|
kakaka....neh mcm alis da mandrem si aril neh...kekekek...
hoi aril...kalau ikut si fendy tuh memang la ko neh spesis sengal...
tapi mintak2 dia bawk gi tempat2 kebajikan...umah anak yatimm ker..
hehhehe...n terserempak ngan alis kat stuh....huhuhuhu...
bila la masanya neh alis nak jumpa aril.....tak sabo aku... |
|
|
|
|
|
|
|
xda n3 ke cepatlah sambung x sabar nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan ler si fendi ni ajar aril benda yg bukan2.
X suka...x suka..
Aril...ko kena kuatkan iman. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik tiba di ibu pejabat, Alisya terus mengatur temujanji dengan Encik Shahrul. Dia perlu menerangkan segala situasi yang berlaku di Johor terutama hal penjualan palsu yang selalu diungkitkan oleh Unit Kutipan darinya.
Telefonnya tiba2 berbunyi, tanda ada pesanan ringkas yang masuk. Lantas, Alisya segera membelek.
“Akak…walau apa pun yang terjadi, Anaz tetap bersama akak..chaiyokk”
Alisya tersenyum lebar membaca mesej itu. Kasihan Anaz, semalam, sewaktu dia menyatakan bahawa dia perlu kembali ke Kuala Lumpur, Anaz terus tarik muka. Air oren yang selalu disediakan tiba2 bertukar masam.
Anaz..Anaz…Alisya mengeleng2kan kepalanya. Kadangkala, tingkah laku Anaz menjadi penghibur laranya. Anaz berupaya menghilangkan rindunya pada Aril. Lif sudah terbuka. Bilik Encik Shahrul segera ditujunya. |
|
|
|
|
|
|
|
”Bagi saya, Encik Habib menyerahkan kuasa kepada Cik Mastura kerana kredibiliti Mastura mendapatkan 5 jualan dalam satu hari di Johor. Jadi, di sini, saya nak maklumkan bahawa, penjualan yang sebenar Cuma 3. 2 lagi, adalah penjualan palsu. Saya ada bukti yang mengukuhkan kenyataan saya. Pertama, resit dan order form. Salinan pelanggan yang sepatutnya diterima oleh pelanggan sebaik menandatangani dokumen pembelian. Tetapi, dokumen2 itu, ada pada saya. Maksudnya, jika salinan yang sepatutnya berada di tangan pelanggan tetapi ada pada tangan saya, itu bermakna, pelanggan tidak komited dengan pembelian ini. Yang kedua, nombor telefon pelanggan yang tercatit di dalam order form adalah palsu. Sebagai bukti, pihak syarikat boleh cuba hubungi pelanggan untuk pengesahan. Ketiga, saya ada bawa buku daftar masuk pelanggan pada hari Sabtu tersebut, dan di dalam daftar masuk pelanggan ini, tidak terdapat nama 2 orang Datok ini. Jadi, saya rasa, syarikat berhak menimbang semula keputusan yang telah dibuat sebelum ini..” Alisya menyerahkan semua dokumen2 yang telah difotostatnya awal2 lagi kepada Encik Shahrul.
Encik Shahrul terdiam, sambil meneliti segala dokumen2 yang berada di depannya.
“Tapi, dari mana datangnya duit deposit sebanyak RM6000 tu?” soal Encik Shahrul gusar.
“Duit itu sebenarnya, baki duit daripada budget Advertising & Promotion yang telah diberi dalam projek ini. Saya telah selidik perbelanjaan duit tersebut, dan saya dapati, ada percanggahan resit yang dibuat. Saya telah menghubungi supplier yang terlibat untuk mendapatkan resit sebenar. Segala resit dan dokumen itu turut saya kepilkan bersama2 dokumen lain..” terang Alisya.
Encik Shahrul menarik nafas dalam2. Dia mengetap bibirnya, kemudian memandang Alisya, bekas auditornya.
“Baiklah Alisya, saya akan buat sedikit siasatan berkenaan hal ini. Dokumen2 ini akan menjadi bahan bukti dalam kes ini. Kami akan adakan domestic inquiry nanti. You tunggu saja keputusan itu dalam sedikit hari lagi…okay?” janji Encik Shahrul.
Alisya tunduk, akur dengan keputusan Encik Shahrul. Dia bangun beredar dari bilik Encik Shahrul. |
|
|
|
|
|
|
|
Alisya merenung jendela yang terbuka luas dari biliknya. Dia tidak tahu kemana hendak dituju siang tadi. Selepas keluar dari bilik Encik Shahrul, dia bercadang hendak menuju ke tempat kerjanya. Namun, sebaik ternampak Encik Habib dan Mastura beriringan keluar dari lif, dia terus berpatah balik. Tiba2 sahaja dia menjadi gentar hendak memandang Mastura.
Tidak tahu hendak kemana, dia terus pulang kerumahnya, menghabiskan masa dengan menonton TV sepanjang hari. Malangnya, semua cerita di TV, menyedihkan baginya. TV ditutup, Alisya berteleku di atas sejadah memohon pertolongan Tuhan.
Sungguh, dia tidak tahu apakah yang dilakukannya sekarang betul atau tidak. Dia tahu, jika dia membongkar rahsia penjualan palsu itu, bermakna dia mengkhianati janjinya pada Mastura. Dia menutup periuk nasi Mastura. Tapi, wajarkah dia membiarkan projek itu diuruskan oleh seseorang yang mendapatkan kuasa secara menipu? Wajarkah dia membiarkah Mastura terus2 menyakiti hati Puan Fauziah yang sedang sarat mengandung itu? Wajarkah dia membiarkan saja Encik Habib terus dibutakan mata hatinya dengan ilmu hitam yang dikenakan oleh Mastura? Wajarkah dia membiarkan semua itu berlaku dihadapan matanya tanpa dia berbuat apa2???
Aduh!!!Tuhan!!!!!kenapa semua ini harus berlaku padaku????Aril!!!!!!!!!!!!!Alisya menjerit di dalam hatinya. Airmatanya tiba2 terus bergenang dan melaut, lalu tumpah berjuraian kepipinya. Aku perlukan kau Aril!!!Mungkinkah apa yang berlaku sekarang adalah balasan kerana aku mengecewakan kau???Aril…aku sangat2 sedih sekarang Aril….bila aku boleh jumpa kau???
Aril….Alisya menyapu airmata yang tak henti2 mengalir dipipinya. Dia seorang yang setia pada kawan. Dia sangat2 menghargai persahabatan. Tapi, mengapa ini yang terpaksa dilakukan pada kak Mastura, senior yang sangat2 dihomatinya? Adakah ini pembalasan Tuhan atas perbuatannya menggantikan cinta Aril dengan persahabatan murahnya???Adakah kerana itu???
Hati Alisya menjeruk lagi. Sungguh, kalaulah Aril muncul di depannya sekarang, dia mahu terus2 memeluk Aril dan memohon maaf kepada Aril. Dia terlalu kejam membiarkan hati Aril terluka. Tapi….macammana dengan Carol? Macammana dengan tindakan Aril yang mengabaikannya sepuluh tahun sewaktu dia benar2 menanti kehadiran Aril dalam hidupnya?
Ahhh!!!Aril…kau pun susah hendak dibaca!!Kak Mas….kenapa kak Mas buat macam ni? Kenapa kak Mas buat saya macam ni? Kak Mas…saya minta maaf, kalau apa2 yang terjadi selepas ini, saya nak bagitau kak Mas…saya terpaksa buat semua ini kak…saya minta maaf sangat2…maafkan saya kak….
Alisya terus menangis keseorangan. Dia membiarkan sahaja airmata berjuraian kepipinya tanpa dikesat. Dia sudah penat hendak menyapu sendiri airmata yang sejak dulu ditahan2nya. Malam berlalu pilu. |
|
|
|
|
|
|
|
Aril meneliti calendar di depannya.Dia terdiam membisu tatkala melihat tarikh yang bakal menjelang esok hari. Air liurnya tersekat dikerongkong.
Alis….selamat ulang tahun sayang…. Yang tulus ikhlas…ingin sekali sekala dirinya di balas…walau hanya dengan dakapan di angin lalu…yang selalu memberi ingin sekali sekala jadi penerima…cukup dengan salam dan manis doa…aku ingin kau merasakan hebatnya cinta…dan leburkan saja serpihan calar derita..
Selamat ulang tahun sayang….kini kau bersayap pergilah terbang…rentaslah langit cita-citamu…harap nanti kita kan bertemu…
Selamat ulang tahun sayang….janganlah engkau tak terbang pulang…ku nanti penuh kerinduan…
Airmata Aril merembes keluar. Hiba hatinya kala itu. Calendar diambil, didakap di dadanya. Aril duduk di birai katil, merenung cermin di depannya. Tanpa sedar, lagu itu dilagukan. Moga2 Alisya mendengar…
Alis…selamat ulang tahun sayang….. aku doakan kau bahagia. Aku doakan kau akan selalu jadi yang terbaik. Macam masa kat sekolah dulu…kau adalah pelajar terbaik sekolah…dan aku yakin, mana2 kau berada pun, kau selalu jadi yang terbaik…
Alis….airmata Aril terus mengalir. Peduli apa aku lelaki ke pondan…lelaki pun nak menangis jugak…bukan ada orang tahu pun!!!Aril merebahkan dirinya, matanya dibiarkan terbuka. Dia mahu tidur. |
|
|
|
|
|
|
|
sedey...tapi nak sambungan lg... |
|
|
|
|
|
|
|
bila dorang nk brjumpa...?
lmbat lagi ke fizzi?
cpt2lah...pertemukan dorang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Alis….airmata Aril terus mengalir. Peduli apa aku lelaki ke pondan…lelaki pun nak menangis jugak…bukan ada orang tahu pun!!!
uwah statement ni buat haku gelak guling2 loooo ..kelakar siot.... |
|
|
|
|
|
|
|
LAMANYA X JENGAH SINI...... UDA DAH BANYAK KETINGGALAN NAMPAKNYA. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|