|
Teratak Borak dan Persinggahan BOD BAKAT & RUANGAN PENULIS VER 6
[Copy link]
|
|
baru beli novel forumer ischae : nurul laila suria..
kt forum tajuknya TIGA... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1361# mijot
patut ler cam penah bace part memula tu...ooooo...aku dah selamat katam dah buku ni.....best......kisah 3 sahabat baik terpisah selepas spm & akhirnya terjumpa selepas sekian lama dan masa berjumpa tu..masing masing tengah cuba mendapatkan kebahagian hidup.
|
|
|
|
|
|
|
|
up, up. the way. Sunyi je. Mana semua pergi? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1364# norim
itula skrg bod ni makin sunyi |
|
|
|
|
|
|
|
pesta buku negeri sembilan
19-24 julai 2011
jusco seremban 2
**ubat luka sbb tak dapat pergi ke PBS...leh borong kt PBNS pulak...hoyeh rabu ni nak turun |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
WR makin sunyi sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1354# midar
awakkkkkkkkkkk..............
yang lain2 tue maap yea
off topics sat
harap mod takderlah potong tachang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1369# midar
ingatler.....tau...utk posa kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1370# ciksurie
mekacih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1371# midar
HAPPY BIRTHDAY, SWEET MIDAR ......
semoga diberkati Allah swt, dan berbahagia selalu, dan dikurniakan kesihatan yang baik, serta dilimpahkan rezeki yang baik dan banyak ! Ameen.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada yg terlepas membaca....
Bukan cinta 'buta'Font: [ BB B M S ]
•Khas •Sastera •2011-07-18 08:40 •Click: 20 •Disediakan oleh Berita Harian
TEMA cinta menjadi pilihan novelis negara ini lantaran majoriti pembaca adalah di kalangan remaja, selain ia turut menjadi pilihan sesetengah orang dewasa dan ditambah pula karya sedemikian mendapat sambutan hangat sehingga berpeluang masuk dalam senarai laris di pasaran.
Kebenaran perkara ini dapat dilihat melalui kebanjiran pengunjung di sudut novel cinta baik di kedai buku, mahupun pada pesta buku yang berlangsung sehingga sudut motivasi dan inspirasi dan budaya akan melihat dengan ‘iri’ kemeriahan rakan seperjuangan mereka. Menyedari kepentingan novel genre terbabit kepada remaja, Pelangi Novel Sdn Bhd memanfaatkan situasi itu sehingga beberapa penulis mereka memenangi Hadiah Penghargaan Peraduan Mengarang Novel Remaja MBBY (Malaysian Boards on Books for Young People) – Pelangi. Beberapa novelis syarikat itu yang ditemui pada Sesi Temu Mesra dan Autograf sempena Pesta Buku Selangor 2011 di Pusat Konvensyen Shah Alam, baru-baru ini, iaitu Rahimah Muda, Enchelah dan Nuroll Shazlinda Hairul, begitu optimis dengan sumbangan karya mereka kepada remaja.
Johan Sayembara Novel Sejarah Johor Kali ke-3, Rahimah Muda yang novelnya, Ery itu Bulan, memanfaatkan sains angkasa biologi meskipun mengisahkan percintaan tiga segi yang penuh ranjau di antara Ery Andika, Nomi Emira dan Leeqa.
“Novel ini hanya menyelitkan sedikit unsur percintaan, menggunakan pendekatan sains angkasa biologi dalam penceritaan, namun diolah dengan bahasa ringan agar pembaca mudah memahami jalan cerita.
“Natijah ini novel ini bukanlah kisah cinta semata-mata, sebaliknya sarat dengan nilai murni, selain mengetengahkan kekuatan jiwa dan kekuatan jati diri agar dijadikan teladan oleh remaja yang membacanya,” katanya yang juga cergas sebagai penulis skrip teater dan filem.
Enchelah atau Enche Abdullah Abdul Kadir tampil dengan Lembayung Cinta yang mengangkat unsur mistik melalui katil warisan sebuah keluarga sambil merungkai misteri kemalangan yang menimpa Adam, anak tuan punya katil, Mariam.
“Berbeza dengan novel lain di pasaran, Lembayung Cinta mengetengahkan konflik keluarga ibu tunggal yang berdepan cabaran dalam mendidik anak remajanya sambil diselitkan daya imaginasi sebagai percubaan memberi kelainan kepada novel ini.
“Novel ini turut mengetengahkan istilah dan loghat Kelantan, selari dengan misi utama saya yang ingin mengangkat budaya Melayu dalam karya,” katanya yang pernah dinobatkan sebagai Pemantun Terbaik Minggu Sastera 1993.
Nuroll Shazlinda Hairul pula tampil dengan karya bercorak inspirasi dan motivasi khusus buat remaja lewat Hijrah Carl yang mengisahkan liku kehidupan seorang remaja, Carl,yang terpesong dari landasan seorang Muslim kerana terikut dengan cara hidup Barat lantaran dibesarkan di London.
“Novel ini padat dengan mesej berguna untuk golongan remaja kerana memaparkan nilai persahabatan, pengorbanan dan inspirasi. Carl, watak utama dalam novel ini mengharungi pelbagai ranjau dan bangkit kembali hasil sokongan padu rakan,” katanya.
Nuroll Shazlinda berharap novelnya yang memaparkan nilai positif lewat watak utama yang pada mulanya tersasar daripada nilai Islam dapat memberi inspirasi kepada pembaca agar tidak mudah putus asa dalam melakukan sesuatu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1372# detox
mekacih akak...
imran sihat?
letak la pic baru imran... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1373# cmf_blingblings
aku setuju dgn artikel tersebut...
sekarang ni banyak sangat novel2 baru yg keluar bagai cendawan tumbuh selepas hujan...
setiap penerbit berlumba-lumba menerbitkan buku tanpa memikirkan pengisian, manakala penulis pula menulis sbb hobi, ramai pembaca novel dsb...
kebanyakkan tema cinta tanpa unsur2 pengajaran...
~ pendapat aku ~ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1375# mijot
Betul mijot klu baca novel yg x ada pengisian langsung ni....
mcm makan lauk kegemaran yg tidak cukup perencah .
Dah lama stop membaca novel...so baru2 ni ada peluang membaca semula....
ada 2 or 3 buah novel yg menepati citarasa...pewwwww teringat berhari-hari
jln cerita lepas tu blh ulang baca lagi sedangkan byk lagi novel menunggu
giliran untuk dibaca. |
|
|
|
|
|
|
|
tu la pasal...
skrg ni dah jarang beli novel..
dok mengulang apa yg ada kat rak jer skrg ni...
tak pun gi pinjam kt library... |
|
|
|
|
|
|
|
Happy Belated Birthday Midar, semoga panjang umur, murah rezeki & sentiasa happy
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1376# qimi08
apa tajuk buku2 yg best tu? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|