CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sixfullbar

S A R I T A - K A D A I - K U P I III: "..."

[Copy link]
Post time 4-8-2008 12:36 AM | Show all posts
baru balik dr kk! byk btul perubahan! positip off course. love OB! trasa mo balik kk for good seja bah. tp byk btul mo bukak shopping mall kan. ada sy tinguk suria sabah dgn time square lagik tu. wah! spending power org2 sabah sudah tinggi gitu. sybas!

my mission utk balik ada lah utk jalan2 n makan2 all d mknn yg sy rindu!

1st day:
CP - maju btul growball tu kan. minum YOYO!!
OB- mcm KL pula tau. org kl punya la gumbira ada Charles & Keith kena buka d pavillion. D OB rilex seja... knp Big apple teda duren duren?
Makan Kelapa pudding  n lokan bakar dkt sana poli
Karambunai - tinguk sunset
city mall - jalan2 carik mkn. beli2 barang d giant.
Tg aru - mkn jagung, wa tan ho, and sotong kering!minum avacado juice yg maha sedap!!

2nd day:
Wisma merdeka - makan macaroni d bits an bites
KK plaza - jalan2 seja. carik bantal leher yg bule tiup, mo pakai dlm flight kunun.
Pasar besar - udang kering, avacado 1kg, salak madu 1kg, amplang, kuih cincin. tidak d lupakan BAMBANGAN!!
CP - kfc n jumpa bestfren yg dua2 suda buncit!
kedai rm2 - tinguk2 seja. teda kan d cni
Shangri-La Rasa Ria - cantek!!! mcm mo kawen d cni!
Pasar mkn2 d piliphino market - makan nasik goreng, ABC avacado n beli sayur mayur
CP - tinguk movie the mummy return d growball kunun. pdhal tidur. sesat2 mo kluar. salah lif.

[ Last edited by  tomatosauce at 4-8-2008 12:40 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2008 03:14 PM | Show all posts

Balas #121 tomatosauce\ catat

uiyo..2 hari tu pack giler woo..berjalan saja
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 07:01 PM | Show all posts
bah mari kita buat gathering PC Fair sabahan gathering ! . bah six bila ko pigi pc fair kah ? . bah ada sumandak mau pigi pc fair . mana tau bulih kita berkenal-kenalan ha ha ha ha  .

bah six hari anam n i kita challenge psp juga sambil meninguk pc fair
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2008 11:00 PM | Show all posts

Balas #123 rhoyo\ catat

uiya..time kurang ngam bah   sia sibuk..mungkin sia dapat pigi pun pagi sabtu ja
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2008 11:20 PM | Show all posts
gud evening...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2008 10:42 PM | Show all posts
alo everyone!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2008 11:23 AM | Show all posts

Maraton pekebun halia

Oleh Mohd Azrone Sarabatin

BERJALAN sejauh tiga kilometer dan disusuli mendaki bukit setinggi 1,500 meter dari paras laut sudah menjadi rutin kehidupan harian penanam halia, Igging Angkangon, 48, dari Kampung Lotung, Tambunan, Sabah, sejak 30 tahun lalu.


Perjalanan jauh, panjat bukit, rutin harian pengusaha zingiber officinale ross di Kampung Lotung, Tambunan

Setibanya di puncak Bukit Lotung, bapa lapan anak berusia di antara 12 hingga 27 tahun itu berehat 10 minit sebelum memulakan kerja di kebun halia di lereng bukit berkecerunan 45 darjah. Pekebun kecil halia itu bertolak dari rumah seawal jam 5 pagi dan pulang 10 jam kemudian.

Halia atau nama botaninya `zingiber officinale ross' itu hanya tumbuh di lereng bukit yang tidak bertakung air dan memerlukan tujuh hingga 10 bulan untuk matang bagi membolehkan proses penuaian dijalankan. Ini bermakna pengusaha halia terpaksa melalui dua `larian maraton' menyukarkan iaitu berjalan jauh serta pendakian bukit untuk ke kebun dan terpaksa menunggu masa lama untuk menuai hasil. Demi menyara keluarga terutama menyekolahkan anak supaya berjaya dalam hidup menerusi pendidikan, Igging bersama lebih 500 keluarga pengusaha halia di 88 kampung di Tambunan tidak pernah mengeluh atau putus asa, malah terus menggandakan usaha meningkatkan pengeluaran kebun.

Kunjungan Berita Harian ke Kampung Lotung, sejauh 32 kilometer dari pekan Tambunan, baru-baru ini, memberi pengalaman berharga bagi penulis menyelami kehidupan 16 pekebun kecil halia di kawasan berbukit di Pedalaman Sabah itu. Laluan batu kerikil dan bukit curam memang menggayatkan bagi yang kali pertama mengunjungi kebun halia dan tanpa stamina, memang sukar untuk sampai ke kebun berkenaan namun tidak bagi Igging.

"Sejak berusia 18 tahun, saya sudah belajar mengusahakan kebun halia, bermula di Kampung Bundu, Tambunan sekitar 1978 sebelum berpindah ke Kampung Lotung pada 1998. "Saya mengusahakan kebun seluas 0.8 hektar yang menghasilkan tuaian sekitar 1.6 tan setahun. Ini bermakna saya memperoleh pendapatan tahunan RM4,000 atau purata RM333 sebulan. "Pendapatan kecil menyebabkan saya menjalankan kerja sampingan menternak ayam kampung dan menanam sayur untuk menampung perbelanjaan keluarga," katanya.

Halia bukan saja dijadikan rempah ratus dan ramuan dalam perubatan tradisional, malah ekstraknya kini banyak digunakan bagi perawatan dan kosmetik moden. Dalam pada itu, Pegawai Daerah Tambunan, Thomas Angor, berkata penanaman halia di daerah itu adalah sebahagian daripada strategi kerajaan negeri membasmi kemiskinan tegar. Katanya, sebahagian besar petani yang disenaraikan dalam Projek Penanaman Halia sejak lima tahun lalu meliputi Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) dan mula membuahkan hasil. Beliau berkata, petani yang tiada tanah dibenar mengusahakan tanah rizab padang ragut ternakan milik Jabatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JHPT) daerah untuk tempoh tertentu.


HASIL: Igging menuai halia di kebunnya di lereng Bukit Lotung, Tambunan.

"Pekebun memasarkan hasil kebun kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Sabah dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri yang datang dua minggu sekali ke pekan Tambunan. "Ketika ini, permintaan melebihi pengeluaran iaitu Fama dan LPP memerlukan halia 28 tan sebulan sedangkan pengeluaran hanya 20 tan dalam tempoh itu. "Setiap 0.4 hektar kebun halia mampu mengeluarkan hasil di antara 750 kilogram (kg) atau maksimum 1.5 tan sekali tuaian," katanya. Pegawai Pertanian Tambunan, Ritah Konolon, berkata semua pekebun kecil halia di Kampung Lotung adalah peserta Projek Penanaman Halia KIRMT untuk meningkatkan ekonomi mereka.

"Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 untuk penanaman halia berkelompok di tapak seluas 15 hektar di lereng Bukit Lotung. Mereka menerima pembiayaan penuh meliputi benih, baja, racun serangga, pondok rehat, tangki air dan pemasaran," katanya. Justeru, kaedah pertanian moden dan penambah baik produk berasaskan halia mampu meningkatkan ekonomi pekebun kecil halia di Tambunan yang dengan sendirinya menjadi sandaran terbaik meningkatkan ekonomi mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 11:30 AM | Show all posts
sia baru plan mo pi tambunan........arini terbaca pula artikel pasal tambunan..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2008 04:42 PM | Show all posts

Mengajar di tengah belantara


CEKAL: Rosmery Saimon, 12, (belakang), Madzlan, 10, Adzlan, 9, dan Malisa, 7, menghilir Sungai Kinabatangan dari Kampung Ulu Pinangah untuk ke Sekolah Kebangsaan Pinangah, Kuamut dekat Kinabatangan.


MENYEMAI budi mendidik anak bangsa di Kampung Pinangah, Kuamut dalam Parlimen Kibatangan yang jauh di tengah hutan terlalu jauh bezanya dengan mendidik pelajar di bandar atau pinggir bandar.

Tidak seperti guru di sekolah bandar dan pinggir bandar yang menerima gaji terus ke dalam akaun masing-masing, guru di Sekolah Kebangsaan Pinangah (SKP) dan Sekolah Menengah Pinangah (SMP), terpaksa memandu kenderaan pacuan empat roda sejauh kira-kira 200 kilometer (km) untuk ke Sandakan, semata-mata untuk mengambil gaji.

Akibat ketiadaan bank di pekan Tongod dan Telupid, mereka terpaksa melalui jalan tidak berturap sejauh 70 km dari Kampung Pinangah ke pekan Telupid sebelum meneruskan perjalanan di laluan berturap Ranau-Sandakan sejauh 130 km. Untuk membolehkan guru di kedua-dua sekolah berkenaan mengambil gaji, Jabatan Pelajaran Sabah memberikan cuti khas setiap Jumaat minggu keempat.

Di Sandakan, mereka berkongsi menyewa rumah yang hanya dikunjungi sebulan sekali. Jarak perjalanan yang jauh dan sukar menyebabkan mereka terpaksa bermalam di Sandakan sekurang-kurangnya dua malam sebelum bertolak pulang ke Kampung Pinangah pada Ahad.


TERUK: Jalan yang digunakan untuk ke bandar.


Di Sandakan, kenderaan pacuan empat roda dipenuhi pelbagai barangan dapur untuk kegunaan sebulan. Bagi Mohd Rizal Mohd Yusof, 26, guru tunggal dari Semenanjung di SKP, memijak bumi Pinangah buat pertama kali pada Januari 2007 seolah-olah membawanya kembali pada zaman 1970-an. "Selepas menamatkan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Institut Perguruan Kota Bharu, saya dihantar ke sini. Setibanya di Sandakan, saya dijemput oleh Penolong Kanan.

"Setibanya di kampung ini, saya terkejut kerana kampung ini terlalu jauh dalam hutan. Saya menyewa berhampiran sekolah. Tiada bekalan air ke rumah. Saya terpaksa menyambung getah paip dari rumah ke tangki sekolah," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di sekolah itu, baru-baru ini.

Bagaimanapun, guru subjek Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup dan Sivik itu kini semakin serasi dengan corak pembelajaran di sekolah berkenaan dan kehidupan masyarakat Kampung Pinangah yang kebanyakannya etnik Dusun Sungai. Selain Mohd Rizal, ada 22 lagi tenaga pengajar di sekolah berkenaan yang menabur budi kepada 365 murid yang bukan setakat dari Kampung Pinangah, malah beberapa kampung sekitarnya.

Guru di SMP, Aszriza Ahmad Suhaili, 28, berasal dari Hulu Langat, Selangor mula berkhidmat di sekolah itu sejak September 2003. Selepas menamatkan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Dengan Pendidikan, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), beliau terus bertugas di ceruk pedalaman. SMP mempunyai 47 guru dan lima kakitangan serta 570 pelajar dari Tingkatan Satu hingga Lima. "Mula-mula datang sini memang bosan kerana tiada telefon. Tenaga elektrik yang dijana daripada generator hanya ada dari jam 5.30 petang hingga 12 malam. "Tiada bekalan air paip, yang ada cuma hujan ditadah dalam tangki besar dan air dari Sungai Kinabatangan yang dipam ke tangki. "Nasib baik di sini ada kuarters. Selepas bertugas dua tahun, saya bertemu jodoh dengan guru di sekolah ini yang juga dari Semenanjung," katanya.

Menyorot kisah duka sepanjang mengajar di sekolah itu, Aszriza berkata, sukar baginya melupakan kenangan pahit terpaksa berjalan sejauh kira-kira 10 km dari Kampung Pinangah ke Kampung Saguon pada Februari 2006. "Waktu itu saya dan ramai lagi guru di sini ingin ke Sandakan untuk mengambil gaji. Jambatan menghubungkan Kampung Pinangah dengan Kampung Saguon runtuh akibat banjir. Kami terpaksa berjalan untuk mendapatkan teksi sapu di Kampung Saguon ke pekan Telupid. "Kami keluar kerana bekalan makanan sudah habis. Banjir menyebabkan Kampung Pinangah terputus hubungan. Kami menghabiskan lapan jam untuk tiba di pekan Telupid kerana jalan rosak. Kenderaan pacuan empat roda yang kami naiki asyik tersangkut dalam lopak," katanya.

Bagaimanapun, Aszriza yang mempunyai seorang cahaya mata berusia setahun setengah hasil perkongsian hidup dengan Rodzi Othman, 31, kini kian serasi hidup di tengah belantara Kinabatangan. Guru lain dari Semenanjung di SMP, Bakhtiar Mansor, 32, Hairul Razif Mohd Idris, 28, Mohd Hisham Ramli, 32 dan Mohd Nurul Huda Omar, 27, turut menempuh pelbagai pahit maung sepanjang berkhidmat. Bagi Bakhtiar, banjir pada Februari 2006 menyebabkan beliau seolah-olah serik untuk terus berada di Kampung Pinangah.

"Kami beramai-ramai keluar ke Sandakan kerana bekalan makanan hampir habis. Generator di sekolah tidak berfungsi kerana bekalan diesel sudah habis. "Helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terpaksa menghantar diesel tetapi tiada bekalan makanan. Kami terpaksa menempuh jalan teruk untuk keluar ke pekan Telupid. "Hampir-hampir kenderaan pacuan empat roda yang kami naiki hanyut namun akhirnya tiba juga di Telupid," katanya.

Bagaimanapun, segala kekurangan itu tidak melemahkan semangat guru di SRP dan SMP untuk terus menabur budi dan menyemai bakti kepada anak bangsa jauh di pedalaman Sabah. Bagi Penolong Kanan I SMP, Josmin Mosulin, 30, kemungkinan untuk guru yang baru berkhidmat di seolah itu berasa tertekan, memang tidak dinafikan. "Siapa yang tak tertekan mengajar di kawasan yang jauh dalam hutan seperti ini? Saya sendiri pun mula-mula datang ke sini empat tahun lalu memang tertekan.

"Bagaimanapun, semua halangan itu tidak terasa apabila kami semakin serasi dengan keadaan sekeliling," katanya. Sesungguhnya, pengorbanan guru di SRP dan SMP tidak harus dinilai dengan wang ringgit. Ilmu dicurahkan kepada pelajar jauh di pedalaman itu ibarat permata yang bakal bergemerlapan apabila mereka menjadi insan yang mampu berbakti untuk agama, bangsa dan negara pada masa depan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 04:45 PM | Show all posts
kepada semua guru2 yg berada di pedalaman sabah, terima kasih.....jasamu dikenang........
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 04:57 PM | Show all posts
hi cappy....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2008 09:28 PM | Show all posts
selamat malam semua
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 04:12 PM | Show all posts
haiiii suma... lama x lepak sini...
bz mencari formula cantikkan diri..muehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 10:55 PM | Show all posts
sudah pigi. pen drive 8G lebi kurang rm78, 4Gb kingston RM38. nampaknya kenaikan harga barangan tidak mempengaruhi pembeli. kunjungan tetap hebat!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2008 05:18 PM | Show all posts

Reply #134 exinco's post

hum..suda sia agak harga barangan di pc fair tidak semudah di sangka

bulan lepas sia pigi karamungsing kompleks..agak terkejut kebanyakkan barang tidak seperti harga sebelum tu..memang kesan kenaikkan harga minyak mempengaruhi semua

oh, sia tidak sempat pigi pc fair ini tahun
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 10:42 AM | Show all posts
moningggg....
sunyinya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2008 10:59 AM | Show all posts

Tanjung Aru lokasi pelancongan


DEMI KEBERSIHAN: Seorang penduduk Pekan Tanjung Aru mematuhi arahanDBKK supaya menjaga kebersihan persekitaran Pekan Tanjung Aru dalamkempen Antisampah di Pekan Tanjung Aru, Kota Kinabalu.


Pekan Warisan' bebas daripada sampah tingkat ekonomi penduduk


KOTA KINABALU: Sebuah lagi pusat pelancongan tersohor di Sabah akan beroperasi dalam tempoh terdekat berikutan pengisytiharan Tanjung Aru di sini, sebagai `Pekan Warisan' bebas daripada sampah.

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Dr Chua Kim Heng, berkata gelaran itu bertepatan dengan status Tanjung Aru sebagai antara pekan terawal di Sabah, selain kewujudan banyak bangunan lama.

Selain mengekalkan warisan sedia ada, katanya, DBKK akan menghiasi pekan itu dengan landskap meliputi penanaman pokok dan pelbagai arca moden serta tradisional.

"Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun, sudah memaklumkan kepada DBKK mengenai cadangan menjadikan Tanjung Aru sebagai `Pekan Warisan' baru-baru ini.

"DBKK akan membantu merealisasikan cadangan berkenaan kerana ia membantu meningkatkan ekonomi rakyat terutama peniaga kecil yang menjual kraftangan dan makanan," katanya pada sidang media selepas menyertai Kempen Antikutu Sampah Peringkat Tanjung Aru di sini, kelmarin.

Kempen dianjur DBKK dengan kerjasama Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Persatuan Komuniti Pekan Tanjung Aru dan Persatuan Pekedai Kopi Pantai Barat Sabah (PPKPBS).

Hadir sama Presiden SJA, Datuk Joniston Bangkuai; Presiden PPKPBS, Yong Chee Yun dan Kapitan Cina Pekan Tanjung Aru, Wong Tsyeu Chuan.

Tanjung Aru atau nama lamanya Torong Guh dibuka masyarakat Bajau subetnik sama dari Petagas, Putatan pada awal 1880-an. `Torong' bermakna hujung atau tanjung manakala `Guh' adalah pokok ara. Sehingga sekarang pokok ara mudah ditemui di Tanjung Aru.

Bekas rumah Bapa Kemerdekaan Sabah, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun, di pekan itu pernah dikunjungi Queen Elizabath pada awal 1960-an untuk membincangkan hal kemerdekaan Sabah.

Legenda Tinju Dunia, Muhammad Ali, juga pernah mengunjungi kediaman Bapa Kemerdekaan Sabah pada 1970-an.

Dalam operasi Antikutu Sampah berkenaan, lima lelaki dikompaun RM20 serta-merta kerana membuang puntung rokok merata tempat. Kompaun akan dinaikkan kepada RM500 jika enggan menjelaskannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 11:00 AM | Show all posts
Originally posted by navyna at 12-8-2008 10:42 AM
moningggg....
sunyinya....


moning navy.............
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 11:22 AM | Show all posts

Reply #138 captain_scubby's post

mowning capt...
suda sarapan?
laparnya... terbayang2 nasi lemak kfc...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 11:26 AM | Show all posts

Balas #139 navyna\ catat

sudah........roti telur dgn nescafe tarikk........

lambatnya ni ko belum bekpes...

aku belum pernah try lagi nasi lemak kfc............sedapkah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.147079 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list