CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 19-3-2015 07:41 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-3-2015 07:46 AM
Zamzam2013 replied at 19-3-2015 06:56 AM
bila nak sampai garisan penamat yg sebenar @Ipo? mcm tak settle lagi kes depa semua ni...{:studyhard ...

ok zam...ipo sambung lagi..kali ni lompat katak ya..



SETAHUN berlalu,  Linda sedang serius berbincang dengan Dr. Izani. Sejak kak Hani dirawat di situ, dia seboleh mungkin menjaga dan menjenguk kak Hani memandangkan dia juga seorang doktor. Alhamdulillah, pihak pengurusan hospital tidak mengenakan tindakan disiplin padanya atas kesalahan menculik dulu. Terhutang budi dengan Kak Hani dan Muzafar. Malah dia juga sebenarnya menyesal kerana mengikut kata hati dan seharusnya dia bersyukur kerana arwah Malik sedia menarik balik dakwaan itu. Ya..arwah. Malik sudah menjadi arwah dek kerana sikap Kak Hani yang ternyata masih belum dapat terima kenyataan yang Malik sudah pun bernikah dengan Aylanins.

"Ayla..maafkan aku. Maafkan kakak aku.."Tanpa sedar, titis jernih mengalir lembut ke pipi.

"Dr. Linda.."

Linda mendongak. Dr. Izani sudah tersenyum di depannya.

"Jauh mengelamun?"

Linda baru tersedar. Rupanya dia mengelamun tadi. " Err...maaf doktor. Saya..cuma teringat kejadian dulu.."

"Tak apa..setiap manusia ada kisah sendiri. Ada yang manis, ada yang pahit malah ada yang tiada apa-apa yang hendak dibanggakan. Apa yang berlaku itu anggaplah sebagai secebis kisah hidup yang berliku. Anggaplah ianya satu ujian dari Nya. Allah tidak jadikan sesuatu itu sia-sia. Apa yang penting, kita bersyukur dan sentiasa redha. Jiwa akan bercelaru jika selalu menidakkan dan tidak dapat menerima kenyataan. Tiada yang lebih baik dari mengingati Allah kerana hanya dengan cara itu jiwa akan tenang. Pokok pangkalnya, kembali padaNya." Lembut Dr. Izani bersuara kali ini.

Linda mengangguk perlahan. Ya..berbual dengan doktor itu cukup membuat hati tenang, terasa damai dan layaklah Dr. Izani menjadi seorang yang pakar dalam menangani pesakit yang kecelaruan fikiran. Ya..jiwa yang serabut akan menjurus kepada kehidupan yang tidak tenang. Tidak seharusnya membiarkan hati membuncah.

"Jadi..kes Hani, saya pun tak sangka, dia tidak mengikuti saranan pemakanan ubat yang saya suruh tapi awak jangan bimbang, dia akan sembuh kerana jiwanya kuat melawan. Apa yang saya nampak, dia masih keliru." Tambah Dr. Izani lagi.

"Berapa lama kakak saya akan kembali seperti dulu doktor?"

"Ikut keadaan dan kesediaan pesakit menerima kenyataan. Selalunya jika hati redha dan bersyukur, perlahan rasa keliru dan kecewa itu akan hilang. Macam nilah..jangan sesekali biarkan dia tanpa berzikir kerana orang seperti pesakit ini akan mudah dihalusinasi suara yang menyuruhnya berbuat jahat. Awak faham maksud saya kan? Dalam erti kata lain, akan mudah dirasuk oleh syaitan. Jadi..dekatkan dia dengan Allah. Tawakkal padaNya. Dari pemerhatian saya, Hani sudah mula menunjukkan tanda positif. " Kata Dr. Izani lagi.

"Terima kasih doktor.." Linda mula minta diri.

Dia melangkah lemah ke wad yang menempatkan kak Hani. Dari pintu masuk lagi dia sudah nampak kakaknya sedang menekup muka ke lutut di atas katil. Dia tahu, kak Hani sudah menangis. Setiap kali menjenguk, begitulah keadaan kak Hani. Sayu dan hiba melihat semua itu. Sebak mendengar rintihan sayu kak Hani yang merayu ingin keluar dari situ. Perlahan kaki diatur mendekati katil.

"Kak..akak dah makan?" Rambut Kak Hani diusap lembut.

Hani mendongak. "Sampai hati Linda buat akak macam ni. Akak tak gila Linda. Kenapa harus akak masuk dalam ni? Akak lebih rela masuk penjara. Biarlah akak dihukum."

Linda diam.Dia tahu apa yang dikatakan oleh kak Hani tadi.  Semalam, kak Hani menangis dan sekejap pula ketawa. Padanya dia lebih rela melihat kakaknya dimasukkan ke wad itu daripada masuk penjara. Lama wajah cengkung kak Hani ditatap. Maaf kak...Linda tak akan benarkan akak keluar dari sini selagi akak belum sembuh sepenuhnya. Maafkan Linda juga kerana terpaksa suntik akak secara rahsia untuk buatkan akak berfikiran celaru.

Telefon bimbitnya berdering. Linda sekali lagi beri ubat pada kak Hani dan menyelimuti tubuh kakaknya yang sudah kelihatan penat dan mengantuk. Terpaksa dia melakukan itu semua. Panggilan tadi dijawab setelah dia keluar dari wad. Linda termangu di bangku di luar wad. Panggilan dari Muzafar tadi membuatnya merasa sebak. Muzafar sudah minta izin untuk menikahi kak Hani dan akad nikah akan dilakukan di hospital itu minggu depan. Ibu pula sudah bersetuju. Biarlah..mungkin dengan cara itu Muzafar boleh membahagiakan kak Hani. Dia pasrah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2015 08:29 AM | Show all posts
ALHAMDULILLAH, Kak Hani sudah selamat bernikah dengan Muzafar. Linda perasan air mata kak Hani tumpah saat Muzafar melafazkan akad di depan tok imam tadi. Dengan bersaksikan pesakit, juurawat dan doktor di situ bersama adik ibu yang menjadi wali nikah kak Hani, kak Hani sudah sah menjadi isteri Muzafar.

"Kak..tahniah.." Linda peluk erat tubuh kakaknya yang sudah cantik dihias dengan pakaian baju kurung yang ditempah dari butik. Dia mahu yang terbaik untuk satu-satunya kakak yang ada.

"Hani..mak gembira untuk Hani.." Puan Zawiah turut memeluk anak sulungnya. Air mata berlinang deras.

Hani hanya diam dengan titis jernih turut sama membasahi pipi. Dia sedar kini, jodohnya kuat dengan Muzafar. Tangan Muzafar dicium lembut. Naskhah al Quran dicapai. Mas kahwin di hari pernikahannya. Muzafar ingin memberinya rantai emas tetapi dia menolak, dan al Quran itu adalah permintaannya sendiri. Lalu dikucup lama naskah suci itu.

"Hani..tahniah. InsyaAllah..minggu depan, Hani dah boleh keluar dari sini. Ingat, makan ubat." Dr. Izani yang turut hadir di situ mengingatkan Hani tentang itu.

Muzafar menyeka air mata. Akhirnya, Hani menjadi miliknya dan Hani redha dengan semua itu.


SEBULAN berlalu, kehidupan baru Muzafar dan Hani yang semakin baik turut dirasai Linda dan ibunya. Bersyukur kerana kak Hani sudah menerima kenyataan. Nampak jelas di wajah Muzafar, wajah ceria dan berseri. Sejak dulu lelaki itu sabar menunggu Hani dan kini impiannya sudah menjadi kenyataan.

"Linda..kejap." Muzafar mula mengajak Linda ke halaman rumah setelah melihat Hani sibuk di dapur bersama ibu.

Linda bersama Muzafar mula menapak ke halaman rumah dan duduk di bangku di bawah pokok mangga. Linda masih menanti kata dari abang iparnya yang kelihatan agak serius.

"Linda..abang nak tahu, kak Hani dah sembuh betul ke? Ubat yang Linda suntik tu, tak ada kesan sampingan kan?" Muzafar mula risau. Bimbang juga jika ubat itu memberi kesan sampingan yang teruk pada Hani.

"Abang jangan bimbang. Saya tahu apa yang saya buat. Even Dr. Izani pun tak tahu. InsyaAllah, kak Hani dah sembuh. Abang lihat sendiri kan, kak Hani dah gembira dan dia dah lupa apa yang berlaku dulu. Malah dia dah tak ingat apa yang sudah terjadi." Senyum Linda melihat lagak Muzafar yang begitu risaukan kak Hani. Siapa yang tidak risau jika menikahi gadis yang pernah ada sejarah hitam seperti itu.

"Lega.." Muzafar meraup muka. Rancangannya bersama Linda dulu tidak ada sesiapa pun dapat menghidu. Hani dilepaskan dari hukuman penjara kerana didapati sudah terganggu fikiran dan diputuskan untuk dimasukkan di wad pesakit gila. Sepanjang tempoh berada di wad itulah, Linda menjalankan peranannya untuk membuat kak Hani kelihatan sdeperti orang gila.

Linda tunduk memandang rumput. Nafas dihela seketika. Rasa bersalah pada kak Hani sebenarnya tetapi dia perlu jalankan rancangannya itu dulu demi tidak mahu melihat kak Hani meringkuk dalam penjara. Ubat yang disuntik ke tubuh kak Hani sudah cukup membuatkan kak Hani didiagnos sebagai pesakit skizofrenia. Masih terngiang di telinganya, penerangan Dr. Izani yang menjelaskan keadaan kak Hani. Penyakit yang melibatkan kecelaruan jiwa. Jiwa yang retak. Dan kini, dia lega kerana kak Hani sudah semakin pulih dan seboleh mungkin dia tidak mahu kak Hani mengingati semula kisah silamnya. Pesan Dr. Izani supaya mendekatkan diri kepada Allah adalah satu nasihat yang baik. Malah Dr. Izani memberinya beberapa potong ayat Quran untuk diamalkan, Surah Az-Zuma, Surah Al Baqarah, Surah Al Hajj, yang mana ayat-ayat tertentu dari surah itu dibaca sebanyak tiga kali dan diamalkan setiap hari dengan penuh keyakinan diri dan jangan berputus asa dan berdoa serta bertawakkal padaNya.

"Ya..alhamdulillah. Jangan berputus asa dari rahmat Allah.." Jawab Linda, kali ini dia mendongak dan nafas ditarik dan dihembus perlahan.

"Ya...jangan putus asa dari rahmat Allah.." Ulang Muzafar.

"Abang...boleh saya tahu..siapa sebenarnya mawar hitam?" Linda merenung tepat ke wajah abang iparnya yang sudah tunduk dari tadi.

Pantas Muzafar mendongak. " Entah...Linda agak?"

Linda diam sejenak. Dia cuba mencari riak Muzafar, cuba mencari jawapan dari seraut wajah itu. Tiada apa-apa yang mencurigakan.

"Betul ke Linda yang tikam Fendi?"Giliran Muzafar pula bertanya.

"Ya...masih terbayang-bayang wajah perogol tu..tapi sekarang ni saya dah sedar, balas dendam bukan jalan penyelesaiannya. Rasa dendam adalah sebenarnya rasa yang dihasut oleh syaitan." Linda mengeluh.

"Hmm..memang betul tapi abang lega kerana lelaki yang merogol kak Hani dulu sudah terima balasan masing-masing. Lega.." Muzafar senyum. Saat ini terbayang pertemuannya dengan Esmiranda. Perempuan yang sanggup melakukan apa saja demi sesuap nasi kerana sudah dibuang keluarga.  Dia tahu Esmiranda terdesak ketika itu dan dengan senang hati, Esmiranda sedia menolongnya melunaskan rasa sakit hati pada Joe, Rizal dan Ben. Kedatangan Esmiranda dulu adalah semata-mata untuk mengambil pisau belati yang disembunyikan di sebuah rumah yang jauh dari bandar Kuala Lumpur. Dia tahu pihak polis masih mencari senjata yang digunakan dalam kes pembunuhan itu. Esmiranda pun sudah kembali ke US.

Linda makin merenung anak mata Muzafar. Dia keliru dengan kata-kata Muzafar. Apakah...????


Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 08:31 AM | Show all posts
thanks @Ipo... hani jadi lagi gila sbb Linda... haishh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2015 08:56 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-3-2015 08:58 AM

"Saya tak faham..apa maksud abang?" Linda mula bertanya.

Muzafar menoleh ke kiri. Linda sudah berkerut keningnya. Ya..dia tahu Linda sudah keliru dengan kata-katanya tadi. Biarlah ianya menjadi rahsianya sendiri. Apa yang penting, Hani selamat dari tuduhan semua itu. Biarlah Linda juga tidak tahu tentang itu. Upah yang diberikan pada Esmiranda cukup lumayan dan dia tidak sangka juga yang Esmiranda adalah kawan Nayla. Dia juga tahu selama ini Nayla yang memberi perlindungan pada Esmiranda sehinggalah Ryan ditembak. Begitu bijak Esmiranda menjalankan kerjanya sehingga tidak sedikitpun Nayla mengesyaki yang dalam masa yang sama juga Esmiranda merealisasikan impiannya untuk membalas dendam pada Joe, Rizal dan Ben. Itu rahsia antara dia dan Esmiranda yang akan tetap kekal sebagai rahsia.

"Walau siapa pun mawar hitam, abang lega kerana lelaki yang pernah merosakkan kak Hani dulu sudah terima balasannya. " Jawab Muzafar, dia tahu Linda masih keliru dengan jawapannya.

Linda tunduk semula.


HANI yang sudah siap mengemas dan memasak  di dapur mula masuk ke bilik, niatnya ingin mengajak suaminya makan tengahari bersama. Dia melangkah ke bilik. Muzafar tiada di situ. Matanya tertancap pada nota kaki yang terselit di dalam sebuah buku nota kecil di atas meja di sebelah katil. Meja itu dihampiri. Perlahan nota kaki itu ditarik. Dia tergamam. Terdiam. Rasanya nota kaki itu pernah dilihatnya dulu.

'Kau akan mati Joe!'
'Rizal, kau mangsa seterusnya!'
'Ben, aku dah beri amaran!!'

Pantas juga dia menyelak helaian dari buku nota itu. Buku nota Muzafar yang bertulis tangan dan tulisan pada nota kaki itu adalah sama!

"Ya Allah..." Terduduk Hani di atas lantai. Terasa lemah seluruh anggota. Kini dia tahu siapa sebenarnya mawar hitam. Air mata merembes keluar. Nasi sudah menjadi bubur. Muzafar sudah pun menjadi suaminya yang sah. Nota kaki itu diletakkan semula di situ. Dia menapak keluar dari bilik itu seolah tiada apa yang pelik berlaku. Dia sudah penat dengan semua itu. Dia pun sudah bahagia dengan Muzafar yang ternyata begitu sayangkannya. Dia harus lupakan semuanya! Biar berkubur!
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Wehhhh... nk lompat katak kijang dinosor pon.. bg abih dulu la kisah arisha tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2015 09:10 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 19-3-2015 09:03 AM
Wehhhh... nk lompat katak kijang dinosor pon.. bg abih dulu la kisah arisha tu..

awat nya?..biarlah tergantung..
biar suspen Arisha sakit apa..

apa jadi pada Arisha..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-3-2015 09:11 AM | Show all posts
nanti berjela bab akhir ni...

karang aku sambung bab lain...tak ada sudahnya citer ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2015 09:13 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-3-2015 09:23 AM

Ok..sambung lagi sebelum menyibukkan diri...ok2...ni bab seterusnya..

BAB 51 (AKHIR)....ini betul-betul...bukan cubaan....


AYLANINS tersenyum bangga sebaik menjejakkan kaki di tanah air sendiri. Tiga tahun mengabdikan diri menelaah pelajaran di negara orang. Selama tiga tahun itulah dia bertungkus lumus belajar dan alhamdulillah, dia lulus dengan baik walau tidak cemerlang. Dengan segulung ijazah itu dia akan gunakan untuk merealisasikan impiannya untuk menjadi seorang pensyarah. Sebelum bertolak balik ke Malaysia lagi, dia sudah memohon di talian jawatan pensyarah di sebuah universiti. Hanya menunggu jawapan saja lagi.

Langkahnya diatur kemas menuju ke balai ketibaan. Senyuman semakin lebar. Dari jauh lagi dia melihat wajah ceria ibu dan maklong sedang menunggunya di situ. Terus saja dia melambai ke arah mereka sambil mempercepatkan langkahnya. Troli ditolak laju. Tidak sabar memeluk ibu yang sudah tiga tahun ditinggalkan. Rindu! Sepanjang tiga tahun itu, hanya sekali dia pulang ke Malaysia.Yalah..hendak jimat belanja. Pengajiannya di sana pun menggunakan wang simpanannya saja semasa bekerja sebagai polis dulu dan ada sedikit yang dihulur oleh maklong. Wang yang dihulur Puan Hartini ditolak dengan baik kerana baginya biarlah wang itu digunakan untuk resort. Itu yang arwah Malik inginkan dulu. Besarkan resort.

"Mak!!" Pantas saja tubuh ibunya dipeluk erat.

"Alhamdulillah..Ayla selamat sampai.." Puan Wahida menyeka air mata gembira.

Aylanins peluk pula maklong dan bersama mereka menuju ke kereta pulang ke rumah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2015 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila la ko punya lompat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2015 09:19 AM | Show all posts

hahahah...aku suka tengok ko meroyan...

kalau nak citer detail...lambat lagi citer ni habis kekdahnya..
mahunya sampai bab 55...

jadi terima jelah apa yang ada..

klau tak faham..buat2 faham..
aku dah tak leh nak selit kat mana dah ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2015 09:21 AM | Show all posts

nanti aku citer apa jadi pada Arisha...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sempat ana dahlia veranak lagi sekali nak tunggu mawar hitam tutup fail
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 10:14 AM | Show all posts
Hai, main lompat2 gak?

Ni akhir kali ke berapa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2015 10:36 AM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 19-3-2015 10:14 AM
Hai, main lompat2 gak?

Ni akhir kali ke berapa?

tula ....kalau ikutkan..

tamat di sini saja...
dah terjawab siapa mawar hitam kannnnnnnnnn...

plot yg lain..biar je la tergantung gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 10:40 AM | Show all posts
Ipo replied at 19-3-2015 10:36 AM
tula ....kalau ikutkan..

tamat di sini saja...

nak buat sequel la tuuu...

iols salute idea ipo dalam menulis cerita2 misteri, siasatan... sekarang ni iols sedang mengkaji mcm mana sesuatu problem timbul dan diselesaikan.
Fuhh.... otak cheq tepu. Pinjam otak hang sat


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2015 10:50 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-3-2015 08:34 PM
ladyFinger12 replied at 19-3-2015 10:40 AM
nak buat sequel la tuuu...

iols salute idea ipo dalam menulis cerita2 misteri, siasatan... s ...

ipo pun tulis ikut otak jek..
mana yang tak logik dek akal tu ignore je la
ipo tahu..ramai yang tak suka citer tak logik cenggini..
apa lagi ada makhluk jadian bagai..
awalnya nak buat citer fantasi dengan makhluk jadian tu je,
..alih2 dah masuk plak mawar hitam..

tak apalah..ipo tak kisah pun sebenarnya..
terpulang pada pembaca..kan?
buat muka selamba badak je la...dah minat menulis..walau citer ke laut
saja nak buang masa kat BOD ni..esok2 bila dah tak ada di dunia ni..ada la kenangan terindah di sini..
ah...dah panjang lebor la plak..
anyway, karya lady lagi canggih..dah kuar drama dah pun  TAHNIAH!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2015 10:51 AM | Show all posts
SUDAH seminggu Aylanins berada di tanah air. Fail dan borang diperiksa untuk ke sekian kalinya. Hari ini dia perlu mendaftar di UM sebagai pensyarah di Fakulti Ekonomi. Semalam, dia sudah terima surat tawaran dari univerisiti itu untuk mendaftar hari ini. Tersenyum lebar bibir Aylanins dengan berita itu. Selepas bersarapan bersama ibu dan Maklong yang masih tinggal di rumahnya, dia segera ke kereta. Mulai hari ini dia akan mulakan hidup baru. Ibu juga sudah tersenyum gembira dengan kerjaya barunya ini. Tidak seperti dulu, ibu selalu membebel padanya. Tak sesuailah, tak manislah, bahayalah..
Kereta dipandu menuju ke lebuhraya persekutuan sebelum membelok ke arah 'flyover' menuju ke arah jalan universiti. Ah..rasa gembira yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata sebaik kaki melangkah ke Fakulti itu. Dia berjumpa dengan Dekan falkuti. Esok pula, dia akan pulang ke Terengganu menziarahi pusara arwah suaminya. Sebelum dia mula bertugas di UM, dia akan menghabiskan masa di sana.  Usai melaporkan diri, Aylanins menuju pula ke sebuah psaut beli belah. Dia ingin membeli sepasang baju untuk ibu dan maklong. Memang dari Holand lagi dia sudah beli cenderahati tetapi dia merasakan perlu dia menghargai pengorbanan ibu dan maklong yang bersusah payah membantunya menghulurkan wang di kala kesempitan di Holand dulu. Kereta dipandu menuju ke MidValley.

Tiba di MidValley, Aylanins mula mencari-cari butik di situ. Hampir dua jam dia pusing-pusing di pusat beli belah itu. Baju untuk ibu dan maklong pun sudah dibeli, apa lagi perutnya juga sudah mula minta diisi. Langkah Aylanins semakin laju menuju ke medan selera.  Dia mula membeli makanan dan mencari meja kosong. Hmm...nampak begitu menyelerakan nasi kerabu daging panggang. Aylanins meneguk seketika teh panas sebelum menjamah nasi. Nasi kerabu itu digaul rata. Tidak sabar hendak merasa.

"Subhanallah..sedapnya.." Beria Aylanins mengunyah nasi kerabu kuning itu. Dulu dia pernah merasa nasi kerabu kuning di Kelantan semasa dia diarahkan berkursus selama seminggu di sana. Masih terasa lagi keenakan nasi kerabu itu. Begitu berselera dia makan hidangan makan tengahari itu. Sempat juga tadi dia membeli wafel bersalut coklat. Rasa pedas nasi kerabu itu akan dihilangkan dengan wafel coklat pula.

"Maaf cik..ada orang suruh hantar ni.."

Terkejut Aylanins memandang seorang pekerja pemungut pinggan di medan selera itu memberinya sekeping kertas yang berlipat. "Err...apa ni?"

"Ada orang suruh beri pada cik.."

Belum sempat Aylanins bertanya lanjut, lelaki itu sudah berlalu pergi. Perlahan dia buka lipatan kertas tadi. Hampir tercekik wafel yang dikunyah sebaik dia membaca apa yang tertulis atas kertas itu. Cepat-cepat dia minum teh panas. Melepuh pula lidahnya kali ini.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 10:53 AM | Show all posts
Conan ler tu yang hantar surat.

Gataaalllll! Anak keluar kembor tiga pun ada hati lagi nak usha bekas awek.


Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 11:46 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 19-3-2015 10:53 AM
Conan ler tu yang hantar surat.

Gataaalllll! Anak keluar kembor tiga pun ada hati lagi nak usha b ...

jeles lettewww...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 11:53 AM | Show all posts










Chup!
Aku dah kawen belum dengan Dr. Harlina?



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.153502 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list