Post time 17-3-2021 05:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mejaputih: penah baca kes anak cikgu kat subang jaya dulu..keadaan arwah sgt menyedihkan....koyak2 baju sbb dia meronta kepanasan dan ..muntah dan najis...Allahu ...
Allahu
Komen chuols akan menyebabkan iols kenang hingga ke malam
Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang meninggal dunia dipercayai tertinggal dalam kereta selama empat jam di Taman Ria, Sungai Petani semalam. - UTUSAN/OTHMAN YAHAYA
ALOR SETAR: “Naluri seorang ibu, saya lihat wajah anak nampak dia sangat sakit sebelum meninggal kerana bibirnya bertukar biru dan wajahnya yang sangat pucat.”
Itulah luahan Nor Azira Abd Halim, 36, ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Harraz Aryan Mohd. Hafizi, 3, yang ditemui meninggal dunia selepas lebih empat jam ditinggalkan dalam kereta di sebuah tadika di Sungai Petani kira-kira pukul 12.15 tengah hari semalam.
Menurutnya, dia yang sedang bekerja di Jabatan Ukur di Sungai Petani pada mulanya hanya diminta suami ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.
“Tiba di HSAH, saya terkejut melihat anak saya itu di atas katil dan dibalut. Masa itu baru saya sedar anak sudah tiada,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.
Bagaimanapun, Nor Azira memberitahu, dia sebelum itu dihubungi oleh salah seorang guru di tadika tersebut yang memaklumkan anaknya, Muhammad Harraz Aryan tidak sedarkan diri.
“Awalnya, saya ingat hanya panggilan biasa kerana guru disitu sering hubungi saya jika ada perkembangan berkaitan anak saya namun guru itu bercakap dalam keadaan menangis menyatakan anak saya tidak sedarkan diri.
“Saya kemudian terus menghubungi suami yang bekerja di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani kerana dia lebih dekat dengan tadika berkenaan.
“Bagaimanapun, suami saya meminta saya untuk pergi ke HSAH,” katanya.
Menurutnya lagi, anaknya sudah setahun mengikuti pembelajaran di tadika berkenaan dan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) anaknya akan dijemput kakitangan tadika setiap pagi di rumahnya pada pukul 7.45 pagi.
“Sejak PKP, hanya Selasa dan Rabu anak akan dijemput petugas tadika dan hari lain saya akan menghantarnya ke sana.
“Sebelum saya keluar kerja lepas Subuh, saya melihat anak masih tidur dan kebiasaannya akan disiapkan oleh neneknya.
“Harraz seorang yang sangat ceria dan penyeri rumah kami dengan telatahnya sebagai anak bongsu. Kehilangan sangat saya terasa,” luahnya.
Menurutnya, dia menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk tindakan lanjut mengikut prosedur sekiranya berlaku kecuaian atau unsur jenayah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pengetua tadika tersebut yang berumur 49 tahun telah direman selama tiga hari bermula hari ini.
“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Aliff Abd. Aziz.
Adzli menambah, siasat awal mendapati pengetua terbabit telah mengambil seorang murid lain berusia lima tahun dan diletakkan di tempat penumpang hadapan keretanya dan mangsa diletakkan di tempat duduk belakang.
“Apabila sampai di tadika, seorang guru di situ telah mengambil rakan mangsa manakala pengetua pula meletakkan keretanya di luar pagar tadika dengan enjin dimatikan,” katanya.
Kata Adzli, mangsa ditinggalkan dalam kereta dalam keadaan pintu dan cermin bertutup dari pukul 8 pagi hinggalah tiba waktu pulang pada pukul 12.15 tengahari.
“Mangsa disedari tiada di dalam kelas oleh pengetua terbabit yang hendak menghantarnya pulang dan terkejut apabila seorang guru memaklumkan mangsa tidak hadir ke sekolah,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE
Alor Setar: "Naluri saya sebagai ibu dapat rasakan anak saya, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi menahan sakit sebelum dia menghembuskan nafasnya kerana saya nampak bibirnya gelap.
"Namun, saya reda dengan pemergiannya kerana Allah hanya pinjamkan arwah untuk kami buat seketika," kata Nor Azira Abdul Halim, 36.
Dalam kejadian semalam, Muhammad Harraz Aryan, 3, ditemui tidak sedarkan diri dalam Proton Waja milik pengetua tadika selepas ditinggalkan di parkir selama empat jam.
Nor Azira berkata, mungkin guru terbabit tidak sedar anaknya berada di tempat duduk belakang.
Katanya, setiap hari, dia menghantar anaknya ke tadika namun disebabkan dia bekerja di Pulau Pinang pada Selasa dan Rabu, dia meminta guru terbabit mengambil anaknya di rumah di Taman Ria.
Katanya, pada hari lain, dia bekerja dari rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk menguruskan anak sulungnya, Nurhana Sakinah Mohd Hafizi, 7, yang belajar di Sekolah Kebangsaan Taman Ria di Sungai Petani.
"Ketika kejadian, saya sedang bertugas di bangunan Komtar di Pulau Pinang dan bergegas pulang sebaik menerima panggilan pada jam 12.25 tengah hari.
"Mulanya saya ingat anak saya kemalangan sebab tadika itu terletak berhampiran jalan tapi guru yang menghubungi saya menangis dan memberitahu anak saya tak sedarkan diri," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.
Nor Azira berkata, dia bergegas pulang ke Sungai Petani namun tidak tahu apa yang berlaku kepada anaknya.
Katanya, dia sempat menghubungi suami, Mohd Hafizi Husin, 36, yang bertugas sebagai anggota tentera di kem Sungai Petani dengan harapan suaminya akan cepat sampai untuk melihat keadaan arwah.
"Sepanjang perjalanan pulang, saya tak henti berdoa supaya anak selamat dan mungkin hanya mengalami kecederaan.
"Namun, suami menghubungi saya dan meminta saya terus ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk melihat keadaan anak kami," katanya.
BU mangsa, Nor Azira Abdul Halim. (Gambar kanan) Allahyarham Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi. FOTO Zuliaty Zulkiffli dan ihsan polis
Nor Azira berkata, arwah memang anak yang aktif ketika di rumah namun ketika di sekolah dia banyak diam mungkin dia takut dengan guru.
"Cuma saya tak tau anak saya meninggal waktu bila sebab dia berada dalam kereta itu sejak 8 pagi sebelum disedari jam 12.15 tengah hari.
"Tak nampak langsung perubahan pada arwah dan merengek tu biasalah," katanya.
Jenazah Muhammad Harraz Aryan dibawa dari HSB ke rumahnya di Sungai Petani dengan van jenazah dan dijangka akan dikebumikan hari ini.
Media sebelum ini melaporkan kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan dalam kereta pengetua sebuah tadika.
Post time 17-3-2021 06:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
I suka ada 1 komen dkt fb tu
Klau ibu bapa yg buat ckp kesilapan, alpa, x sengaja, tp kena tang guru besar ckp cuai pulak?
Tp mmg iols pelik pg2 xkan xcheck kedatangan?? Ada pulak slh parent tu xtnya GB ank dah smpai ke belum. Minum pg xkn xperasan budak tu xde? For me, ni bkn slh GB je, cikgu kelas dia pon 2x5
Post time 17-3-2021 06:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sedihnya baca berita ni. Rase tak sanggup nk abiskan baca. Iols baca gitu2 je membayangkan kesakitan arwah.
Maknya juga mbayangkan kesakitan arwah hujung2 nyawa. Iols harap arwah pengsan dan terus rohnya tinggalkan jasad.
Takleh imagine anak kecil struggle n suffer mcm ni