Pastu selit hadis ni: “Hai Bilal ….! Ceritakanlah kepadaku, amal apakah yang telah engkau lakukan dalam Islam sehingga aku mendengar derap bunyi sandalmu di syurga?” Bilal menjawab:“Aku tidak melakukan sesuatu amalan yang aku sangat harapkan pahalanya melainkan daripada kalau aku habis bersuci pada waktu malam ataupun siang, kecuali aku tentu bersolat dengan kesucianku (wuduk) itu, sebagaimana yang disarankan kepadaku untuk melakukan Solat Sunat Wuduk.”
(Muttafaq ‘alaih)
Assalamualaikum, saya sangat setuju dengan ussopp!
Bismillahhirahmanirahim.
Dengan sunnah baru adanya kejayaan. Hakhakhak. Dengan ajaran Rasulullah (KEKASIH ALLAH), barulah dapat jadi wali Allah. Dengan sunnah barulah ada pertolongan dari Allah
Maka Islam akan bangkit dari Timur? Maka 1 golongan daripada 73 golongan itu siapa? Adakah mereka-mereka yang terus melakukan kerosakan di muka bumi itu adalah ahli syurga? Adakah mereka berhati mulia? Jadi 1 jalan daripada 73 jalan yang sesat itu apa?
Maka mohonlah dengan petunjuk Allah seperti mana yang difirmankan di dalam surah Al-Fatihah, supaya kita diberi petunjuk dan hidayah seperti mana org2 terdahulu telah dikurniakan nikmat, bukan jalan2 mereka yg sesat dan bukan juga jalan2 mereka yg engkau murkai.
Jika faham, ucap Alhamdulillah, kalau tak paham ucap astaghfirullah, mungkin kerana dosa yg terhijab.
Kemudian setiap perkara haruslah dimulakan dengan Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Pada pendapat saya Al-fatihah tidak perlu di terjemahkan oleh para ulama secara terperinci. Kerana ayatnya terang dan nyata maksudnya. Bukan samar-samar. Jika ia diisbat kan didalam hati dan di jadikan amalan atau doa, inshaAllah mendapat jalan yang 1 daripada 73.
ussopp posted on 19-11-2013 10:34 AM
boleh saudara tolong sebarkan ilmu tentang pandangan ulamak pada ayat pada suroh al-fatihah :
...
Bismillahhirahmanirahim.
Lagi satu, orang-orang yang dianugerah nikmat - 10 para sahabat yang diredhai Allah
Orang-orang yang sesat hanya Allah yang Tahu (Wallahualam)
Orang-orang yang dimurkai pun hanya Allah yang Tahu, sebab Allah yang murka. ;)
Mungkin saya salah, mungkin saya betul, sesungguhNya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Dan saya bukan Allah.
Al-Quran itu adalah petunjuk kepada setiap manusia. Pada pandangan abstract saya, ia adalah seperti sebuah peta ke syurga. Jadi, adakah Syurga itu milik orang-orang tertentu?
Tetapi ada benarnya kata2 tuan, di tujukan pada waktu2 tertentu, mengikut Qadar Nya. Dan ditujukan pada orang2 tertentu.
Tetapi cuba kita fikirkan, bukankah tuan orang tertentu itu?
shahizul posted on 19-11-2013 11:04 AM
Bismillahhirahmanirahim,
Al-Quran itu adalah petunjuk kepada setiap manusia. Pada pandangan abstr ...
ya memang ada ayat dalam Quran ditujukan pada manusia secara umum,,,,maka termasuklah saya.....
dan ada ayat2 yang memerlukan pengetahuan tentang sebab2 ayat2 diturunkan agar kita tahu cerita sebenar....
jadi bukan semua ayat Quran itu UMUM, dan bukan semua khusus....melainkan ia perlu disemak adakah kita faham itu sama mcm apa yg nabi fahamkan dan ajarkan.....
kerana kita boleh mempunyai kefahaman yang baik, tetapi sudah pasti kita tidak akan betul semua....pasti saja memerlukan semakan.....
bila sy kata kita bakal salah semua dlm memahami ayat Quran, (tentu saya salah)
bila sy kata saya akan betul semua dlm memahami ayat Quran (tentu sy salah)
kalau sy kata sy kena sentiasa semak apa yg saya faham.....InsyaAllah ini usaha terbaik.....
ussopp posted on 19-11-2013 11:21 AM
ya memang ada ayat dalam Quran ditujukan pada manusia secara umum,,,,maka termasuklah saya.....
...
Bismillahhirahmannirahim,
Benar, tetapi untuk mengkaji dari segi sirah dan sebab kenapa ayat itu diturunkan adalah kepada orang-orang yang tertentu. Kita sebagai orang awam, hanya membaca apa yang dilihat, dan mendengar apa yang di dengar dan berkata apa yang ada dikatakan oleh Al-quran. Dan jika dihayati Surah Al-Fatihah, mungkin (atas kebenaran Allah) kita akan mendapati ia adalah suatu doa yang menunjukkan berserah diri kepada Allah. Kita tidak tahu yang mana haq dan yang mana batil, melainkan di tonjolkan oleh Allah untuk kita mengenali ia. Maka, daripada Allah aku datang, dan kepada Allah jualah aku kembali.
Bukan tunggu kasyaf? saya kurang faham maksud saudara? kasyaf itu adalah kebolehan/kelebihan daripada Allah. Supaya terzahir yang haq dan dapat membezakan yang batil.
Mungkin yang Saudara maksudkan adalah ilham? ilham itu adalah ilmu. Sebagai contoh, Albert Einstein telah mengeluarkan teori tentang Wujudnya Kuantum Mechanic. Dan Wujudnya Kuantum Mechanic itu di guna pakai di dalam dunia sekarang.
Jadi persoalan saya, adakah teori kuantum mechanic itu adalah suatu teori yang batil atau pun yang haq? Dan dengan izin Allah seseorang itu akan mendapat ilham, dan ilham itu yang dapat melahirkan kasyaf. Dengan kasyaf juga sesorang itu dapat menjawab soalan saya. inshaAllah.
Maaf jika pandangan saya salah. Tetapi ini adalah dari yang saya tahu, dan apa yang saya tahu itu datangnya dari Allah(jika betul), jika salah ia adalah dari salah saya sendiri. Kerana yang sebenar-benarnya hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.
bukankah tiada daya upaya ku melainkan dengan pertolongan Last edited by shahizul on 19-11-2013 12:21 PM
SUNNAH penamanya lagi
yg AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR yg sikit2 pun tak leh nak teruskan
apa nak buat - dah ramai terpesona dgn DUNIA DAN PERHIASANNYA
sepatutnya - dalam ayat yg simple
yg kaya bantu yg susah
yg dok atas bantu yg dibawah
yg pandai ajar yg bodoh (cam aku nii)
yang BENAR iring sama2 yg SESAT..........
bukannya berperangai syaitan - PENTING DIRI SENDIRI
Maaf lah, emangnya saya ini kurang berilmu. Bukankah Tiada Daya UpayaKu Melainkan Dengan Pertolongan Allah? Macam mana nak dapat pertolongan dari Allah? Kalau tak mengikut Sunnah Rasulullah. Mengikut petunjuk Kekasih Allah, macam mana nak dapat pertolongan Allah. Betul ke begitu?? Maaflah saya ini kurang berilmu, kalau salah tolong tunjukkan.
shahizul posted on 19-11-2013 08:20 PM
Bismillahirahmanirahim,
Maaf lah, emangnya saya ini kurang berilmu. Bukankah Tiada Daya UpayaKu M ...
salam
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ
إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ
يَنصُرۡكُمۡ
وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ
7. Hai orang-orang mukmin,
jika kamu menolong (agama) Allah,
niscaya Dia akan menolongmu
dan meneguhkan kedudukanmu.
Oh, terima kasih for the info. 1 lagi soklan, mcm mana yg dimaksudkan menolong agama Allah itu? Apa yg harus dilakukan? Kerana saya amat memerlukan pertolongan dariNya.
orangbesi posted on 21-11-2013 07:51 PM
SESUNGGUHNYA DOA ITU ADALAH SENJATA MEREKA2 YANG BERIMAN
bukannya utk org islam nuuu
pasal org i ...
Assalamualaikum,
Terima kasih dengan ilmu tu, doakan lah kepada saya juga supaya teguh iman dan bertambah2 iman, kerana ada saya mendengar, jika seorang saudara seIslam, mendoakan kepada saudaranya yang lain, 1000 malaikat akan mendoakan pula kepada dia..
Saya juga akan selalu doakan untuk anda semua, inshaAllah~
shahizul posted on 21-11-2013 08:21 PM
Assalamualaikum,
Terima kasih dengan ilmu tu, doakan lah kepada saya juga supaya teguh iman dan ...
INSYAALLAH
ooo 1000 maliakat balas kembali yeee
saya lupa leeee
tapi
yg saya paling ingat ialah
SESUNGGUHNYA ALLAH DAN MALAIKAT BERSELAWAT PADA NABI
WAHAI ORANG2 YG BERIMAN BERSELAWATLAH KEPADANYA DGN SELAWAT YANG SEMPURNA
dan NABI BERSABDA:
JIKA KAMU BERSELAWAT SEKALI NESCAYA ALLAH AKAN MEMBALASNYA SEPULUH KALI