|
Reply #125 adie82's post
ni ha ada kata..
Artis popular Sukma 12
Acara Sukan Malaysia atau Sukma ke-12 akan berlangsung di Terengganu Darul Iman bermula 31 Mei hingga 9 Jun depan.
Bagi memeriahkan acara ini pihak penganjur iaitu Kerajaan Negeri Terengganu menyediakan pelbagai acara untuk disertai oleh golongan rakyat negeri Terengganu dan pelancong-pelancong luar.
Acara Konsert Pra Pelancaran Sukma 12 akan diadakan pada pukul 5 petang bertempat di Stadium Sultan Mizan, Kuala Terengganu pada 31 Mei ini.
Artis-artis anak kelahiran Terengganu menanti untuk menghiburkan khalayak yang datang antaranya Arni Nazira, Azian Mazwan Safuan, Nik Sayyiddah dan Sulaiman Yassin (Mat Over).
Selain itu pelajar-pelajar Akademi Seni Terengganu (Aseni) juga bakal menyajikan pelbagai persembahan seni yang hebat di acara berkenaan.
Dalam acara ini, akhbar kompak popular Kosmo! turut menganjurkan pelbagai acara menarik termasuk kuiz mengenali akhbar berkenaan bersama dengan penonton-penonton. Hadiah tajaan Kumpulan Utusan disediakan untuk segmen Kuiz Kosmo! ini.
Selain itu juga acara ini turut mendapat kerjasama daripada nama-nama seperti besar seperti Petronas, Ketengah, Celcom dan Maya Axis Creative Sdn. Bhd.
Pada sebelah malamnya, acara perdana menanti kehadiran orang ramai dalam acara Pelancaran Pembukaan Sukma 12 yang bakal disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Turut serta ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Tetamu kenamaan yang turut serta dalam acara yang diadakan secara terbuka ini ialah Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaacob.
Pelbagai acara kesenian berbilang tema termasuk Konsert Perdana bakal dipersembahkan dalam acara pelancaran ini.
Pertama kali dalam sejarah Sukma juga acara perasmian dalam bentuk teater dibawakan dengan tema konsep 16 Gelombang Bersatu Paksi Di Gelanggang Tradisi.
Penganjur menyediakan pelbagai acara kesenian yang cukup hebat dan terserlah dalam acara yang dikendalikan oleh Effendi Samsuddin sebagai pengarah artistik dan Ayub Ibrahim selaku pengarah muzik ini.
Pihak penganjur juga menyediakan sistem lampu tercanggih yang diimport dari Hong Kong dan sistem pencahayaan import dari Singapura bagi memeriahkan lagi acara ini.
Menggunakan momentum kemaraan gelombang sebagai kesatuan, corak perjalanan persembahan yang akan disimbolkan melalui arca-arca set, gaya persembahan yang bertali arus tanpa putus dari awal kehadiran VVIP sehinggalah kemasukan segmen lainnya sehingga ke persembahan perdana.
Artis yang terlibat di acara perdana ini ialah Datuk Siti Nurhaliza, Dafi, Najib Hanif dan Ramli Sarip.
Antara segmen menarik lain ialah kemunculan penyanyi Ameng (Spring) yang menyanyikan lagu Blues Terengganu Kita bersama ratusan anak Terengganu lainnya.
Sementara itu acara pra konsert penutup Sukma 12 akan diadakan di lokasi yang sama pada pukul 5 petang pada tarikh 9 Jun dan konsert besar di sebelah malamnya bermula pukul 9 malam.
Kedua-dua acara ini akan dihadiri oleh artis terkemuka antaranya dengan kehadiran artis seperti Faizal AF4, Ameng Spring dan Mawi. |
|