|
HARTINI- dah terbit dengan Penerbit Dear Novels
[Copy link]
|
|
Ipo replied at 1-1-2018 09:58 PM
salah teka
Cliché la plak kalau bkait mcm tu kn..
Tp bagus plot..xleh nk expect apa akn jd..mula2 ingt mcm novel cinta..then jd misteri..then watak utama mcm kganasan plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 1-1-2018 10:00 PM
@ladyFinger12
@Nicki_Meow
Satu posting je?????
NEXTTTT... |
|
|
|
|
|
|
|
Kebetulan tengah duk minum Neslo panas jugak ni, tapi kek Butterscotch takdak. Kerepek ubi ja ada
Okey next |
|
|
|
|
|
|
|
hahaa...keganasan yang light2 gitu..
|
|
|
|
|
|
|
|
baru nak sambung ni Nay
|
|
|
|
|
|
|
|
eh, kerepek ubi sedap
aku baru je beli kat Sg Pelik.otw to Bagan Lalang dua minggu lepas
satu paket besar (untuk orang berniaga)>>>baru rm50
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 10
DATO ZAINUDDIN membelek album kenangan bersama Nazim dan Hamdan. Satu persatu foto yang ada dalam album itu diamati. Salah satu foto yang sering menjadi igauannya ialah foto Kasimah yang sedang mendongak ke langit. Gelagat Kasimah ketika itu yang hanya berusia 17 tahun dirakam secara curi-curi dari balik sebatang pokok Kerian.
"Al Fatihah untuk kau Kasimah.."
Album itu dibelek lagi sehingga ke mukasurat terakhir. Gambar kenangan dia, Nazim dan Hamdan yang bergambar di atas batas sawah padi yang luas terbentang. Tangan saling menyentuh bahu yang jelas menggambarkan tiga sahabat yang ceria dan gembira dengan senyuman 'cheese' yang mekar. Zainuddin tersenyum nipis. Siapa sangka, bila usia menginjak dewasa, sahabat bertukar musuh. Hanya Nazim saja yang masih kekal berkawan walaupun sudah jarang bersua muka atas alasan kesibukan dunia masing-masing.
Zainuddin menutup album. Tubuhnya disandar pada kerusi empuk di dalam bilik belajar aka bilik buku. Matanya dialih pada rak-rak buku yang tersusun kemas buku-buku ilmiah miliknya dan juga novel-novel milik Zenot. Bibirnya sekali lagi mengukir senyum tatkala melihat tajuk-tajuk novel yang disusun cantik di atas satu rak khas. Novel bergenre cinta dan seram itu elok disusunatur. Tersenyum sungging dia memikirkan Zenot yang kasar dan tomboi itu membaca novel cinta.
"Hani.." nama anak Nazim terlontar dari peti suaranya.
Fikirannya melayang pada perbualannya dengan Nazim minggu lepas. Rupanya memang benar telahannya selama ini. Hani bukan anak kandung Nazim. Nazim dan Afifah tidak mempunyai anak walaupun sudah lebih 20 tahun berkahwin.
"Kalau Hani anak angkat, siapa orang tua kandung Hani?"
"Ayah fikir apa sampai berkerut dahi dan kening tu?"
Zainuddin menoleh pada Zenot yang sudah duduk di sebelahnya. Dengan rambut ditocang, T-Shirt dan seluar jeans biru membaluti tubuh Zenot, dia hanya mampu senyum.
"Zenot dah makan?" tanya Zainuddin sambil mengusap lembut kepala Zenot.
"Dah. Tadi keluar dengan Tini lepas habis kelas. Tini tu payah sikit nak ajak keluar makan kalau mood dia ke laut."
"Emm..cakap pasal Tini. Tini tahu ke kat mana kakak kembar dia sekarang?" soal Zainuddin semula.
Kening Zenot bertaut. Pertanyaan ayahnya terasa pelik. "Kakak kembar?"
Zainuddin mengangguk.
"Tini tak ada cakap apa-apa pun pasal dia ada kakak kembar?" Wajah Zenot berubah riak. Tercengang.
"Ya, Tini tu ada kakak kembar. Nama dia, Lina. Harlina. Tapi tak tahu hidup atau mati." balas Zainuddin.
"Saya tak faham. Kenapa pulak tak tahu hidup atau mati?"
"Harlina hilang sewaktu rumah orang tuanya terbakar lebih 10 tahun yang lalu. Hanya mayat orang tuanya saja yang ada. Sejak itu, Tini tinggal dengan pengasuhnya, Mak Minah." balas Zainuddin dengan suara perlahan. Album di atas meja ditatap semula.
Zenot hanya memerhati tingkah ayahnya yang seolah mengimbau kenangan dulu. Bermakna ayah tahu tentang keluarga Hartini. Ayah tahu tentang Kampung Belalang. Kenapa selama ini dia tak pernah tahu asal usul ayah?
"Jadi, ayah satu kampung dengan Tini?"
Zainuddin mengangguk perlahan tanpa sedikitpun mengalih matanya pada album di tangan.
"Maknanya, arwah atuk dan nenek pun asal Kampung Belalang?"
Sekali lagi Zainuddin mengangguk.
Zenot terdiam. Setahunya, atuk dan nenek sudah lama meninggal dunia. Itu yang ayah selalu cerita kepadanya bila ditanya kenapa tidak pernah balik kampung setiap kali hari raya. Hanya kampung sebelah arwah mak saja yang dia tahu. Itu pun jarang balik. Apa lagi setelah mak meninggal dunia, ayah seolah ingin melupakan keluarga sebelah mak.
"Macam mana Harlina boleh hilang?" Zenot teringat cerita Harlina.
Zainuddin menggeleng.
"Ayah syak, Hani tu mungkin ada kaitan dengan Tini. Hani hanya anak angkat Dato Nazim." ujar Zainuddin.
"Anak angkat?" Zenot pula tercengang.
Malam ini saja sudah dua berita pelik didengarnya. Hartini ada kakak kembar. Hani pula anak angkat Dato Nazim. Lepas tu Hani ada kaitan dengan Tini. Apa ni?
"Ayah rasa, Hani tu kakak kembar Tini. Cuma..ayah tak pasti, macam mana Harlina tu boleh hilang masa kebakaran tu dulu dan kalau benar Hani tu adalah Harlina, macam mana pulak budak tu boleh jadi anak angkat Nazim?" Zainuddin mula menyandar di kerusi sambil membelek album lama.
Zenot berkerut-kerut keningnya mendengar pengakuan dari mulut ayahnya. Jadi, selama ini ayah tahu semua itu. Hartini pula tak pernah ceritakan padanya dan untuk apa dia nak tahu pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
HARTINI membaca semula nota yang sempat ditulis di dalam kelas siang tadi. Beberapa contoh rekaannya yang telah siap dilukis disimpan semula dalam laci. Bulan depan peperiksaan akan bermula. Dia perlu buat yang terbaik untuk mendapat sponsor dari pihak tajaan. Dia mengukir senyum bila teringat rekaan fesyen gaun yang dipuji oleh pensyarah. Harapannya semoga satu hari nanti, dia dapat membuka sebuah kedai butik yang eksklusif yang menyajikan rekaan eksklusif darinya sendiri.
"Tini, Zenot mana?"
Hartini menoleh. Sharina tercegat di muka pintu biliknya yang ternganga luas. Dia kemudian menggeleng sebelum menyambung membaca nota semula. Malas dia hendak melayan Sharina yang perasan serba-serbi sempurna. Nadia berkawan baik dengan Sharina. Jadi, dia harus berhati-hati dengan Sharina.
Sharina tidak berpuas hati. Laju dia melangkah masuk dan berdiri di sebelah Hartini yang sedang ralit membaca nota.
"Weyh, kau tak ada mulut eh?" Soal Sharina sambil mencuit kasar bahu Hartini.
"Kau nak apa?" soal Hartini semula seraya mengangkat muka memandang Sharina yang sudah bereaksi geram. Nampak mukanya dah kemerahan. Apa kes minah??
"Zenot mana?" ulang Sharina.
Hartini mendengus kecil. Tak reti bahasa! Dia bingkas bangun dan merenung tajam Sharina yang juga sedang memandangnya tak berkelip.
"Kau nak apa dengan Zenot?"
"Pesan kat Zenot, jangan nak berlagak sangat dia tu anak Dato! Aku tak hairan!" Jawab Sharina dengan suara sedikit tinggi.
Hartini bingung. Tiba-tiba saja Sharina melenting dengan Zenot. Tentu ada perkara yang membuatkan Sharina marah macam tu. Apa yang Zenot dah buat pada minah ni?
"Itu hak dia la nak berlagak ke apa ke. Dah dia anak orang kaya. Kau?"
Sharina mengetap bibir, mata menjeling tajam.
"Ada orang bagi tahu aku, Zenot yang tendang kereta aku. Tak cukup tendang, dia langgar kereta aku. Dah tu, blah macam tu je! Hoi, jangan jadi pengecut la kalau nak jadi jantan!" Marah berapi Sharina kali ini.
"Wait, aku tak faham. Bila Zenot langgar kereta kau?" Hartini terkejut.
Tanpa jawapan, tangan Hartini ditarik kasar keluar dari bilik itu menuju ke tempat letak kereta. Hartini yang tak sempat memakai tudung terpaksa mengikut Sharina. Tiba di tempat letak kereta, tepatnya di tempat kereta Sharina, Hartini hanya berdiri melihat keadaan kereta Sharina yang sudah kemek di sebelah kiri.
"Mana kau tahu Zenot yang langgar? Siapa yang beritahu kau?" soal Hartini. Setahunya, Zenot tak pernah cuai memandu. Dia perhatikan petak kereta di mana Zenot selalu parkir keretanya di situ. Kereta Sharina pula diparkir di luar petak dan menghalang kereta lain.
"Nadia yang nampak! Boleh tak kau jangan nak membela sangat tomboi tu?"
"Eh, tomboi dia pun, dia tak macam kau." Hartini pertahankan Zenot.
"Lagi satu, kau percaya cakap Nadia?" Hartini ketawa.
"Aku lebih percayakan Nadia. Nadia tahu rahsia kau. Kau jadi makin cantik ni pun sebab jampi serapah kau tu! What a shame!" Sharina senyum sinis.
Hartini tajam memandang Sharina. Telinganya sudah lali dengan perkataan Jampi. Di kampung. Di kampus. Bosan!
Angin kuat tiba-tiba bertiup. Daun kering dan ranting kecil berterbangan tidak tentu arah seolah angin hanya berkisar di sekitar tempat itu saja. Hartini melihat Sharina yang menghadang daun dan ranting dari terkena mukanya dengan rambut mengerbang ditiup angin kuat. Dalam keadaan mata berpasir, dia melihat satu susuk tubuh berdiri tidak jauh dari tempat letak kereta. Hanya beberapa meter saja dari anak tangga blok apartment.
"Huh!" Hartini mendengus.
Sharina terpinga-pinga melihat reaksi Hartini yang merenung ke satu arah. Sepertinya ada sesuatu yang menarik matanya ke arah itu. Dia segera mengalihkan pandangannya ke arah itu. Seorang perempuan cantik berkebaya sedang tersenyum manis sambil memandang tepat kepadanya. Angin yang bertiup kuat tadi sudah mula reda.
"Si..siapa tu?" Sharina berdiri kaku.
Hartini pantas berpaling pada Sharina. Terperanjat mendengar pertanyaan Sharina. Dia boleh nampak? "Kau nampak apa?"
"Tu..perempuan tu.." jawab Sharina terketar-ketar. Dulu dia pernah mendengar dari senior tentang blok kediaman itu yang berhantu tetapi dia hanya membalasnya dengan ketawa mengekek. Padanya, itu semua cerita urban legend yang hanya untuk menakutkan pelajar baru. Sudah basi cerita-cerita sebegitu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hartini terdiam. Bermakna Sharina boleh melihat kewujudan perempuan itu. Dia mengalih pandang pada perempuan itu semula. Senyuman manis masih kekal di bibir merekah milik perempuan berkebaya itu. Rambut tersikat rapi dengan sekuntum bunga ros merah di selit pada rambut. Angin kuat yang bertiup tadi sedikitpun tidak mengusutkan rambut perempuan itu. Ah! Apa nak hairan? Perempuan itu bukan manusia pun!
Rambutnya yang kusut ditiup angin kuat tadi disempurnakan semula. Yang melekat di pipi, ditolak lembut dan diselit di belakang telinga. Matanya masih menghala pada perempuan itu yang masih tidak berganjak dari situ. Sesekali dia menjeling sekilas pada Sharina yang sudah pucat lesi. Dia tidak perlu berkomunikasi dengan perempuan itu di depan Sharina. Entah apa cerita yang akan dijaja oleh Sharina nanti kalau Sharina menyaksikan sendiri perbualan antara dua dunia itu.
"Sharina, jom naik atas. Dah nak hujan ni. Pasal kereta kau tu, aku bagi tahu Zenot bila dia balik. " Tangan Sharina disambar lalu ditarik menuju ke anak tangga.
Sebaik saja mendekati perempuan itu, telinga Hartini sempat menangkap dengan jelas kata-kata perempuan itu yang masih tersenyum berdiri di tepi tangga. Air liur ditelan payah. Dia tak tahu sama ada Sharina juga turut mendengar. Langkahnya semakin laju meninggalkan tempat itu. Sampai saja di di apartment, pintu ditutup rapat. Rakan serumah yang lain sudah lama berdengkur dan ada yang keluar berjimba.
Sharina duduk lemah di atas sofa di ruang tamu. Lemah longlai tubuhnya ketika ini. Hartini duduk di sebelah Sharina yang kelihatan termangu-mangu. Wajah pucat Sharina tidak berubah.
"Apa yang kau nampak tadi?" tanya Hartini inginkan kepastian.
Sharina menelan liur berkali-kali. Terasa seperti bermimpi. Perlahan dia menoleh pada Hartini. Wajah gadis itu langsung tidak menunjukkan ciri-ciri terkejut. Wajah bersahaja Hartini seolah tidak ada apa yang berlaku sebentar tadi.
"Jadi, kau pun nampak?" soal Sharina kembali. Luas matanya memandang Hartini.
Hartini hanya diam. Nampaknya Sharina tidak berpura-pura. Tidak berlakon. Dari riak wajah Sharina, ada ketakutan. Mungkin Sharina benar-benar nampak perempuan itu tadi.
"Kau..kau ada dengar apa-apa tak masa naik tangga tadi?" soal Hartini lagi.
Masih terngiang-ngiang lontaran suara gemersik dari mulut perempuan cantik itu tadi. 'Semua keturunan kau akan nampak aku.' Apa maksud perempuan itu? Keturunan? Kalau Sharina boleh nampak, bermakna Sharina juga ada kaitan dengannya. Siapa Sharina??
Sharina hanya diam. Pertanyaan Hartini agak pelik. Apa yang pasti, dia tak mendengar apa-apa. Mungkin deruan angin masih kuat walaupun sudah agak reda.
"Dengar apa?"
Hartini pula diam. Wajah pucat Sharina ditatap dalam dalam. Dia perlu cari jawapan. Kata-kata perempuan cantik tadi tidak boleh dianggap remeh. Perempuan itu selalu muncul di depannya dan tadi, Sharina pula dapat melihat.
"It's okay. Nothing. Aku nak masuk bilik." Hartini bingkas bangun tetapi dihalang oleh Sharina.
"Kau rasa tempat ni berhantu ke?"
Hartini hampir ingin ketawa tetapi cuba ditahan. Sharina yang dulunya tidak percaya benda-benda tahyul mula menunjukkan reaksi berbeza kali ini. Apa-pun, Sharina telah nampak perempuan itu tadi dan dia akan biarkan saja kata-kata Sharina yang mula percaya blok kediaman itu berhantu. Selagi dia belum rungkaikan apa yang sebenarnya berlaku, selagi itu dia akan biarkan saja. Tidak perlu penjelasan apa-apa.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak faham ni..sharina tu siapa ehhh |
|
|
|
|
|
|
|
ovina replied at 7-1-2018 04:21 AM
tak faham ni..sharina tu siapa ehhh
Awal2 dah agak, Harlina |
|
|
|
|
|
|
|
Whoa..makin interesting
Mokcun pulak teka, Hani adalah Harlina
Sebab Sharina tu sepupu Tini
Boleh gitu?
|
|
|
|
|
|
|
|
silap tu....
Sharina anak kepada kakak kasimah.
mak sedara kepada harlina dan hartini...
|
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan dah ada sambungan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 9-1-2018 12:12 AM
BAB 11
ZENOT hanya pandang saja Hartini yang sibuk mengelap meja. Nampak sangat berdedikasi gadis itu melakukan kerja. Mug berisi Mochaccino itu dihirup perlahan. Mata tak lepas dari memandang Hartini yang mengenakan apron cafe hitam bertulis' Soul n Coffee'. kata-kata ayah masih terngiang-ngiang di telinga malam tadi. Hari ini, dia sengaja singgah di cafe. Dia perlu dapatkan penjelasan daripada Hartini sendiri mengenai hal yang diceritakan oleh ayah.
Sementara menunggu Hartini selesai bekerja, dia melihat-lihat apa yang terhidang dalam instagram. Foto-foto yang dimuatnaik di instagram miliknya ditatap satu persatu. Salah seorang yang dia suka ikuti adalah instagram Jamie Oliver dan Anna Olson. Menu dan hidangan yang disajikan memang memberinya inspirasi. Sesekali dia menoleh pada Hartini sebelum dialih pada sekitar cafe. Matanya tertancap pada seorang lelaki di satu sudut sedang memerhati Hartini.
SELESAI membersihkan meja, Hartini kembali ke ruang dapur. Dia kemudian membawa pesanan makanan dan minuman ke meja pelanggan semula. Dia perasan, di satu sudut meja, duduk seorang lelaki dengan pakaian hud hampir menutup sebahagian dahinya asyik memerhati ke arahnya dari tadi. Wajah lelaki itu tidak jelas kerana rambut terjuntai pula menutupi sehingga ke kening. Bukan malam itu saja, setiap malam minggu sebelum ini pun, dia perasan lelaki itu menjadi pelanggan setia cafe itu sama seperti Hani. Nampak satu gelas Espresso bersama sepotong kek di atas meja. Faizal yang mengambil pesanan lelaki itu. Kalau dia yang mengambil pesanan tadi, sudah tentu dia akan mengambil peluang itu untuk melihat dengan lebih jelas wajah lelaki itu.
"Freak.."
Hartini kembali ke kaunter meja pesanan dan mengambil segelas Fizzy Lemon. Dia melihat sekilas nombor meja. Keningnya bertaut. Ah, pergi sajalah. Langkahnya diatur perlahan ke meja yang bernombor 7. Matanya tidak lekang dari memandang lelaki itu yang sudah tunduk sambil mengacau minuman dengan sudu kecil.
"Fizzy drink, encik." Gelas minuman diletakkan di atas meja.
"Thanks."
Hartini masih berdiri di depan meja lelaki itu sambil memeluk dulang. Lelaki itu semakin menundukkan wajahnya. Dari tadi dia ingin bertanya lelaki itu namun terasa kerongkongnya tersekat-sekat.
"Yes?" tanya lelaki itu tanpa mengangkat muka.
Hartini sedikit menggelabah. Nampaknya lelaki itu perasan yang dia masih tercangak di depan.
"Maaf encik, are you stalking me?" terluah juga pertanyaan dari mulut Hartini.
"Who said?"
"Saya tahu, obvious kot yang encik stalk saya tadi. Bukan hari ni je, sebelum ni pun." Entah dari mana Hartini mendapat kekuatan bersuara seperti itu.
Lelaki itu mengangkat sedikit mukanya dengan senyuman nipis. Dia kemudian menyuap pula kek. Tiada balasan apa-apa. Tangan kiri ligat di skrin telefon bimbit.
Hartini mengetap bibir. Lelaki itu nampak berpura-pura sibuk dan tidak mendengar pertanyaannya tadi. Wajah lelaki itu juga terselindung di sebalik rambut yang terjuntai sampai ke kening. Dengan jambang menghiasa kiri kanan pipi, memang sukar nak melihat dengan lebih jelas. Malas nak layan, mungkin sebenarnya dia merasa termalu sendiri, Hartini beredar dari meja lelaki itu dengan seribu satu rasa yang mahu dihumban ke lubuk paling dalam! Dulang diletak kasar ke atas meja Zenot. Punggung dihenyak di kerusi.
Zenot hanya senyum melihat gelagat Hartini. Pertama kali dia melihat muka merah Hartini. Merah disebabkan marah atau malu, mungkin sama banyak agaknya. Mahu saja dia ketawa berdekah.
"Who's that guy?" soal Zenot.
Hartini mengangkat bahu.
"Emm..dari tadi aku tengok dia pandang kau tak berkelip. Dia nak apa? Atau..dia dah terkena jampi?" Seloroh Zenot.
Pantas Hartini menoleh pada Zenot dengan renungan mata yang tajam. Pertama kali Zenot menyebut perkataan jampi dan rasa yang ada dalam hati sekarang ini, tak tahulah ianya sakit hati atau kelakar.
"You know what? He's been creeping 'round on me." Hartini berkata geram.
"Macam mana kau tahu?"
"Almost every week dia datang time macam ni. Dan apa dia buat, order kek indulgence, espresso dan mula tengok telefon sambil perhatikan aku. Aku tak buta la." balas Hartini. Matanya tajam melihat lelaki itu semula.
"Just forget that freaky guy. Aku ada hal yang lagi penting dari tu. Tini, betul ke kau ada kembar?"
Hartini yang memandang lelaki tadi mula berpaling pada Zenot. Keningnya bertaut. Lama wajah mulus Zenot ditatap.
"Mana kau tahu aku ada kembar?"
Zenot menarik nafas dalam-dalam dan dihembus perlahan. Nampaknya memang benar Hartini dilahirkan kembar. Dia mula bercerita apa yang telah diberitahu ayahnya malam tadi.
"Jadi..ayah kau asal kampung aku?" Tercengang Hartini kali ini.
"Yeap!"
"Sorry Tini. Aku tak tahu kisah sedih kau. Kat mana kembar kau sekarang ni?" Tona suara Zenot mula perlahan.
"It's okay. Aku tak rasa sedih sangat pun. Masa tu, aku kecik lagi. Tak tahu apa-apa tapi aku masih ingat aku meraung panggil mak ayah dan kakak aku." Hartini tunduk dengan wajah sugul. Seboleh mungkin dia mahu sembunyikan rasa sebak. Sudah lebih 10 tahun berlalu.
"Kau tak nak cari ke kakak kembar kau tu?"
Hartini hanya mampu melepaskan keluhan berat. Bukan dia tak nak tetapi dia sendiri tak ada klu untuk itu. Namun apa yang boleh membantunya sekarang ini adalah Sharina. Kata-kata perempuan berkebaya putih itu masih melekat kuat di mindanya. 'Semua keturunan kau akan nampak aku'.
"Tini, aku akan tolong kau cari kakak kembar kau. Aku pun sebenarnya dah lama teringin nak tahu kampung ayah aku. Jadi, aku ingat lepas exam nanti, aku nak ikut kau balik kampung, boleh?"
Hartini mengangguk dengan senyuman lebar.
"Oh ya, kau ada langgar kereta Sha eh?" Hartini baru teringat hal itu.
Zenot ketawa berdekah-dekah.
"Jadi, betullah kau langgar?" Hartini pandang Zenot yang sudah merah mukanya ketawa. Macam gelak setan!
"Padan muka dia. Siapa suruh park kat belakang kereta aku! Mendapatlah!"
Hartini menggeleng sambil turut sama ketawa.
"Anyway, aku tak nampak Sharina kat kampus. Dia pergi mana?"
"Entah, Nadia cakap, Sharina demam. Balik rumah la tu. Entah-entah dia dah tersampuk dek hantu urban legend kat blok kita tu." Zenot semakin kuat ketawa.
Kali ini Hartini senyap. Apakah Sharina demam kerana ternampak perempuan cantik itu malam semalam?
|
|
|
|
|
|
|
|
perempuan cantik... aka cik pon
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 9-1-2018 10:12 PM
KHATIJAH selimutkan tubuh Sharina yang sedang menggigil. Semalam lagi anak gadisnya mengadu tidak sedap badan. Pelik pula, inilah kali kedua Sharina demam sejak pertama kali kena demam ketika anaknya berusia 7 tahun dulu. Tuala good morning direndam dalam air perahan daun bunga raya dan diperah sebelum dilap dan dilekapkan pada dahi Sharina.
"Mama, kenapa dengan Sha?"
Khatijah berpaling melihat Sharizal berdiri di muka pintu bilik Sharina.
"Entah la. Dua hari lepas, mama tengok okey je. Semalam dia balik, tergesa-gesa masuk bilik. Pucat lesi muka." Sungut Khatijah sambil mengusap rambut Sharina.
Sharizal menapak mendekati Khatijah dan Sharina yang terbaring lemah. Berselimut lingkup sampai ke paras leher. Nampak tubuh adiknya menggigil seperti ternampak hantu.
"Pelik pulak. Sha dah kena sampuk ke apa?"
"Ish! Kamu ni! Boleh tak cakap tu berlapik sikit? Sampuk apanya?" Marah Khatijah.
"Yalah, saya dengar kat asrama Sha tu, ada kisah urban legend. Mana tahu, Sha terserempak hantu ke? Dia dah la lemah semangat. Masa kecik dulu, dia nampak nenek tua dalam bilik dia. Mahu tak demam seminggu."
Khatijah membuntang mendengar kata-kata Sharizal. "Nenek apa pulak ni?"
"Sha yang cerita kat saya masa tu. Dia siap tunjuk kat tepi katil dia, nenek tu dah bongkok tiga dengan rambut putih tersengih kat dia."
"Dah! Mengarut semua tu. Sha demam dulu sebab dia main hujan. Pandai-pandai je kamu nilah!" Khatijah menecebik.
Sharizal bingkas bangun dan keluar dari bilik adiknya. Dia capai kunci kereta dari atas meja sofa.
"Nak ke mana pulak ni?" tanya Hashim pada anak bujangnya.
"Nak keluar kejap papa. Jumpa kawan."
Sharizal terus ke tempat kereta. Dia perlu berjumpa Hartini atau Zenot. Mesti ada yang tak kena di kampus.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 9-1-2018 11:28 PM
KERETA diparkir di depan cafe Soul n Coffee. Sharizal menapak ke cafe sambil melihat sekitar. Hujung minggu begini, cafe itu penuh dengan pelanggan. Tak kira peringkat umur. Malah ada juga famili datang menikmati makan malam bersama. Kaki diatur ke sebuah meja kosong. Duduk saja, seorang pelayan datang ke mejanya dengan senyuman mesra mengambil pesanan.
"Err..jam berapa cafe ni tutup?" Sharizal baru perasan jam sudah menghampiri 11.30 malam.
"Malam minggu ni lambat sikit, encik."
Sharizal mengangguk-angguk. Dia mula membuat pesanan, satu set Churros caramel dan secawan Flat White. Dia mula melihat-lihat sekitar cafe setelah pelayan tadi beredar pergi. Nampaknya Zenot sedang duduk sambil menatap skrin telefon bimbit di satu meja lain. Matanya segera mencari kelibat Hartini, gadis tinggi lampai yang tidak kawal ayu. Senyuman mula melebar sebaik sahaja matanya tertancap pada Hartini yang sedang melayan seorang pelanggan di meja hujung. Namun, dia perasan seseorang sedang memerhatikan Hartini.
"Emm..stalker or secret admirer?" Tebak Sharizal, mata tak lepas memandang lelaki berhud itu yang ternyata tidak berganjak posisi tubuhnya mengadap pada Hartini.
Sharizal melemparkan senyuman nipis melihat pelayan sudah sampai di meja bersama makanan yang dipesan. Cafe yang dia paling suka dari segi servis selain daripada keenakan makanan.
"Terima kasih."
Aroma Flat White yang tidak mempunyai coffee itu cukup membangkitkan selera walaupun hanya gabungan susu cair dan kopi saja. Sambil menikmati Churros, Sharizal melempar pandang pada lelaki berhud tadi. Kelihatan lelaki itu perasan dirinya diperhatikan, dia terus bangun dan bergegas meninggalkan cafe.
"Siapa pulak mamat tu?"
"Abang Rizal, bila sampai?"
Sharizal terkejut dengan sapaan Zenot. Rupanya lama dia merenung pada lelaki itu yang sudah hilang di tempat parkir.
"Baru je. Duduklah." pelawan Sharizal.
"Lambat malam ni? Tak ajak awek ke?" Zenot sengih sambil menarik kerusi dan mula melabuhkan punggung.
"Abang mana ada awek. Muka macam abang ni, petik seribu kali pun, tak ada yang sudi.."
Zenot ketawa mengekek. Merendah diri betul. Namun dalam diam dia mengakui abang kepada Sharina ini memiliki wajah kacak. Sikap rendah diri lelaki itu begitu membuatnya semakin ingin mengenali tetapi dia sedar, Sharizal lebih berminat pada Hartini. Tambah lagi, dia tidak seperti perempuan lain yang ayu dan sopan.
"Zenot, abang nak tanya sikit. Betul ke kat asrama tu dah muncul hantu urban legend tu?"
Zenot berkerut kening. "Apsal tiba-tiba cerita lapuk tu timbul semula ni?"
"Sha, dia demam. Abang pasti, dia nampak benda. You know what I mean." Sharizal melihat riak Zenot yang cuba menahan ketawa. Ni yang dia malas nak bersembang hal-hal mistik.
"Nampak apa? Hantu nenek?" Seloroh Zenot.
Sharizal tergamam. "Jadi, Sha nampak nenek?"
"Just kidding!" ketawa Zenot semakin kuat. Sudah tak kawal keayuan seorang perempuan.
"Sha demam?"
Sharizal mendongak. Hartini sudah berdiri di sebelah kirinya dengan wajah mencerlung. Dia kemudian mengangguk perlahan. Nampak Zenot menarik tangan Hartini menyuruhnya join bersama di meja.
"Tini sihat?" soal Sharizal selesai Hartini melabuhkan punggungnya.
"Sha ada bagi tahu apa-apa tak?" tanpa balasan jawapan, soalan Sharizal dibalas dengan soalan lain.
"Kenapa?" Sharizal mula merasa sesuatu yang tidak kena.
"Nothing.." Hartini baru perasan tenungan Sharizal mengharapkan jawapan darinya. Dia melarikan anak mata ke arah lain.
"Maaf, saya yang salah. Saya yang langgar kereta Sha. Dah dia yang halang jalan." Zenot pula mencelah, ingatkan hal itu yang dimaksudkan oleh Hartini.
Sharizal mengalih mata pada Zenot. "Tak payah minta maaf. Sha yang salah. Dia tu selfish sikit. Pedulikan saja. Anyway, bukan tu yang abang nak tahu. Ada tak Sha nampak apa-apa? "
"Nampak apa?" Hartini menelan liur kelat. Matanya terpaku pada wajah kacak Sharizal.
"Like..I dont know..something.." Payah Sharizal menerangkan hal itu.
Hartini diam. Wajah kacak Sharizal dipandang lama. Sepertinya lelaki itu dapat rasa kehadiran makhluk Allah di dunia lain. Bulu romanya tiba-tiba meremang. Dia pandang sekitar cafe. Pelanggan lain sudah ramai yang pulang. Hanya tinggal satu pelanggan saja sedang menikmati kopi latte. Beberapa pekerja lain kelihatan sudah mula mengemas.
"Sha akan demam bila dia nampak hantu." Akhirnya terluah juga apa yang hendak dikatakan sebentar tadi.
"Hah? hantu??" Zenot terlopong. "Seriously??"
Sharizal mengangguk.
"Err..bang, boleh tak tunggu kejap. Saya kena tolong kemas. Lepas kerja ni, saya ada hal penting nak tanya." Hartini bingkas bangun. Dia perlu bereskan dulu kerjanya.
"Alah, tak payah." Zenot tarik semula tangan Hartini. Terduduk semula Hartini di kerusi.
"Tak apa. Just finish your work. Lepas ni, kita borak somewhere else. itupun, kalau Tini dan Zenot okey." Ujar Sharizal sambil menghabiskan minuman dan Churros.
Hartini senyum. Dia bangun semula dan menyambung kerja mengemas meninggalkan Zenot dan Sharizal di situ.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|