|
MUFTI WAHHABI ( MW ) (merged with topik mufti asri by abusyafiq)
[Copy link]
|
|
Originally posted by kyas at 13-2-2007 09:18 AM
yes semua kena ckp... jgn salah kan mufti perlis sahaja... salahkan semua mufti termasuk yg ada dlm jakim tu...
kita rakyat marhain ni pun kena cakap juga..dalam forum-forum sebegini. Itulah yang saya mahu lakukan di sini setakat
kekuatan yang Allah beri kepada saya.
Alhamdulillah Dr. MAZA menimbulkan isu implementasi penangkapan khalwat di public, jadi saya lihat ini peluang untuk
Dr. menengahkan isu hudud sama, yang mana selalu sangat diketengahkan oleh penceramah2 PAS dan bebas yang
lain dalam kuliah dan ceramah mereka - sementelahan statement mereka jarang sangat nak keluar di dada-dada
akhbar utama negara tak seperti Dr. MAZA yang hampir setiap fortnight di quote di dada akhbar.
Seperti yang katakan sebelum ini, kalau tuan mufti cakap begitu, saya bagi sokongan 100% kepadanya dalam isu ini.
Saya tidak setuju dengan pendapatnya sekarang bukan kerana dia Dr. MAZA, tapi kerana saya risau cara penangkapan yang
longgar dan terlalu "civil" menyebabkan lebih ramai anak muda Islam terlibat dalam kancah perzinaan, kerana hudud
is NOT in its place yet. Saya pun ada anak perempuan dan lelaki dan saya orang Islam, saya ada hak untuk menyuarakan
pendapat saya.
Jgnlah kita terlalu mengejar "civility". Kalau kat Arab Saudi, orang perempuan membonceng moto dengan pakwe
silap-silap kena rotan "on the spot". Kenapa kita tak boleh buat begitu, sedangkan FRU boleh memukul orang yang tunjuk perasaan
pasal harga minyak naik?
Mufti Perlis dengan berani telah menimbulkan isu ini, dan kita kenalah follow-up dengan pendapat kita. Itulah tujuan mufti
mengemukakan pendapatnya kepada public, kan? Jika tidak, pasti dia akan buat secara senyap-senyap kepada majlis ugama
yg berkenaan, tak sapa tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 12-2-2007 05:30 PM
suruh zamihan ckp pulak... baru nampak kemajuan islam
Ini tulisan ustaz zamihan. Asri pernah menuduh beliau sebagai seorang syiah.
MENJAWAB KRITIKAN TERHADAP FAHAMAN WAHABIYAH DIMALAYSIA
Merujuk kepada tulisan Mohd Asri "Buku Salafiyah Wahabiyah menyimpang" Berita Harian, Isnin 30 dan 31Julai 2001. Selaku penulis buku tersebut saya merasakan bertanggungjawab untuk mempertahankan hujah,menghapus kesamaran dan menjawab semua tuduhan yang dilemparkan kepada saya dan Tuan Guru saya Hassa Saqqaf. Semoga Allah memberi taufiqNya kepada kita terhadap apa yang disukai lagi diredhaiNya.
Pada dasarnya, saya bersetuju dengan pendapat beliau yang mengatakan Syeikh Ibn Taimiyyah bukannya maksum.
Akan tetapi kata-kata beliau yang menggambarkan "tersilap fakta" pada Ibn Taimiyyah mencerminkan sikap ta'sub beliau kepada Syeikh tersebut. Alasannya, jika dikatakan "tersilap fakta" bererti kesalahan itu bukannya datang dari Ibn Taimiyyah, akan tetapi fakta atau maklumat tentangnya tersilap. Justeru, dia boleh membuat andaian bahawa "tersilap" yang berlaku itu disebabkan oleh salah faham atau sikap ulamak lain yang dengkikan Ibn Taimiyyah sekaligus memfitnah beliau. Adakah para ulamak yang menentang pendapat Ibn Taimiyyah kesemuanya berada dalam situasi dan bersikap sedemikian.???
Dakwanya lagi: "Ada pendapatnya yang kuat dan ada pendapatnya yang lemah". Kenyataan ini menjelaskan kepada kita bahawa beliau begitu fanatik dengan pendapat Ibn Taimiyyah. Ternyata Mohd Asri masih belum mampu membuat perbandingan pendapat secara dogmatik antara ulamak. Pengklasifikasian pendapat Ibn Taimiyyah kepada kuat dan lemah sebenarnya tidak menampakkan beliau mengiktiraf kesilapan yang dilakukan imam itu. Sebaliknya beliau hanya ingin mempertahankannya walaupun terbukti pendapat Ibn Taimiyyah tersebut membawa 'fitnah' dan implikasi yang negatif kepada sebahagian muslimin yang tidak menurut pendapat beliau. Oleh itu, 'kemaksuman' yang dinafikannya hanya sekadar manis di bibir sahaja. lanya bukan dilakukan secara komparatif yang sedar lagi wajar. Sikap ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang beraliran Salafi-Wahabi.
Dakwaan beliau bahawa saya menjadikan cacian penghinaan, fitnah dan pembohongan fakta sebagai metodologi penulisan adalah tidak benar sama sekali. Melalui secalit tulisan ini, pembaca akan dapat menilai sejauh mana ketaksuban Mohd Asri dan sesuci mana pendapat yang dikemukakan oleh Ibn Taimiyyah dalam bidang kesarjanaan Islam. Penilaian ini juga boleh dilihat menerusi buku saya Salafiyah Wahabiyah. Apa yang lebih penting ialah implikasi yang berlaku terhadap satu pendapat yang "rigid" perlu dinilai secara wajar. Sebab itulah dikemukakan judul buku saya "Salafiyah Wahabiyah: Satu penilaian" supaya pembaca boleh menilai antara dua pendapat. laitu satu penilaian pendapat Ibn Taimiyyah (disokong al- Wahabiyyah) dan satu lagi pendapat para ulamak sunni lain. Tapi sayang, apabila kita mengkontradiksi hujah Ibn. Taimiyyah, ianya dianggap sebagai musuh ahli sunnah oleh Mohd Asri. Tahukah beliau siapa ahli sunnah???
Sebenarnya, di muqaddimah penulisannya lagi, Mohd Asri telah membuat pendustaan ke atas diri saya. Buktinya,
beliau mengatakan: "Penulis buku ini mengaku dia adalah pengikut Hasan b. Ali al-Saqqaf dari Jordan." Subhanallah. Sebenarnya, saya tidak pernah mengaku sebagai "pengikut" Hassan al-Saqqaf. Sebaliknya saya hanya mempelajari ilmu agama darinya semasa berada di Jordan dalam beberapa tahun. Umum mengetahui bahawa belajar tidak semestinya mengikut. Akan tetapi, ada kalanya manusia hanya mengikut bukannya dengan cara belajar. Seperti ikutan Mohd Asri terhadap pendapat Ibn Taimiyyah. Perkataan "pengikut" sengaja ditokok-tambah oleh Mohd Asri dengan niat yang buruk untuk menggambarkan sikap taksub saya kepada Hasan al-Saqqaf. Seolah-olah saya sentiasa mengikut Hassa al-Saqqaf secara taklid walaupun diketahui ada sesetengah pendapatnya tidak boleh diterima oleh saya.
Hal ini situasi yang biasa antara Tuan guru dan muridnya. Maka secara jelasnya, dakwaan ini tidak berasas lagi dusta. Semoga Allah mengampuni anda. Demi kerana bencikan penilaian saya terhadap Ibn Taimiyyah, Mohd Asri juga membuat tuduhan yang palsu lagi melampau kepada Tuan Guru kami, Sayyid Hasan al-Saqqaf. Katanya: "Dikalangan orang yang mengenalinya (Hassan al-Saqqaf) menyatakan dia seorang agak pro Syiah seperti mana ada sesetengah rumpun itu di Malaysia yang berpegang kepada Syiah." Beliau menambah lagi: "Sementara yang seorang lagi mengaku ahli Sunnah dan meyembunyikan racun syiahnya." Katanya lagi: "Nampaknya sejarah itu cuba hendak ditimbulkan semula oleh golongan yang bertopengkan ahli sunnah." Subhanallah. Kenapa Mohd Asri terlalu berani menghukum seseorang dengan "Syiah" dengan hanya berdasarkan andaian mendengar daripada sesetengah kalangan orang yang mengenali Hassan al-Saqqaf. Prasangka yang dilakukan beliau ini bertentangan dengan firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Hujuraat ayat 12 yangbermaksud: "Wahai orang yang beriman, jauhilah sebahagian dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa. "
Suka juga saya pertanyakan: Apakah anda tidak cukup mengerti untuk menilai pendapat dan pandangan seseorang melalui karya dan penulisan beliau? Saya juga ingin bertanyakan anda, siapa dikalangan orang yang mengenalinya itu sehingga anda tergamak menukar tuduhan yang tak berasas itu kepada yakin Bolehkah orang yang mengenalinya itu diterima kesaksiannya mengikut metod ilmu hadith yang saudara pelajari selama ini? Nampaknya saudara sendiri gagal mempratikkan surah al-Hujuraat ayat 6 yang saudara bacakan kepada saya. Dengan segala hormatnya saya minta saudara renungkan kembali sedalamnya kandungan ayat berkenaan secara insaf lagi sedar.
Buat pengetahuan pembaca, sebenamya Syeikh Hassan al-Saqqaf adalah seorang sunni-al-Asya'ri yang bermazhab al-Syafi'e. Beliau sendiri menulis "Sahih Sifatussolah al-Nabiy" (yang wujud ditangan saudara).> laitu sebuah kitab fiqh-solat al-Syafi'e sebagai ....... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 13-2-2007 22:00
Ini tulisan ustaz zamihan. Asri pernah menuduh beliau sebagai seorang syiah.
MENJAWAB KRITIKAN TERHADAP FAHAMAN WAHABIYAH DIMALAYSIA
Merujuk kepada tulisan Mohd Asri "Buku Salafi ...
Allah a'lam ana tidak tahu apa aqidah ustadh Asri tuu. But what so grave paste nii..yaa itulah yang namanye pembelaan. Benar berguru sudah pasti mengikut. ATau bila dikatakan dia tidak setuju akan pendapat as saqqaf, tentu aqidah gurunya dan pemikiran sang guru mewarnai cara berfikir muridnya. Jika gurunya berpaham syiah atau agak syiah, tentu sang murid akan condong kepadanya. Itu tak bisa di bantah. Misalnya juge, jika murid-mrid lain as saqqaf nii memang syiah, dan si Zamihan niii tidak mungkin tidak terpengaruh, dia pasti terpengaruh dan membuat aqidahnya menjadi rancu. Tapi orang yang terpengaruh memang tidak semuanya menyadari bahwa diasebenarnya telah terpengaruh, dan menganggap dirinya tidak salah. Allahu A'lam |
|
|
|
|
|
|
|
untuk keseimbangan maklumat...
"Buku tulisan saudara Dr. Azwira Abdul Aziz yang berjudul Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar?: Penjelasan Terhadap Tohmahan Zamihan Mat Zin Al-Ghari Ke Atas Pegangan Ahli Sunnah Dan Para Tokohnya, adalah mencerminkan gejala zaman ketiga ini. Buku ini bertujuan untuk menjelaskan sebahagian daripada tohmahan yang dilontarkan ke atas Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, Muhammad Ibn Abdul Wahhab dan para pendukung sunnah yang lain. Kepada yang sedar diharap berlapang dada, banyak bersabar dan bertoleransi.
Yang benar
Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim
Jabatan Usuludin & Falsafah
Universiti Kebangsaan Malaysia.
(Panel Akidah JAKIM)"
boleh rujuk: http://www.al-firdaus.com/SiapakahAhliSunnah/ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ikhwanindo at 14-2-2007 08:52 AM
Allah a'lam ana tidak tahu apa aqidah ustadh Asri tuu. But what so grave paste nii..yaa itulah yang namanye pembelaan. Benar berguru sudah pasti mengikut. ATau bila dikatakan dia tidak setuj ...
Baca betul-betul wahai pak Indon Cut & Paste gue itu.( Cut & Paste itu retinya potong dan tampalin). Apakah lo kenal sapa dia Syeikh Hassan al-Saqqaf yang menjadi Guru ustaz Zamihan itu? As-saqqaf itu cuma nama suku saja lantas tidak semuanya mesti syiah. Waduh...masih bingung lagi lo nampaknya ya?
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 14-2-2007 08:59 AM
untuk keseimbangan maklumat...
"Buku tulisan saudara Dr. Azwira Abdul Aziz yang berjudul Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar?: Penjelasan Terhadap Tohmahan Zamihan Mat Zin Al-Ghari Ke Atas ...
Ya betul....bacalah untuk keseimbangan dan dengan fikiran yang terbuka. Buku ini juga bukannya satu kebenaran yang nyata malah hanya sebagai pembelaan yang dalam nya juga terkandung banyak fakta-fakta yang masih boleh dipertikaikan. Lepas ni rasanya tentu akan keluar pula buku untuk menjawab dan membalas atas jawapan kepada jawapan serta jawapan persoalan yang ditimbulkan. Heheh...
Antaranya kehebatan Shaikh Albani yang mengeluarkan banyak hadis2 lalu didaifkannya serta ada ulama lain membetulkannya lalu ia akui dan dia diperbetulkan dan diperkuatkannya semula. Heheh...mudah betul!
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 15-2-2007 23:04
Ya betul....bacalah untuk keseimbangan dan dengan fikiran yang terbuka. Buku ini juga bukannya satu kebenaran yang nyata malah hanya sebagai pembelaan yang dalam nya juga terkandung banyak f ...
Hadith apa antum maksud Syaikh Albani permainkan? Beritahu ana please inkuntum shadiqin. Ini semua karena kebodohan antum dan ketaqlidan antum sehingga antum berkata demikian. Beri ana satu aja contoh hadithnya? Ana dekat dengan murid-murid syaikh Albani (Syaikh Ali Hasan, syaikh Masyhur, Syaikh Salim, syaikh Musa, dan lain-lain), dan ana bisa bertanya mengenai antum ini. Betapa banyak yang masuk neraka HANYA karena mulutnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ikhwanindo at 16-2-2007 09:31 AM
Hadith apa antum maksud Syaikh Albani permainkan? Beritahu ana please inkuntum shadiqin. Ini semua karena kebodohan antum dan ketaqlidan antum sehingga antum berkata demikian. Beri ana satu aja contoh hadithnya?
Hehehe...memang goblok lo ini! Apa lo idak membaca link yang kyas berikan itu ataupun lo tidak tahu menggunakan otak untuk menganalisis setiap fakta yang diberikan ataupun sememangnya lo seorang yang berfikiran jumud lalu membenarkan saja semuanya atas sebab mempertahankan kesesatan ulama2 idola lo? Kasian...ada otak tapi tidak ada kemahiran untuk menggunakannya.
dan ana bisa bertanya mengenai antum ini. Betapa banyak yang masuk neraka HANYA kerana mulutnya.
Waduh...waduh lo juga ada kawan yang bisa menentukan orang itu masuk neraka ataupun tidak.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 16-2-2007 17:34
Hehehe...memang goblok lo ini! Apa lo idak membaca link yang kyas berikan itu ataupun lo tidak tahu menggunakan otak untuk menganalisis setiap fakta yang diberikan ataupun sememangnya lo seo ...
Memangnye antum mengerti ape yang website "kyas" tu jelaskan? Masih pnya otak lah antum tuuu...alhamdulillah Selamat!
Bicara dengan si grave niii tak ade membawa manfaat untuk ana sendiri ataupun dia, tapi malah membawa dosa ajee bagi ana. Die melawan hadith Nabi, dan tak mau ruju' kpd pemahaman para ulama. Dan penjelasan die pun bersumber dari kitab yang tak jelas, dan dari ulama yang tak jelas manhajnya. Jauh dari pemahaman ahlussunnah. Tak ade gune bicara dengannye, wallahu yahdih.
"Mereka tuli, bisu dan buta [27], maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar)" (Al Baqarah:18)
Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka.(Al Baqarah:15)
|
|
|
|
|
|
|
abu_syafiq This user has been deleted
|
Assalamu'alaikum.
saya sekali lagi memaklumkan kepada Wahhabi atau mereka
yang bertopengkan nama salafi
agar bertemu muka berbincang atau berdebat atau apa-apa
sahaja yang wahhabi mahukan secara face to face.
Panggillah ketua wahhabi kamu yang datang dari saudi tu.
Debat dalam bahasa arab amatlah dialu-alukan.
Ajak aje pak sheikh Wahhabi kamu yang datang ke malaysia
nak menyebarkan ajaran pelik tu agar bersua muka dengan
pelopor Islam di tanah air malaysia ini. Tempat saya akan
sediakan.Makan minum percuma untuk yang hadir termasuk Pak sheikh Wahhabi tuh!
Hangpa bleh lah nak berdebat dengan astora jabat yang jahil
dan penign tak tahu islam sangat.
Astora Dr amina Wadud dan Dr Asri setaraf lah dalam kejahilan
ilmu kesarjanaan islam sebenar, setakat nak sebarkan aqidah
bid'ah semua orang mampu buat..meh le kita berbincang,
berdebat demi mencari kebenaran.
ayoh! sahut seruan ini duhai Wahhabi!
HAATU BURHANAKUM INKUNTUM SODOQIN
[ Last edited by abu_syafiq at 19-2-2007 08:49 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #20 kyas's post
sebenarnya kalau benar bahawa kesahihan dibuat dahulu sebelum tangkapan, macmana Mat sabu tu terlepas? |
|
|
|
|
|
|
|
Muslims suffer from narrow minded crisis, says Perlis Mufti
Tuesday, 20 February 2007, 03:46pm
〣ernama (Used by permission)
From Adnan Jahaya
JAKARTA, Feb 20 (Bernama) -- Factions emerge among the Muslims in the region as they are suffering from narrow-minded crisis, said Perlis Mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin today.
He said as a result of the crisis, the Muslims have the tendency to label those who do not share their views as unIslamic.
"They refuse to accept the views of others and do not give them a chance to ask," he told Bernama at the sideline of the International Islamic Thinking Reformation Seminar here today.
Earlier, he presented his paper themed "Role of Al-Sunnah in Assessing and Managing Religious Thinking" at the seminar organised by the Perlis government, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) and Jemaah Muhammadiah Indonesia.
He said the narrow-minded Muslims can contribute to the backwardness of the Muslim society while communities from other faiths were progressing.
On the labelling of Islam as violent and militant, he said this was due to some narrow-minded Muslims who resorted to violence to solve problems, and the enemies of Islam used this group's radical actions to form a generalised view.
He said that Islam needed a new image to bring back its glory, and this is the responsibility of all Muslims.
Dr Mohd Asri also said some ulamak should free themselves from the outdated views and understanding to ensure the revolution of Islam to glorify the faith can take place.
He cited tithe collection as an example where Muslims were too bogged down with fundamentals to the extent that there existed constraints in the use of the funds.
More than 100 participants from ulamak and Muslim intellectuals from Malaysia and Indonesia attended the three-day seminar which will end today. |
|
|
|
|
|
|
|
yang masalah dgn umat islam ni adalah kerana kami tidak mahu menerima kritikan.
Sebarang pendapat yg bercanggah dgn apa yg kita telah lama di "brain wash" atau diajarkan, kita enggan utk terima walaupun bernas...
Kita harus bersikap terbuka. takkan nak berfikran kolot aje...
tapi saya tak salahkan semua org ni, sebab, level atau tahap pemikiran mereka belum mencapai intelligence lagi.. . masih dikoloti oleh unsur unsur regression |
|
|
|
|
|
|
|
"kolot,ketinggalan zaman,kaum tua dan macam2 lagi"
tapi saya tak salahkan semua org ni, sebab, level atau tahap pemikiran mereka belum mencapai intelligence lagi.. . masih dikoloti oleh unsur unsur regression
benar ,dialah sahaja yang mempunyai kepinteran dan kebijakan
melebihi para ulamak.Kerana ulama yang ada di malaysia ni semuanya kolot
dan 'bodoh' kerana menentang dan mengkritik Mufti wahabi itu.
[ Last edited by hafiz_alghumari at 21-2-2007 10:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hafiz_alghumari at 21-2-2007 08:36 PM
Tuduhan biasa kita dengar oleh wahabi kepada ASWJ di malaysia
"kolot,ketinggalan zaman,kaum tua dan macam2 lagi"
benar ,kamulah sahaja yang mempunyai kepinteran dan kebijakan
...
kalau awak nak berdialog atau berdebat, do it properly, that means with nas dan reason and logic, bukan hentam aje... perli perli ini bukan cara berdailog yg sehat...
kalau awak rasa saya ni bodoh, cuba awak buktikan kesilapan dan kebodohan saya...
Ini tak... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan orang awam sahaja yang menentang Mufti itu,
malah ulama2,mufti,sendiri menentang tindakannya.
saya dah quotekan pos anda itu
bagaimana anda mengatakan orang yang menentang tindakan mufti Asri
itu tidak sampai taraf intelligence dan kolot menggambarkan ulama yang
menentang mufti itu tidak bijak(jahil?) dan kolot. |
|
|
|
|
|
|
|
dan saya tidak pula mengatakan anda bodoh.
Maaf kalau ada salah faham dari saudari |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #152 hafiz_alghumari's post
Siapa kah ulamak yg menentang dr asri itu? Boleh beritahu? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hafiz_alghumari at 21-2-2007 11:24 PM
dan saya tidak pula mengatakan anda bodoh.
Maaf kalau ada salah faham dari saudari
Alhamdullillah, saya juga minta maaf kalau tersalah faham posting anda... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau saudari membaca thread ini dari awal mungkin dapt menemukan
beberapa nama.
mungkin saya boleh nyatakan beberapa orang disini
Prof Uthman El muhammady contoh yang paling jelas
ada lagi macam Zamihan Mat Zin,
dan banyak lagi yang tercatit dalam lipatan sejarah dalam menentang kaum muda
di malaysia ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|