CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MAMS

Tular 'Anak Ikan' Dato Vida, Tapi Cik B Takkan Benarkan Mereka Bersama...

[Copy link]
Post time 18-10-2017 10:34 AM | Show all posts
fadz84 replied at 18-10-2017 09:19 AM
Budak ni grad dari u mna? Tp cara jawab reporter x mcm ada ilmu komunikasi pun...

kasi link chuols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2017 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fadz84 at 18-10-2017 11:18 AM
debab76 replied at 18-10-2017 10:34 AM
kasi link chuols


Link apa chuols? Kn ada jawapan dia pasal isu anak ikan tu kt pg 1.. yg dia jwb klu xde jodoh dia akan teruskan jd PA.. huhu... maksudnya ada hati ke tok Vida ke apa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 11:20 AM | Show all posts
hurm.. kurang setuju ngan komen2 kat ig cikB tu... kesian budak lagi diracun begitu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 11:38 AM | Show all posts
fadz84 replied at 18-10-2017 11:17 AM
Link apa chuols? Kn ada jawapan dia pasal isu anak ikan tu kt pg 1.. yg dia jwb klu xde jodoh di ...

Link interview heshe la
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 12:03 PM | Show all posts
Baik bagi mamat ni kat cik B
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts

Apa kata cikB?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2017 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by brainbiru at 18-10-2017 12:17 PM
debab76 replied at 18-10-2017 11:38 AM
Link interview heshe la


Ni intvw
GLAM Lelaki: Boleh anda ceritakan serba sedikit tentang diri anda? Nama penuh, umur, kerjaya, adik beradik, hobi dan apa saja yang menarik tentang diri anda.

AHMAD IQBAL: Pertama sekali, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada penulis GL kerana sudi menemubual saya. Baiklah, nama saya Ahmad Iqbal Zulkefli. Orang terdekat biasanya memanggil saya Iba. Anak jati Pasir Mas, Kelantan, dan lahir pada 12 September 1994. Saya berumur 23 tahun dan anak ketiga daripada lapan beradik. Ditanya berkenaan hobi, sejak kecil lagi saya suka apa saja berkaitan gajet, media dan teknologi. Selain itu, saya suka bermain dengan kucing dan kanak-kanak. Saya juga suka membaca. Dan ya, saya masih bujang.



GLAM Lelaki: Boleh anda kongsikan detik pertemuan dan bagaimana anda boleh bekerja di sisi Dato Seri Vida (DSV), dan apa pula deskripsi tugas anda?

AHMAD IQBAL: Karier saya bersama beliau bermula selepas saya memenangi pertandingan video kreatif yang DSV anjurkan. Sepanjang perkenalan itu, DSV banyak menguji saya tentang kejujuran, bakat, dan ketahanan emosi. Selepas itu saya dipanggil dan diberi kepercayaan untuk bekerja sebagai Pembantu Peribadi (P.A) DSV. Pada masa sama, jawatan kedua saya juga adalah sebagai Pegawai Media. Sejujurnya, amanah yang diberikan begitu mencabar kemampuan diri. Orang luar mungkin nampak macam seronok, hakikatnya setiap saat saya tidak boleh lalai. Bayangkan, umur saya baru saja 23 tahun. Tapi saya perlu berfikir 10 tahun kehadapan dan perlu bersedia. Apabila mesyuarat diadakan dengan orang-orang ternama lagi hebat, saya juga dituntut untuk memberikan idea-idea bernas dalam melancarkan perniagaan. Dan sebagai Pegawai Media, antara deskripsi tugasan saya adalah merakam video aktiviti harian kemudian diedit untuk dimuaturun ke akaun media sosial DSV. Beliau dah habiskan RM50 ribu untuk peralatan fotografi untuk kegunaan saya. Pada masa yang sama, jika ada isu berkaitan media, saya akan turut sarankan jawapan. Tapi jarang sekali buah fikiran itu lahir dari saya, sebab DSV kan “I am Me”.

GLAM Lelaki: Pernah tidak anda menyangka gambar anda bersama (DSV) tular dan sedikit sebanyak mempopularkan anda?

AHMAD IQBAL: Secara peribadinya tidak. Saya hanya menjalankan tugas dan amanah yang diberikan kepada DSV sebagai salah seorang ‘sidekick’ nya. Namun saya tidak boleh lari dari lensa kamera dan mata orang awam dan media memandangkan DSV sendiri seorang usahawan dan ikon yang popular dan berjaya. Ada juga yang mengecam dan sebagainya, nak tak nak saya anggap ini sebagai satu cabaran dalam skop kerja yang perlu saya lalui.

Tetapi adakalanya sedih juga. Ada sesetengah melabelkan saya ‘anak ikan’ dan skandal dengan tujuan mengikis harta dan kekayaan beliau sehinggakan ada yang menuduh saya mengambil kesempatan atas kebaikan DSV. Malah ada yang mencadang dan mendoakan kami agar mendirikan rumahtangga selepas melihat ‘keserasian’ kami berdua. Malah jika dilihat berdua di luar negara, ada menyangka kami sepasang suami isteri. Saya tidak nafikan kami berdua akrab kerana saling memahami, dan beliau adalah seorang yang senang untuk menerima apa sahaja nasihat dan pandangan sama ada dalam hal bisnes, mahupun hal peribadi seperti solat, pemakaian, kesihatan dan segalanya.

GLAM Lelaki: Boleh anda kongsikan pengalaman bekerja di samping DSV dan pandangan peribadi anda tentang dirinya yang tidak semua tahu.

AHMAD IQBAL:  Bekerjasama dengan Dato Seri Vida memberi peluang untuk saya terjun ke dalam dunia perniagaan dengan lebih luas dan mendalam. Ilmu yang telah dicurahkan adalah ilmu ‘mahal’ dalam dunia bisnes kerana saya juga berimpian untuk mempunyai bisnes sendiri suatu hari nanti.

Secara peribadinya saya amat selesa dengan DSV kerana beliau seorang yang sangat jujur dengan diri sendiri. Tidak mudah marah dan melatah. Beliau banyak menyimpan kesedihan demi melihat orang bahagia. Amat jelas ketika saya melakukan kesilapan, beliau akan tunjukkan kebaikan supaya saya mengikut sama. Bayangkan, pada tengah malam beliau menangis, bangkit mendirikan solat walau sepenat mana pun. Saya malu dengan beliau. Demi menghasilkan produk benar-benar berkualiti tinggi, beliau sanggup melaburkan duit yang banyak.

GLAM Lelaki: Anda juga dilihat sering kali tampil segak dan menjaga penampilan. Bagaimana bekerja di samping DSV mempengaruhi cara pemakaian dan pembawaan diri anda.

AHMAD IQBAL: Sejak bersama DSV, soal penampilan saya jadi lebih serius. Ada masa saya akan mendalami ‘interpersonal skill’ berkaitan adab dan etika, perlakuan, dan bahasa badan ketika berhadapan dengan orang lain. DSV juga turut memberi saranan kepada saya dalam menggayakan fesyen. Pada masa yang sama, saya bersyukur etika yang baik telah dididik sejak kecil di rumah. Malah, saya sendiri suka berketerampilan sederhana tapi nampak kemas dan bergaya. Tapi orang tidak tahu setiap apa yang saya pakai mesti ada sebab dan ‘jiwa’ tersendiri walaupun nampak biasa.

GLAM Lelaki: Boleh anda kongikan tip-tip fesyen yang sering kali anda amalkan yang boleh dijadikan panduan mereka di luar sana.

AHMAD IQBAL: Usah pakai berlebihan, cukuplah bersederhana. Warna sangat memainkan peranan. Ukuran baju dan seluar tidak boleh terlalu besar, tidak sesuai juga jika terlampau ketat. Cara sikat rambut, jenis jam yang dipakai, bau minyak wangi, kesemua ini melambangkan identiti diri. Lebih penting bagi saya, cara kita berjalan, cara senyum, intonasi suara, adab ketika makan, kesemua ini jika kita tahu, lebih senang untuk kita tampil bergaya.

Saya juga jarang membeli belah tetapi apabila mahu membeli sesuatu pakaian, saya akan pastikan item itu betul-betul berkualiti bagi impak kepuasan. Saya sanggup menahan keinginan demi memiliki barang yang betul-betul berkualiti berbanding menghabiskan wang untuk membeli yang kurang berkualiti; hanya dapat diguna hanya jangka masa yang pendek.

GLAM Lelaki: Di mana anda melihat diri anda dalam tempoh 10 tahun akan datang?

AHMAD IQBAL: Sudah tentu saya mahu jalankan bisnes dan ada syarikat sendiri. Setakat ini, saya berimpian untuk membuka butik pakaian. Saya juga simpan niat untuk jadi pengarah filem suatu hari nanti. Saya selalunya banyak berusaha secara diam-diam. Alhamdulillah, setakat ni boleh dikatakan 90 peratus harapan saya tercapai tepat pada waktu. Kepercayaan pada diri dan Allah amat teguh dalam mengatur perjalanan hidup.

GLAM Lelaki: Sekiranya anda ditawarkan untuk terjun dalam bidang seni, adakah anda akan sudi menimbangkannya?

AHMAD IQBAL: Ya, saya bersedia untuk terjun dalam bidang seni jika sudi dipertimbangkan. Saya tidak sukakan populariti, namun saya senang hati dikenali ramai sebab saya ingin memberi inspirasi serta membahagiakan masyarakat. Saya juga berminat untuk berkecimpung dalam dunia perfileman sebagai pengarah filem. Mungkin sebagai permulaan saya boleh memikirkan idea untuk membuat filem pendek bagi iklan komersial, insya Allah.

GLAM Lelaki: Kata-kata terakhir anda buat semua pengikut-pengikut anda.

AHMD IQBAL: Siapa pun saya sekarang di hari mendatang, saya tidak ingin dikagumi oleh sesiapa. Sebab lebih baik kita menjadi kawan. Jika ada salah, kalian boleh ingatkan. Jika saya lakukan kebaikan, kita boleh rasa bersama. Jangan tinggalkan saya di saat saya jatuh. Usah pula berasa jauh jika saya berada di atas. Kalau boleh, saya nak berbaik dengan semua orang. Sungguh, saya suka lihat orang lain berjaya. Ada apa-apa, kita jumpa di Instagram saya @ahmadiqbalzulkefli dan Facebook Ahmad Iqbal Zulkefli. Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 12:17 PM | Show all posts
brainbiru replied at 18-10-2017 12:16 PM
Ni intvw
GLAM Lelaki: Boleh anda ceritakan serba sedikit tentang diri anda? Nama penuh, umur, ker ...

choyy ingat video
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2017 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
debab76 replied at 18-10-2017 12:17 PM
choyy ingat video

Di choyyyy kan pulak???  
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
eeewww...sangat..why so gayah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku geli laa tengok heols nih...cam trying so hard
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi tawu je vida solat tgh mlm n nangis.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sant replied at 17-10-2017 03:31 AM
Tok bida ni tak pernah reveal sbb apa dia bercerai dgn jantan sebelum ni kan, but I read a comment k ...

Yg dia kawin ustaz sebelum tu ... Ustaz tu tak tahan katanya dgn lifestyle tokvida.. tak terkejar katenye .... Ni jiran ustaz tu bagitau i masa outstation kerja kelantan dulu...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
epis replied at 17-10-2017 04:10 AM
Saya tgk lak iras2 paihdiki

Haah mcm faizdiki..kikikii
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Homagaddddd...dunia akhir jaman sunggoh, kaum jantan muda belia tenaga masih byk, dgn berbekal paras rupa helok, yg terkinja penuh x malu tersua muka dgn penuh rela sudi memperisterikan janda kaya raya rupa x seberapa...anak sapa lah nih? Kalu anak aku sudah ku cantas kote nya...tak guna jadi jantan, kalu idup sekadar utk jadi stok penyedap ibu tunggal ketandusan kasih sayang
Ko pecat je lah budak ni vida, langsung x profesional, tau lah ko ambik dia tu sekadar utk jadi stok eye candy saja kannnn? Tapi nampak benar lah dia menjejes air liur dgn reta ko...lagi punnnnn tgk pada rupa x rasanya takde lah kategori #sedak_abe_sedakkk punnnn, buat bazir beras je ambik jadi tok laki lol
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
silampumeja replied at 18-10-2017 01:55 PM
Yg dia kawin ustaz sebelum tu ... Ustaz tu tak tahan katanya dgn lifestyle tokvida.. tak terkejar  ...

Satu lagi versi, sbb x ngam dgn bini tua ostad haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2017 04:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 04:39 PM | Show all posts
meols prefer aqasha yach! lg maskulin gitew!
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa Cik B lagi berakal dari vida gedik ni...
Lagi satu jate ni ensem ke?  Aku nmpk cm stok lgbt je...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
hzln replied at 18-10-2017 03:00 PM
Homagaddddd...dunia akhir jaman sunggoh, kaum jantan muda belia tenaga masih byk, dgn berbekal paras ...

Budak ni up sikit ja dr coach yin penyedap pondan tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.467940 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list