puteri_malam posted on 8-9-2012 12:53 PM
iya awak..
walau sesibuk mana pun
awak tetap kena rehat
cepat masa berlalu
kesibukan harian melupakan segala
awak disana
dan kita disini
memasing ada tugasan
tentang kehidupan kita
yang seperti tiada akhirnya ....
awak
tiada kata yang terucap
bila kita tatapi
bait2 kata yang terlakar di gambar itu
hanya ada satu persoalan
tentang semua itu
kita tidak dapat meneka
apa yg orang lain fikirkan......
iDputera posted on 15-9-2012 01:26 AM
cepat masa berlalu
kesibukan harian melupakan segala
awak disana
iya..benar kata awak
kesibukan kita seumpama tiada akhirnya
tapi hari ni saya sempat siap ini (see image attached)
sebagai salah satu cara meleraikan kelelahan....
ketotmerah posted on 14-9-2012 08:56 AM
sedihnya kita mendengar
awak, kita kini lebih bahagia
awak
apa yang awak hendak sedihkan
kita lagi sedih taw
bila nanti kita kehilangan awak
dan
tentu awak tidak punya masa lagi
utk meninggalkan jejak disini.......
iDputera posted on 15-9-2012 01:34 AM
hey awakk..
macam tahu2 jer kita nk kuih raya
baiknya awak
awak...
simpanlah kuih tu utk sarapan esok
dah lewat malam tak elok mkn manis2
awak minum jer la air masak putih buat sementara
tunggu esok pagi baru saya sediakan kopi....hehehe
iDputera posted on 18-9-2012 02:15 AM
awak
tentu awk skrg ini
lena diulit mimpi
salam awak...
iya...saat awak berbicara disini
saya sudah lena diulit mimpi
kepenatan disiang hari
berperang dengan 7 permata hati
yang sesekali berkumpul di sini....
adat orang menumpang kasih
kesempatan yang datang
harus dimenafaatkan sesempurnanya....
cmf_sweetLove posted on 18-9-2012 10:22 AM
selamat pagi awak
sedang menyiapkan diri ke
jaga2..jgn sampai mimpi di siang hari...
slmt petang awak..
awak juga kita tahu
sedang mempersiapkan diri
ttg apa yg nak dimasak petang ni
dan seperti lazimnya
kita juga sedang bersiap2
untuk bersama owl yang lain....
iDputera posted on 18-9-2012 04:47 PM
kita berbicara
dalam kelibat bayang yang tak kelihatan
namun cukup mengerti
terima kasih awak memahami
maklum saja, disini hanya kata2 yang mampu meluahkan segala rasa
kata2 disini juga mudah disalah mengertikan
tapi tak mengapa, asalkan tidak ku ditohmah dan keji...
puteri_malam posted on 18-9-2012 05:43 PM
terima kasih awak memahami
maklum saja, disini hanya kata2 yang mampu meluahkan segala rasa
kata ...
awak
kita lama sudah mengerti
tentang semua ini
hubungan awak dan awak2
antara kita
tapi
dekat tak selalu dekat
jauh juga tak selamanya jauh
hanya ingatan dan kepedulian
mendekatkan yang jauh
menjadi dekat.....
iDputera posted on 19-9-2012 03:26 AM
awak
kita lama sudah mengerti
tentang semua ini
awak...
bila persahabatan lahir dr hati
dan dimulakan dgn suci hati
tanpa ada rasa iri dan dengki
maka mudah utk kita saling mengerti
tak bermakna kita harus selalu dekat dimata
baru hati teringat-ingat
walau bertahun tak bersua
ingatan tak mungkinkan terlerai
malahan kadangnya terasa seakan kehilangan
bila awak lama tenggelam bersama
kesibukan kehidupan....