|
MSTAR Online : Dayang berdebar kerana 'Luka'
Dayang berdebar kerana 'Luka'
04-10-2006 11:25:58 AM
Oleh WAHIDA ASRANI
Untungnya jadi Dayang Nurfaizah adalah dia memang sudah terkenal.Walaupun cubaannya untuk merangkul RM1 juta di dalam pertandingan OneIn A Million (OIAM) baru baru ini gagal, tidak ada apa yang perludigusarkan oleh penyanyi ini.
Tetap tidak patah semangat, Dayang kembali sibuk untuk proses rakamanalbum terbarunya dan siapa sangka bahawa penyanyi bersuara gemersik inirupa-rupanya akan berlakon pula di dalam sebuah filem berjodol Lukayang menampilkan pelakon popular Indonesia, Dian Sastrowardoyo danMarcel Chandrawinata.
Awal Januari depan, Dayang akan berangkat ke Jakarta untuk penggambaran filem tersebut yang telah berberapa kali ditunda.
Dayang kembali sibuk dengan album terbaru dan filem pertamanya
(Foto The Star oleh Kamal Sellehuddin)
Inilah penglibatan Dayang yang pertama sebagai pelakon dan bakalbergandingan dengan nama-nama besar membuatkan penyanyi yang pernahpopular dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta ini gementar.
Justeru, salah satu langkah yang diambilnya untuk memastikan hasillakonannya nanti berkesan, Dayang akan turut mengikuti kelas lakonandi Jakarta.
"Sebenarnya, sebelum sertai OIAM, saya sempat belajar berlakon selamasebulan dengan pelakon Indonesia, Ria Irawan. Dia banyak mengajar apayang saya perlu lakukan untuk bawa watak saya itu.
"Kemungkinan besar di Jakarta nanti, Ria juga yang akan melatih saya untuk kelas lakonan itu nanti," tambahnya lagi.
Luka menceritakan sebuah kisah cinta segitiga di antara tiga orangsahabat, Luka (Marcel Chandrawinata), Rika (Dian Sastrowardoyo) danAlia (Dayang Nurfaizah) di mana pelbagai konflik perlu dihadapi olehketiga-tiga mereka dalam memahami erti sebenar 'cinta'.
Faizal OIAM tulis lagu untuk Dayang
Bercerita tentang album keenamnya,Dayang berkata empat buah lagu sudah disiapkan dan ketika ini masih didalam proses pemilihan enam buah lagu lain.
Antara komposer yang turut menyumbangkan lagu mereka adalah Amir Ruffedge, Mazlan Hamzah dan Iman Wan.
Dayang akan bercuti selama dua minggu sempena Hari Raya
(Foto The Star )
Menurut Dayang lagi, Faizal OIAM juga dijangka akan menyumbangkan sebuah lagu untuknya.
"Sejak di dalam OIAM lagi saya lihat Faizal seorang yang kreatif, bukansaja ketika menyanyi tetapi juga di dalam penghasilan lagu.
"adasatu hari tu, saya bertanya pada dia, 'ada lagu tak untuk Dayang?'. Taksangka pula sebenarnya dia memang ada lagu yang dia mahu sayanyanyikan, cuma dia segan untuk beritahu saya.
"Insyaallah, saya akan dengar dulu lagu itu dan jika ia sesuai dengankonsep saya, saya akan masukkan lagu tersebut dalam album saya nanti,"ujar Dayang.
Katanya lagi, album ini turut menampilkan kelainan berbanding album-albumnya sebelum ini.
"Saya masih kekalkan konsep R&B, cuma kali ini ada sedikit kelainandari segi nyanyian dan muzik. Jika semuanya berjalan lancar, album iniakan mula berada di pasaran pada akhir November depan."
Cuti raya dua minggu
Sejak penglibatannya di dalam dunia seni, amat sukar untuk penyanyiberusia 25 tahun ini meluangkan masa yang lama bersama keluargatercinta tatkala menjelangnya Hari Raya.
Ada saja program atau persembahan yang perlu dijayakannya sehinggaadakalanya membataskan peluang Dayang untuk meraikan hari mulia itubersama-sama keluarganya di Kuching, Sarawak.
Namun tidak pada Syawal kali ini. Menurut Dayang, tahun ini dia akan mengambil cuti selama dua minggu.
"Saya penat sangat tahun ini, terutamanya selepas sertai One In AMillion. Memang saya ingin sangat berehat lama, sebab itu saya ambilcuti dua minggu.
"Lagipun sudah lama tidak berjumpa dengan saudara-mara. Insyaallah, duaatau tiga hari sebelum raya, saya akan pulang ke Kuching," ujar Dayang.
Ditanya tentang persiapan raya pula, penyanyi ini mengaku belum membuatsebarang persediaan kerana sibuk menguruskan kerjaya seninya.
"Baju raya pun saya belum sempat tempah. Mungkin pakai semula baju tahun-tahun yang dulu.
"Begitu juga dengan kuih raya, ada yang akan dibeli dan yang penting,setiap tahun, kuih tradisi keluarga kami 'Desa Fair' mesti ada.Walaupun nama kuih itu pelik, tapi ia memang sedap!" kata Dayang.
[ Last edited by mr-judd at 24-9-2007 02:40 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Mimpi Diddy (Bertemu Dayang)
PETIKAN BERITA HARIAN
19 Oktober 2006
Oleh Farihad Shalla Mahmud | Gambar oleh Zaharin Hayon
Mimpi Diddy
Dayang Nurfaizah cuti dua minggu sambut hari lebaran bersama keluarga
KEDUA-duanya adalah bekas peserta program realiti. Namun yangmembezakan mereka berdua adalah si jejaka masih mencari tapak dalambidang seni manakala si gadis sudah mempunyai nama yang kukuh dalamindustri hiburan tanah air.
Namun begitu ia bukanlah satu halangan untuk dua pasangan ini digandingkan bersama dalam satu sesi fotografi. MinatDiddy atau nama sebenarnya Syamsul Hirdy Muhid terhadap penyanyibersuara gemersik, Dayang Nurfaizah memang sudah lama tersimpan didalam hati. Jangan silap faham, bukannya si jejaka tinggi lampaiini menaruh hati pada Dayang sebaliknya minat pada bakat yang ada didalam diri penyanyi dari Bumi Kenyalang ini.
Bagi Diddy, suara Dayang memang tersendiri malah dia juga mengakuisering mengikuti perkembangan penyanyi yang menjadi idolanya itu.
Justeru, sesi fotografi ini diatur adalah atas permintaan bekaspelajar Akademi Fantasia musim keempat (AF4) itu sendiri. BarangkaliDiddy menang bernasib baik kerana tanpa banyak bicara, pihak pengurusanDayang lekas saja memberi persetujuan.
Biarpun di awal pertemuan, mereka agak kekok untuk beraksi di depankamera namun setelah beberapa ketika, baik Dayang mahupun Diddy,kedua-duanya kini semakin serasi.
揗asa mula-mula diberitahu Dayang bersetuju untuk digandingkan dalamsesi fotografi ini, Diddy memang teruja sangat. Maklumlah, orang yangmenjadi idola Diddy selama ini sudi bergambar dengan Diddy.
揑ni adalah kali pertama Diddy berjumpa Dayang secara bersemuka danDiddy gembira sangat. Diddy anggap pertemuan ini adalah hadiah harijadi paling bermakna dalam hidup Diddy, |
|
|
|
|
|
|
|
Dayang guna lagu Ryan
ABPBH 2006: Dayang guna lagu Ryan
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
Album terbaru penyanyi kelahiran Kuching dijangka menjengah pasaran Februari tahun depan
MELIHAT penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini membesar sebagai anak seni, pasti akur proses kematangan yang dilaluinya. Andai pada permulaan langkah Dayang Nurfaizah seperti keliru dalam menentukan arah yang ingin dituju namun semua itu sudah berubah.
Berbicara dengan Dayang hari ini menyerlahkan kedewasaan penyanyi yang sudah lebih tujuh mencipta nama di bidang seni itu. Pengalaman pahit, pernah tersungkur ketika nama mula memuncak namun hasil kesabaran cahaya kejayaan makin membias dalam karier seninya.
Dayang tahu apa yang diinginkan. Dan keinginan itu dapat dilihat dalam produksi album terbarunya yang akan menjengah pasangan Februari tahun depan. Hingga kini, empat lagu sudah dirakam dan kata Dayang, dia bersyukur kerana ditemukan dengan insan kreatif yang memahami aspirasi seninya.
Barangkali untuk mencapai kepuasan sepenuhnya menuntut masa yang lebih panjang. Namun penyanyi berusia 25 tahun itu album berkenaan membawa pembaharuan yang manis dalam karier nyanyiannya.
?etap Dayang percaya jika diberikan sedikit lagi masa, Dayang akan menemui apa yang diinginkan. Biar perlahan namun tempias pembaharuan itu sudah mula Dayang rasai,? katanya.
Proses pengumpulan material album itu dimulakan sejak kelahiran Dayang Sayang Kamu, lebih dua tahun lalu. Banyak lagu diterima tetapi ada di antaranya terpaksa ditolak kerana Dayang ingin memastikan album solo ketujuhnya itu lebih mantap berbanding album terdahulu.
Apatah lagi, selepas menyertai One In A Million, peminat menggantung harapan yang tinggi untuk melihat Dayang yang baru.
?ezanya kali ini Dayang lebih banyak mendapat banyak lagu rancak berbanding lagu balada. Itu yang memeningkan. Dayang memerlukan sentuhan balada yang betul-betul kuat kerana mahukan album ini seimbang dan memberi impak apabila keluar nanti,? katanya.
Dalam penerbitan terbarunya ini, Dayang bekerja dengan beberapa penerbit dan komposer terkenal antaranya Audi Mok, Jenny Chin, Mazlan Hamzah, Amer (Ruffedge) serta Mohariz Yaakup.
Dayang juga merakam semula lagu Inggeris popular, You To Me Are Everything yang ditulis liriknya dalam bahasa Melayu. Lebih istimewa, komposer Ryan Kyoto menghasilkan tiga lagu yang dicipta khusus untuknya.
Akui Dayang, dia tidak pernah mengenali pencipta lagu dan penyanyi bernama Mazlan Hamzah. Dia begitu menyukai lagu ciptaan Odie Agam, Aku Cinta Padamu yang pernah dinyanyikan Mazlan sebelum dipopularkan kembali Sheila Majid.
Namun, finalis Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006 itu menyimpan harapan untuk bekerja dengan komposer yang pernah menghasilkan lagu nyanyian Sheila Majid.
Bertahun dia bersama pengurusnya, Shaliza Kadir Sultan berusaha untuk mendapatkan khidmat komposer ini. Tanpa disangka, pesanan telefon yang dibuat Shaliza mendapat reaksi positif daripada Mazlan.
?ami bertemu dan berbincang, akhirnya dia bersetuju untuk menghasilkan lagu buat Dayang. Juga sebuah lagu rancak tetapi ala disko 80-an yang diterbitkan Jenny Chin,? katanya teruja apabila mimpinya itu menjadi kenyataan.
Kembali ke Planet Hollywood:
SIRI Sunday Nite Live di Planet Hollywood Kuala Lumpur cukup sinonim dengan gadis yang memuncak namanya menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta itu. Januari ini, selama dua malam iaitu pada 14 dan 28 Januari, Dayang akan kembali menghiburkan peminatnya.
Apa kelainan yang cuba dijanjikan Dayang?
?ampir keseluruhan lagu yang bakal Dayang persembahkan untuk dua malam itu adalah pilihan peminat. Ramai yang meminta Dayang menyanyikan lagu itu dan ini, justeru Dayang cuba penuhi menerusi persembahan ini,? katanya.
Bakal menampilkan sembilan pemuzik diketuai Jenny Chin, Dayang yakin persembahan solo kelimanya di pusat hiburan itu bakal meninggalkan kenangan yang manis kepada penonton yang hadir.
Antara lagu yang akan dinyanyikannya termasuk Hurt (Christina Aguilera), Irreplaceable (Beyince Knwoles), Survivor (Destiny? Child), Buttonz (*****cat Dolls) selain lagu Melayu popular, Kenangan Terindah (Samsons).
Tidak melupakan lagu popularnya, Dayang turut mengalunkan lagu seperti Seadainya Masih Ada Cinta dan Erti Hidup yang diberi sentuhan baru oleh Jenny Chin.
?a menjadi platform terbaik untuk memperkenalkan lagu terbaru Dayang selain tanda terima kasih Dayang kepada peminat. Selepas itu Dayang akan sibuk dengan siri promosi album, jadi sukar mencari masa yang sesuai untuk persembahan istimewa seperti itu,? katanya yang akan memperkenalkan lagu terbarunya, Inginku Miliki.
INFO: Dayang Nurfaizah
TERHARU kerana namanya kembali dicalonkan sebagai finalis Penyanyi Wanita Popular, ABPBH 2006. Biarpun tidak pernah mengungguli kategori, namun Dayang berbangga kerana peminat sentiasa meletak kepercayaan tinggi terhadap bakatnya.
UNTUK kategori itu, Dayang terpaksa bersaing dengan nama besar lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Misha Omar dan Jaclyn Victor. Untuk ABPBH 2006, Dayang bersedia mengikuti beberapa siri promosi jelajah sebagai tanda terima kasih kepada peminat.
PENANGGUHAN penggambaran filem Luka yang akan bermula Mac atau April 2007 membuka rahmat kepadanya.Dayang mempunyai banyak masa untuk mempromosikan album terbarunya. Paling membuatkan Dayang terharu apabila syarikat produksi itu sedia mengikuti jadual kariernya.
DAYANG juga bakal menjayakan persembahan sempena Hari Memperingati Kekasih di sebuah restoran eksklusif pada 14 Februari 2007. Dayang akan menghiburkan tetamu dengan rangkaian lagu bertemakan cinta diiringi petikan piano daripada Aubrey Suwito.
MENYIMPAN impian untuk belajar bermain piano tahun depan. Kata Dayang, dalam keluarga hanya kakak dan abangnya yang sempat mengikuti kelas piano ketika zaman kanak-kanak. Kerana itu, Dayang ingin mengikuti kelas berkenaan untuk melengkapkan lagi pengetahuannya dalam bidang muzik.
SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE 18/12/2006 |
|
|
|
|
|
|
|
Dayang抯 hard at work
MALAY MAIL
8 Disember 2006
Dayang抯 hard at work
-by ADLY SYAIRI RAMLY -
MORE confident and definitely hotter 梩his would be the most apt description of pop chanteuse, DayangNurfaizah following her involvement with 8TV抯 reality talentprogramme, One In A Million.
The Sarawakian singer took some time off during her recording sessionto give The Malay Mail exclusive updates of her upcoming album.
揑抦 working on my next proper studio album after Dayang Sayang Kamu, which was released two years ago, |
|
|
|
|
|
|
|
Gurauan cinta Dayang
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]
Dayang penuhi permintaan peminat
BAGI segelintir ibu bapa apabila anak gadis mencecah usia 25 tahun, ia adalah masa yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga. Kadangkala, mereka terlebih 慻abra |
|
|
|
|
|
|
|
Penangan Dayang di Planet Hollywood
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
LIMA kali beraksi solo di Planet Hollywood Kuala Lumpur, ada apa dengan Dayang Nurfaizah? Aura penghibur yang ada pada dirinya membuatkan Planet Hollywood Kuala Lumpur tidak pernah jemu mengundang penyanyi ini beraksi secara eksklusif. Sejak dua tahun lalu, kerjasama Dayang dan pusat hiburan terkenal itu terjalin erat.
Atas keyakinan Dayang tidak akan membuatkan tetamu kecewa, Planet Hollywood membuat pertaruhan berani mengundang penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak untuk kembali beraksi sebagai artis pembuka tirai siri Sunday Nite Live.
Lima kali di pentas sama, ada apa dengan Dayang hingga membuatkan persembahannya tidak jemu ditonton? Malah, malam pertama persembahan showcase itu berlangsung, hujan lebat melanda ibu kota. Namun, ia tidak langsung menjejaskan kesungguhan peminat untuk melihat finalis Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006 ini beraksi secara dekat.
Lantai Planet Hollywood padat dengan jumlah tetamu luar biasa. Jumlah yang barangkali mampu membuat Dayang menghela nafas lega apatah lagi, kebelakangan ini dia agak menyepi selepas perjuangannya pada program realiti, One In A Million (OIAM), terkandas tidak lama dulu.
Set pertama yang bertindak sebagai pemanas badan, menyaksikan Dayang menghimpunkan lagu cinta romantis. Memulakan nyanyiannya dengan Deja Vu yang dipopularkan Beyonce Knowles, Dayang mengheret peminat untuk turut sama larut dalam lagu Fever daripada Madonna.
Biarpun barangkali lagu ini agak kerap dinyanyikan, namun ia tidak pernah menjemukan penyanyi berusia 25 tahun itu. Aku Rindu Aku Jemu dipetik daripada album Dayang Sayang Kamu mengubat kerinduan peminat terhadap penyanyi yang kental dengan irama pop R&B itu.
Dayang seterusnya memilih lagu Benci Tapi Rindu yang dipopularkan penyanyi Indonesia, Diana Nasution. Kata Dayang, lagu itu banyak membawa makna kepadanya kerana kerap mendengar ia dinyanyikan ketika mengikut ibunya menjayakan pertandingan karaoke ketika kanak-kanak dulu.
揇ayang benar-benar jatuh cinta apabila pertama kali mendengar lagu ini, |
|
|
|
|
|
|
|
Dayang bikin gamat di Planet Hollywood
Dayang bikin gamat di Planet Hollywood
Oleh: MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH
VOKAL serak-serak basah Dayang Nurfaizah memukau penonton yang hadirpada persembahan Sunday Nite Live di Planet Hollywood, Kuala Lumpurmalam Ahad lalu.
--------------------------------------------------------------------------------
Pada 2005, Dayang Nurfaizah menjadi artis terakhir menutup persembahanSunday Nite Live di Planet Hollywood, Kuala Lumpur. Tahun 2006 pulaberlalu sunyi tanpa vokal serak penyanyi berkulit hitam manis itu disana.
Namun 2007 menyaksikan tuah Dayang kembali menggegarkan kelab hiburaneksklusif ibu kota itu sebagai artis pertama tampil membuat persembahan.
Tentunya kemunculan Dayang pada malam Ahad lalu tidak dilepaskan parapeminat fanatiknya. Senario itu dapat dilihat apabila ruang pusathiburan itu penuh sesak dengan lebih 300 penonton walaupun sejamsebelum persembahan, hujan lebat turun mencurah.
Malah ramai yang sanggup berdiri melebihi tiga jam menyaksikanpersembahan artis kegemaran mereka yang bermula pukul 10.45 malam itu.
Lenguh kaki tidak dirasakan dek nikmatnya alunan suara Dayang yang dimulakan dengan lagu Dejavu (nyanyian asal Beyonce).
Sehinggakan ramai yang tidak sedar vokal penyanyi itu tenggelam olehsuara penonton yang turut menyanyi sama tatkala lagu-lagu seperti MyHeart, Mencintaimu dan Kenangan Yang Terindah dipersembahkan Dayang.
Itu belum dikira lagi lagu-lagu medley seperti Hakikat Cinta, Andainya Ku Tahu, Kasih dan Erti Kasih.
Itulah kelebihan Dayang yang tidak perlu mengajak penonton menyanyi bersama, sebaliknya penonton yang teruja untuk turut serta.
Malah kebijaksanaan Dayang berkomunikasi dengan penonton menjadikan persembahan malam itu terasa lebih santai dan ringan.
Lagu wajib Dayang, Seandainya Masih Ada Cinta paling ditunggu-tunggu.Nostalgia lagu tersebut seakan membuktikan keunggulan tujuh tahunDayang melayari dunia seni yang penuh pancaroba.
Antara lagu lain yang sempat Dayang sampaikan termasuk lagu-lagu Inggeris berjudul Fever, Hurt, Buttons dan Irreplaceable.
Penutup persembahan, Dayang menyampaikan lagu Survivor sebagai lambangkekuatannya untuk berdiri teguh di arena industri muzik tanah air.
SUMBER : UTUSAN ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Dayang "gegarkan" Planet Hollywood
31-01-2007 01:54:41 PM
Radin Sri Ghazali
Dayang Nurfaizah mengakhiri persembahannyauntuk siri Sunday Nite Live pada minggu lepas dengan kehadiran ratusanpeminat setianya
(Foto The Star)
Planet Hollywood bagaikan rumah kedua untuk penyanyi yang berasal dari Sarawak ini.
Dayang Nurfaizah mengakhiri persembahannya untuk siri Sunday NiteLive pada minggu lepas dengan kehadiran ratusan peminat setianya.
Dayang memulakan persembahannya dengan dua buah lagu rancak untukmemberi aura 'panas' di kalangan mereka yang menghadiri showcasetersebut.
Nyanyian Fever serta sebuah lagu daripada idolanya, Beyonce iaituDeja Vu berjaya membuatkan peminat-peminat berdansa mengikut iramanya.
Sejurus selepas itu, Dayang menyanyikan lagu tema kepada filem BuliBalik yakni Erti Hidup yang disertakan bersama arrangement baru olehJenny Chin.
Ratusan pengunjung yang ada pada malam itu sempat berkaraokebersama-sama penyanyi yang berusia 25 tahun itu menerusi lagu popular,My Heart.
Suara Dayang bagaikan ditenggelami suara peminat-peminatnya yang khusyuk menyanyi.
"Siapalah Dayang tanpa sokongan kalian?,"
(Foto The Star)
Pada malam itu jua, Dayang turut menyanyikan sebuah lagu yangberjudul Irreplaceable yang didedikasi khas untuk pihak media yangsenantiasa menyokong kerjayanya sejak tahun 1998 lagi.
"Siapalah Dayang tanpa sokongan kalian?," ucapnya lagi sebelum mendendangkan lagu tersebut.
Empat buah lagu iaitu Denganmu, Pupus, Benci Tapi Rindu dan lagutrademarknya, Dayang Sayang Kamu dinyanyikan oleh Dayang sebelummengakhiri set pertama pada malam itu.
Setelah 20 minit berehat, Dayang kembali bertenaga dan sekaligusmengegarkan pentas Planet Hollywood dengan beberapa buah lagu-lagu yanglebih rancak.
Sebuah medley lagu yang terdiri dariapda Beep, London Bridge,Promiscous Girl dan Hollaback Girl dinyanyikan dengan irama yangrancak.
Teruja melihat Dayang dengan kualiti vokalnya yang sentiasa mantap semasa menari dan menyanyi hampir kesemua lagu-lagu tersebut.
Dayang turut memaparkan showmanship serta interaksi yang baik di antaradirinya dan para pengunjung yang tidak putus-putus ketawa dengangurauan penyanyi tersebut.
Lagu Buttons yang pernah memangkinkan namanya menerusi rancanganrealiti One In A Million turut didendangkan pada malam tersebut.
Karisma serta kebolehan Dayang merupakankekuatan penyanyi yang berkulit hitam manis ini selaku antara penyanyivokal terbaik di Malaysia. Syabas Dayang!
(Foto The Star)
Gaya serta pergerakkan Dayang yang lincah seakan-akan seperti salah seorang anggota kumpulan ***** Cat Dolls. :bodek:
Pada malam itu jua, Dayang sempat mendendangkan lagu terbarunya yangmerupakan hasil ciptaan Ameer Ruffedge yang berjudul Tiba-Tiba.
Perasaan teruja menyelubungi Dayang ketika berbual bicara mengenai laguyang dijangkakan menjadi hit menerusi album terbarunya nanti.
Dengan gaya Dayang mengubah suasana rancak kepada aura romantis apabiladia mula mendendangkan beberapa buah lagu balada seperti Mencintaimu,Kenangan Terindah dan Ingin Ku Milikki.
Dayang menutup tirai Sunday Nite Live dengan dendangan lagu Survivoryang pernah mengangkat popularitinya dan terus menobatkan dirinyadengan gelaran Beyonce versi Malaysia.
Sesungguhnya, Dayang merupakan antara artis tempatan yang mampu memberi persembahan yang hebat serta dinamik.
Karisma serta kebolehan Dayang merupakan kekuatan penyanyi yangberkulit hitam manis ini selaku antara penyanyi vokal terbaik diMalaysia. Syabas Dayang!SUMBER : MSTAR ONLINE 31 JANUARI 2007 |
|
|
|
|
|
|
|
Dayang & Ning bersatu demi ABPBH'06
Oleh Zubir Mohd Yunus
Diamonds Are Forever temukan Ning & Dayang
MALAM ini Arena of Stars bakal menyaksikan Ning Baizura dan Dayang Nurfaizah melangsaikan satu tugas penting. Mereka bukan saja akan berkongsi pentas yang sama malah lagu yang sama dalam menjayakan sebuah majlis paling berpestij dalam dunia hiburan tanah air, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 (ABPBH'06).
Lagu yang mempertemukan mereka adalah Diamonds Are Forever yang pernah dipopularkan Shirley Bassey untuk filem James Bond terbitan 1971 lakonan Sean Connery dan Jill St John.
Selain Ning dan Dayang, turut bersama mereka dalam lagu itu adalah Noryn Aziz dan Nicolette Palikat atau Nikki.
Bagi Ning mahupun Dayang, peluang menyanyikan lagu itu sungguh bermakna kerana ia hasil idea Pengarang Bintang Popular, Roslen Fadzil bersama Penerbit Eksekutif ABPBH'06, Jennifer Thompson. Ia ditujukan khas kepada penaja utama ABPBH'06, Habib Jewels.
Bagi menghidupkan lagi segmen menarik itu, kesemua penyanyinya akan mengenakan set berlian Habib lebih RM1 juta. Barang kemas Ning saja bernilai RM520,000 manakala Dayang pula mencecah RM325,000.
"Bertuah rasanya kami terpilih menjayakan segmen persembahan malam ini. Sana-sini berlian. Lagunya memang kena dengan tema ABPBH tahun ini yang ditaja Habib Jewels. Ning bersama Dayang, Nikki dan Noryn sudah membuat persediaan dan kami harap semua penonton terhibur.
Menjawab soalan berbaur sensasi, Dayang menafikan desas-desus yang pernah mengatakan dia dan Ning tidak boleh berkongsi lagu yang sama dan masing-masing punya ego yang tinggi.
"Itu semua hanyalah gosip. Kami berdua memang rapat sejak dulu dan saya juga mengagumi bakat Ning. Kami harap persembahan malam ini akan membuktikan gosip itu tidak benar," jelas Dayang.
Bagi Ning, kedatangan 2007 membawa banyak makna dan ABPBH'06 menjadi pembuka tirai yang hebat.
Ning akui semakin berdebar menantikan tayangan filem terbarunya, Diva yang bakal ditayangkan mulai 15 Mac ini.
Selain Malaysia, filem itu bakal ditayangkan di Indonesia, Singapura, Brunei dan India, sekali gus mencatat sejarah baru dalam industri perfileman negara apabila berjaya menembusi pasaran luar negara.
Sementara itu, Dayang sudah beberapa kali dicalonkan sebagai finalis kategori Penyanyi Wanita Popular namun belum berpeluang menggenggam trofi apabila Datuk Siti Nurhaliza sentiasa mendominasi kategori berkenaan sejak sekian lama.
"Dayang tak kisah. Apabila tersenarai dalam Top 5, ia membuktikan peminat masih mengingati Dayang. Setiap tahun Dayang ada produk dan ia melayakkan Dayang tercalon dalam kategori berkenaan," katanya.
Selain Habib Jewels, penaja utama ABPBH'06 ialah Naza Group serta Royal Brunei Airlines, Edward Forrer, Palace of the Golden Horses, JVC, Transnasional dan Genting Berhad dengam nilai tajaan melebihi RM2.8 juta.
ABPBH'06 akan dipancarkan secara langsung mulai jam 9 malam ini menerusi TV3 dan Radio Era.
INFO DAYANG NURFAIZAH
Dayang Nurfaizah Awang Dowty dilahirkan pada 20 Julai 1981 di Kuching, Sarawak.
Antara pencapaian terbaiknya ialah dinobatkan sebagai Juara Bintang Remaja Asli Kuching pada 1996, Juara Golden Teen Search (1997) dan Juara Bintang Penghibur Hiburan Minggu Ini RTM (2001).
Dayang pernah muncul dengan album Dayang Nurfaizah (1999), album kompilasi Jelita Hebat (2000), Seandainya Masih Ada Cinta (2001), Di Sini Bermula (2002), Hembusan Asmara (2002), The Best of Dayang Nurfaizah (2003), The Best of The Best Anuar Zain & Dayang Nurfaizah (2004) dan Dayang Sayang Kamu (2004).
Lagu Seandainya Masih Ada Cinta ciptaan Ajai pernah merangkul Lagu Paling Popular pada Anugerah Planet Muzik 2002, juara kategori Balada (Juara Lagu 2001) dan Lagu Terbaik (Anugerah Industri Muzik 2002), manakala Erti Hidup merangkul juara kategori Etnik Kreatif (Juara Lagu 2004) dan Lagu Pilihan Irama Global (Anugerah Era 2005).
INFO NING BAIZURA
Ning Baizura Hamzah, 31, dilahirkan pada 28 Jun 1975 di Kajang, Selangor. Anak kelapan dari sembilan beradik ini mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Convent, Kajang. Ning mula berjinak-jinak dalam dunia seni sejak usia sembilan tahun dengan bermain biola dan piano.
Ketika berusia 12 tahun, Ning bermain biola secara profesional dan menyertai Orkestra Simfoni Muda (OSK) di bawah pimpinan Fatah Karim. Dia turut belajar vokal dengan Siti Chairani Proeheman. Seawal usia 16 tahun, Ning menyertai pertandingan Voice of Asia, sekali gus memenangi tempat ketiga.
Selepas tamat persekolahan, Ning memasuki studio rakaman dan terhasillah album sulungnya, Dekat Padamu pada 1993. Antara kejayaan Ning termasuklah pada Anugerah Industri Muzik 1993 (AIM93) - Artis Baru Terbaik dan Album Terbaik, AIM94 - Album Pop Terbaik dan AIM2004 - Lagu Terbaik (Selagi Ada Cinta).
Filem sulung lakonan Ning adalah Gemilang, diikuti Maria Mariana 2, Bara, Mimpi Moon, Lady Boss dan filem terbarunya, Diva.
SUMBER : BINTANG POPULAR 04/02/2007 |
|
|
|
|
|
|
|
Dayang hiburkan pasangan kekasih
Oleh Rozdan Mazalan
SUASANA romantik bersama menikmati alunan muzik mempesonakan sambil ditemani pasangan masing-masing adalah saat paling indah bagi mereka yang berhasrat untuk meraikan hari memperingati kekasih pada 14 Februari ini.
Pada kesempatan ini, finalis Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006, Dayang Nurfaizah bersetuju untuk bersama merakam saat indah itu bersama peminatnya dengan menghiburkan mereka sempena hari kekasih bertempat di Avanti Italian, Hotel Sunway Resort & Spa.
Showcase yang akan bermula jam 7 malam itu bertemakan Dayang With Love yang amat sesuai dengan perwatakan selebriti berusia 25 tahun itu.
揂pa yang Dayang harapkan, peminat yang hadir akan terhibur dengan persembahan Dayang pada malam itu. Apa yang penting, pemilihan lagu haruslah bertepatan dengan konsep hari memperingati kekasih. Dayang juga berpeluang memilih sendiri lagu yang akan Dayang nyanyikan. Ini sebenarnya adalah satu penghargaan pihak penganjur untuk memberi kebebasan mengikut cita rasa Dayang dan peminat.
揚ersembahan selama 40 minit itu juga turut akan diiringi pemain piano, Aubrey Sowito yang akan bersama sepanjang persembahan berlangsung, |
|
|
|
|
|
|
|
Dayang bantu kumpul dana
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
[email protected]
DUA peserta One In A Million, Ahmad Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah bersama bekas pengetua Akademi Fantasia musim keempat, Ramli Sarip, menjadi pilihan menjayakan Malam Amal Tautan Kasih anjuran bersama Pergerakan Puteri Umno Malaysia dan Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia (YKM).
Program di bawah naungan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, itu akan berlangsung selama dua jam di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 26 Mac ini.
Pengerusi Bersama Program, Noraini Idris berkata, program yang dirancang sejak bulan lalu akan dimeriahkan dengan beberapa acara dan persembahan menarik daripada pihak penganjur serta artis ternama tempatan.
Katanya, pemilihan Dayang, Faizal dan Ramli yang mempunyai grunge berbeza mampu memberi pilihan pelbagai kepada tetamu yang hadir.
揚enonton juga bakal dihiburkan dengan penampilan istimewa Syed Sobrie dan isterinya, Azie. Selain artis ternama tempatan, penonton turut dihiburkan oleh persembahan istimewa daripada Kanak-Kanak Yayasan Harapan (YKM) selain persembahan khas daripada barisan Puteri Umno.
揔ami sangat mengalu-alu penyertaan daripada pihak korporat dan individu perseorangan yang sudi menderma bagi menjayakan program ini. Ia sepatutnya diadakan pada 28 Februari lalu namun atas sebab-sebab tertentu, ia terpaksa ditunda kepada 26 Mac, |
|
|
|
|
|
|
|
.........
NSTP raikan artis Konsert 3 Diva
TUNGGAK KONSERT: Dari kiri Nurul, Titi Dj, Noryn,
Dayang Nurfaizah, Kris Dayanti dan Ruth Sahanaya.
KUALA LUMPUR: Tiga penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti, RuthSahanaya dan Titi DJ yang bakal menjayakan Konsert 3 Diva Ahad ini diStadium Putra Bukit Jalil bersama 20 ahli rombongan yang lain diraikandalam satu majlis makan
tengah hari di Balai Berita, The New StraitsTimes Press (M) Berhad (NSTP), Bangsar, di sini semalam.
Majlis sederhana tetapi meriah itu turut dihadiri Ketua PegawaiEksekutif NSTP, Datuk Syed Faisal Albar serta Ketua Pengarang KumpulanNSTP, Datuk Hishamuddin Aun.
Hadir sama tiga artis tempatan yang turut diundang menjayakan konsert itu, Nurul, Dayang Nurfaizah dan Noryn Aziz.
Ketika ditemui, tiga artis dari seberang itu mengakui sudah bersediadan tidak sabar untuk mengadakan persembahan yang julung kali diadakandi negara ini.
Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka Titi mengakui walaupunpersediaan rapi dilakukan, namun perasaan berdebar tetap wujud.
揝aya akui, saya tidak sepopular mereka berdua (Kris dan Ruth) yangmempunyai nama cukup besar di sini. Tetapi saya akan berusaha untukmenghiburkan anda semua, |
|
|
|
|
|
|
|
Peluang Jadi Diva
APABILA Dayang Nurfaizah Awang Dowty, Noryn Aziz dan Nurul Huda Abdul Wahab terpilih mengadakan persembahan bersama tiga diva seberang, Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ, ia satu peluang keemasan buat mereka bertiga menyerlahkan bakat masing-masing.
Pemilihan tiga artis tempatan itu menepati konsep ketika konsert 3 Diva diadakan di empat bandar utama Indonesia iaitu Jakarta, Bali, Bandung dan Surabaya, setahun lalu.
Ketika itu Audy, Andin dan Shanty terpilih berada di pentas sama dengan ketiga-tiga diva itu. Gandingan wajah baru itu dikenali sebagai 憉p coming diva |
|
|
|
|
|
|
|
Dayang pandai mengusik
Oleh Ellyna Ali
[email protected]
ADA sesuatu yang cuba dibuktikan Dayang Nurfaizah sewaktu tampil menjayakan persembahan Minggu Setiausaha di Planet Hollywood baru-baru ini.
Dia bukan hanya mahu menghiburkan penonton dengan alunan vokalnya yang mantap dan mempesonakan tetapi pada waktu sama menampilkan kebolehannya menjadi penghibur berkaliber dan versatil.
Hal ini dibuktikan menerusi kematangannya mengendalikan keseluruhan persembahan itu dengan aksi bersahaja yang ada kalanya disulami interaksi spontan mencuit hati.
Lebih menarik, Dayang semakin pandai 憁engusik |
|
|
|
|
|
|
|
Dayang menunggu Luka
Oleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]
2 kepala, 2 budaya
RATA-RATA peminat Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 26, menyambut baikhasrat penyanyi itu terjun ke dunia lakonan dengan membintangi filemLuka, usaha sama Malaysia-Indonesia.
Melalui filem terbitan Luka Film Sdn Bhd (Malaysia) dan SinemartPictures (Indonesia) itu, Dayang akan bergandingan dengan bakat mudanegara itu, Marcel Chandrawinata.
Bagaimanapun, hampir setahun berlalu tiada sebarang berita mengenaiperkembangan filem itu. Apatah lagi Dayang dilihat masih sibuk denganaktiviti nyanyian.
Ketika ditemui, penyanyi kelahiran Sarawak itu berkata, filem Lukaberhadapan beberapa masalah, menyebabkan proses pembikinannyatertangguh buat sementara.
揌akikatnya saya sendiri tidak banyak mengetahui apa yang berlakumengenai filem ini. Cuma saya difahamkan, antara punca tertangguhkerana pengarah asal filem itu sudah ditukar.
揝ebaik pengarah bertukar tangan, berlakulah beberapa perubahan yangmenuntut skrip asal dirombak. Proses mengemaskini skrip Luka inimengambil masa agak lama, secara tidak langsung menyebabkanpembikinannya tertangguh, |
|
|
|
|
|
|
|
Imej baru Dayang Nurfaizah
Oleh Nor Fadzilah Baharudin
Jika lazimnya khalayak menyaksikan gadis ini berambut panjang berwarna keemasan, kini Dayang Nurfaizah memilih untuk menukar warna rambutnya kepada warna merah.
Dayang sendiri mengakui ini merupakan satu percubaan beraninya.
揚ada mulanya Dayang tak berani juga, tapi setelah mendapatkan nasihat daripada teman-teman rapat Dayang, akhirnya Dayang mencubanya. Lagipun pendandan rambut Dayang ada mengatakan warna merah membawa tuah pada tahun ini, |
|
|
|
|
|
|
|
Irama Sudirman tetap evergreen
Oleh Mohd Razif Mohd Rosdi
.
.
.
# Dayang Nurfaizah (Bapak, Selagi Hayatku Ada)
APA nak dikata, Dayang memang cukup feel dengan lagu Sudir. Kasihan pula ketika Dayang menyanyikan lagu Bapak, seorang kanak-kanak yang mengiringi persembahannya tiba-tiba muntah di atas pentas! Mungkin adik kecil itu gementar dan tidak tahan panas.
.
.
. |
|
|
|
|
|
|
|
Persona Dayang di pentas terserlahOleh Farihad Shalla Mahmud
Showcase lebih dua jam di Planet Hollywood rai Minggu Setiausaha lancar
DIA adalah antara artis yang terakhir menghiburkan penonton menerusi persembahan sempena Minggu Setiausaha. Jika artis lain lebih gemar memilih hotel namun untuk penyanyi bersuara gemersik, cukuplah sekadar di pusat hiburan Planet Hollywood yang selama ini begitu sinonim dengan dirinya.
Petang itu, Dayang bergaya ringkas dengan rambut warna merah yang menjadi imej terbarunya. Cukup santai kerana itulah yang diharapkan Dayang untuk persembahannya pada petang itu.
Mungkin keserasian Dayang dengan pentas itu membuatkan showcase lebih dua jam itu berjalan dengan lancar. Dayang memulakan persembahan menerusi lagu lama yang pernah dirakamkan semula, Kasih dan Penawar Rindu sebelum beralih kepada lagu hitsnya, Kembalilah Sayang dan Pintaku yang Terakhir.
Dayang seterusnya mengalunkan lagu malar segar Indonesia, Benci Tapi Rindu bersama lagu hits Ruth Sahayana, Kaulah Segalanya. Semua lagu itu dibawakan dengan caranya yang tersendiri bersama susunan muzik berentak R&B yang menjadi identitinya sebelum ini.
Diakui, vokal adalah aset utama penyanyi ini kerana lontaran suaranya saja boleh membuatkan sesiapa yang mendengar meremang bulu roma. Tidak keterlaluan andai dikatakan, biarpun Dayang menyanyikan lagu penyanyi lain, namun sebaik saja lagu itu dialunkan, Dayang berjaya menjadikan lagu itu seperti kepunyaannya sendiri.
Bukan itu saja, penyanyi berkulit hitam manis ini juga sememangnya layak bergelar penghibur versatil kerana dia mempunyai persona tersendiri di atas pentas. Sifatnya yang mudah mesra dan paling penting jarang kedengaran mempunyai gosip panas membuatkan Dayang terus disayangi peminat dan tidak hairanlah andai setiap kali dia mengadakan persembahan khususnya di rumah keduanya ini, ruang tingkat bawah Planet Hollywood penuh sesak.
Sambil menghibur, Dayang tidak lupa mengundang peminatnya menyanyi dan menari bersama. Komunikasi Dayang petang itu cukup lancar dan tidak hairan andai peminatnya cukup sporting melayan permintaannya untuk naik ke pentas sambil menyanyi bersamanya.
Sebagai balasan, tiga daripada mereka ini yang disifatkan bertuah ini berpeluang menikmati makan malam bersama Dayang di Planet Hollywood.
Manakala, 10 peminat lagi mendapat undangan eksklusif menghadiri pelancaran album terbarunya, Dayang - 20.07 yang akan diadakan pada 21 Julai ini di Planet Hollywood.
Sebagai penyanyi yang meminati vokal Alicia Keys, Dayang tidak lupa menyelitkan sama lagu A Woman's Worth yang dibawakan dengan cukup baik sekali. Petang itu, penonton yang hadir juga berpeluang mendengar dua lagu terbaru Dayang berjudul Ingin Ku Miliki serta Hilang.
Dayang juga turut mempersembahkan lagu We Belong Together nyanyian Mariah Carey diikuti dengan lagu yang berjaya mengangkat namanya dalam bidang seni iaitu Seandainya Masih Ada Cinta yang disampaikan secara unplugged.
Tidak lengkap persembahan Dayang tanpa lagu nyanyian Beyonce dan seperti dijangka, Dayang melunaskan janjinya sebelum ini untuk menyampaikan lagu kegemarannya, Listen yang dipetik dari album runut bunyi, Dreamgirls.
Dayang menutupi persembahannya itu dengan lagu Dayang Sayang Kamu sambil memperkenalkan barisan pemuzik yang mengiringi nyanyiannya iaitu Aji selaku pemain gitar, Kelly (bass), Sotong (dram), Amir (percussion) dan Jenny Chin (keyboard serta pengarah muzik).
Sebagai antara mereka yang sudah berkali-kali menyaksikan persembahan Dayang, diakui persembahan penyanyi ini jarang sekali mengecewakan. Malah, vokal memang senjata utama bagi Dayang dan mujurlah kerana vokalnya juga hati pihak media yang terluka atas sikap penganjur yang mengabaikan kehadiran mereka ketika membuat liputan majlis ini sembuh dan terubat. |
|
|
|
|
|
|
|
DAYANG @ INTREND JUN
|
|
|
|
|
|
|
| |
|