|
Masalah Disiplin Pelajar di Sekolah dan Tindakan Yang Patut Diambil
[Copy link]
|
|
Originally posted by tuahayam at 5-5-2007 07:43 AM
***************************
Ada benda sensitif ke?
Aku benda2 macam ni pun banyak tak boleh cerita,爐akut爋rang爏alah爁aham爓alau爇ita爐ak燽uat爏alah爌un. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm pasang spy ..... tp kena ada teknik kan..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Agul at 5-5-2007 12:24 PM
Ada benda sensitif ke?
Aku benda2 macam ni pun banyak tak boleh cerita, takut orang salah faham walau kita tak buat salah pun.
mula2 ingat nak cite.. tp fikir baik2.. tak jadi.. hehe.. teruk sangat kesnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tuahayam at 5/5/2007 06:39 PM
mula2 ingat nak cite.. tp fikir baik2.. tak jadi.. hehe.. teruk sangat kesnya..
apa kata pm aje utk kawan2 cigu kat dalam ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by coyotemawi at 5-5-2007 09:27 PM
apa kata pm aje utk kawan2 cigu kat dalam ni?牋
Ye la tuah, tu pun kalau ko tak ada masalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #124 coyotemawi's post
ok.. check pm..
sekadar pandangan... perhatikan anak2 betul2 dirumah.. simpan juga perasaan curiga sekali sekala.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tuahayam at 5/5/2007 11:17 PM
ok.. check pm..
sekadar pandangan... perhatikan anak2 betul2 dirumah.. simpan juga perasaan curiga sekali sekala..
aiyoo...
tuah mmg mencabar tugas nko
aku sentiasa berdoa :pray:
semoga nko tabah dan berjaya
menangani masalah ni..
masalah negara sebenarnya..
sebb mereka ni bakal pemimpin di masa depan... |
|
|
|
|
|
|
|
ini kes sorang student
bapa arkitek..mak pulak org besar jugak di jab kerajaan.
mak di KL. bapa di hometown....siap hampir setiap hari bawak balik perempuan
mak tahu perkara ni dan memang hubungan ibu bapa this budak dak tak baik.
this boy satu hari pernah bergaduh dengan perempuan yg bapa dia bawak balik..
dah tentu dalam kes ni dia kena marah dengan ayah dia...
hubungan anak-bapa ni memang dah tak baik...
anak balik ke tak balik rumah...bapa tak pernah ambik tahu..
pernah satu hari dia balik agak lewat dan minta bapa dia buka pintu...tapi bapa sampai sudah tak buka..
dia kecik hati dan beberapa hari tak balik rumah...
sekarang dah lama budak ni tak datang sekolah (he is in Ting 3)
baru-baru ni dengar cerita dia kerja di sebuah gerai makan..tapi skrang dah diberhentikan...
from sorang student lain...dapat tau dia sekarang ni berkawan dengan budak-budak yg jugak bermasalah...
taip-tiap malam lepak hingga hampir pagi..... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by NBI86 at 6/5/2007 07:00 PM
ini kes sorang student
bapa arkitek..mak pulak org besar jugak di jab kerajaan.
mak di KL. bapa di hometown....siap hampir setiap hari bawak balik perempuan
mak tahu perkara ni dan memang h ...
kenapa ngan mak dia?
mana mak dia?
kenapa mak dia sanggup tinggalkan anak ngan bapak dia?:@ |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah lama jadi guru disiplin.....sejak tahun 2003........mmg byk keje dan pening kepala.......tak berani nak bawak keta gi sekolah............... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by coyotemawi at 6-5-2007 07:38 PM
kenapa ngan mak dia?
mana mak dia?
kenapa mak dia sanggup tinggalkan anak ngan bapak dia?:@牋
mula2 aritu...lari balik rumah mak di sekitar hometown jugak...
nak jadi keadaan makin buruk...mak kena tukar pula pi KL...
mother ajak this boy duduk dgn dia...tapi agaknya budak ni dah selesa dengan geng2 dia yang lepak2, buang masa, tak fikir pasal belajar...etc....
jadi tak nak ikut mak dia.....
akhirnya jadi lah macam apa yang terjadi la ni...
cuma dadah tu belum....merokok tu ada ler jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by spirkaklampuru at 6/5/2007 08:24 PM
aku dah lama jadi guru disiplin.....sejak tahun 2003........mmg byk keje dan pening kepala.......tak berani nak bawak keta gi sekolah...............
hmm..derang sanggup vandal ker spirk?:stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku, masalah disiplin nie mmg banyak berlaku finger-pointing. Yg cikgu kata, mak bapak tak pandai control anak, serah 100% pada cikgu.. mak bapak pula kata cikgu tak pandai nak ajar anak dia.
Sbenanya bagi aku beginilar... pada waktu persekolahan, mmg betul cikgu akan bertanggungjawab. Dgn syarat, anak2 tu pegi sekolah. Maksudnya bila kaki dia dah berpijak di sekolah, dalam kelas.. maka itu tanggungjawab cikgu. Dalam masa persekolahan itu, cikgu kena gunakan masa yg singkat tu utk educate bebudak ini dgn sebaik mgkin... beri ilmu sebanyak mgkin. Cikgu bukan setakat mengajar, tapi mendidik dan mendisiplinkan mereka di sekolah.
Bila di luar masa persekolahan, itu 100% tanggungjawab mak bapak. Maksudnya apa2 dari segi kawalan bebudak tu keluar, belajar, tengok tv, itu bukan urusan cikgu lagi. Itu urusan mak bapak. Tetapi masih jugak kalau berlaku apa2 pada budak tu, kita tak boleh blame 100% pada mak bapak. Anak itu juga perlu ada kesedaran diri, disiplin diri dan sbg. Katakan mak bapak kerja.. pastu anak tu belajar sesi pagi.. tapi petang kena duduk kat rumah. Waktu tu dia kena pandai2 dia sendiri camner dia nak mengisi masa dan mengawal diri dia daripada membuat sesuatu yg tak berfaedah.
Sbg contoh, aku dulu waktu belajar sekolah sesi petang, aku kena pegi sekolah sendiri.. naik bas semua. Pagi kena duduk rumah. Kalau lar aku nie anak yg kurang ajar, apa salahnya aku amik bas, pastu pegi lepak2 kat shopping mall dan merokok semua? Untungnya aku ader disiplin diri yg kuat juga waktu itu. Nak harapkan cikgu dan mak bapak, diorang sendiri juga ada life dan tanggungjawab diorang sendiri. Kita kena pandai jaga diri sendiri.. bukan org lain. Kalau budak kecik takperlar.. tapi kalau dah sekolah menengah, it's time for us to learn to be independent. Kalau tak, masakan zaman dulu org yg umo 15 dah kawin, umo 18 dah ada anak lima... sbb umur remaja tu sepatutnya kita dah agak mature dan boleh independent. Sbb tu Tuhan kasik kita baligh pada usia2 begitu, bukan pada usia 20, 30 dsb.
Eh.. panjang gak ulasan aku nie. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tuahayam at 5-5-2007 06:39 PM
mula2 ingat nak cite.. tp fikir baik2.. tak jadi.. hehe.. teruk sangat kesnya..
heheh, betul, ada benda yang boleh di cerita ada yang tak boleh secara terus. terpulangla kepada tuah sama ada nak pm ke apa ke atau terus menjadikan ia satu misteri... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #133 Muntz's post
Tapi yang jadi masalahnya kini muntz, cikgu semua dah terikat. kalau di sekolah pun kami nak didik anak ni macam anak sendiri pun dah tak boleh. kami bukan nak mendera nak buat apa, kalau dah buat salah tentulah ada hukumannya. kalau tidak buat ada ada dibuat undang-undang sekolah? jawapan yang ada hanyalah dirujuk kepada guru kaunseling. paling hebat buang sekolah. itu sahaja. sedangkan kami nak tanamkan disiplin tu pun sukar apa lagi nak kuatkuasakan undang-undang. macam polis la, ada undang-undang tapi tak boleh tangkap dan hukum. sama lah macam kami, hatta tak buat kerj sekolah pun satu kesalahan, tapi kerana tak buat kerja sekolahlah cikgu juga yang bersalah dalam kes budak pukul cikgu. jadi di mana salahnya? memang cikgu ada masa yang terhad tapi masa yang terhad ini dihadkan lagi dengan tangan yang sudah dirantai. |
|
|
|
|
|
|
|
Schoolboy with long fingernails forced to pay RM10 fine
RM10 |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan era dera murid
Oleh Muhd Yusuf Abu Bakar dan Veena Rusli
200 pelajar perempuan direndam oleh guru dalam kolam ikan
KOTA KINABALU: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengingatkan pendidik di seluruh negara, era guru bermaharajalela dengan bertindak sewenang-wenangnya termasuk mendera pelajar sudah lama berlalu.
Kementerian katanya, tidak pernah berkompromi dalam soal disiplin sama ada membabitkan guru atau pelajar. Tindakan sewajarnya tetap diambil terhadap pihak bersalah sekalipun harganya ialah kehilangan tenaga pendidik.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian 200 pelajar perempuan Tingkatan Satu hingga Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawang Assan dekat Sibu, yang dihukum berendam di dalam kolam ikan yang kotor, selama satu jam, kerana kesalahan seorang daripada mereka membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas asrama perempuan sekolah itu, Rabu lalu.
Hishammuddin berkata, pendekatan memberi asuhan awal ketika golongan itu menjalani pengajian di institut pendidikan guru (IPG), dilihat sebagai senjata ampuh ke arah membentuk guru sandaran bangsa.
"Kita bukan sekadar memberi kemudahan infrastruktur tetapi turut menyuntik semangat supaya mereka menjadi guru yang boleh diharap kerana isu disiplin ada di mana-mana, tidak kiralah warden rendam murid, guru pukul murid atau murid pukul murid.
"Ini bukan masa menuding jari kerana kita mempunyai lebih 320,000 guru dan bukan semuanya baik macam malaikat.
"Kita akan ambil tindakan terhadap segelintir (yang mempunyai masalah disiplin) dan kalau mereka rasa boleh bermaharajalela, zaman itu dah berlalu," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Konvokesyen IPG Zon Sabah 2007 di Magellan Sutera di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang di Sibu itu, warden perempuan asrama sekolah itu mengarahkan pelajar berkenaan berendam sehingga ke paras leher di dalam kolam sebagai denda kerana kesalahan seorang daripada mereka yang enggan mengakui kesalahan membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas.
Pengerusi Persatuan Ibu bapa Guru (PIBG) sekolah itu, Jimmy Kiu yang kebetulan menyaksikan kejadian itu kesal dengan tindakan yang dianggap terlalu keras terhadap pelajar yang menghuni asrama sekolah berkenaan.
Katanya, warden sekolah itu bertindak demikian selepas mendapati tuala wanita ditinggalkan di dalam mangkuk tandas yang digunakan pelajar perempuan.
"Selepas disiasat, tiada pelajar mengaku membuang tuala wanita itu, menyebabkan warden itu mengarahkan semua pelajar itu berendam di dalam kolam walaupun ketika itu hujan dan kilat sabung-menyabung.
"Air kolam itu bertakung dan kotor, malah air dari kantin sekolah turut dialirkan ke kolam itu," katanya.
Jimmy berkata, selepas kejadian semua mangsa diberi amaran supaya tidak menghebohkan peristiwa berkenaan bagi mengelak dikenakan hukuman lebih berat.
"Akibat tindakan itu, ramai pelajar mengalami gatal-gatal dan demam, namum mereka tidak berani bersuara kerana takut," katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.
Jimmy yang turut sempat merakam gambar kejadian itu berkata, dia mendedahkan perkara itu kerana tidak mahu pihak sekolah terus merahsiakan kejadian buruk berkenaan.
"Saya meminta Jabatan Pelajaran dan polis menyiasat kejadian itu," katanya, yang memaklumkan pelajar asrama itu dari kawasan yang jauh, terutama dari Sungai Pasin, Batang Lassa, Nanga Singat, Sungai Lengang, Sungai Belangan dan Tanjung Bekakap.
Jurucakap sekolah berkenaan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, pelajar sudah berkali-kali diberi amaran supaya tidak membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas kerana ia menyebabkan tandas tersumbat.
Sementara itu, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri yang bertanggungjawab mengenai pendidikan, Datin Fatimah Abdullah mengarahkan Jabatan Pelajaran Sarawak melakukan siasatan segera mengenai kejadian berkenaan.
"Tidak wajar tindakan warden berkenaan dan siasatan menyeluruh perlu dilakukan kerana pihak sekolah sudah mempunyai garis panduan berhubung tindakan disiplin terhadap pelajarnya," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Bekas pengetua sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur itu, berkata, tindakan pelajar perempuan membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas adalah salah namun hukuman kepada kesalahan itu tidak membolehkan mereka diarah berendam di dalam kolam ikan.
"Merendam pelajar ke dalam kolam yang kotor bukan peraturan dalam undang-undang disiplin sekolah berasrama.
"Hukuman itu boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada pelajar kerana kolam itu kotor dan berlumpur," katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan ketika dihubungi berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima laporan mengenai kejadian berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ingat lagi dulu mase sekolah aku ade kes budak buang pad dlm toilet bowl....
budak perempuan satu sekolah kne denda.
dendanya ialah dengan pad yang ade darah tu dipegang dan dimasukkan dalam tongsampah.
kemudian dikeluarkan balik. mmg mase tu marah, geram, maki2 budak yg buat tu.
tp lepas denda tu, mmg kes org buang pad dlm toilet bowl dah takde. clean n clear.
tp takde masuk tv pun. mase tu tahun 1994. |
|
|
|
|
|
|
|
Menangani masalah salah laku pelajarOleh Dr Sarjit Singh Gill
Pembinaan tahap sosialisasi remaja menerusi aspek keagamaan harus jadi asas utama
WACANA mengenai masalah disiplin pelajar sekolah sering diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Pelbagai langkah dan strategi diambil pihak bertanggungjawab, tetapi masalah itu belum diatasi sepenuhnya hingga turut membimbangkan kerajaan, pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat.
Kementerian Pelajaran juga amat prihatin dengan profesional perguruan dalam menangani isu berkaitan dengan cara guru menangani masalah disiplin pelajar. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa setiap sekolah mempunyai pelajar bermasalah dan tidak berdisiplin. Ada saja laporan membabitkan jenayah pelajar sekolah menengah dalam kegiatan kongsi gelap, lumba motosikal haram, peras ugut, rogol dan mencuri.
Ada pelajar sudah mula berani melanggar bukan saja peraturan sekolah, malah undang-undang negara. Dalam setahun, entah berapa ramai pelajar sekolah menengah dibuang sekolah kerana melakukan kegiatan salah laku dan samseng.
Persoalannya, apa sudah jadi dengan institusi sosial dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini? Mengapa kita sering melatah apabila guru menjalankan tugas mereka mendisiplinkan pelajar? Bukankah kita sebenarnya yang bertanggungjawab dalam hal ini, misalnya kepincangan institusi keluarga, sogokan media massa, paparan filem yang ganas dan budaya hiburan melampau ini semua mencorakkan pemikiran dan daya tindak dalam kalangan pelajar?
Apakah pengajian agama dan moral di sekolah gagal dalam usaha membentuk peribadi dan sahsiah serta etika pelajar? Apakah semua sekolah bermasalah perlu dijadikan 憄enjara atau pusat tahanan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|