CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dainese

[MERGED] KAWASAKI NINJA 250R 2008

[Copy link]
Post time 25-6-2008 04:39 PM | Show all posts
kira murah gak ninja ni...ade rzki blh sambar sejibik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2008 04:57 PM | Show all posts
Ninja mampu milik

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR


ZX2R ini menepati karakteristik supersport moden dengan rangka badan yang tirus dan bentuk badan yang lebih aerodinamik.


JENTERA ini mendapat sambutan cukup hangat berikutan
gaya dan harga yang ditawarkannya.

MINGGU ini, kotak e-mel saya dihujani pelbagai respons dari artikel Kawasaki ER-6N yang disiarkan Kosmo! pada minggu lalu.
Sebahagian daripada pengirim e-mel itu tertarik dengan model ER-6N dan sebahagian lagi, bertanyakan perihal 'adik' ER-6N yang turut dilancarkan pada hari yang sama.

Model yang dimaksudkan ialah Ninja 250R, atau lebih dikenali dengan jolokan ZX2R. Sebagai memenuhi permintaan pembaca, maka minggu ini, kami paparkan satu lagi barisan motosikal 'rakyat' yang dipasang tempatan oleh Kawasaki Motors Malaysia Sdn. Bhd.

Kehangatan model ini sebenarnya telah mula dirasai sejak penghujung tahun lalu di mana khabar angin bertiup kencang bahawa Kawasaki akan memperkenalkan kembali 250R mereka.

Kali terakhir model ini dipasarkan ialah pada 1997 yang mana ketika itu, saya masih menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Kuala Lumpur.

Jika anda masih ingat di era tersebut, MSC ialah salah sebuah pengedar motosikal berkuasa tinggi yang popular di Petaling Jaya dan di situlah saban malam, saya dan beberapa rakan menatap wajah 250R ini di sebalik cermin pameran premis tersebut.
Ingatan saya masih jelas. Ketika itu, harga jualan ZX2 ini ialah sekitar RM18,000.

Kini, lebih 10 tahun berlalu dari saat mula bertapaknya nama ZX2R di Malaysia. Umum mungkin kurang peka, namun sebenarnya rangkaian motosikal sport 250cc memang antara segmen yang popular di luar negara.




Walaupun direka dengan konsep sport, namun sudut tunggangan dan beratnya tidak terlalu sukar untuk dikendalikan. Malah, inilah motosikal yang sering dijadikan platform awal sebelum melompat ke arena supersport yang lebih besar.

Berbanding dengan model 1997, ZX2R ini menepati karakteristik supersport moden dengan rangka badan yang tirus dan bentuk badan yang lebih aerodinamik.

Sekali imbas, ia seperti versi ZX6R yang dikecilkan. Cuma peredam ekzosnya bukan di bawah tempat duduk dan tayar belakang yang tidak cukup lebar (130/70/17).

Selain itu, bahagian ekor ZX2R ini mirip kepada abangnya ZX6, sementara reka bentuk hadapannya pula begitu tersendiri. Dua lampu utama yang digabungkan dalam satu perumah yang berbentuk seakan-akan sepasang mata yang merenung tajam.

Kawasaki, memang begitu sinonim dengan hijau legendanya. Warna terang ini mempamerkan identiti serta nama Ninja yang ditanam terus pada rangkaian motosikal sport mereka.

Pereka Jepun memang menggemari nama-nama tema yang dianggap sebahagian daripada jenama motosikal, seperti FireBlade, BlackBird, Hayabusa, ThunderBird dan lain-lain lagi.

ZX2R ini dijana oleh enjin silinder berkembar sebaris 249cc, DOHC lapan injap. Ia mampu menghasilkan kuasa 33ps dan 2.24 kilogram tork yang mana sebenarnya agak berkuasa bagi motosikal yang hanya seberat 150 kilogram.




Atas faktor kos dan praktikal, model pemasangan tempatan ini menggunakan sistem penyampaian bahan api daripada karburator. Sistem sejukannya menggunakan air sebagaimana motosikal Jepun yang mesra 'tropika'.

Faktor utama yang bakal melariskan ZX2R ini sudah pastilah reka bentuk dan harganya. Malaysia amat ketandusan model-model sport entry level pada harga yang mampu dimiliki.

Dalam kategori 250, cuma ada Naza Blade 250 (naked) dan 250R (fairing). Selain daripada itu ialah skuter dan versi easy seperti Vulcan yang sudahpun ditamatkan produksinya. Jentera 250cc bukan sahaja berkaitan dengan motosikal dan enjin, ia juga tertakluk kepada sistem lesen motosikal Malaysia di mana kebanyakan penunggang hari ini lazimnya memegang lesen kelas B2.

Jadi, pada harga RM19,889, anda hanya memerlukan kurang daripada satu saat untuk membuat keputusan motosikal mana yang harus dimiliki dengan lesen B2 dan modal yang sederhana.

Ringkasnya, Kawasaki telah memberi kelebihan besar buat peminat motosikal tempatan, atau mencipta golongan baru yang kini mungkin terbeban dek kenaikan harga bahan api petrol.

Jika anda masih berbelah bagi untuk membeli sama ada ZX2R atau sebuah kereta, maka fikirkan harga petrol dan tol yang akan terus meningkat dan juga kos sara hidup yang semakin tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2008 04:25 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by viper_2803 at 24-6-2008 11:50 AM
takde ke sape
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2008 04:41 PM | Show all posts

Reply #123 NtahSapaNtah's post

bape deposit n ko ikat loan bape tahun n bape sebulan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2008 04:58 PM | Show all posts
Originally posted by prebetsabu at 18-7-2008 04:41 PM
bape deposit n ko ikat loan bape tahun n bape sebulan..


Aku letak deposit 15k.
Option  loan start dari deposit dalam 7k-8k, 4 tahun dalam +-400 sebulan.

[ Last edited by  NtahSapaNtah at 18-7-2008 05:06 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2008 01:04 AM | Show all posts

Reply #125 NtahSapaNtah's post

banyaknya ko downpayment. apsal tak bayar cash terus...

tinggi ko berapa?

er6 ke nak amik 250r ni...

ko amik kaler apa? ijo?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2008 01:07 AM | Show all posts
daily commute pegi keje ok tak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2008 07:27 AM | Show all posts
mendap...??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2008 07:27 AM | Show all posts
mendap lagikkk
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2008 07:27 AM | Show all posts
siot jer... mendappppppp...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2008 10:51 AM | Show all posts
Originally posted by Agul at 19-7-2008 01:07 AM
daily commute pegi keje ok tak?


Tinggi aku dalam 170cm kot,lupa haha
A'ah aku amik ijau, choice lain hitam ngan biru. Hitam cantik gak, nampak ganas.

Ok laa tak penat, boleh maintain macam normal car speed. Dan fuel consumption pon bagos.
Cuma kalau nak cilok-cilok style kapcai tu mungkin kurang sikit kot, boleh laa cilok tapi janganlaa cilok maut

[ Last edited by  NtahSapaNtah at 19-7-2008 10:52 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2008 11:49 AM | Show all posts
Originally posted by NtahSapaNtah at 19-7-2008 10:51 AM


Tinggi aku dalam 170cm kot,lupa haha
A'ah aku amik ijau, choice lain hitam ngan biru. Hitam cantik gak, nampak ganas.

Ok laa tak penat, boleh maintain macam normal car speed. Dan fuel con ...


ada lak lupa tinggi... 燼ku try duduk, kaki memang boleh flat jejak tanah...

passion red xmasuk pulak...

fc kau compare ngan kete/moto apa?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2008 11:57 AM | Show all posts
Aku sebenarnya nak wat commute. Bila nak daily commute, kenalah pasang kotak jual aiskrim...

cuma kalau pasang kat motor fairing ni... buruk giler nampak... takde ke naked 250 nak masuk mesia... ujung taun ni ke...

atau xyah pakai box... biar bergaya je...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2008 07:48 PM | Show all posts

Reply #133 Agul's post

apa plak taleh... ni kan ala2 touring bike... bukan super sports...
nanti kalo aku jumpa gambo ZZ2 letak full box tu aku tepek kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 11:09 AM | Show all posts
Originally posted by Agul at 19-7-2008 11:49 AM


ada lak lupa tinggi...  aku try duduk, kaki memang boleh flat jejak tanah...

passion red xmasuk pulak...

fc kau compare ngan kete/moto apa?


FC.. aku compare ngan Ford Focus aku yang cekik kedarah... hahaha aci ke gitu?
Tapi, aku rasa FC dia lagi jimat dari any car kot, ye laa, kalau dah RM40 (minyak harga baru) boleh cecah dalam 350km++.

Kalau ko nak naked bike, ER6N tu cantek, harga tak jauh beza, aku rasa yang tu dalam 28k kalau tak silap. Aku takde lesen B full so takleh buat apa, lagipun baru nak belajar ngan SBK so pakai 250 dulu kot.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 03:41 PM | Show all posts
Originally posted by NtahSapaNtah at 21-7-2008 11:09 AM


FC.. aku compare ngan Ford Focus aku yang cekik kedarah... hahaha aci ke gitu?
Tapi, aku rasa FC dia lagi jimat dari any car kot, ye laa, kalau dah RM40 (minyak harga baru) boleh cecah牋...


tak acila...
compare la dgn moto lain ke ex5 ke, kete yang jimat cam kancil ke... jangan compare dengan kete macam perdana ngan optra...

kalau kira2, 1 liter dapat berpa km?

aku nak 250 naked... er6 pun ok jugak... tah, tak tahu apa aku nak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2008 03:43 PM | Show all posts

Reply #134 ryo_takahashi1's post

riding position memang toring, tapi dari segi rupa, aku rasa banyak terjejas la...
rasa macam nak kena kutuk je...

alang2 amik yang menyamar baby sportbike, baik lupakan praktikal terus...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 04:05 PM | Show all posts

Balas #135 NtahSapaNtah\ catat

orait ler....rm40 leh gi 350km.............
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 04:05 PM | Show all posts

Balas #135 NtahSapaNtah\ catat

orait ler....rm40 leh gi 350km.............
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2008 03:18 PM | Show all posts
Ninja 250R curi tumpuan

Oleh Harris Adam



揨X6 ke bang?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.399943 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list