|
|
Mari Share Kisah2 Pendek Yg Pelik/Seram/Unik Dari Serata Dunia
[Copy link]
|
|
|
Edited by ipes2 at 27-6-2022 04:08 AM
ini cerita lama yang tidak habis; ie ianya hanya dilaporkan dan tidak ada conclusion. ''saya'' adalah pencerita (Ini Bukan Isteri Saya)
bebarapa tahun lalu, seorang lelaki (omputeh, american) bercerita suatu benda pelik berlaku padanya. lebih specific , ianya berlaku pada isterinya. isteri dia ini adalah traditional wife. balik kerja, masak2 jaga rumah dan lepak dekat rumah sahaja. tiada anak; tidak keluar2, dan tidak banyak bersocial eg kluar dgn kawan2 tengok cinema ke apa etc. pakaian dia pun tidak trendy. ie wife dia ini tak banyak songeh dan kerenah. lebih family-orientated. dan tak pernah pun kuar on short breaks tanpa hubby semacam plan kawan2 dia kali ini.
suatu ketika kawan2 tempat kerja ajak dia pergi lepak kat cabin dalam hutan ke apa pada suatu weken, kiranya friday saturday sunday atau maybe lebih lama sikit. wife dia ni tak lah nak sangat pergi, sebab dia tidak senang dgn activities sebegini. tetapi hubby ni encouraged dia. maybe dia nak jugak wife dia jadi out-going etc. juga, utk buat isteri dia lebih banyak beractivities dan bercharacter sikit. lagi pun, hubby nya kenal dgn wanita2 dalam group yang nak kuar bercabin ini. so friday petang lepas keje, wife balik keje tukar pakaian dan amik beg yg dah dikemas2 lalu kawan2 dia pun datang ambik ptg tu dan depa drove away, dan wife ni agak reluctant jugak lah, ie bukannya melompat2 happy nk pegi, malah katanya sapa nak jaga rumah nanti etc. lupa how long tetapi only few days je lah.
few days after, kawan2 tadi arrived depan rumah mereka selepas bercabin, dah malam dan dropped wife tadi kerumah, dan hubby tengok kot tingkap depa pelok2 said goodbye dan kawan2 tu pon belah...
dan kini few aweks after, hubby ini tanya saya. boleh tak i nak confide dgn you; tolong jangan cerita kat orang lain. saya agak terkejut tapi menjawab, ya boleh je, apa hal? lalu dia bercerita dengan suara rendah dan takut2, hingga saya pon takut. katanya: yang dikembalikan dari trip ber cabin hari itu, bukanlah isterinya.. saya tak faham. dia explained; dia kata, ada benda2 kecil yang hanya dia sahaja boleh notice, bahawa itu bukan isteri dia. saya kata awak ni ridiculous., apa bukti. kelakuannya lain, tetapi kelainannya sikit sahaja. routines nya seolah sama bagi org yg tidak akrab dgn isterinya tetapi jika org itu akrab, akan notice ada sedikit benda2 yang berbeza. stylenya, dan ingatannya tentang hubby pun macam berbeza; seolah isteri tadi tidak berapa kenal hubby nya dan mula belajar tentang perkahwinan mereka sedikit demi sedikit dari pergaulan harian saja. juga paling negri, katanya kadang2 isteri dia ini akan berdiri tercegat memandang jauh kedepan tidak bergerak. dia ada tanya secara indirect pada kawan2nya adakah apa2 yg pelik berlaku tetapi depa kata tak ada pun.
semalam, dia terbangun tgh mlm, ternampak dari tingkap tingkat atas dalam cahaya bulan: ''isteri'' nya tercegat berdiri tak bergerak di backyard mereka sambil memandang langit. now, dia sangat takut pada berseorangan di rumah dgn ''isteri''nya... saya tidak tahu bagaimana ingin membantu
(i tak tahu apa kesudahan cerita ini yang dikatakan benar berlaku)
sesiapa yg boleh update silahlah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ha dah ada cerita baru tu.
sila lah enjoy dan komen
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
oh macam dalam movie, ending dia? ada movie ending dia...dia lalui rutin sama je dgn isteri dia tutapi lama lama isteri jadi sangat menakutkan dan membunuh semua org dirumah itu
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
I penah share citer ni kat porem masa awal-awal i berporem dulu tapi i pun dah ingat-ingat lupa so I recalled mana yg I ingat ye.
Kisah Pak Jabit 1
Zaman I belajar dulu, I ada sorang kawan lelaki. Dia ni hobinye suka kumpul cerita hantu dari orang. Tak sure die bukukan ke tak. Kisah yang dia share ni adalah apa yang dia dapat dari sorang pemandu teksi kat stesen komuter UKM, kita namakan dia Pak Jabit (bukan nama sebenar). Dulu, circa pertengahan 2000an, masa I amek degree kt UKM, kitorang punya pengangkutan utama intercity ni adalah komuter, sebab sebelah je kan. Tapi kalau nak ke komuter atau balik UKM ada beberapa pengangkutan utama, bas UKM ikut jadual die camne, bas tambang tapi yang ni kene tunggu kat luar la pastu teksi. Teksi zaman tu plak tak pakai meter, dia caj (ke cekik?) sorang student RM6 pastu die jenis tunggu teksi penuh baru dia nak masuk UKM. Alasan, nanti keluar UKM takde orang nak naik teksi dah. hhhmmm
Tapi Pak Jabit ni lain sikit. Pak Jabit ni dah masuk umur pencen dah pun. Tapi tak sampai setahun pencen, isteri Pak Jabit pulak meninggal dunia. Pak Jabit mula kesunyian duduk seorang diri, jadi dia pun decided nak bawak teksi semula. Kalau belah siang Pak Jabit takdelah sunyi sangat, sebab siang-siang kan orang tengah aktif, Pak Jabit nak berkebun pun senang, tapi bila dah masuk malam, masa tulah Pak Jabit start rasa sunyi. Bini dah takde, anak-anak pulak dah duduk jauh, jadi Pak Jabit bila malam dia akan keluar memandu teksi. Pak Jabit tak kisah pun bab untung rugi bawak teksi, yang penting malam-malam Pak Jabit terisi.
Anyhoo, ada satu malam tu, Pak Jabit ni tertido dalam teksi. Tengah syok tidur tu, Pak Jabit dikejutkan dengan cuitan di bahunya. Oh rupa-rupanya ada seorang lelaki dah masuk teksi dia. Pemuda tu duduk di tempat duduk belakang. Lelaki tu lelaki Melayu, umur macam awal 20an. Pada mulanya Pak Jabit sangkakan mungkin dia ni pun student UKM gak kot, tapi bila Pak Jabit tanya nak hantar ke kolej mana, pemuda tu cakap dia nak balik ke satu kampung di Bangi.
Tapi, Pak Jabit tak berapa familiar dengan kampung yang pemuda tu maksudkan (masa ni Bangi memang banyak kawasan kampung tradisional lagi) tapi pemuda tu cakap takpe nanti dia boleh guide Pak Jabit jalan ke rumah dia. Pak Jabit pun start la fare teksi dia, masa ni Pak Jabit perasan jam dah menunjukkan pukul 12.11 tengah malam.
Pak Jabit pun ikut jelah direction yang ditunjukkan oleh pemuda itu. Pusing sana, belok sini, masuk kanan. Pemuda tu membawa Pak Jabit ke satu jalan pasir putih yang belum bertar, tapi bukan jalan kampung. Tapi jalan tu macam jalan di kawasan perumahan yang belum dibukak. Macam masih dalam pembinaan tapi banyak rumah yang dah naik dinding bumbung tapi belum dikemas lagi. Pak Jabit dah rasa cemas dah, ah sudah pemuda ni nak rompak aku ke, apehal bawak aku ke sini? Tapi walaupun taman tu belum siap tapi lampu jalannya dah dipasang, penuh pulak tu kiri kanan. Jadi takdelah gelap sangat tempat tu.
"Kalau pakcik nak tau, kat sini pernah berlaku kemalangan tau. Lori bawak konkrit malam-malam langgar orang bawak motor."
"Oh ye ke? Penunggang motor tu selamat ke?"
"Tak pakcik. Mestilah meninggal. Pemandu lori tu seret orang bawak motor tu, hancur sebelah badannya. Arwah tu lalu sini sebab sini jalan shortcut nak ke kilang dia."
"Ooohhh kamu kenal ke arwah tu? Kawan kamu ke?"
"Orang yang meninggal tu sayalah pakcik".
Automatik kaki Pak Jabit menekan brek. Terberhenti betul-betul di sebelah lampu jalan yang terang. Pak Jabit perlahan-lahan memandang ke cermin pandang belakang, ha tu dia.... pemuda yang dia bawak tu memang badannya hancur sebelah ! Tok Jabit bleh nampak kulit kepalanya macam tersiat-siat sampai nampak tengkorak. Bukan setakat muka dan kepala je, badan pemuda tu pun sebelah kanannya turut hancur. Baju yang tadi elok dah koyak rabak di sebelah kanan.
Pak Jabit tergamam ketakutan. Dia cuma mampu beristighfar banyak-banyak kali je. Bukannya dia taknak keluar tapi Pak Jabit kata masa tu dia macam kaku tak boleh buat ape. 'Pemuda' tu senyum-senyum je sampailah pemuda tu perlahan-lahan dia ghaib sampai hilang dari pandangan mata. Masa nilah Pak Jabit tekan minyak laju-laju jalan terus dan akhirnya memang jalan tu membawa Pak Jabit ke kampung yang 'pemuda' tadi tu nak pegi.
Pak Jabit nak balik tak tau jalan (masa tu Google Maps ke Waze ke belum famous lg lagipun Pak Jabit dah tua mana die reti pakai benda alah suma tu). Pak Jabit amek keputusan tido dalam teksi kat kawasan masjid. Esoknya tingkap kereta dia kene ketuk dgn tok imam, Pak Jabit pun ikutla solat jemaah Subuh. Habis solat tu sembang2 la ngan tok imam. Tok imam kata, memang betul dulu ada orang penah eksiden mati kt taman tu, taman tu agaknya nak kejar deadline jadi malam2 pun buat keje pembinaan lagi, tapi masa tu jalan tu gelap agaknya tak nmpk arwah kot. Sejak tu jugak nak cover kesalahan kot pihak pemaju cepat2 tegakkan tiang lampu. Tapi tok imam tu cakap, keluarga arwah tak dpt pampasan apa pun sebab jalan tu sebenarnya memang tak boleh masuk lagi.
Apepun Pak Jabit tetap tak serik-serik jugak nak jadik pemandu malam... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
adeh ngeri
bawak teksi berisiko tinggi esp dari penjenayah.
hantu pon
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
best semua cerita dalam ni
tak ada cerita lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ipes2 at 27-6-2022 04:12 AM
Ada: Bilik pinkIni dicerita oleh seorang wanita adult, berkenaan pengalamannya semasa kecil; cerita lama; entah dekat mana sy dgr, sy pun dah lupa. ''I'' adalah wanita itu, USA - Connecticut ke mana tah, lupa. Beberapa sahabat lama bercerita tentang kes2 pelik semasa kecil mereka. Ini kisah dari seorang wanita2 itu:
I still teringat dengan meremang bulu roma masa kecik, umur 4 5 tahun gitu, I ikut my parents pergi house-hunting. Pergi beberapa rumah untuk dibeli, sebab ayah I baru dapat kerja di State ini dan kami akan tinggal beberapa tahun di State ini.
Kali ini turn rumah yang agak besar tetapi agak lama untuk kita buat viewing. Rumah2 sebelum ini, mak I tak berkenan. I remember, I skipping2 sebagaimana budak2 perempuan lain dari luar rumah kedalam dalam ruang tamu rumah itu sambil tangan dipegang oleh mak; dan mak dan ayah dibawa dari bilik ke bilik dalam rumah kosong itu, sambil Estate Agent beri puji2an tentang bilik ini itu (sales pitch la tu kan?). Rumah itu kosong, ada debu2 sikit sebab telah lama tkde org duduk; furnitures semua tertutup dgn tarpauline.
Di tingkat atas, kami lalui satu corridor dan satu bilik tu pintunya terbuka. Malah, bilik itu ada lampu terang, sangat aneh. Bila kami lintas bilik itu, I tgk kedalamnya, dan nampak, seorang wanita 50-60an sedang bersolek perlahan2 seolah2 in slow-motion. Bilik itu pink, lampunya terang. Berbeza dgn bilik2 dan ruang lain, bilik pink ini seoalah2 tidak ditinggalkan dan seolah sedang didiami secara aktif! I kata kat mak, ''Mom, who is..'' Mak sy kata shush, senyap la org tua nk bincang dan mereka berlalu sahaja sambil tarik tangan I. Mereka tidak tegur-sapa pun wanita tu, dan mereka macam tidak terasa pelik pun kerana bilik itu diinap seseorang, seolah mereka tidak nampak! Semasa ditarik ke bilik seterusnya, I sempat berpaling kedalam bilik itu dan nampak wanita tadi pusing kepala perlahan2 dan melemparkan senyuman kepada sy sambil bersolek!
Dad I beli rumah itu, dan bila tanya mak, mak kata bilik pink mana pulak ni? Dan of course, bila kami pindah masuk, tiada pun bilik pink dalam rumah itu.
Kami tinggal bertahun2 didalam nya hingga I dewasa dan parents I tua. Satu ketika, bilik di tingkat atas itu ingin diubah suai dan workers datang. Mereka buang wallpapers dan kikis cat2 lama.. dan tentulah .. terserlah cat asal keseluruhan bilik itu dibawah semua2 itu sebelum workers sempat pecahkan dinding: warna pink terang yang pernah I tengok berpuluh tahun lalu!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
best cerita....
tq Dr Ipes..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sama2.. ada a few lagi yg saya recall yg org beritahu saya.
Nanti sy ceritakan in next 1 to 2 weeks insyaAllah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
I teringat ni citer hantu ke or just kelakar. Kami semua attend wedding cousin, malam dah habis tu uncle nak belanja minum ais kacang..dia kata jom gi RNR sy xingat, tapi area RNR baru dibuka. So 4 kereta pergi memalam tu like almost 12am dah..sampai semua pun lepak duduk and order..riuh la sbb RNR tu agak sunyi dan x ramai org...tetiba masa duduk and hirup ais kacang tu ada salag sorang cousin nk gi toilet. So dia pegilah tanpa risau...after awhile nampak dia patah balik tapi steady je la ...xde nak berlari ke apa...but we noticed muka pucat. Kitaorg pun xde pikir apa...agaknya cousin yg ke toilet ni cerita kat arwah uncle (uncle ni baru meninggal tahun ni ) so uncle i ni mmg berani dan rupanya dia boleh nampak...selamba la dia gi toilet tu...dia kata mmg betul ada mahluk kat toilet tu..baju lusuh,rambut panjang kat penjuru toilet berdiri tegak. Uncle pun cakap ...kau jangan kacau nanti aku belasah. Dipendekkan cerita yg lain continue borak bila dah balik baru uncle citer RNR tu keras...hmmm area selepas kulai x silap...so moral of the story jgn gi toilet sorang sorang if memalam
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kisah Pak Jabit 2
Peristiwa ni berlaku tak lama lepas kejadian pertama tu. Sebenarnya lepas kejadian tu agak lama lah jugak Pak Jabit ni tak memandu teksi sebelah malam. Sebab asyik terbayang-bayang 'pemuda' yang muncul dalam teksi dia malam tu. Sebaliknya Pak Jabit mula fokus nak mendekatkan diri dengan Tuhan. Lama kelamaan semangat Pak Jabit kembali pulih dan dia pun mulalah memandu teksi lagi, cuma kali ni tak sekerap dulu, kadang-kadang kalau bosan sangat barulah Pak Jabit ke stesen komuter UKM tu tunggu pelajar turun komuter.
Malam tu normal je, macam malam-malam biasa. Kat stesen komuter UKM tu ada kedai makan tempat Pak Jabit dan geng teksi lain melepak sementara tunggu pelanggan. Datanglah seorang budak perempuan ni, pakai baju kurung ungu, tudung sarung paras dada, menjinjit sebuah beg pakaian menyapa pakcik-pakcik teksi tu. Budak perempuan tu tanya, boleh tak bawak dia pergi ke kampung toooottt. Pak Jabit perasan oh dia pernah pegi lah kampung tu jad dia pun tawarkan diri naik teksi dia.
Dalam perjalanan, Pak Jabit ni pun bersembang-sembangla dengan budak perempuan tu. Nama budak perempuan tu, Aida. Sajalah sembang-sembang tanya dari mana nak kemana sekarang tengah belajar ke. Dari pemerhatian Pak Jabit, Aida tu peramah yang pandai bersembang dengan orang tua. Tengah rancak mereka berbual tu tiba-tiba Aida suruh Pak Jabit berhentikan kereta, dah sampai katanya. Padahal masa tu kawasan tu takde sebijik rumah pun. Yang ada hanyalah semak samun dan belukar setinggi manusia.
"Kau biar betul dik kat sini? Ada rumah ke?"
Aida tertawa kecil. "Ada pakcik. Pakcik je yang tak nampak".
Pada mulanya Pak Jabit agak keberatan nak turunkan Aida di situ, sebab kawasan tu agak gelap. Nak pulak Aida mintak diberhentikan di kawasan antara 2 tiang lampu. Tapi customer always right kan jadi Pak Jabit pun takkan nak melarang Aida pulak. Aida hulurkan sekeping not RM50 kepada Pak Jabit
"Eh banyak sangat ni dik. Pakcik takde duit pecah".
"Takpe pakcik, pakcik simpan jelah bakinya".
Pak Jabit dah rasa bersalah, sebab jumlah yang diberi tu terlalu banyak kalau nak dibandingkan dengan caj sebenar. Aida pun buka pintu teksi dan keluar menuju ke aras semak samun tu. Pak Jabit perhati je dari dalam kereta. Masa tu Pak Jabit takde perasaan was was ke ape ke, dia lebih rasa risau tengok Aida masuk dalam semak gelap-gelap macam tu.
Bila Aida dah betul-betul hilang ditelan semak-samun dan belukar tu barulah Pak Jabit memandu pergi dari situ. Pak Jabit terus balik rumah tidur.
Esok paginya, Pak Jabit nak pegi ke pasar. Pak Jabit ni ada habit, dia suka tinggalkan dompet dalam kocek seluar yang dia dah pakai. Esoknya Pak Jabit pun capailah dompet dia. Terkejut Pak Jabit aik kenapa dalam dompet dia ada sekeping daun kering? Mana pulak datangnya daun kering ni? Malam tadi kali terakhir dia pegang dompet masa nak masukkan tambang dari Aida.......
Lepas tu baru Pak Jabit teringat, kampung yang Aida nak pergi tu adalah kampung yang dia pernah hantar 'pemuda' tu dulu. Jadi siapakah Aida sebenarnya? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah... Best2 cerita.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
gf yg bonceng mamat mlm kejadian tu

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
memang gitu habis dia
tu citer yg benar2 berlaku
British people biasanya tak buat2 ceirta dan mereka sincere dan tak dramatic macam Americans tu.
tgk kat bawah tu ie my next reply
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Faktor Orang Ketiga
Dulu semasa aku muda, dalam tahun 1996 (kisah ini dicerita tahun 2025), beberapa hari sebelum birthday aku, aku ada mimpi pelik. Tiba2 aje aku kat atas Gunung Everest! Kat puncak, dan snow tengah lebat, tapi aku rasa nyaman dan tidak kalut. Aku dapati aku berjalan diluar suatu khemah, jadi aku nyanyi satu lagu (lagu tu ialah lagu dulu2 yang org puteh yang orang nyanyi di Tennessee) supaya orang dalam khemah tu tahu ada orang di luar khemah.
Aku dapati, 2 pendaki dalam khemah tu berada dalam ketakutan yang amat sangat. So, aku duduk bersama mereka sebentar, dan tenang2kan hati mereka; lepas tu aku berlalu. Beberapa tahun selepas tu, aku terbaca tentang 2 pendaki gunung yang mati kerana terpaksa stop dan pacak khemah di aras terlalu tinggi di Gunung Everest. Bila aku baca date nya, ianya berlaku beberapa hari sebelum birthday aku pada tahun 1996. Walaupun aku terpinga2 hingga kini, namun aku harap di akhir hayat mereka, aku telah menenangkan mereka sekejap.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Minta Maaf
Suami pertama aku ni bercerai dari aku. Suatu masa dulu di satu malam, aku termimpi, dia datang ke rumah aku dan ketuk pintu. Bila kau buka pintu, aku tengok dia sangat letih seolah sudah mengalah pada tekanan dunia, dan dari sorok matanya, aku tahu mata itu seolah, akhirnya, ingin meminta maaf dari aku. Dan tentulah aku maafkan, dan aku pelawa dia masuk.
Semasa bersama dulu, feveret past time kita berdua ialah baring terlentang atas katil dan borak2 kosong berjam-jam. Dan kami pun buat lah begitu, berjam-jam. Secara beransur2, tingkap di kaki kami mula dipenuhi cahaya terang. Lama kelamaan ianya menerangi kami dan aku tersedar dari tidur. Tiba2 telefon berbunyi. Bekas mak mentua aku dalam histeria kata ex-husband aku telah dibunuh orang malam tadi.
Baru aku faham, dia datang ingin meminta maaf sebelum dia berlalu. Dia ada drug problem yang dia tidak beritahu aku dan dia tidak berada di tempat terbaik di dalam hidup nya. Namun aku rasa tenang, kerana aku bersamanya semasa dia pergi selamanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
wah ada cete baru beshhh nye
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ha bacalah.. kot kot hanya scan scan je
ini cerita benar semuanya tau
takde yg urban legend yg di tulis balik ke apa
dah baca ke dua cerita baru ini?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|