CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: snipersnake

Kursus Ilmu Ikhwan Ahir Zaman *mesti baca*(darul arqam makam al kazab)

[Copy link]
 Author| Post time 5-12-2006 11:21 AM | Show all posts
Originally posted by abuaya at 5-12-2006 11:16 AM

ye lah, isi tafsiran ulama2 lain mana ada gambaran tentang kedudukan New york bakal direbut Putrajaya, tentang pengikut2 buaya Assaari yang diramal menjadi pemimpin2 dunia di bawah pimpinan bani  ...


member tuh dah abis modal. best gak dia masuk sekali sekala, cam kau kata, terhibur gak hati nih ngan perangainya cam ayam patah tengkok tuh :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2006 12:19 PM | Show all posts
heran jugak, dulu depa dok mencangakan ramai golongan professional join depa, lawyer, dokter, tuan majistret, ahli muzik pon ada :lol

la nih arqam/rupakak nak tenggelam, mana pi awyer, dokter, tuan majistret, ahli muzik tu yerk? tinggal la mereka2 yg tak amik spm berhempas pulas kat sini. yg lain??pteptrpteptprrprtt!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2006 12:32 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by muslimbest at 5-12-2006 10:37 AM
揓emaah saya lemah dan orangnya mengecewakan. Rupanya, bukan mudah mencari kawan yang setia,
Reply

Use magic Report

kulovadea This user has been deleted
Post time 5-12-2006 11:05 PM | Show all posts
Originally posted by abuaya at 5-12-2006 03:51 PM

Ahli2 alqaram dan rupakak yang lemah (akal) boleh dilihat pada penampilan serihartati, mawarmerah, syeikhbelalang, dan diteruskan oleh pelawak2 seperti dealovaku, guy, tokimam, janggut muda....hahahahahahaha lemah!! pejuang kunuuuun


...


Sabarlah menanti untuk mereka membuktikan menjadi pejuang-pejuang yang sejati. Bukankah berjuang itu mengambil masa yang lama dan bukannya dengan sekelip mata?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2006 05:23 PM | Show all posts

mai baca paper

[quote]Pengerusi Eksekutif Rufaqa didakwa cuba mengabui pihak berkuasa
KUALA LUMPUR: Penafian Ashaari Muhammad berhubung penggunaan syarikatnya, Rufaqa Corporation Sdn Bhd sebagai saluran menghidupkan semula ajaran Aurad Muhammadiah dan al-Arqam, dipertikaikan pelbagai pihak semalam.

Mereka menyifatkan kenyataa Ashaari yang juga Pengerusi Eksekutif Rufaqa itu sebagai usahanya untuk mengabui mata pihak berkuasa dan mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz, berkata kenyataan Ashaari itu tidak jujur kerana beliau masih mengamalkan ajaran Aurad Muhammadiah yang sudah disahkan sebagai sesat.

揔enyataan Ashaari bahawa beliau tidak pernah dan tidak akan menghidupkan semula al-Arqam kerana sudah serik mungkin benar tetapi pendiriannya mengenai Aurad Muhammadiah boleh dipersoalkan.

揂shaari sebenarnya masih membawa ajaran Aurad Muhammadiah. Itulah sebabnya semua anggota keluarga dan pengikutnya begitu taksub serta sanggup mengakui apa saja yang didakwanya.

揝aya mempunyai bukti kukuh kerana adik saya sendiri, Khadijah Din, ialah antara pengikut Ashaari dan sehingga ini beliau masih tetap enggan menerima fatwa pengharaman Aurad Muhammadiah.

揝aya percaya masih ramai pengikut Ashaari sejak zaman mereka bersama al-Arqam atau kini bergiat menerusi Rufaqa masih berpegang pada ajaran itu,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2006 07:22 AM | Show all posts
Siti Khadijah nafi dipaksa amal ajaran al-Aqram
Oleh Norfatimah Ahmad

KUALA LUMPUR: Siti Khadijah Din, adik Pegawai Agama Istana Negara, mengaku mengamalkan ajaran Aurad Muhammadiah, tetapi menafikan berbuat demikian kerana dipaksa pengasas al-Arqam, Ashaari Muhammad.


Bagaimanapun, Siti Khadijah yang juga Pengurus Rufaqa Corporation Sdn Bhd cawangan Kedah, mendakwa sudah meninggalkan ajaran diharamkan bersama al-Arqam itu selepas timbul pelbagai fitnah.

揝ebelum ini memang saya amalkan ajaran itu atas kerelaan. Saya anggap ia amalan peribadi, tiada kaitan dengan Ashaari atau Rufaqa, tetapi apabila Ashaari mengaku dia sekeluarga sudah meninggalkannya, saya berfikir semula.

揥alaupun wirid amalan peribadi dan berkaitan soal hati, apabila ia menimbulkan fitnah dan perpecahan, wajib bagi saya menghentikannya,
Reply

Use magic Report

Follow Us
muslimbest This user has been deleted
Post time 7-12-2006 03:50 PM | Show all posts
mane budak2 rufuxer ni? senyap je. da kene daulat ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2006 07:53 PM | Show all posts
sumer kat current issue.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2006 09:33 AM | Show all posts
Bekas pengikut Ashaari dilabel 慹nam jahanam
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2006 12:53 PM | Show all posts

JAWAPAN-JAWAPAN USTAZ ASHAARI MUHAMMAD TERHADAP ISU-ISU TERKINI (bhg 1)

JAWAPAN-JAWAPAN USTAZ ASHAARI MUHAMMAD TERHADAP ISU-ISU TERKINI (bhg 1)
08/12/2006


1. Telah timbul pelbagai spekulasi berikut dengan ketidak hadiran saya di majlis sidang media di Bandar Country Home pada hari Jumaat 1hb Disember yang lepas. Saya minta maaf dalam hal ini kerana agaknya terdapat kesilapan maklumat yang mengatakan saya akan hadir. Sebenarnya saya tidak mungkin boleh hadir disebabkan masalah kesihatan saya. Saya ditakdirkan oleh Tuhan mengidap penyakit yang agak kronik beberapa bulan selepas dibebaskan. Mengikut doktor saya ditimpa multi stroke di mana saya menghadapi masalah untuk bercakap dan bergerak. Tetapi yang peliknya doktor mengesahkan keadaan darah, jantung dan semua organ-organ dalaman saya berada dalam keadaan sangat normal. Ia bukan hanya sekadar sakit fizikal tetapi juga bercampur dengan serangan sihir dari musuh yang tidak senang. Buat masa ini saya dinasihatkan oleh doktor supaya berehat di rumah dan sekarang saya sedang di jaga oleh ketiga-tiga orang isteri saya.

Untuk makluman semua saya menubuhkan Rufaqa
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2006 07:51 PM | Show all posts
Originally posted by kulovadea at 5-12-2006 11:05 PM


Sabarlah menanti untuk mereka membuktikan menjadi pejuang-pejuang yang sejati. Bukankah berjuang itu mengambil masa yang lama dan bukannya dengan sekelip mata?


s.net/Animatio ...


macam mana kalau "pejuang" tu mati sblm menang? sapa nak ganti?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2006 01:19 AM | Show all posts
ABUYA ASHAARI JAWAB FITNAH TERHADAP RUFAQA



Category: General
Posted by: Raja Petra

Aktiviti selepas dibebaskan

Setelah dibebaskan saya melawat semua projek-projek saya sekitar Malaysia. Secara tidak langsung saya bertemu dengan staf-staf Rufaqa. Dari segi sumbangan di sini ada dua perkara yang saya lakukan. Pertama saya memberi bantuan kepada sesiapa yang saya tahu sedang dalam kesusahan. Kedua kalau ada orang yang datang kepada saya dan mengadu masalah maka saya akan cuba bantu selesaikan.

Tiada bukti hidupkan Al-Arqam

Apa buktinya saya hidupkan Arqam. Sebenarnya dalam hal ini seorang pun tidak boleh buktikan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2006 01:20 AM | Show all posts
Tiada niat menghidupkan Al-Arqam

Kalau saya katakan saya tidak berniat untuk menghidupkan Arqam, orang-orang yang tidak senang dengan saya dan menuduh saya cuba hidupkan Arqam takkan percaya. Niat itu dalam hati, siapa pun tak tahu, hanya Tuhan yg Maha Mengetahui. Tapi saya boleh buktikan secara lahirnya dengan alasan berikut:

1. Setelah Arqam diharamkan saya telah menubuhkan Rufaqa Corporation Sdn, Bhd. (T.426782-V) yang didaftarkan dibawah Akta Syarikat 1965. Sedangkan Arqam dahulu adalah sebuah badan dakwah dan tidak didaftarkan. Rufaqa ditubuhkan pada tahun 1997 hanyalah untuk tujuan perniagaan semata-mata.

2. Dari segi identiti Al-Arqam, kalau dahulu dikenali dengan jubah , serban dan purdah tapi sekarang sudah tidak ada lagi. Semuanya berpakaian sama seperti masyarakat umum.

3. Sejak saya memulakan perniagaan Rufaqa, setiap minggu saya melaporkan diri kepada pihak polis. Setiap aktiviti harian dan aktiviti perniagaan saya laporkan kepada pihak keselamatan. Saya maklumkan kepada mereka oleh kerana keluarga saya besar, saya perlu berniaga dengan memulakan sebuah pasaraya, klinik, Caf
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2006 01:21 AM | Show all posts
Selama 10 tahun diproses melalui ISA saya cukup faham kehendak kerajaan dan menjadi dasar saya menghormati fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1994 berkaitan dengan isu ini. Ini adalah dasar saya dan dasar Rufaqa. Namun apabila Rufaqa sudah semakin berkembang dan bilangan staffnya makin ramai saya sudah tidak mampu untuk mengawal dan mengenal pasti amalan masing-masing. Kalaupun masih ada yang mengamalkannya itu adalah atas dasar individu dan bukannya menjadi dasar syarikat. Takkanlah kerana kesalahan individu seluruh syarikat menjadi mangsa. Kalaulah ada seorang staf syarikat yang membuat kesalahan mencuri misalnya, takkanlah seluruh syarikat nak ditutup. Ini tidak adil dan menganiaya. Patutnya hukumlah yang bersalah itu sahaja bukannya kesemua sekali.

7. Dalam hal ini kalau saya kata saya amalkan atau tidak amalkan kedua-duanya tidak boleh dibuktikan kerana ia soal amalan hati. Kalau saya kata tidak pun, orang tak percaya. Tetapi kalau saya kata saya amalkan seperti yang sesetengah pihak dakwa, itu bererti saya menganiaya diri saya. Dalam hal ini saya pun tidak boleh nak buktikan yang saya tidak amalkan dan mereka yang menuduh saya amalkan pun tidak boleh membuktikan yang saya masih amalkan. Kalau ianya berkaitan dengan amalan lahir seperti solat, boleh dilihat dengan mata lahir dan boleh dibuktikan, tapi ini amalan hati, macam mana nak buktikan. Saya di tuduh dan dihukum di atas satu perkara yang berlaku dalam hati, yang tidak boleh dilihat dan dibuktikan secara lahir.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2006 07:02 AM | Show all posts
Rufaqa digerakkan oleh pengarah-pengarah

Saya tegaskan sekali lagi ini adalah Rufaqa bukannya Arqam. Rufaqa menumpukan bidang perniagaan sepenuhnya. Para ahli lembaga Pengarah Syarikat mewakili saya menyampaikan motivasi kepada staff dan menyusun operasi perniagaan syarikat. Untuk mengendalikan sebuah syarikat yang sebesar ini memang memerlukan pemantauan para pengarah. Takkan saya sorang mampu melihat semua perkara.

Pemimpin Kasih Sayang

Saya tidak pernah arahkan sesiapa membesar-besarkan dan mengagungkan-agungkan saya. Dalam hal ini kita perlu faham. Saya sebagai Pengerusi Syarikat dan mereka sebagai staff saya, saya jalankan tanggung-jawab saya sepenuhnya mengambil berat dan menjaga kebajikan mereka. Malah hubungan saya dengan mereka lebih kepada hubungan ayah dengan anak bukannya sekadar hubungan majikan dengan pekerja. Mereka yang asalnya tidak ada pekerjaan dan sumber pendapatan saya berikan kerja. Ada yang saya uruskan nikah kahwinnya. Kalau mereka ada masalah rumahtangga saya bagi panduan dan didikan. Kalau kesempitan wang saya bantu mana yang patut. Saya didik mereka kembali kepada tuhan. Mungkin atas dasar inilah mereka terhutang budi dengan saya dan memandang tinggi kepada saya selaku pengerusi syarikat ini.

Apabila berlakunya hubungan di atas dasar kasih sayang maka mereka akan bekerja bersungguh-sungguh dan sentiasa jujur dan amanah. Tidak timbul tipu menipu dan salahguna wang dan sebagainya. Di sini saya tegaskan bukannya mudah untuk paksa orang sayang dan hormat kepada kita. Saya juga tidak pernah arahkan kepada sesiapa menggantung gambar saya, saya juga malu. Kalau ada pihak yang tidak senang dan minta di turunkan gambar saya. Silakan dan minta diturunkan gambar saya, silakan, saya tidak ada apa-apa kepentingan disini. Sebenarnya lebih banyak orang yang mengeji saya dari yang mengagungkan saya. Tapi sebagai hamba saya terima semuanya samada pujian atau kejian itu semuanya dari tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2006 07:03 AM | Show all posts
Kursus Rawatan Alternatif

Selepas dibebaskan dari ISA pada tahun 2004 saya terus jatuh sakit. Saya telah mendapatkan rawatan dari pelbagai doktor pakar. Yang terakhir saya dirawat di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur. Doktor berkata saya mengidap multi stroke. Walaupun dah ramai doctor pakar yang saya temui tapi sakit saya masih belum sembuh. Akhirnya saya terlantar sakit di Nilai. Saya mempunyai masalah kesukaran percakapan dan pergerakan. Melihatkan keadaan saya yang semakin uzur maka isteri pertama saya Tengku Noriah mempelajari kaedah rawatan dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran.

Dia mula merawat saya dengan kaedah itu. Walaupun keadaan saya masih belum sembuh sepenuhnya namun saya masih boleh bertahan. Kemudian beliau mencuba pula kaedah rawatan itu kepada kaum keluarga terutamanya yang mengidap sakit teruk. Alhamdulillah dengan izin Allah nampaknya ramai yang sembuh. Apabila khabar ini tersebarlah meluas dengan cepat ramai yang hendak belajar kaedah rawatan ini. Jadi beliau membuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mencuba kaedah rawatan ini bolehlah datang untuk mempelajarinya. Ia menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk merawat penyakit.

Namun saya tegaskan aktiviti ini bukan dasar Rufaqa. Saya dan ahli Lembaga Pengarah tidak terlibat. Ianya hanyalah merupakan inisiatif isteri saya Tengku Noriah untuk berkongsi ilmu ini dengan sesiapa yang berminat. Pada waktu yang sama juga saya sedang sakit jadi diluar pengetahuan saya dan kawalan saya rupanya makin ramai yang berminat setelah terbukti keberkesanannya. Apa yang berlaku di Shah Alam itu adalah mereka yang datang berkursus untuk mempelajari kaedah rawatan tersebut. Bukannya berkumpul untuk hidupkan Arqam. Tetapi saya telah arahkan supaya kursus ini dihentikan kerana ianya boleh menimbulkan fitnah dan masalah. Lagipun ianya bukan dasar syarikat ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2006 07:05 AM | Show all posts
Rufaqa menumpukan perniagaan

Buktinya boleh dilihat di mana Rufaqa menumpukan sepenuh aktivitinya berniaga. Kenapa nak kaitkan dengan Arqam sedangkan saya sendiri pun tidak ada niat langsung nak hidupkan Arqam. Sebenarnya bagi saya isu ini timbul apabila ada di kalangan pihak tertentu yang tidak senang dengan kejayaan yang dicapai oleh Rufaqa. Lalu mereka cuba nak kaitkannya dengan Arqam sedangkan Arqam dah berkubur dan dah dilupakan orang. Saya rasa ada orang yang hati dan fikirannya tidak sihat lalu cuba mengusahakan agar Rufaqa dihancurkan seperti Arqam. Kelompok ini sebenarnya adalah dari kalangan bekas-bekas Arqam yang tidak senang dengan saya dan cuba membangkitkan isu ini. Bagi saya mereka lebih cenderung untuk mengugat keselamatan Negara dan mengganggu ketenteraman awam serta mewujudkan kegelisahan di kalangan masyarakat dengan menimbulkan isu ini sedangkan bagi pihak keselamatan yang memantau kami selama ini jelas tidak ada apa-apa masalah sebenarnya.


Di hukum tanpa berpeluang membela diri

Berkaitan dengan Aurad Muhammadiah sekali lagi sila rujuk kepada jawapan saya sebelum ini. Walau bagaimana pun saya ingin memberi pandangan. Di dalam isu ini saya harap sesuatu ajaran yang hendak diharamkan oleh mana-mana pihak eloklah diajak bersemuka dahulu dengan pihak yang terbabit supaya tidak timbul kekeliruan di dalam masyarakat.

Sepatutnya diajak bersemuka kedua-dua pihak dan dibahaskan secara ilmiah. Kedua-dua pihak sepatutnya diberi peluang untuk bercakap dan berbincang dua hala serta di adakan perbahasan terbuka secara dua hala. Bukannya ditangkap dan di ISA kan begitu tanpa dibicarakan dan dibagi peluang untuk pihak saya membuat penjelasan.

Saya dilemparkan dengan berbagai tuduhan, disesatkan dan bermacam lagi tanpa diberi peluang untuk saya membuat penjelasan. Setakat ini hanya laporan dari sebelah pihak sahaja yang didengar, pihak media memainkan isu ini tanpa memberi ruang untuk saya menerangkan keadaan sebenar. Perlu diingatkan bahawa isu Arqam ini tidak pernah dibicarakan di mana-mana mahkamah di Malaysia samada mahkamah sivil maupun syariah. Jadi selama ini saya tidak berpeluang untuk diadili dan didengari dengan seadil-adilnya dalam hal ini. Pengharaman Al-Arqam dan tuduhan kepada Rufaqa dibuat tanpa proses ilmu dan tanpa kedua-dua pihak disemukakan. Walaupun saya akur dengan keputusan fatwa namun saya tidak mampu untuk kawal orang lain menerimanya dengan sepenuhnya. Akibatnya timbul tanda tanya, kekeliruan dan ketengangan apabila masyarakat tidak faham
.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2006 07:08 AM | Show all posts
Membubarkan Rufaqa merugikan ekonomi orang Melayu Islam


Pihak berkuasa boleh buat apa sahaja sebab mereka ada kuasa sedangkan saya tidak ada kuasa. Apa pun keputusan daripada pihak berwajib, sebagai seorang rakyat Malaysia saya akan akur. Namun perlu saya ingatkan bahawa memubarkan Rufaqa bukan hanya merugikan Rufaqa tetapi juga bererti merugikan ekonomi orang Melayu dan Islam. Rufaqa adalah syarikat perniagaan pelbagai jenis produk halal, berbagai rangkaian perniagaan dan kegiatan ekonomi 100% kepunyaan Bumiputera Islam.

Masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu patutnya berbangga dengan pancapaian ini. Rufaqa bangun tanpa pinjaman mana-mana bank, tanpa subsidi, tanpa tender, tanpa geran, tanpa rasuah, tanpa terlibat dengan sistem riba, tanpa hutang. Dalam keadaan terbuang, disekat semua ruang dan peluang, namum tetap boleh muncul sebagai syarikat korporat Melayu bukan hanya berjaya di dalam negara bahkan keluar negara. Pencapaian ini sepatutnya di contohi.

Rufaqa sepatutnya menjadi asset berharga buat negara. Aset ini bukan sahaja tidak diiktiraf di negara sendiri bahkan dimusuhi dan didengki. Rufaqa telah berjaya membuktikan bahawa di tengah-tengah Bandar yang majoritinya orang Cina, telah terbangun sebuah model perniagaan islam. Sedangkan hari ini hamper mustahil untuk mencari sebuah kedai melayu di tengah-tengah bandar besar. Pernahkah kita melihat sebuah bandar yang majoriti kedainya di miliki oleh orang Melayu. Lebih-lebih lagi kalau Bandar itu terletak di kawasan majoritinya kaum cina. Tentu mustahil pada fikiran kita. Kerana apa yang selali kita lihat di kawasan majoriti orang melayu pun, orang cinalah yang berniaga di situ. Apatah lagi sesebuah kawasan perumahan atau pusat-pusat perniagaan yang besar, majorotinya adalah kedai Cina. Kalau ada pun satu dua kedai Melayu, ia terselit di antara kedai-kedai tersebut. Tetapi itulah pengalaman Rufaqa membangunkan projek-projek di Bandar Country Homes, Rawang. Mampu mengusai perniagaan di tengah-tengah perniagaan Cina.

Membubarkan Rufaqa bereti membunuh sebuah model ekonomi Melayu Islam. Sedangkan kita tahu orang Melayu ketinggalan di bidang ekonomi. Sepatutnya orang lain belajar dari Rufaqa bagaimana membangunkan ekonomi, bukannya 搈embunuhnya
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2006 07:09 AM | Show all posts
Tindakan Undang-Undang


Persamaan itu disudut mana? Pola mana yang mirip itu? Walau bagaimana pun memandangkan kes ini dah berlarutan begitu serius, saya terpaksa mengarahkan panel peguam saya bertindak segera. Padahal bagi saya dalam kes ini kalaulah pihak-pihak yang berkenaan sanggup untuk bersemuka dan berunding sehari pun boleh selesai. Tetapi memandangkan ianya tidak berlaku demikian maka demi menjaga maruah dan nama baik syarikat serta kepentingan semua pekerja syarikat, saya terpaksa mengambil tindakan undang-undang. Biarlah mahkamah yang menentukan.


Dipetik dari http://malaysia-today.net/blog2006/letters.php?itemid=1244
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2006 11:19 PM | Show all posts
ahaha copy  lagik banyak2 belalang.paham ke?? :lol

tah2 dah nak kene ISA dah mamat tu tuh, paling lama sebulan lagik. :lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.051214 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list