Tiada papan tanda lucah ditemukan
Siasatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati perniagaan shisha menggunakan nama berunsur alat sulit wanita yang viral di media sosial baru-baru ini tidak meletakkan papan tanda sedemikian.
Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff berkata, tindakan siasatan dibuat selepas pihaknya menerima aduan tentang istilah yang tidak sesuai dipamerkan oleh perniagaan di depan sebuah restoran itu. “Hasil temubual bersama pemilik, perniagaan shisha hanya dijalankan pada waktu malam sahaja dan tidak mempunyai kaitan dengan restoran itu. Bagaimanapun DBKL tidak pernah mengeluarkan lesen perniagaan shisha kepada khalayak umum. “Ini berlainan dengan rokok kerana penjualannya sah di sisi undang-undang dan termaktub dalam Akta Makanan 1983 berkaitan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ni kedai heshe kan.... yg DBKL siasat ni....
|