Memetik laporan Harian Metro, anak perempuan kepada Dato Seri Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurul Hidayah dan suaminya telah didenda sebanyak RM800 oleh mahkamah, semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Foto: Nurul Hidayah Instagram, thestraitstimes
Kes Nurul dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff menjadi tular bulan lalu apabila menyiarkan gambar mereka di Putrajaya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Pesuruhjaya Huzir Mohamed berkata, polis menerima arahan untuk menuduh kedua-duanya melakukan pergerakan tanpa kebenaran mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No 3) 2020.
"Duo ini akan didakwa dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu lalu.
Foto: straitstimes
Datuk Huzir berkata, Unit Siasatan Khas (D5) CID pada mulanya membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran MCO.
"Siasatan kami mendapati, Nurul Hidayah memuat naik gambar di Instagramnya," katanya.
Foto: instagram nurul hidayah
Pada 20 April lalu, Nurul Hidayah, 41, didakwa memuat naik gambar di Instagram miliknya ketika dia dan suami bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad di pejabat masing-masing.
Semoga ini menjadi pengajaran untuk semua pihak. Tolong dengar nasihat kerajaan! - CARI
- Sebar kebaikan, tolak keburukan |