CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shanew3stgalz

CUN by OSMAN ALI

  [Copy link]
Post time 1-4-2011 12:23 AM | Show all posts
Dah tgk cerita ni.
Pada aku cerita yang agak membosankan, boleh duduk sama2 atas kerbau...org kampu ...
sLapshock Post at 31-3-2011 23:56


laaaaa.  korg ni. tgk trailer dah tahu cerita ni macam mana. mana ada org kg duduk atas kerbau. itu sj utk menjadikan kontroversi. sj  buat scene panas yg sejuk. remy dengan maya mmg bad combination. tp 'in real life' mereka mmg 'real combination'. fhm2 ja la gosipppp shhhhhh mereka tu.waka waka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2011 03:04 AM | Show all posts
Reply 81# sLapshock


   aku dah tengok tadi. best giler. yg aku pergi tengok lepas aku baca kat urtv huzz bagi ulasan best giler kast filem ni. siap bagi 4 bintang lagi. Aku kalau nak tengok filem melayu, aku suka baca komen si HUZZ ni coz dia punya ulasan kira boleh caya lah beb! Memang lepas aku dah tengok sendiri, memang aku serongok sesangat beb! aku punya gelak tah sedar diri masa part happy happy dalam filem ni, lepas tu bila masuk part sedih, air mata melelh tak sedar....lakonan memang cemerlang lah especially lakonan faezah elai, remy ishak dan nadiya nisa yang jadi budak terencat tu. Kartina aziz pun best giler lah! maya kira ok lah watak macam tu....tak terlalu mencabar tapi sweet nak mampos bila tengok dia tackle remy masa tuang air susu dalam gelas sambil kenyit mata tu! tersentak remy sekejap! hahaha!
tak bosan lah filem ni! memang sumpah best!
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 03:07 AM | Show all posts
Reply 82# jellyjelly




Osman memberikan satu nafas yang berbeza menerusi CUN!, sekiranya ingin dibandingkan dengan Anak Halal, hasilnya sebelum ini bersama Tayangan Unggul. Masih berkisar tentang kehidupan dan percintaan, CUN! adalah satu nakhah komedi romantik ringan yang masih kuat dari pelbagai segi.

Cerita yang ingin disampaikan bukanlah sesuatu yang baru. Kisah pertemuan seorang selebriti dan orang biasa pernah digunakan dalam filem seperti 'Notting Hill' (Julia Roberts & Hugh Grant) dan 'The Holiday' (Kate Winslet, Cameron Diaz, Jude Law & Jack Black). Jadi kalau nak diukur dari segi originaliti cerita, mungkin bukan sesuatu yang wajar. Walaupun CUN! dibentuk dalam acuan yang serupa, tetapi hasilnya berbeza dan mempunyai rasa Malaysia yang baik. Osman berani menjentik isu kegigihan pihak media untuk meburu cerita selebriti secara melampau dan sanggup untuk menjaja maruah mereka demi kepentingan sendiri. Walaupun isu bahana media sebegini pernah ditonjolkan dalam drama 'Pengantin Popular' atau drama-drama lain atau juga filem 'Diva Popular', namun ianya tidak ‘seberat’ apa yang ditonjolkan dalam filem ini. Ternyata, sikap selfish yang wujud dalam diri individu media mampu untuk mengubah atau merosakkan kehidupan mereka yang dijaja ceritanya.

Watak-watak yang diwujudkan dalam filem ini mempunyai kekuatan tersendiri. As Luna, Maya successfully able to portray gejolak jiwa seorang selebriti yang diburu media dengan baik. Namun begitu, I personally think, acting ability Maya tidak tercabar dengan watak ini. Dan juga tiada perubahan ketara dari segi tonasi dialognya yang kadang-kala masih lagi terdengar slanga yang sedikit mengganggu. It was not as bersahaja as it should have been. But to me, Maya’s strength as an actor lies on her ability to convey the emotions through her eyes. Mainan matanya cukup untuk dijadikan medium beriteraksi . Itulah yang membuatkan Maya layak diangkat sebagai salah seorang pelakon hebat, walaupun sering dipertikaikan slanganya.

Namun begitu, kecantikan lakonan Maya ditenggelami oleh lakonan hebat Faezah Elai sebagai Tom. Tom mempunyai perwatakan sedikit ganas pada luaran tetapi dia sebenarnya seorang wanita yang lembut hatinya. Faezah memainkan kartekter tersebut secara bersahaja. Dengan lontaran dialognya, Faezah berhasil untuk membuat penonton percaya dia adalah Tom dan mampu mencipta hilaian tawa dengan aksinya. I first gave my attention towards her acting waktu menonton drama TV ‘Anak Mamak Menantu Mami’. Mungkin kebolehannya bertutur dalam dialek utara telah membantu Faezah untuk berada dalam elemennya sendiri dan tampak beraksi dengan selesa. Lakonan Remy tiada yang menonjol. Tetapi kelebihan Remy sebagai pelakon adalah beliau senang untuk adapt dengan sesuatu watak dan mempunyai aura yang boleh menarik penonton untuk terus menonton hasil lakonannya. Praise should also be given to Nadia Nissa. Memainkan watak gadis kurang upaya akal, Nadia pandai menonjolkan karekter dengan cemerlang sehingga mencipta simpati penonton terhadapnya. A film like this will not be completed if there are no bad guys.

Mislina, Jehan dan Ning Baizura masing-masing tidak mengecewakan untuk membuat penonton berasa meluat dengan karakter mereka. Walaupun ditulis sebagai watak-watak ‘hitam’ yang memisahkan Luna dan Atan, tetapi elemen komedi tetap wujud dalam watak mereka. Terutama dari segi pemakaian mereka yang agak over. Mungkin nak tonjolkan, bahawa orang-orang gemar memang gemar menjaga penampilan, tetapi tidak tahu untuk menjaga hati dan fikiran.

To me, if I want to criticize dari segi plot, mungkin boleh dirasakan agak kurang logik pada awalan cerita di mana Luna yang telah menawarkan diri ingin ke kampung Tom tanpa Tom bercakap mengenainya. It seems like, Luna has been there or maybe Tom has always talked about it. Tapi Tom ada cakap yang dia dah lama tak balik kampung kan? If Tom yang memberikan cadangan tersebut, mungkin kelihatan lebih yakin. Plot sewaktu di kampung juga mungkin agak too good to be true. Seakan mudah untuk Tok Chah dan Manis menerima Luna yang nyata orang asing bagi mereka dan juga agak mudah Luna melupakan perasaan sayangnya kepada Ryan. Luna kelihatan agak relax untuk wanita yang baru ditipu, mainan perasaan tidak berapa ditonjolkan. Or maybe Luna dah tahu Ryan memang curang, jadi insiden kali terakhir itu meyakinkan dirinya untuk lari? Mungkin. Kalau disoal isu cinta Atan dan Luna juga, tidak nampak dengan jelas apa-apa situasi atau perkara yang menjadi titik besar untuk Atan jatuh cinta kepada Luna melainkan kecantikan paras. Mungkin sikap sopan dan kebolehan Luna untuk menyelesakan dirinya dengan kaum keluarga Atan yang telah membuat Atan feeling baek punyee! But then again, that is just my guess.

Jujurnya CUN! bukanlah satu karya yang boleh dijadikan sebagai medium yang kuat untuk mendidik penonton, tetapi ianya lebih kepada satu nakhah hiburan yang benar-benar menghiburkan yang mempunyai kritikan sosial yang tersendiri. Siapa makan cili, dia rasa pedas. Kritikan yang dilontarkan tidak terlalu in your face sehingga boleh penonton teka siapakah gerangan yang diperli tetapi dibuat secara subtle.Visual warnanya cantik, dan permainan skripnya menarik. Dan mungkin wajar juga filem dijadikan tanda aras untuk penulis yang lain, kalau ingin membuat komedi romantik, buatlah dengan seperti ini, biar ade taste. Contoh lain Bernard Chauly's 'Pisau Cukur'. Tidak perlu terlalu mencuba untuk membuat lawak-lawak bodoh yang memperbodohkan penonton. Ye, penonton gelak sebab kelakar, tetapi penyampainnya menjelekkan.

Dalam pada sibuk industri filem kita dihujani dengan pelbagai filem aksi, seram dan komedi bodoh, CUN! hadir, mencuba untuk mencuri perhatian. Osman bijak untuk menampilkan pasangan pelakon yang dikhabarkan bercinta sebagai bintang utama, sekaligus menarik perhatian penonton untuk membeli tiket dan  menyaksikan sendiri kimia yang wujud antara Remy dan Maya Karin.

Secara keseluruhan, CUN! patut diberi pujian. Lakonan secara berkumpulan yang cemerlang dengan cerita yang menarik, cukup untuk membuat penonton terhibur. I watched this film about 2 weeks ago, but until now, I can actually remember some of the scenes and able to do this review. I think maybe that is enough untuk buat orang tengok lebih daripada sekali? Perhaps.

CUN! opens today, 31st March 2011.

Read more: http://tekanplay.blogspot.com/2011/03/cun.html#ixzz1IC8A0YLN
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 03:08 AM | Show all posts

CUN - Filem Mesti Tonton 2011!

Post Last Edit by siti_tempayan at 1-4-2011 03:11

http://www.mohdhaiqal.com/2011/03/cun-filem-mesti-tonton-2011.html

MAR 31, 2011; POSTED BY POSTED BY QARL | AT 1:37 AM |

Salaam and hola to all,


Hari ni secara official filem CUN ni release kat cinemas all over Malaysia. Sebuah lagi masterpiece Osman Ali. Qarl sgt tertunggu2 buah tangan terbaru Osman Ali ni actually. Kali terakhir, dalam 2007/2008 Osman Ali tampil dengan filem Anak Halal, sebuah naskhah yang cukup hebat! Tengok 10 kali pun still layan filem tu. And melalui filem Anak Halal lah, Qarl dpt nmpk kehebatan lakonan Bront Palarae, Zul Huzaimy, Fizz Fairuz, Fizz Fairuz, Remy Ishak. Ternyata sekarang mereka ni dah ada nama besar dlm dunia perfileman mahupun drama di Malaysia.



Berbalik pada CUN, Qarl sempat attend press screening last two weeks kat Berjaya Times Square. 1st thing yg Qarl perasan adalah senarai tajaan. Wow, meriah tajaan filem ni. Dari my fav. susu uht - HL, MAC, Astro, Al-Ikhsan dan byk lagilah. Mungkin sebab pelakon yang terlibat dalam filem ni nama-nama besar dalam industri. Well, Remy Ishak, Maya Karin, Ning Baizura, Marsha, Jehan Miskin - ada sapa-sapa yang tak kenal diorang ni?



What about the film? Frankly, Qarl sgt2 berpuas hati dgn filem ni. Definitely akan ada my 2md and 3rd time layan movie ni kat panggung. Filem yang sgt2 menghiburkan, elemen komedi tanpa perlu lawak slapstik, adegan romantik yang nampak real, lakonan over acting beberapa watak yang selari dengan kehendak skrip i guess, sinematografi yang cantik (lama dah xda filem2 scenery desa tercinta ni) and storyline yg mudah difahami dan mesej tersirat yang sampai! Itu paling penting!



Wow - mesti ada yang akan beranggapan, filem ni almost perfect! Well, xperlu Qarl nk deny yg filem ni mmg best. Golongan remaja, dewasa hatta kanak-kanak pun pasti akan terhibur. Dari aspek lakonan, Faezah Elai (Kuntom) adalah yang paling menonjol antara semua. Percaturan yang bijak dan tepat! Lakonan Faezah Elai sangat meyakinkan dan tidak keterlaluan Qarl nk ckp, outstanding! Tahniah Faezah Elai! Remy Ishak (Atan) dengan loghat utara yang pekat. Wow - mengagumkan! Remy ni asal Melaka tp bleh bertutur dalam slanga Utara dengan cukup baik! Iniah yg dinamakan pelakon yang hebat, apa-apa watak pun boleh.


Maya Karin

Maya Karin? As usual, lakonan Maya baik. Gaya lakonan Maya sama macam dalam Pisau Cukur jugak. Inilah susah kalau dah banyak kali menang anugerah yang terbaik, even Maya bagi yang terbaik, penonton still nak more, more and more. Lakonan Mislina (Bedah Tonggek) dan Siti Nor Faridah (Eton Gebu) sudah tentu antara yang akan penonton ingati! Berkesan sungguh watak kepochi diorang. Penampilan over, make up over tapi kenalah dengan watak yang dibawakan! Scenes2 yang melibatkan diorang dua ni mmg xbleh blah! Bersedialah untuk ketawa berdekah-dekah.

Nadia Nissa sebagai Manis pun antara watak penting dalam filem ini. Manis actually yg menjadi orang tengah yang menyatukan cinta antara Atan & Luna. Sebagai gadis retarded, Nadia Nissa berjaya menjiwai watak dengan baik. Owh ya, Ning Baizura sebagai Candy mmg menjengkelkan! Ini bukan bermakna tak bagus tapi cukup bagus. Bak kata orang, if pelakon tu berjaya buat kita rasa benci, marah, meluat, maknanya berjayalah pelakon tu bawa wataknya dengan cemerlang. Selepas Magika, kemunculan Ning dalam CUN ni berbaloi. Paling tak tahan masa scene last yang Ning bertegang leher dengan Maya. Find out sendiri!

So, overall, mmg best. Qarl leh guarantee korang akan terhibur. For sure gelak lebih dari sekali!

"Bila Hero kampung, cuba try test awek glamor!"

Mesti tonton! Qarl kasik 4.5 bintang!
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 03:37 AM | Show all posts
Reply 79# ra5101


   ko biar betul...aku tgk filem ni tadi, tak der langsonggg lagu org puteh...??? maybe kat dlm trailer astro tu jer kot......sumpah tak tipu.sumpah citer ni best siutttt!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 08:52 AM | Show all posts
korang.. citer nih BEEESSSSSSTTTTTTT sangat sangat sangat.. seronok tgk happy family mcm tuh, kalu jadi luna (motif perasan jd luna) pon harus jatuh cinta dgn atan tuh n jatuh sayang pd family atan.. semalam g tgk dgn encik beb. mcm bese ah encik beb membebel2 psl nak tgk melayu tapi bila da kuar panggung dia pon ckp not bad cite nih.. seme pelakon bwk watak dgn best.. tahniah CUN's crew...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2011 02:46 PM | Show all posts
Reply 86# siti_tempayan


    Mungkin lain versi kot, first dia pasang waktu mula2 maya blah dr kondo akibat kecewa. second waktu hari dah siang kat sawah waktu maya keluar dari kereta dia yg telah terbabas.

1/2 jam pertama tu memang teruja juga buat aku nak tengok terutama bila sampai kat kg Mata Ayer tu. Taktau pulak kat Kedah ada nama tpt Mata Ayer atau dalam bahasa halus mungkin membawa maksud marka. Setahu aku kat Perlis ada lah nama tpt Mata Ayer mungkin aku tak pernah pi kawasan tu. Yang paling best bila masing2 speaking loghat kedah yg pekat. Aku taktaulah samada org negeri lain faham ke tak. Cuma skrg nak cari masa yg sesuai utk tonton filem ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2011 03:25 AM | Show all posts
baru tgk tadi kat alamanda
jumpa maya n remy
diorang mmgf baik gile kan..
esp maya
mmg tak sombong...layan peminat elok sgt...
masa tu org gsc nak kepung2...
then maya cakap
kenapa kepung2 ni..bialah diorang dtg dekat

hehehe....
best gile

anyway movie ni mmg best
aku mmg tak suka tgk citer melayu okeh (sbb slalu kecewa)
last cite melayu aku tgk cte melayu kat yang..pisau cukur


aku suka menonton movie yang ringan2 mcm ni
tapi masa part manis nangis
dgn aku2 slalu nangis...

n paling rasa SWEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEETTTTTTTTTT
masa remy pandang maya dgn penuh rasa suka...
teringat zaman2...suka orang diam2..tapi tatau approach..so cuba nak carik gaduh

aku bagi 4.9 starz...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2011 03:26 AM | Show all posts
korang!!!! apa tajuk lagu slow dalam cerita ni ha??

bukan lagu remy dgn maya nyanyi tu
bukan lagu dangdut jugak

lagu slow suara lelaki nyanyi......
tu..
please....kalau sesapa tahu tajuk dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2011 11:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_shiwari at 2-4-2011 12:01
korang!!!! apa tajuk lagu slow dalam cerita ni ha??

bukan lagu remy dgn maya nyanyi tu
bukan lag ...
Duta lover Post at 2-4-2011 03:26


yg lagu omputih tu ke?

    time like these by foo fighters
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2011 05:03 PM | Show all posts
bukan lagu omputeh tu...
lagu melayu...
time part2 remy sedih mesti klua..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2011 07:17 PM | Show all posts
Reply 79# ra5101


    memang aku pun tengok yg kat astro 30 minit tu. Ianya memang bukan versi original filem cun. Itu hanya versi filem yg belum siap dgn musik sample untuk editing tapi aku rasa org astro atau tayangan unggul dah tersilap tayang filem versi tak siap kat jutaan penonton!
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2011 07:39 PM | Show all posts
tgk jalan cerita klise sgt.x de apa yg baru.sama mcm jalan cerita yusuf haslam dgn prof madya tu.

tp pengarah dia buat aku befikir, filem osman ali jarang mengecewakan.

kesimpulan nak tgk ke x..tgk ke x...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2011 09:35 PM | Show all posts
cerita ni mmg predictable....light movie
mcm kalau jadi cerekarama pun boleh

tapi dia bagi kau satu sense of security
ko takkan expect high
tapi ko rasa berbaloi sbb dia main dgn emosi..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2011 02:13 AM | Show all posts
byk komen kata citer nih best
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2011 02:26 AM | Show all posts
Reply 91# cmf_shiwari


    actually dalam filem nih tak der langsung lagu omputeh. semua lagu melayu....try korang tengokkat panggung...yang kuar kat astro tu versi yang separuh siap. astro tersilap tayang...!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2011 07:01 AM | Show all posts
sungguh x sedap. maya plg hodoh dlm filem ni. hero & heroin plak x de chemistry

lakonan teruk. yg boleh tahan sket lakonan kartina & faezah

tak nak ulas la pasal lain2. semua teruk. plot ke, skrip ke, editing ke, cinematography ke

tak berbintang dpd aku

lebih baik layan rango je td
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2011 07:16 AM | Show all posts
korang!!!! apa tajuk lagu slow dalam cerita ni ha??

bukan lagu remy dgn maya nyanyi tu
bukan lag ...
Duta lover Post at 2-4-2011 03:26


Lagu time maner?time remy petik gtar tong tu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2011 09:00 AM | Show all posts
baru tgk tadi kat alamanda
jumpa maya n remy
diorang mmgf baik gile kan..
esp maya
mmg tak sombo ...
Duta lover Post at 2-4-2011 03:25



   tak nampak lak ko....(mcm knl je )... aku pon g jumaat mlm...mmg tak tahu menahu lgsung remy ngan maya dtg... serius x sngka... dpt gak jmpe remy..... aah derang ramah sgt2....

btw, cite ni bestttttttttttttttt sgt....tp terkilan ada 1 part tu aku tertggl sbb kwn aku sibuk nak sms aku...ngah dok bls2 sms dia tu tiba2 dgr sume org gelak...adoyaii.... tertggl part kelakar...xtau apa yg kelakar masa tu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2011 11:44 AM | Show all posts
Reply 99# samshik


    bukan...bukan lagu time remy ngan faezah elai nyanyi tubackground music je
mcm lagu indonesian tapi cannot be sure sbb mebi indie band gak
lagu slow...

aku tunggu sampai habis nak tgk credit to lagu tu
tapi tak ada jugak
heih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.131249 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list