|
Edited by Exoskeleton at 28-5-2020 03:05 PM
Imam muda
Kisah ni terjadi sewaktu Pak Tahir masih ada, di kampung aku ketika itu ada seorang imam yang agak muda usianya. Usia tak menjadi masalah bagi penduduk kampung, cumanya imam tersebut kebiasaannya agak kasar dari segi percakapan dan teguran2nya tanpa menjaga hati orang2 yang lebih tua. Aku gelarkan nama dia Rafik sahaja.
Antara teguran2nya, “dari korang lepak warung ni, baiklah korang iktikaf di masjid…bukannya lama lagi pun kome hidup”, “Pak Tahir, tahulah kerja menggali kubur…tapi pakai lah smart2 sikit. Bukannya ada apa2 masalah kalau penggali kubur pakai smart2” dan banyak lagi perkataan2 yang menyakitkan hati yang tak dapat aku nak sebutkan dalam ni. Tapi penduduk kampung sabarkan je lah, pada mereka biasa la budak2 muda baru nak up.
Si Rafik ni ada seorang isteri yang cantik jelita, nak dijadikan cerita suatu hari tu ada sorang pemuda dari indonesia yang bernama Rudy, menggunakan ilmunya untuk memikat isteri Rafik. Aku tak tahu apa ilmu yang dipakainya, tetapi isteri Rafik jadi seperti orang tak betul. Kadang2 gelak sorang2, cakap dengan dinding, kerasukan pun ada dan flashing ketika aku sedang jemur pakaian. Tak pasal2 aku kena marah dengan mak sebab baju sekolah ku terjatuh ke tanah akibat terkejut kena flash sedemikian rupa.
Tapi aku faham lah, orang tak betul…jadi aku kena la mintak orang perempuan juga yang tolong tutupkan dia sebelum buaya2 kampung pula menjadi sasarannya. Setelah beberapa hari kejadian seumpama tu terjadi, akhirnya Pak Itam menasihatkan Rafik supaya meminta pandangan dari Pak Tahir. Pak Tahir low profile orangnya, jadi tak ramai orang2 kampung tahu kelebihan yang diberikan Allah padanya.
Ketika itu aku sedang lawan dam dengan Pak Tahir, memang lauk la aku kalah berkali2…Secara tiba2 saja Pak Tahir berkata kepadaku, “kejap lagi kau buat dono je…tengok je aku kalahkan kau main dam ni. Hahaha”. Aku agak hairan, tapi menurutkan saja. Tidak lama kemudian Rafik datang ke warung Pak Itam, dalam keadaan teresak2 dan mengeluarkan perkataan, “Pak Tahir…tolonglah awok ni…udah tak tahu rope mana yang patut awok buat…”. Pak Tahir menghela nafas panjang, lalu dia berkata, “idak ke dulu kamu kata aku tak tau baca Quran? Kamu kata kamu hafaz al-Quran? Ngape pule mintak tolong kat orang tua yang kulu kelio berbaju buruk je?”.
Rafik terdiam mendengarkan kata2 Pak Tahir itu dan seterusnya tersedu sedan dia menangis di hadapan warung Pak Itam. “Ater…ngape idak kamu baca je ape2 yang patut? Ngubatkan bini kamu tu sendiri?”, tanya Pak Tahir.
“Udah puas awok cobe…idak maunya…tolonglah Pak Tahir…”, rayu Rafik yang masih terduduk di tepi kerusi Pak Tahir.
“Kepada Allah lah kamu meminta pertolongan…bukannya kepada manusia macam aku…”, jawap Pak Tahir bersahaja.
Kemudiannya, Pak Itam pun memujuk Rafik, “udah2 lah tu…kamu balik lah ke rumah. Tau la aku mujuk Pak Tahir kamu tu”. Setelah Rafik berlalu pergi, Pak Itam membuka mulut, “kamu ni Tahir…”.
“Kopi o kaw satu ye Itam…”, Pak Tahir memotong Pak Itam yang mahu berkata kepadanya. Sambil menggeleng2kan kepala, Pak Itam pun masuk ke dapur.
Dengan nada perlahan, “kamu jangan bagitau orang kampung, hal si Rafik tu udah settle dah pun…masa dia mula cakap tadi aku dah buatkan”.
“Benda ni pengajaran dari Allah buat dia, aku ni cuma salah 1 watak je…nah…kamu tengok ni”, sambung Pak Tahir lagi sambil menunjukkan kepadaku botol kaca yang kecil berwarna gelap, ada sesuatu yang bergerak2 di dalamnya.
“Lepas ni babak kedua, kamu diam je lah ye nanti”, kata Pak Tahir kepadaku dengan raut muka yang agak serius sambil memakan 4 buah dam ku. Aku cuma menganggukkan saja...tak lama kemudian, datang seorang pemuda bernama Rudy ke warung Pak Itam.
“Pak…Pak Tahir…aku minta kalau boleh barangku itu dipulangkan…”, katanya tiba2 sambil duduk di sebelah meja kami.
“Aiii…kamu kate aku ngambik barang kamu? Kamu ingat aku ni pencuri ke?”, kata Pak Tahir dengan tegas membuatkan Rudy lantas menjadi kaget lalu dengan tergagap2 dia menjawap, “bu…bukan be…begitu Pak Tahir…barang tu pusaka dari moyang aku…”.
“Hah…kalah lagi kamu, macam lawan dam dengan budak2 kecik”, kata Pak Tahir kepadaku tanpa mengendahkan apa yang dikatakan Rudy. Rudy semakin panik melihat Pak Tahir buat tak tahu saja setelah dipujuk rayu. Hinggalah ke tahap Rudy beguling2 di atas tanah meminta barangnya dipulangkan. Tapi Pak Tahir hanya menghirup kopi o kawnya perlahan2 dan pulang sebelum maghrib menjelang.
Sejak dari itu, Rudy tidak lagi kelihatan di dalam kampungku…manakala Rafik dan isterinya pun berpindah ke bandar beberapa bulan kemudian. Barang yang diambil Pak Tahir tu? Dah pun dibuangkan ke tengah lautan.
Sedang aku asyik dibuai kenangan, tiba2 Ramli menolak badanku sambil berkata, “woi John…takkan kau nak tidur dah kot? Senyap je? Jom la borak2 lagi. Kau dengar adventure aku, Fendi dan Amat”.
“Aduh…macam tak cukup teruk si Fendi tu, bergabung pulak dengan si Amat", kataku di dalam hati.
Bersambung…
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-6-2019 08:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
AwanCikDania replied at 19-6-2019 10:58 PM
Selamat Hari Raya tt. Selamat merempit thread tt. Penulisan yg sangat bagus. tt kampung kat Teluk ...
jauh benor tu...haha
aku dulu area selatan perak je tapi ade juge bcampor dgn budak2 parit & teluk ensen zaman2 konvoi dulu...tp dulu konvoinye idak ler rope mcm skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
aku sndiri pun tak berani nak menaip tgh2 malam...biasa ada jelingan maut dari org rumah
bila aku nak describe tu, aku recall balik rupa dia tu memang meremang juga la biasanya
walaupun aku kat tempat yang ramai, macam dalam komuter
|
|
|
|
|
|
|
|
cerita tu memang agak stereotype dan biasa didengar, tapi bagi saksi tempat kejadian macam susah nak elak bila jadi macam tu
aroma mee goreng tu je dah memang agak memanggil...aku pun macam 2 hati patut order jugak ke masa tu. Tapi sebab aku rasa something off masa tu, tak jadi la
|
|
|
|
|
|
|
|
Exoskeleton replied at 20-6-2019 08:28 PM
cerita tu memang agak stereotype dan biasa didengar, tapi bagi saksi tempat kejadian macam susah n ...
hmm mee ni rasa kerang... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by yen at 21-6-2019 03:01 PM
aku sorang je ke yang sejak awal cerita dok imagine Pak Tahir serupa Nasir Bilal Khan skali dgn cara cakap lagi
Al Fatihah buat Pak Tahir...
|
|
|
|
|
|
|
|
yen replied at 21-6-2019 02:43 PM
aku sorang je ke yang sejak awal cerita dok imagine Pak Tahir serupa Nasir Bilal Khan skali dgn cara ...
Aku baru nak type benda yg sama |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Exoskeleton at 28-5-2020 03:16 PM
Misi Menjejak Entiti
Kisah ini terjadi ketika aku baru saja mendaftar di sebuah IPT di Shah Alam dan belum lagi berpindah ke rumah Ramli dan Fendi. Ketika itu Amat pula sudah boring melepak di rumah abangnya sementara mendapatkan kerja, jadi dia pun mengajak Ramli untuk melepak di kedai mamak yang terletak di TTDI Jaya. Ramli ni dia berlagak je macam berani, tapi sebenarnya penakut…jadi diajaknya lah si budak Fendi sebab dia tau diorang akan borak cerita2 hantu time senja itu.
Minit mesyuarat diorang tu lebih kurang macam ni:
Amat: Kau tau aku masa bawa budak2 junior dulu pergi masuk ke hutan cari hantu, tapi aku tak jumpak. Budak2 junior saja cakap nampak itu ini. Diorang lari tinggalkan aku sorang2.
Ramli: Aku masa balik ke rumah kakak aku dah merasa kena kacau. Teruk juga la masa tu…bla3
Fendi: Ooo…aku pun ada cerita hantu jugak
*kembali kepada kami yang di dalam kereta
Aku: Hah? Fendi ade cerite hantu? Dia manusia dengan hantu pun tak tahu beza
Ramli: Hahaha…dia cerita orang yang patut jumpa dia petang tu tak muncul2 lepas bagi duit, kena scam katenya hantu.
Perbualan tak berfaedah mereka diteruskan diselang seli cerita2 Fendi yang tak ada kena mengena dengan angker. Ramli pula semakin tidak dapat mengawal keadaan apabila Amat dan Fendi sepakat hendak berjalan2 di Highland Tower malam itu. Disebabkan Ramli menumpang kereta si Fendi, maka terpaksa lah dia mengikuti mereka, takkan lah dia nak mengaku takut pula. Keadaan bertambah getir bagi Ramli apabila mereka tiba di Highland Tower tersebut pada tengah malam.
Ramli hanya mampu bersembunyi di belakang Fendi yang kurus cekeding itu dan berharap makhluk2 yang bukan manusia di situ tidak nampak dirinya yang besar gedabak itu. Tiba2 Fendi menggeleng2kan kepala dan berkata, “tempat ni dah jadi port mat gian…tengok tu, dah macam bangkai bernyawa”. Ramli pun mengintai dari belakang Fendi, timbul risau di hatinya kalau2 terkena jarum suntikan mat gian tu kalau bersepah2 kat lantai. Tapi ternyata kerisauannya itu tidak kena pada keadaannya.
Yang dikatakan Fendi penagih tu rupanya cekung sampai tulang, biji mata pun tak ada…mengalir darah dari lubang mata, hidung dan telinga…badannya separuh saja, pinggang ke bawah tak ada. Jadi jalannya seret2 saja sehingga tempat yang dilaluinya itu mempunyai kesan darah. Amat terus jatuh terduduk, tapi mukanya senyum…thrill dirasakannya ketika itu. Ramli cuba melarikan diri sambil merentap tangan Fendi, tetapi dirasakan terlalu ringan tangan yang dipegangnya. Lantas dia menoleh untuk melihat tangan yang dipegangnya, tangan itu terjuntai begitu saja tanpa badan.
Fendi pula ketika itu sedang bertanya pada budak kecil yang belakang kepalanya pecah, “adik buat apa kat sini? Tempat ni bahaya tau…kawan2 abang cakap tempat ni berhantu”. Ramli semakin pucat dan berundur sehingga badannya rapat dengan dinding. Tiba2 saja Fendi menegur Ramli, “woi…kau tak baik la ambil tangan orang tua tu…dah la dia OKU”. Ramli pun menoleh ke arah lelaki tua yang dikatakan Fendi tu tadi, dia melihat lelaki tanpa tangan kanan, dagu pun tiada dan darah meleleh2 dari mulutnya. Ramli terasa kakinya longlai dan kesedarannya pula semakin pudar. Dia pengsan di situ.
Bila dia sedarkan diri, dia melihat dirinya di dalam kereta Fendi dan berkata Amat kepadanya, “tak kuat semangat lah kau ni…berat tau kami angkat kau balik ke kereta”. Ramli masih lagi tercengang2 dan memikirkan apa yang dah terjadi…
“Aku rasa yang ni best…lagi best dari yang aku masuk hutan dengan budak2 junior dulu”, kata Amat lagi.
“Eh? Tapi aku tak jumpa hantu pun? Korang kata tempat tu berhantu?”, tanya Fendi.
“Aku rasa nanti kau patut bawa si John ke situ”, kata Amat beriya2 pada Ramli.
*Kembali kepada aku dan Ramli di dalam kereta
Aku: Kalau kau teringin nak jadi hantu kat Highland Tower tu kau bawak la aku
Ramli: Hahahaha…tu Amat yang cakap. Aku sendiri pun pengsan bro…tak tau apa lagi yang diorang buat dekat situ. Masa aku sedar tu, hari dah siang.
Bersambung…
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau tengah serius tu mungkin la sama macam Tok Adi, tapi kalau tengah membahan, bergurau2 tu macam Pak Duan
|
|
|
|
|
|
|
|
Seronok habiskan benang TT ni..ada juga dapat belajar beberapa perkara..
Best sangat bace..pasti TT join le kitorang kat HML sekali ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak berapa tau sangat shortform sini lagi
maklum lah...sebelum ni tak aktif pun
HML tu ape?
|
|
|
|
|
|
|
|
Exoskeleton replied at 21-6-2019 10:33 PM
aku tak berapa tau sangat shortform sini lagi
maklum lah...sebelum ni tak aktif pun
HML tu ape? ...
HML tu Board sebelah..history, misteri and legend..hehe
Kim datang Board ni mencari jawapan juga.. gangguan2 dialami. Hijab Kim ni macam nak terbuka tua2 ni..takut lak cemana nak putuskan hubungan dengan alam sana
Cemana TT, cara putuskan hubungan jaga dan mimpi? Kuatkan amalan ya..banyak2 bersosial |
|
|
|
|
|
|
|
insyaAllah...aku cuba sambung esok
aku kat sabah sekarang ada wedding sepupu
|
|
|
|
|
|
|
|
Exoskeleton replied at 21-6-2019 10:43 PM
insyaAllah...aku cuba sambung esok
aku kat sabah sekarang ada wedding sepupu
baiklah... kite tungguuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kelakar la fendi tu..
Aiol suspect dia dr lahir lg dpt tgk hantu sampai tak tau beza sapa hantu sapa manusia |
|
|
|
|
|
|
|
Nape la fendi dia punya blur tahap gaban. Boleh darah tibggi di layannya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Exoskeleton at 28-5-2020 03:31 PM
Kami semakin hampir ke tol Skudai, jadi Ramli pun setkan GPS di keretanya ke hotel yang telah dibooking siap2 olehnya melalui panggilan telefon. Zaman2 tu tak ada lagi iklan yang annoying macam, “hotel yang sama? Harga yang berbeza? Tri**go membandingkan harga dari berjuta laman web…”. Internet pun masa tu masih lagi streamyx, kalau di fon pula hanya GPRS atau wap. Fon yang terkenal masa tu ialah sabun, n-gage atau daun…jadi waze pun belum wujud, hanya bergantung pada GPS atau tanya2 orang.
Aku: Kau konfiden ke GPS ni tau jalan ke hotel kau book tu?
Ramli: Nama pun GPS bro…mahal tau aku bayar nak ambil yang ada GPS ni.
Aku: Habis tu kenapa kita sampai kat jirat cina ni? Karang kalau ada orang tanya milawat sidala ka? Apa kau nak jawap?
GPS: You have arrived
Kami pun melihat kawasan yang dikatakan u have arrived tu. Lawas tanglas...
Ramli: Jalan mati ni…tengah2 jirat cina
Aku: Tu lah…aku dah kata dah, jalan macam tak betul je bile kau masuk pintu gerbang kawasan ni tadi.
Ramli: Cuba kau tanya orang.
Aku: Kau ingat aku Fendi ke? Tanya jalan kat hantu belaan orang, last2 sampai ke rumah bomoh. Halnya nak pergi cari kedai makan je masa tu.
Ramli: Hahahaha…eh? Tu bukan awek ke?
Aku: Awek apa tengah2… kau pusing balik sekarang…cepat!
Ramli tak berkata apa2 melihat aku pucat sebegitu, dia terus saja memusingan keretanya dan keluar dari kawasan itu. Aku sempat menoleh ke belakang, perempuan itu melambai2 kepada kami... Ramli membawa aku ke kedai mamak setelah kami tiba di tengah bandar JB. Dia melihatku masih lagi pucat dan asyik menoleh ke belakang saja sewaktu di dalam kereta.
Ramli: Benda tadi tu bukan awek ke?
Aku: Hisshhh…kau ni pun…awek apa lepak kat jirat cina malam2? Lagipun kau tak cam ke?
Ramli: Awek tadi? Aku tak nampak clear pun?
Aku mendiamkan diri saja, tapi aku pasti apa yang aku nampak tadi ialah Haryati. Setelah sekian lama insiden kami berjumpanya dulu, kini tiba2 pula dia munculkan diri. Senyumannya saja sudah cukup membuatkan bulu romaku meremang.
Setelah kami bertanya kepada beberapa orang, akhirnya kami tiba di hotel yang dibooking Ramli. Aku menghempaskan badanku di atas tilam dan terus saja terlena. Manakala Ramli bersiap smart2 nak pergi mengayat awek receptionist.
“Kita akan bertemu kembali…”, kata Haryati kepadaku. Lalu aku terus terjaga dari tidurku…
“Fuhh…mimpi rupanya”, kataku sendirian. Kemudian aku pun berfikir sendirian dan berkata di dalam hati, “apehal pulak si Haryati ni? Patutnya abis dekat situ je lah…Takkan sebab aku tak makan mee goreng dia dulu pun nak tacing?”. Aku lihat satu lagi katil di sebelahku kosong.
“Tak balik lagi budak Ramli ni”, kataku sendirian.
Tiba2 saja pintu bilik hotel diketuk…
“Aduh Ramli ni…kenapalah kau tak bawa key card lagi satu?”, kataku sendirian.
“Maznah ke tu?”, cubaan aku untuk bergurau dengan Ramli.
“Tak bang…ni Haryati”, suara dari luar pintu. Aku yang baru saja bangun hendak ke pintu itu terus terduduk kembali di atas katil…mustahil Ramli boleh buat suara perempuan semacam itu melainkan kalau dia tak ada halkum.
“A…apa lagi yang kau nak?”, aku cuba beranikan diri untuk bertanya kepadanya. Walaupun pintu itu memisahkan kami, namun aku terasa pintu itu seperti tidak punya apa2 erti.
“Urusan kita…belum selesai…”, bisik Haryati di telingaku.
Lantas aku melompat bangun lalu membuka pintu dan keluar dari bilik hotel. Tetapi langkahku tidak begitu jauh, aku berlaga dahi dengan Ramli yang ketika itu baru saja tiba di hadapan pintu bilik kami.
“Aduh…kau dah kenapa? Mengigau ke?”, tanya Ramli kepadaku sambil memegang dahinya. Aku masih duduk berdiam diri sejak dari pelanggaran tadi dan tidak sedar kepalaku sedang sakit disebabkan terhantuk tadi.
“Kenapa kau berpeluh teruk ni? Kau tutup aircond ke?”, tanya Ramli lagi. Aku yang masih terkejut itu tak mampu untuk menjawap soalan2 Ramli itu.
Kemudiannya Ramli mengajak aku masuk ke bilik setelah melihat aku diam saja. Dia sendiri faham, tidak mungkin aku diam begitu tanpa sebab. Mataku melilau melihat di sekeliling bilik kalau2 masih ada Haryati di dalamnya, tapi ternyata kosong sahaja. Lalu aku duduk di atas tilam dan mengeluh…berkata aku di dalam hati, “berat ni…macam bila2 saja perempuan tu boleh surprisekan aku”.
Aku melihat jam, waktu menunjukkan 4:26 pagi. Aku tidak sedar bila aku terlelap, pagi itu Ramli memberitahuku, “aku nak pergi kerja dulu, kau tidur lah dulu…tengah hari nanti aku balik kita check out”. Aku hanya menganggukkan saja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap arini ada sambungan lg |
|
|
|
|
|
|
| |
|