|
Edited by ladyFinger12 at 25-11-2015 11:10 AM
kat dlm ni ikut manuskrip baru lah ye?
ingat uolss maintain dgn qi
tp ye lah... jenuh lak 2x kerja. edit lain utk edisi khas porum cari
pss... sunan x beli lagi... ingat nak save bajet dulu sbb dah berlambak beli last month. Sat gi pi, anak2 slow je tarik buku kat rak! |
|
|
|
|
|
|
|
Tunai janji?
UPSR 5A ler tuh....
|
|
|
|
|
|
|
|
ok laaaa.. yang ni pon boley laaaaa...
|
|
|
|
|
|
|
|
komen aiols... No komenggg
|
|
|
|
|
|
|
|
psst.... sape tu? cer citer....
mode kepoci
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni tak mau?
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku mmg tak bayangkan konan itu spesis manusia pon
|
|
|
|
|
|
|
|
Niki...Niki...
Dah baca ek sunan nan sakti?...ikutkn tu sambungan Sunan-Nanggroe Sang Kembara... (sya ada yg ni tp lom baca lagi...syg nak baca...huhu...tunggu complete dulu...)
|
|
|
|
|
|
|
|
Konan?
Errkkk...
.
.
.
.
.
.
.
Adakah dia sehensem Legolas? Kalau ya... nah munge...
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 49
Ishan dipacu selaku mungkin. Sesekali, Syakilla berpaling kebelakang, mahu memastikan tiada yang dapat mengekori jejak. Mujur dia sempat melepaskan diri. Dua orang yang menyerang mereka telah berjaya dicederakan. Mati? Syakilla tidak pasti. Anak panah yang dilepaskan tepat mngenai dada dan perut. Jika tidak mati sekalipun, pastinya cedera parah.
Aku hanya mahu mempertahankan diri! Aku tidak berniat untuk membunuh sesiapa! Ayat itu berulang-ulang dalam benak. Mahu meredakan tegang dan rungsing dalam diri namun galau tetap tidak surut. Masakan tidak? Mereka diserang hendap. Pengawal yang mengiringi perjalanan mereka menemui ajal begitu saja. Ramzar tidak terkecuali. Perkara terakhir yang Syakilla lihat adalah tusukan pedang ke perut Ramzar sebelum lelaki itu rebah.
“Arania.” Nama itu terbit di bibir. Hati dipalu risau. Apa nasib Puteri itu? Berjayakah dia melepaskan diri?
Terasa perutnya kecut memulas-mulas. Risau dan rungsing menjadi-jadi.
Desa Atari sudah tidak jauh dihadapannya. Hanya tempat ini yang dapat dia fikirkan. Terus dia menuju ke rumah Pak Hatim. Berselisih juga dengan beberapa penduduk desa. Tidak diendahkan sedikit pun pada mereka yang melihat dia dengan pelik dan penuh tanda tanya. Berkali-kali juga dia berpaling ke belakang. Bimbang andai dirinya dapat dijejaki oleh penyerang-penyerang tak bernama itu.
Isyarat diberi agar Ishan berhenti berlari. Rumah Pak Hatim tersergam dihadapan. Segera Syakilla melompat turun. Berlari laju menaiki tangga. Pintu rumah diketuk bertalu-talu. Tiada mukadimah salam yang diberi. Nama Teja dilaung berkali-kali sehinggalah pintu terbuka.
“Syakilla.” Pada mulanya, Teja tersenyum. Tapi senyuman itu pudar perlahan-lahan apabila melihat keadaan Syakilla. Wajahnya pucat dan badannya ketar menggigil. Syakilla di tarik masuk ke dalam rumah. Di ruang tamu, Syakilla terjelepuk jatuh. Nafasnya turun naik.
“Apa yang telah terjadi padamu, Syakilla?” Teja turut duduk disebelah Syakilla. Tiada jawapan yang diterima. Teja meraih tangan Syakilla dan digenggam, cuba menenangkan gadis itu yang masih belum surut gigilnya.
“Bukankah kau sepatutnya ke Kota Samara?”
“Kami…ka…mi… dalam perja…la…nan ke Kota Sa…mara.” Suara Syakilla bergetar. “Tapi…kami...telah di...serang.”
Bulat mata Teja mendengar jawapan itu.
“Oleh siapa?”
Syakilla menggeleng. Sungguh dia sendiri tidak tahu siapa yang menyerang. Perjalanan mereka sepatutnya menjadi rahsia. Namun, jelas sekali ada yang bermulut tempayan. Tapi siapa? Dan mengapa?
“Bagaimana dengan Arania?”
Syakilla memandang wajah Teja. Serentak dengan itu, air matanya terhambur.
“Aku... tak tahu...” Syakilla teresak-esak. Sudah tidak mampu untuk dia membendung perasaan. Teja mati kata. Masih belum dapat dihadam akan kata-kata Syakilla sebentar tadi.
Di luar, kedengaran dua suara saling berbicara.
“Ishan ada di sini.”
Telinga Syakilla menangkap ayat itu. Segera, dia bangkit dan bersiaga dengan panah dan busur, terus dihala ke pintu. Teja tergamam dengan tindakan Syakilla.
Dariz menerjah masuk. Lega melihat Syakilla namun terkejut apabila menyedari akan anak panah dituju kepadanya. Dengan pantas, dia memberi isyarat kepada Pak Hatim agar tidak masuk ke dalam rumah.
“Syakilla. Bertenanglah.” Dariz kekal berdiri di pintu, tidak bergerak. Syakilla diamati dari atas ke bawah. Gadis itu kelihatan tidak tentu arah.
“Syakilla, ini aku...Dariz. Letakkan panahmu.” Pujuk Dariz. Matanya tidak lepas memandang gadis itu.
“Syakilla. Ini Dariz.”
“Da...Dariz.” Syakilla bersuara lemah. Panah dan busur terlepas dari tangan. Air matanya terhambur lagi.
Dariz segera mendekati Syakilla. Gadis itu terketar-ketar. Dia memandang sekilas pada Teja yang masih kaku di sisi.
“Dariz. Arania…aku tak…”
“Tenanglah.” Dariz berusaha memujuk. Tidak tenteram melihat Syakilla dalam keadaan begitu. Tanpa sedar, dia memaut bahu Syakilla yang terhinggut-hinggut lalu dirapatkan ke dadanya. Niatnya cuma satu, mahu menenangkan gadis itu.
Pak Hatim melangkah masuk. Memerhatikan Dariz, Syakilla dan Teja. Rambutnya digosok-gosok. Garis kebimbangan terbit pada wajah.
“Di mana ibu, Teja?” Pak Hatim menyoal
“Ke kebun sebentar, memungut sayuran.”
Pak Hatim mengangguk perlahan.
“Apa yang berlaku, ayah? Tadi Syakilla mengatakan, dia diserang...” Teja tidak menghabiskan ayat. Dariz dan Pak Hatim saling berpandangan.
“Kami mendengar berita yang di bawa dari kota.” Pak Hatim menarik nafas seketika.
“Khabar angin tentang Puteri Arania...”
Syakilla melepaskan pelukan Dariz. Matanya tertancap pada Pak Hatim, mahukan berita lanjut.
“Ceritanya, Puteri itu telah mati dibunuh.”
“Arania...” Tangisan Syakilla menjadi-jadi.
“Dan pembunuh itu...adalah...” Pak Hatim menggeleng, sepertinya tidak sanggup mengatakannya.
“Siapa ayah?” Teja menyoal.
“Pembunuh itu adalah Syakilla...”
Mata Syakilla membulat. Mulutnya ternganga. Dia terundur ke belakang sehingga badan menyentuh dinding. Nafas kini tercungap-cungap. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengari. Tidak mampu untuk mengungkap walau sepotong ayat.
“Tidak! Tak mungkin Syakilla yang bunuh Arania.” Teja bersuara. Syakilla segera dihampiri lalu gadis itu dipeluk.
“Tak mungkin kau yang bunuh.” Teja mengulang kata. “Tak...mungkin.” Air matanya turut mengalir turun.
“Kau dituduh membunuh kerana mahu membalas dendam atas kematian bapamu, angkara dibunuh Zulkhan pada waktu dulu.” Ujar Dariz.
Syakilla bungkam.
“Kami yakin, kau tak bersalah, Syakilla. Namun, buat sementara ini, kau perlu bersembunyi...demi keselamatan dirimu.” Dariz menyambung kata.
Syakilla yang terbejat fikirannya dengan perkhabaran itu, terus membisu. |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum aku masuk dalam lost world jurassic park, baik aku tanya ko..
fokus citer ni ialah dunia QI atau dunia Arania?
aku tengok byk fokus kat dunia arania..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|