berwarna putih disertakan dengan solekan dengan tahi lalat di tulang pipi membuatkan sesiapa sahaja yang sudah menonton cerita Gangubai menyamakan penampilan Nad dengan watak utama dalam cerita yang ditayangkan menerusi Netflix itu.



  





Sementara itu, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta tampil mencuri tumpuan apabila memakai busana rekaan Abu Shaef Hamza berwarna jingga menyala itu. Gabungan warna dan rekaan terutama pada bahagian bahu baju yang disambungkan dengan kolar tinggi seolah-olah kelopak bunga itu membuatkan dia tampil menyerlah dibandingkan tetamu lain.



Bagaimanapun, mengenali Che Ta, dia sememangnya seorang selebriti gemar bergaya. Tidak hairanlah jika dia memilih fesyen menonjol ketika menghadiri majlis anugerah. Lihat sahaja baju rayanya, semuanya nampaknya ekstra!






Turut berkesempatan hadir pada majlis itu adalah pelakon meningkat naik, Nadhir Nasar. Memakai pakaian serba hitam, aktor yang mulai menjadi sebutan selepas mempamerkan corak lakonan mantap menerusi drama iTanggang itu turut memakai celak pada bahagian bawah mata sebagai pelengkap gaya.



Melihat gaya yang ditampilkan, ada yang menyamakan fesyennya karakter dalam filem Matrix bagaimanapun disebabkan dia memakai serba hitam dengan celak tebal, Nadhir kelihatan seperti 'grim reaper'.





Aktor Hun Haqeem pula kelihatan santai dan selesa memakai kemeja dan seluar putih dilengkapkan dengan 'outer' kimono. Walaupun kelihatan 'simple' jika dibandingkan dengan tetamu lain yang bergaya lebih menonjol, tetapi jejaka yang sinonim dengan watak Jekfer menerusi siri Kampung People itu tetap menerima pujian.








Selain nama-nama yang disenaraikan di atas, antara selebriti lain yang busannya menarik perhatian adalah Uyaina Arshad, Bunga, Mimi Lana, Syafiq Kyle dan ramai lagi.



  



  



  




Busana siapa paling menarik di mata anda? - CARI









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2022 02:17 PM | Show all posts
Yang pakai tudung lagi over dari yang tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Fesyen berlebih2an utk yg bertudung..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 02:23 PM | Show all posts
comel jugak dress nad tu, tak la serabut dengan rumbu ramba.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Artis malaysia semua feeling nk tiru fesyen hollywood tp kedekut nk keluar bajet,sudahnya semua jd mcm hantu bungkus aje..lain kali klu nk berfesyen jgnlh kedekut keluar bajet.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 02:26 PM | Show all posts
Awat jekfer cam Wan Kenobi tak jadi? ...

Nek Ta... cam carrot berdaun je. Burok k... ngan tek tersembol cam bantal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2022 02:27 PM | Show all posts
Iolls terpaksa jujur dengan Cik B. Cik B ni jangan la di fesyen kan dengan pakaian & mekap yg bukan2. Serious buruk & hodoh. To be honest Cik B memang tak cantik. Tapi tak bermakna sheolls tidak sedap di pandang jika sheolls minimalist kan pakaian & mekap dia. Dont care la duit sheolls berkoyan2 dari iolls. Tapi iolls pon takde la cetek akal nak membadutkan diri sendiri!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 02:30 PM | Show all posts
Eh Astrok ... AME ni prasan nak jadik Met Gala ker aper?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2022 02:31 PM | Show all posts
sorry
tgk tang awal je sampai lagu KRU dan Dato Norman keluar
lepastu layan tom cruise
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 02:34 PM | Show all posts
Prickford replied at 30-5-2022 02:27 PM
Iolls terpaksa jujur dengan Cik B. Cik B ni jangan la di fesyen kan dengan pakaian & mekap yg bukan2 ...

Tengok la maknyer fesyen da gaya camne.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 02:45 PM | Show all posts
Lain sgt muka Nad Zainal
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 03:34 PM | Show all posts
Sikit je gambar tt tepek
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua pakaian terok. Ceke ta ..jahitan tu terok yg kat atas tu..
Sorry tak pandai bab ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
mimi dgn capik tu tak putus pn kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 03:44 PM | Show all posts
asal artis mesti over...

hahhaha...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 03:47 PM | Show all posts
bila AME ni??awat aku x tau?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2022 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya ampun Cik B n mak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde lagi yg mampu lawan ikon terpaling
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols geli tgk fesyen maknil semalam. Dgn ropol2nya. Better pakai dress terus kalau hati tu meronta2 nak drag sgt yach? Apapun tahniah utk heshe atas penghormatan anugerah living legend tu. Very well deserving
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak panas ke korang pakai berlapis2 mcm ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.067293 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list