Perasaan adalah sesuatu yang sangat abstrak. Satu hari kau suka, hari lain kau mungkin benci. Itu normal. Itu Manusia. Kita tak dapat lari dari kenyataan bahawa perasaan itu berubah, mengikut rentak yang kita mainkan. Tapi semua itu dipupuk. Pernah fikir tak logik yang kita pernah, sedang dan akan suka pada seseorang yang kita tak kenal? Total strangers. Sebab itu aku cakap perasaan itu dipupuk. Dan ia akan sentiasa berubah mengikut masa. Masa akan menentukan segalanya. Masa juga yang akan menentukan kau dan dia dapat bersama. Walaupun sekejap.
Tapi apa perasaan kau bila kau terlalu mengharap. Dan kau rasa kau diberi harapan untuk mengharap.
Hope is for losers -Ez-. Mungkin betul, mungkin tidak. Harapan itu tak pernah konkrit, ianya abstrak. Bila kau pernah, sedang atau perlukan harapan, kau dah letakkan diri kau dalam bahaya. Kau dalam dilema untuk bangun atau jatuh tanpa kau sedari.
Pada yang menaruh harapan, cukup-cukuplah Terima kenyataan. Duduk dalam fasa kelabu sangat membosankan. Buang masa. Buang tenaga. Buang air mata. Jangan jadik pungguk rindukan bulan. Bulan takkan jatuh ke riba. Berharap la dekat orang yang mengharap. Tak salah kau mengharap, tapi jangan sampai harapan kau buat kau pening kepala. Sebab akhirnya, kau mampu jadi gila. Semua tu, kau yang tentukan. Kalau dah dapat warna hitam atau putih, cepat-cepat move on. Jangan teriak nak duduk dalam fasa kelabu jugak. Kalau tak, sampai mati kau macam tu. Tak ada perubahan.
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu
aikkk... adakah zack betul2 nak bawak diri ke UK pulok?
sampai sana nampak pulak kate dok cantik bersanding ngan pakwe die..
memey forever alone lah gini.. dushhhhh
....terharunya...best bangat citer ko niki...syahdu ati nih...
P/S terasa kerdil diri ini...selain cik lady...ko ler antara penulis yg best giler....karekter ko sebgi penulis kisah cinta sgt real...manakala cik lady kish islamiknya pon superb....korg ler sumber inspirasiku... citer korg dekat dihati.......