CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: deseree

Guru tidak pandai mengajar

[Copy link]
Jejaka-Romantis This user has been deleted
Post time 28-11-2004 09:38 PM | Show all posts

tanya hati

Originally posted by sibel at 2004-11-28 09:13 PM:
fine ... so lets face it ... guru2 mmg mempunyai imuniti daripada sebarang teguran ...



Teguran perlu ikhlas dari hati dan membina, semua orang akan terasa dan terpanggil dengan tuduhan yang melulu dan tanpa periksa....

Oleh itu, pepatah menyatakan "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"

Cubalah adakan forum atau simposium malahan kajian yang mendalam agar kemelut ini dapat diatasi atau pailing tidak dikurangkan.

Menyalahkan satu pihak sahaja tanpa jalan penyelesaian merumitkan lagi keadaan....

Kalau kita nak elak keganasan, kita carim puncanya...begitulah juga untuk mengatasi masalah ini kita cari puncanya.....

Dalam Islam anak dilahirkan seperti kain putih, ibu bapa yang akan mencorakkan warnanya...

Menyerahkan segala tugas mendidik kepada guru semata-mata tidak akan
menyelasaikan masalah....

Fahamilah perasaan guru, mereka manusia biasa yang perlu diberi perhatian dan dijaga kehormatan....

Guru Oh Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang
Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru yang diselenggarakan oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2004 10:02 PM | Show all posts
Sebab hati kecil tidak pernah memaafkan perkara2 yang guru2 berkenaan lakukan.


:clap: :clap: :clap:Aiseyman....patut lah marah sangat dengan cikgu-cikgu,rupa-rupanya ada memori yang terpahat .

Dah..dah..dah..jangan berdendam lagi, nanti memudaratkan diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2004 10:12 PM | Show all posts
Originally posted by Tenko at 29-10-2004 08:23 PM:

Or... dia ialah Timbalan Menteri Pendidikan?:hmm::bgrin:
Atau mungkin jugak... Dia ialah Menteri Pendidikan Malaysia?:hmm::cak:



lol:lol sempat buat lawak lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2004 12:00 PM | Show all posts
sebenarnya...profesyen sebagai guru adalah bagus..cuma dari certain perspective...guru guru memang di manjakan oleh kerajaan....ini di akui oleh KPM....kerana..they have to give wat teachers want...kerana persatuan guru adalah persatuan yang paling kuat selepas BN.....



:setuju: Ada 300,000 guru sekarang. Dalam 300,000 tu tentulah ada  yang buat masalah.

Kadang-kadang kerajaan cuma merungut saja bila guru minta naik gaji padahal gaji guru tetap dinaikkan juga. Elaun-elaun pun naik juga. Terbaru elaun kritikal masih dalam kajian, tak lama lagi naik juga. Sebab selama ni , permintaan guru-guru memang ditunaikan juga,cuma cepat atau lambat saja.

Satu lagi pelarasan keputusan PTK, mulanya ramai cikgu tak lulus tapi akhirnya selepas pelarasan semula, cikgu boleh lulus pula.Tentunya semua ini atas usaha persatuan guru .
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2004 04:54 PM | Show all posts
Ola.....

semakin hangat nampaknya....

sebenarnya..saya lebih bersetuju dengan sibel.....dan saya juga pernah ditegur semasa saya menyampaikan hujahan saya semasa forum...

saya pasti..ramai yang tidak berpuas hati jika saya mengatakan guru guru adalah manja...dan tidak berkualiti...face it...it is true...yes..seperti kata sibel..guru guru sebenarnya memang untouchable....

provokasi...??? bagi saya..itu bukan provokasi..itu adalah realiti...:ah:....

bagi saya..secara peribadi..guru guru sekarang tidak layak bergelar guru... mereka tidak layak menerima sebegitu banyak privelage...mereka tidak layak mengajar..dan sama sekali tidak layak untuk demand anything..keraana secara dasarnya...guru guru sekarang adalah nothing...face it..in GURU GURU SEKARANG ADALAH NOTHING!!

mengapa saya berkata sedemikian??? kerana it is true.....

bring it on...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2004 05:14 PM | Show all posts
Maaf saudara/i, saya tidak mahu mencampuri pendapat yang lebih berteraskan perasaan dendam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-11-2004 05:59 PM | Show all posts
bagi saya..secara peribadi..guru guru sekarang tidak layak bergelar guru... mereka tidak layak menerima sebegitu banyak privelage...mereka tidak layak mengajar..dan sama sekali tidak layak untuk demand anything..keraana secara dasarnya...guru guru sekarang adalah nothing...face it..in GURU GURU SEKARANG ADALAH NOTHING!!


Tapi dalam apa jua keadaan , profesion perguruan semakin kukuh dan dipertingkatkan dari hari ke hari. Guru semakin ramai ,bukan semakin kurang.

Apa jua pendapat luar negatif atau positif, bagi guru-guru adalah suatu cabaran sahaja. Hakikatnya dengan persatuan yang kuat, guru boleh mengatasi rintangan yang ada malah saya sebagai guru tidak pernah rasa tergugat dengan komen-komen yang sengaja ingin menjatuhkan profesion perguruan .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2004 06:05 PM | Show all posts
Malah guru-guru juga diiktiraf sebagai orang yang berjaya dalam hidup dan dijadikan role model.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2004 05:17 PM | Show all posts
Originally posted by oakley_konatchi at 27-11-2004 12:04 PM:



sebenarnya..jika kita ingat kembali...pihak kerajaan sendiri telah ignore profesyen guru....bukan nya nak salahkan government..but it is true...kerana..jika anda semua ingat...profesyen guru  ...



Apa buktinya kerajaan ignore profesion perguruan ?Kasi clear sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2004 05:24 PM | Show all posts
Originally posted by sibel at 27-11-2004 05:44 PM:
Saya mengakui ... profesion perguruan kalau dilihat daripada segi kemuliaan .. profesion perguruan secara amnya berada di tahap teratas. Namun apakah sekarang ini profesion ini berada di tempatnya? ...





Sebenarnya kalau benar sibel seorang guru, saya ingin bertanya :

1)Bolehkah kita sebagai guru membuang guru yang tidak kita senangi ?
2)Adakah pengetua mempunyai kuasa untuk menyingkirkan seorang guru?
3)Bolehkah kita sebagai guru menghasut org lain untuk memboikot rakan sejawatan walaupun kita tak sehaluan dengannya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2004 09:06 PM | Show all posts
Originally posted by Bakawali at 30-11-2004 05:24 PM:





Sebenarnya kalau benar sibel seorang guru, saya ingin bertanya :

1)Bolehkah kita sebagai guru membuang guru yang tidak kita senangi ?
2)Adakah pengetua mempunyai kuasa untuk menyingki ...



:hmm::hmm:Awak tak rasa salah tempat bertanya ker?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2004 10:52 AM | Show all posts
Originally posted by deseree at 30-11-2004 09:06 PM:



:hmm::hmm:Awak tak rasa salah tempat bertanya ker?




Saja nak tengok jawapan dia. Mesti merepek lagi .
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2004 11:49 AM | Show all posts
Pada pendapat saya senang sahaja, kalau kita tak puas hati dengan servis yang diberikan oleh guru2 ini. Janganlah hantar anak kita ke sekolah, ajarlah sendiri atau hantar ke sekolah swasta.

Saya lebih rela duit cukai yang saya bayar diberikan balik kepada para guru sebagai insentif atau kenaikan gaji mereka dari dok bayar kat bebudak dadah yang kejanya kuar masuk serenti jek.

Pape pun sibel, dengan sikap mengada2 + manja cikgu2 inilah our parents dapat kenaikan gaji untuk menyara kita dari kecik sampai besar.

Ingat sahajalah, sesiapa pun yang tidak menjalankan tugasnya dengan elok, baik....camne dengan rezeki yang diterima? halalkah? itukan rezeki nak diberi makan pada anak2. Pikir tang tu cukup!
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2004 04:43 PM | Show all posts
Profesyen guru..atau istilah guru sekolah kerajaan .telah bermula di malaysia sebelum malaysia merdeka..sebelum malaysia jadi malaysia.....wah..that was ...long long time ago.....namun begitu...profesyen guru hanya diiktiraf oleh menteri pendidikan sendiri dan oleh kerajaan pada tahun ini..refer belanjawan...

sebenarnya...pekerjaan guru is good....it is..oleh sebab terlalu bagus...mutu guru guru menurun secara drastik...dan saya boleh jamin..guru guru yang berumur 30 tahun keatas..majoriti adalah dari golongan guru yang...biasa biasa...kerana mereka memang orang yang biasa biasa sahaja semasa masuk maktab...mereka adalah golongan yang tidak layak masuk universiti secara akademik....yang berkualiti adalah gologan yang layak masuk uni secara acedemic but unable to pay the fees.....that is why...majoriti sebenarnya guru guru moderate....

jika nak bukti..go to schools...and refer....berapa banyak guru guru yang mengajar with high spirit...charisma....???? tidak ramai....anda mungkin...but how about your collegue...??

:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2004 06:50 PM | Show all posts
Tahniah kepada guru-guru, selain daripada diberi perhatian oleh kerajaan dengan kenaikan gaji dari semasa ke semasa, guru-guru jugalah yang mendidik anak-anak bangsa tanpa rasa jemu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2004 09:08 AM | Show all posts
Originally posted by oakley_konatchi at 2004-12-2 04:43 PM:
jika nak bukti..go to schools...and refer....berapa banyak guru guru yang mengajar with high spirit...charisma....???? tidak ramai....anda mungkin...but how about your collegue...??


mana tau tak ramai? pernah buat kajian ker? jadi observer kat sekolah mana nih? tak ramai tuh satu angka yang kabur lah...boleh bagi statistik yang detail sikit ke...at least peratusan ker?i
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


eita This user has been deleted
Post time 3-12-2004 09:29 AM | Show all posts
sokong ko katak. even guru yg kuar maktab tu dulu x ada good academic result such as graduation but their are selected. prosedur nak jadi guru dr dulu lagi should have 2 or 3 layer before dia diterima ke maktab. until now saya minta kpli pun kena lulus test then baru diinterview than if luck ready for training to be a teacher. guru lepasan maktab lebih byk pengalaman dan ilmu pendidikan yg diserap untuk diimplement di sekolah. mmg ader guru yg x mengajar secara ikhlas but the ammount of them not to much. even in one company sure ada this kind of person. itu nama nyer manusia.don't kerana nila setitik rosak susu sebelanga. kita boleh kenal huruf baca tulis pun berkat dr guru. kalau guru tak ada skill camner la ada cerdik pandai and pakar2 sekarang nih. hanya yg betul2 nak jadi guru boleh mengeluarkan pelajar yg insaniah. ingat senang ke tugas guru.. renung2 kanlah wahai oakley_konatchi
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2004 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by oakley_konatchi at 2-12-2004 04:43 PM:
Profesyen guru..atau istilah guru sekolah kerajaan .telah bermula di malaysia sebelum malaysia merdeka..sebelum malaysia jadi malaysia.....wah..that was ...long long time ago.....namun begitu...pro ...




Saya tak percaya guru-guru tidak diktiraf kerajaan sebelum ini .Apakah fakta-fakta di dalam belanjawan yg menyebabkan saudara/i berpendapat begitu. Tunjukkan bukti.

Tuduhan-tuduhan tanpa bukti sangat meragukan. Paling tidak,copy paste saja mana-mana pernyataan dari sumber yang boleh dipercayai untuk membantu meyakinkan pernyataan saudara/i.

Kalau guru benar-benar seperti yg saudara/i katakan, sudah tentu semua sekolah akan ditutup kerana guru-guru adalah nothing pada pendapat saudara.

Tapi ,yang berlaku hari ini adalah sebaliknya.
Reply

Use magic Report

eita This user has been deleted
Post time 3-12-2004 04:24 PM | Show all posts
bakawali,,,,sokong ko jugak.....yg berlungguk dpt keputusan cemerlang tu apa dia?kalau keputusan bagus tusyen yg hebat...pelajar tu yg rajin...jasa guru tak langsung dikenang..tapi guru tak mengharap...sekadar syukur anak muridnya berjaya ke menara gading.banyak sekolah dpt 100% lulus tu apa buktinya guru tuh nothing.....jgn cakap sebarangan sedara oiiiiiii.........guru sekarang guru dulu lain cara pendekatannya. dlm al quran pun ada menyebut,,,,didiklah anak2 kamu mengikut zamannya.....dulu mungkin guru2 garang then murid berjaya...tapi sekarang byk yg guna psikologi approach untuk buat budak  minat belajar...psikologi pendidikan akan diajar di maktab...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2004 01:24 AM | Show all posts
saya cadangkan sesiapa yg tak puas hati dgn cikgu2 ni, cuba la mengajar di sekolah selama beberapa hari dan rasakan apa yg cikgu2 rasa dan alami di sekolah. lepas tu baru boleh buat komen di sini. baru bernas. bukannya hentam keromo saja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.208355 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list