CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fleurzsa

Sufisme

[Copy link]
Post time 6-6-2007 06:42 PM | Show all posts
Wahdatul af'al - kesatuan perbuatan

Ajaran tentang perbuatan berbeza-beza mengikut aliran-aliran pemikiran yang berbeza.

Aliran mu'tazilah

Segala perbuatan itu dilakukan sendiri oleh seseorang hamba, dan kudrat yang dimilikinya memberi kesan pada perbuatannya - kudratnya menjadikan perbuatan itu sebagai sebab yang membawa kepada akibat.
Contoh;
Perbuatan bertepuk tangan.
            # Bila bertepuk tangan, terhasillah bunyi tepukan.
            # Yang bertepuk tangan adalah hamba.
            # Bunyi tepukan adalah akibat daripada tepukan tangan.
            # Kudrat si hamba ini menjadikan tepukan tangannya sebagai sebab yang membawa kepada bunyi tepukan.

Aliran jabariyah
Segala perbuatan dilakukan oleh Tuhan tanpa sebarang sandaran pada hamba dan dia tidak terikat dengan syara' - dia tidak harus bertanggungjawab di atas segala perbuatannya samada yang baik mahupun yang buruk.
Contoh;
Perbuatan murtad.
                # Yang memurtadkan seseorang hamba adalah Tuhan.
                # Hamba yang murtad ini tidak perlu bertanggungjawab di atas kemurtadannya kerana pada hakikatnya,                          Tuhanlah yang memurtadkannya.


Aliran asy'ariyah
Segala perbuatan pada hakikatnya dilakukan oleh Tuhan. Namun seseorang hamba itu dikurniakan usaha dan ikhtiar (pilihan), dan dia harus bertanggungjawab dia atas usaha dan ikhtiar yang dilakukannya dalam hidup ini.
Contoh;
Perbuatan murtad.
                # Yang berusaha dan memilih untuk murtad adalah hamba.
                # Pada hakikatnya, dia dimurtadkan Tuhan dengan sebab usaha dan ikhtiarnya sendiri untuk murtad.
                # Usaha dan ikhtiarnya untuk murtad ini membawa kepada azab yang pedih di hari akhirat kelak.

Ada lagi aliran lain.. aliran sufisme..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2007 06:48 PM | Show all posts

Reply #120 nazadiyah's post

Just say what you think, plz..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2007 09:45 AM | Show all posts
Good thread
Its enlightening
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 09:18 PM | Show all posts
Pentingnya memahami wahdatul af'al

Sufisme sungguh-sungguh menitikberatkan soal kesucian hati sanubari. Apabila hati suci, maka manusia pun bermakrifat pada Tuhannya. Hati yang mencapai makrifat itu haruslah suci daripada syirik (menyengutukan Tuhan yang Esa) - bagaimana hati yang menyengutukan Tuhan boleh bermakrifat padaNya yang Esa, dan bagaimana hati yang bermakrifat pada Tuhan yang Esa boleh menyengutukannya pada masa yang sama??..   

Sedang syirik itu terbahagi kepada yang nyata dan yang tersembunyi, maka syirik yang tersembunyi itu empat jenisnya, iaitu;

(1) Memandang bahawa makhluk melahirkan perbuatan, bahawa dialah yang melahirkan perbuatan ibadat.
(2) Riya' - Melahirkan sesuatu perbuatan dengan tujuan untuk menunjuk-menunjuk kepada orang lain - bahawa dialah     
     yang sebenar-benarnya melahirkan perbuatan yang hendak ditunjuk-tunjuk itu.
(3) Sumu'ah - Melahirkan sesuatu perbuatan dengan tujuan untuk disebut-sebut namanya - bahawa dialah yang         
     sebenar-benarnya melahirkan perbuatan yang mengharumkan namanya itu.
(4) 'Ujub - Merasa kagum dengan perbuatan yang dilahirkannya - bahawa dialah yang sebenar-benarnya melahirkan
     perbuatan yang mengagumkan itu.

Orang yang berpendirian bahawa segala perbuatan ibadat itu mendatangkan manfaat lahiriah semata-mata. Mata hatinya tertutup daripada memandang cahaya dan keindahan pengabdian seseorang hamba terhadap Tuhannya. Dia tidak mampu memandang ibadat sebagai perhiasan kurniaan Tuhan terhadap hambanya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 09:20 PM | Show all posts

Reply #123 Png_Prince's post

You must be a thinker..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 08:19 PM | Show all posts
Tauhid al-af抋l ialah mengesakan Tuhan dari segi perbuatanNya. Segala perbuatan pada  hamba itu lahirnya daripada Tuhan. Tidak kira samada perbuatan itu baik atau jahat pada lahirnya, tetapi pada hakikatnya ia adalah perbuatan Tuhan.

Contoh perbuatan yang baik adalah beriman, dan contoh perbuatan yang jahat adalah kufur. Perbuatan beriman itu baik pada lahirnya, dan baik pada hakikatnya. Perbuatan  kufur itu jahat pada lahirnya, tetapi baik pada hakikatnya - kerana setiap perkara yang lahir daripada Tuhan adalah baik - tetapi hakikat baiknya kekufuran itu tidak membawa makna bahawa seseorang hamba yang kufur itu tidak berdosa - maha suci Tuhan daripada segala kecelaan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2007 06:10 PM | Show all posts
Ayat-ayat Al-Quran berkenaan kesatuan perbuatan;

(1) Dan Allah menciptakan kamu dan apa yang kamu kerjakan.
(2) Dan tidaklah kamu melontar ketika kamu melontar, akan tetapi Allahlah yang melontar.
(3) Katakanlah:"Segala-galanya (kebaikan dan kejahatan) itu daripada sisi Allah"

Berpegang kepada wahdatul af'al bererti mengesakan perbuatan Tuhan, kerana Tuhan itu esa adanya. Maka fana'lah (lenyap)  segala perbuatan dalam perbuatan Tuhan (fana' fil-af'al)..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2007 09:52 PM | Show all posts
Wahdatul Asma' - Kesatuan Nama

Segala nama di dalam alam ini, nama siapa dan nama apa sebenarnya??

'Awan' adalah nama bagi zat awan. Begitu juga dengan 'matahari', 'Ahmad', 'kupu-kupu', 'cendana', 'dakwat', 'biru' adalah contoh-contoh nama bagi zat matahari/Ahmad/kupu-kupu/cendana/dakwat/warna. Nama-nama itu, ada yang baik pada lahirnya dan baik pada hakikatnya. Ada juga nama yang baik pada hakikatnya, tetapi tidak pada lahirnya.

Jika dalam Wahdatul Af'al makhluk tidak berdaya dan tidak berupaya untuk berbuat sesuatu perbuatan, maka begitu juga halnya dalam Wahdatul Asma' - bahawa makhluk tidak berdaya dan tidak berupaya untuk bernama dengan sesuatu nama.

Yang berbuat segala perbuatan, hanyalah Tuhan. Begitu juga, yang bernama dengan segala nama, hanyalah Tuhan. Sang sufi tidak sanggup mensyirikkan Tuhan dengan beriktikad bahawa segala nama itu adalah nama bagi makhluk, kerana yang berdaya dan berupaya untuk bernama hanyalah Tuhan yang Esa.

Misal;
'Biru' adalah nama bagi sejenis warna pada lahirnya. Tetapi pada hakikatnya, 'biru'  itu adalah nama Tuhan (walhal zat warna itu bukan Tuhan!).

Mengapakah segala nama dalam alam ini adalah baik pada hakikatnya?..

"Tiada daya dan tiada upaya melainkan daya dan upaya Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2007 07:22 PM | Show all posts
Setiap nama dalam alam ini adalah baik pada hakikatnya.. Kerana setiap nama itu adalah nama Tuhan. Oleh kerana setiap nama Tuhan itu adalah baik, maka setiap nama dalam alam ini juga baik. Tetapi nama yang tidak baik itu buruk pada lahirnya, karena syara' datang ia mencela akandia..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 09:44 PM | Show all posts
Pandangan kita selalu terhijab dengan makhluk, menyebabkan kita lupa pada Tuhan lantaran kurang memahami konsep tauhid.

"Amin yang mengangkat tangannya".. "Aminah yang menghiris tomato".. "Zabidi yang membasuh kakinya".. "Zabidah yang memetik lada".. dan seterusnya...

"Benda ini namanya dakwat".. "Benda itu pena namanya".. "Yang menyala itu namanya lampu".. "Yang terpancar daripada lampu itu cahaya namanya".. dan begitulah seterusnya...

Sedangkan setiap makhluk tidak berdaya dan tidak mempunyai kekuatan untuk melakukan sesuatu perbuatan pun,  serta tidak berdaya dan tidak mempunyai kekuatan untuk bernama dengan sesuatu nama pun. Kerana yang berdaya dan mempunyai kekuatan itu hanyalah Tuhan.

Mengiktikadkan bahawa makhluk juga  mempunyai daya dan upaya, bagi sang sufi, adalah syirik dan berdosa.

Mengiktikadkan bahawa makhluk mempunyai daya upaya bererti, lahirnya sesuatu perbuatan atau nama itu adalah kerana makhluk. Kerana Amin, tangannya terangkat.. Kerana Aminah, bawang terhiris.. Kerana zat dakwat, lahirlah nama 'dakwat'.. Kerana zat pena, lahirlah nama 'pena'..

Sedangkan pada hakikatnya, setiap benda boleh terangkat walaupun tanpa makhluk yang mengangkatnya. Dan setiap nama boleh lahir sekalipun tiada makhluk yang bernama. Mengapa?.. Kerana yang melahirkan segala perbuatan dan nama itu hanyalah Tuhan!

Maka jelaslah bahawa pada hakikatnya, setiap perbuatan dan setiap nama itu adalah perbuatan dan nama Tuhan. Begitulah caranya sang sufi mengesakan Tuhan dari sudut perbuatan dan nama.

Berpegang kepada wahdatul asma' bermakna mengesakan nama Tuhan, kerana Tuhan itu esa adanya - tiada nama melainkan nama Tuhan...

p/s: Betulkan kesilapan saya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 09:08 PM | Show all posts
Wahdatus-sifat

Huraian berkenaan wahdatus-sifat mirip dengan huraian sebelum ini (berkenaan wahdatul af'al dan wahdatul asma'). Contoh-contoh sifat adalah mendung (sifat bagi awan), bercahaya (sifat bagi matahari), berakal (sifat bagi Ahmad), bercorak dan berwarna-warni (sifat bagi sayap kupu-kupu),  wangi (sifat bagi cendana), hitam/merah/biru dll (sifat bagi dakwat), gelap/cerah dll (sifat bagi warna).

Oleh kerana tiada siapa dan suatu apa pun  yang  berdaya dan memiliki kekuatan untuk bersifat selain daripada Tuhan, maka segala sifat dalam alam ini adalah sifat Tuhan jua. Tanpa awan dan segala makhluk yang mempunyai sifat mendung, 'mendung' boleh wujud. Tanpa sang suria dan segala makhluk yang bercahaya, sifat 'bercahaya' boleh wujud dalam alam ini. Dan begitulah dengan sifat-sifat berakal, bercorak dan berwarna warni dan segala sifat yang maujud dalam alam ini, semuanya boleh wujud tanpa kewujudan makhluk yang bersifat dengan mereka. Wujudnya sifat-sifat itu bukanlah kerana wujudnya makhluk-makhluk yang bersifat dengan mereka.

Wujudnya sifat-sifat ini adalah kerana wujudnya Zat yang bersifat, iaitulah Tuhan. Maka disandarkan dan dipinjamkan sifat-sifatNya yang tak terhingga bilangannya itu kepada sekalian makhlukNya di alam jagat. Tidak syak lagi bahawa sekalian sifat itu adalah sifat Tuhan.

Tiada sifat melainkan sifat Tuhan. Sifat itu esa, kerana Tuhan itu Esa adanya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2007 10:34 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 15-5-2007 10:26 PM
bila tengok balik posting saya tuuuu...

modify sikit lagi boleh jadi syair sufi tu...   


Sebut pasal syair... teringin le pulak nak berpuisi....

Aku Hanya Serangga...

Tak dapat aku lupakan,
Sebentar tadi aku,
Melihat dari jendela depan,
Ku lihat mereka itu....

Sang Rerama menari meniti waktu,
Kepak berwarna menghiasi diri,
Hinggap di mawar yang sahdu,
Gembira hati meninggalkan sepi...

Sang Lebah telah pulang ke sarang,
Menunggu esok menjelang malam,
Muncul pula Si Kunang-Kunang,
Menyambung tarian silam...

Terkejut dari lamunan nafas dihela,
Sang Kumbang menerpa ke cahaya itu,
Seekor tersangkut di langsir jendela,
Seekor jatuh tersembam ke bumi batu匸/color]

Terlihat pula kembar Si Kumbang,
Menari bebas tanpa bimbang,
Mengimbang diri agar tak cundang,
Akhirnya hinggap di kalimantang...

Terasa aku seperti mereka itu,
Kecil dan kerdil, lemah dan pilu,
Kiranya aku diberi pilihan satu,
Serangga manakah agaknya aku....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2007 04:19 PM | Show all posts
Pengenalan terhadap suatu zat (dengan huruf kecil z)

Pertimbangkan suatu makhluk - katakan 'hajarul aswad'.
nama    -    'hajarul aswad'
sifat         -    'berwarna hitam'

Bagi orang yang tidak pernah mengetahui kewujudan hajarul aswad, pengetahuan tentang nama 'hajarul aswad' sudah cukup untuk menyedarkannya tentang kewujudan batu hitam ini (sekurang-kurangnya di peringkat 'conjecture'.)

Namun, bagi orang yang sudah mengetahui akan kewujudan 'hajarul aswad', pengetahuan tentang sifat 'hitam' sudah cukup untuk memberikannya pengenalan yang lebih tinggi terhadap batu hitam ini.

Dari sudut nama, 'ia' adalah 'hajarul aswad'. Dari sudut sifat pula, 'ia' 'berwarna hitam'. Walaupun dua orang  memandang 'hajarul aswad' dari dua sudut yang berbeza, tetapi zat yang dipertimbangkan tetap sama - 'hajarul aswad'.

Tetapi bagi orang yang mengenali 'hajarul aswad' di peringkat yang lebih tinggi, 'hajarul aswad' itu dipandang tanpa sebarang sudut. Baginya, 'hajarul aswad' adalah suatu zat 'hajarul aswad'.

Dalam mengenali sesuatu zat, pemecahan takrifan zat berdasarkan sudut-sudut yang berbeza (sudut perbuatan, nama, dan sifat) hanya perlu diperingkat permulaan. Tetapi matlamat yang akhir adalah untuk mengenali zat tersebut sebagai suatu zat. Kerana memandang suatu zat dengan hanya berdasarkan sudut-sudut yang berbeza, tidak dapat memberikan pengenalan yang sebenar!..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2007 09:53 PM | Show all posts
This is another good topic. A few days ago, I had a conversation with a friend regarding sufism. This friend is a non-Muslim and likes what he reads about sufism. We talked about Osho, Nietzsche, Hallaj, Aristotle, etc. My conversation with him opens up new windows that weren't there before. He said to me, 'the journey in sufism is the same for every sufist'. I said to him, 'the journey MAY be the same, but NOT the knowledge'. So this is my question. We know about sufism & Islam. But what about those non-muslims who walk the path of sufism and yet they're not Muslims? How do you define their status? I hope someone can shed a light on this. Thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2007 02:06 PM | Show all posts
Pertimbangkan suatu makhluk - (i) Set nombor nyata, (ii) Set manusia, dan (iii) Infiniti,∞.

Apabila kita berbicara tentang makhluk, kita boleh membuat perbandingan sesama mereka, antara satu sama lain, berdasarkan sudut-sudut yang dipilih (samada sudut pebuatan, nama atau sifat).

Misalnya, angka 2 lebih kecil nilainya berbanding angka 4. angka 1000 lebih besar daripada angka 100. Dan begitulah seterusnya.

Tetapi perbandingan ini hanya sah jika objek-objek yang dipertimbangkan itu adalah dari kategori yang sama. Jika dua objek yang dipertimbangkan adalah daripada dua kategori yang berbeza, maka perbandingan menjadi tidak sah. Contohnya:

Angka 2 boleh dibandingkan dengan angka 4 kerana kedua-duanya dikategorikan sebagai nombor nyata.

Bagaimana pula dengan angka 2 dan Ahmad? Bolehkah mereka dibandingkan? Bolehkah kita katakan angka 2 lebih kecil atau lebih besar nilainya berbanding Ahmad, ataupun, adakah Ahmad lebih hensem berbanding angka 2?? Jawapannya ialah 'tidak boleh'. Ini kerana angka 2 adalah nombor, sedangkan Ahmad adalah manusia.

Infiniti  ∞
Infiniti  ∞, adalah suatu objek yang bukan nombor. Ia adalah adalah objek yang mewakili nilai tak terhingga. Sedangkan  sesuatu nombor itu  memiliki nilainya yang tertentu. Ambil saja angka 1 000 000, 999 999, 88 888, 0, 1, 2, 3, -77, -6, -3. Semuanya mempunya nilai tertentu (terhingga), kerana mereka adalah nombor. Tetapi ∞ tidak boleh sesekali diwakili oleh sesuatu nilai tertentu, kerana jika ia mempunyai nilai tertentu, ia bukanlah  ∞. Ini menunjukkan bahawa ∞ bukanlah nombor.

Oleh yang demikian, bolehkah sesuatu angka dibandingkan dengan ∞?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 08:26 PM | Show all posts
Semperna hari ini - 31 Ogos 2007, Hari kemerdekaan Malaysia ke 50....

Merdekakah aku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2007 12:24 PM | Show all posts
A    :Kau tau tak, dalam dunia nie ade hajarul aswad?
B    :Tau.

A    :Macamana kau tau?
B    :Bapak aku yang bagitau.

A    :Kau kenal hajarul aswad?
B    :Kenal.

A    :Macamana kau kenal?
B    :Hajarul aswad, warnanya hitam kan?..

A    :Betul. Hajarul aswad, warnanya hitam. Tapi kau kenal tak hajarul aswad?
B    :Kau sendiri, kenal tak??
A    :Kenal!

B    :Macamana kau kenal?
A    :Aku pernah berdiri depan ka'abah.

B    :So?
A    :So aku kenal hajarul aswad, sebab kewujudannya aku lihat tanpa berpisah daripada kehitaman.

B    :Aku kenal tak hajarul aswad?
A    :Kalau kau 'pandang' hajarul aswad tanpa ada pemisahan antara kewujudannya dan kehitaman, kau kenal.

B    :Walaupun aku tak pernah lihat hajarul aswad?
A    :Walaupun kau tak pernah lihat hajarul aswad. Tapi bagi orang yang 'ahli', kenalnya pada hajarul aswad itu seolah-olah die pernah lihat hajarul aswad.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 08:36 PM | Show all posts
And yet still no one answers my question...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 02:21 AM | Show all posts
Kalau nak masuk syurga tak sampai tahap ni......ader chance ker???????....kalau dah dapat masuk agak2nya dapat duduk sama semeja ker.......talking at same level ????????
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 08:04 AM | Show all posts
Manusia hanya berusaha sedangkan selebihnya hak Allah swt...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.105019 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list