|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
orang baru nak mai... hehhehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-5-2015 07:44 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 11-5-2015 10:48 PM
"I hate you !"
Tiga perkataan itu cukup membuat Zack terhiris pilu. Sakit dirasakan jauh ke dasar hati. Hanya kerana menegur pelakuan isterinya, Jie tergamak melempar kata kata berbisa itu.
Walau tindakan Jie agak keterlaluan namun demi cinta pada isteri, Zack rela menelan segala. Setia memujuk sedari tadi.
"I told you already.. I hate you... I benci you ! Pergilah.." Tubuh Zack ditolak supaya jauh dari sisi.
Kesalahan yang dilakukan Zack tidaklah sebesar mana namun Jie rimas. Semak dan serabut. Teguran Zack tadi membuat darah Jie membuak. Lantas hati panas membara. Benci menatap wajah Zack.
"Please baby, kita balik.. I minta maaf kalau I sakitkan hati you.." Zack tak putus asa memujuk. Jie yang sememangnya degil bertambah keras kepala. Pusing Zack dibuatnya.
"I tak nak !" Jie tetap berkeras. Gaya keanak anakannya terserlah. Masih tidak mempedulikan Zack.
"Kalau macam itu you tinggal lah dekat sini ! I balik dulu.." Zack bengang. Jenuh memujuk dari tadi. Jie memang kepala batu !
Melangkah meninggalkan isterinya sendirian. Lebih kepada menduga Jie. Mengharap agar Jie akan menurut langkahnya.
Malangnya, Jie langsung tidak mengendahkan Zack. Berjalan menuju ke arah teksi dan terus lesap dari pandangan mata. Zack tergamam mencari bayang isterinya.
Cuba menghubungi Jie sayang talian dimatikan. Menyesal kerana meninggalkan Jie bersendirian. Pantas langkah diatur ke kereta. Ingin menjejaki isterinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-5-2015 01:23 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 12-5-2015 01:27 AM
Zack panik. Jie masih tidak ditemui walau sudah puas mencari. Malah Viana juga mengatakan Jie belum pulang ke hotel. Fikiran buntu. Tak tahu ke mana Jie menyembunyi diri.
Mana you pergi ini baby.. Separuh nanar Zack memikir. Bimbang Jie lari terus dari sisi. Takut kehilangan wanita yang dicintai.
Belum pernah Jie merajuk seteruk ini sepanjang mereka hidup berdua.
Maznah dan Dato' Hanafi juga buntu untuk menemukan Jie. Telefon bimbit anak bongsu mereka gagal dihubungi. Zack makin resah.
Andai Zack tahu Jie bakal bertindak senekad ini pasti Zack akan membiarkan saja tindak tanduk Jie. Tak perlu mencampuri urusan Jie dan Ku Iz. Menyesal.
Satu pesanan ringkas masuk dari Khalid. Jie baru menghubungi Viana mengatakan dirinya selamat. Meminta jangan ada sesiapa mencari.
Zack terus mendail nombor telefon abangnya. Perlukan teman untuk bercerita. Fikiran tak tentu arah mengenang isterinya.
Dato' Hanafi gusar. Makan malam yang dihantar ke bilik tidak berjamah. Minda memikir keberadaan Jie. Danny dan Daryl asyik menanyakan perihal Mommy dan Daddy mereka. Pelbagai alasan terpaksa direka. Mujur si kembar tidak banyak kerenah. Leka bermain PS Vita ditemani Viana dan Khalisha.
Zack masih lagi tak pulang ke hotel. Sehari suntuk mencari isterinya. Simpati melihat menantunya yang seperti hilang arah walhal belum 24 jam Jie menghilang. Mundar mandir memandu sekitar Port Dickson mencari dari tadi.
Dato' Hanafi sendiri hairan dengan tingkah laku Jie kali ini. Masih gemar melarikan diri walau sudah memiliki anak. Sangat kebudak budakan ! Hati kecil memprotes tindakan anak bongsunya.
Maznah mencuba menghubungi telefon bimbit Jie. Peti pesanan suara yang menjawab. Pantas mesej ditinggalkan. Mengharap Jie menghubungi semula.
Viana sedari tadi hanya memerhati Mommy dan Daddy yang kegelisahan. Memikir Jie barangkali. Risau jua dengan keselamatan Jie yang bersendirian diluar sana.
Khalid hanya mampu mendengar luahan Zack. Kasihan melihat adik bongsunya. Dari dulu lagi cuma Jie yang mampu membuat Zack tidak menentu. Kusut dan serabut. Makan minum diabaikan.
"You rilekslah , Zack.. Nanti Jie dah cool down dia baliklah.." Khalid masak dengan perangai Jie yang suka 'melarikan' diri. Persis sewaktu Jie masih bergelar isteri Rayyan dulu. Jenuhlah Rayyan terpaksa mencari. Memujuk rayu. Masih tak berubah nampaknya perangai Jie walau sudah bergelar Mommy.
Kini, giliran Zack pula untuk berdepan dengan kerenah Jie yang satu ini. Khalid cuma mendoakan Jie akan lembut hati dan kembali ke pangkuan Zack.
"Entahlah Karl... I pun pening." Nampaknya percutian mereka yang sepatutnya menggembirakan bertukar huru hara. Kalau semalam Jie diculik Shahrul, tetapi hari ini Jie sendiri yang menghilangkan diri. Zack buntu.
"You dah check transaction credit card Jie? Manalah tahu boleh trace location dia guna recent transaction.." Memandangkan Zack pakar dalam bidang pengkomputeran pada pandangan Khalid tak susah untuk Zack menggodam maklumat transaksi perbankan Jie.
"Najiha tak guna credit card atau debit card langsung hari ini. Then I check internet banking for saving account, Najiha performed last withdrawal semalam." Sama ada Jie tak mahu dijejaki atau tiada keperluan untuk isterinya menggunakan kad bank, Zack sendiri tak pasti.
"Wait.." Khalid baru teringat sesuatu. "Setahu I Vee ada supp card under nama Daddy. Mungkin Jie tak nak you trace, then dia guna supp card under nama Daddy?" Kalau tak silap Khalid, Dato' Hanafi memang menyediakan kad kredit tambahan untuk kemudahan kedua anaknya sejak dulu.
Mata Zack bersinar. Satu idea terbit. Segera mencapai telefon untuk meminta pertolongan Daddy. Manalah tahu ramalan Khalid mengena. Mudah untuk mengesan lokasi isterinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
sweet jugak kan...kalu merajuk main lari2... |
|
|
|
|
|
|
|
Bersendirian. Ingin bersenang lenang. Merehatkan otak yang penat memikirkan hati dan perasaan orang sekeliling. Cukuplah Jie menghadap kebencian dan kesalahan yang dilakukan manusia lain terhadap diri. Sudah muak berdepan semua ini. Dan, Zack menjadi mangsa tempat Jie melampias kemarahan.
Telefon bimbitnya dicapai. Butang on ditekan. Selepas beberapa ketika telefon berbunyi menandakan mesej masuk bertubi tubi. Kebanyakannya datang dari Zack. Merayu supaya Jie membalas SMS nya dan menghubungi semula.
Jie malas melayan. Biar padan muka suaminya. Tak tahu kenapa Jie marah sangat dengan Zack.
Segera telefon bimbit dimatikan. Takut Zack boleh mengesan lokasi Jie. Kalau Zack masih sayangkannya, Jie yakin Zack pasti akan mencari sampai berjumpa. Sengaja mahu menduga kesabaran sang suami.
Jie sendiri tak pasti kenapa diri bertindak begini. Simpati terbit pada Zack. Pasti Zack sedang risau menjejaki dirinya sekarang. Hati berbolak balik. Jie mengambil keputusan untuk tidur sahaja.
Pantas tubuh dibaring ke atas tilam empuk. Kantuk mula dirasakan. Pelahan lahan mata terpejam dan Jie hanyut dibuai mimpi.
Pencarian Zack hampa. Jie masih gagal dijejaki. Daddy cuba membantu sayang tidak berhasil. Tak terkira banyaknya SMS dan panggilan yang dibuat kepada nombor telefon bimbit Jie. Namun tiada satupun berbalas.
Zack makin resah. Risaukan Jie yang sedang bersendirian entah dimana. Danny dan Daryl sibuk bertanyakan Mommy mereka. Lidah Zack kelu untuk menjawab.
Baby baliklah...I rindukan you sangat sangat...
Sekali lagi pesanan ringkas dihantar. Zack berharap Jie sudi membalas. Masih tiada jawapan.
Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Mata sukar lelap. Sepanjang masa hanya bayangan isterinya bermain difikiran.
Tak boleh jadi ini ! Bisik hati. Telefon bimbit dibelek. Tiada jawapan balas dari Jie. Merajuk betul Jie kali ini.
Zack bingkas bangun mencapai kunci kereta. Diri seperti sasau tanpa kehadiran Jie disisi.
Langkah diatur keluar. Walau tak pasti ke mana hala harus dituju, Zack nekad. Takkan sesekali pulang selagi tidak bertemu isterinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 15-5-2015 09:08 PM
Jie terjaga lantaran perut terasa lapar. Jarang sekali merasa kebuluran begini. Cuba bertahan memandangkan jam baru menunjukkan pukul 3.30 pagi. Terpaksa menghidupkan telefon bimbitnya untuk mencari maklumat lokasi kedai serbaneka 24 jam yang berdekatan. Jumpa ! Satu masalah baru pula menimpa. Tiada kenderaan.
Baru teringat Jie menaiki teksi ke sini kerana terbaca promosi di internet. Idea spontan untuk mendaftar menginap.
Sehelai sepinggang namun sempat juga Jie membeli beberapa barangan peribadi dan menyambar baju di pusat membeli belah tadi.
Aplikasi 'myteksi' dibuka. Mencari jika ada teksi yang sudi mengambil penumpang waktu begini.
Malangnya hampa belaka. Pencarian Jie gagal. Tiada pemandu dikesan berdekatan hotel yang didudukinya. Mencuba lagi. Hasil tetap sama. Jie berputus asa. Telefon dicampak atas katil.
Menuju ke bilik air. Ingin membasuh muka sebentar. Perut berkeroncong kuat.
Tekak inginkan roti coklat Sweetie. Entah kenapa terbayang diruang mata kesedapan roti yang berintikan coklat. Teringin.
Itulah perkara utama yang membuat Jie bersemangat untuk keluar dipagi buta ini. Mungkin Jie akan meminta pertolongan 'front desk' bertanyakan kalau ada perkhidmatan kereta disediakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-5-2015 08:32 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria replied at 13-5-2015 04:29 PM
Pah gitu cter ni..
Tak faham den.. apa tu? |
|
|
|
|
|
|
|
N3 pls TT...xsabar menunggu apa yg terjadi pd jie |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-5-2015 04:30 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 18-5-2015 02:09 AM
Zack yakin inilah lokasi yang dikenalpasti tempat Jie melarikan diri. Khalid benar apabila mengatakan Jie menggunakan kad kredit Daddy kerana terdapat satu transaksi dicaj atas nama Grand Lexis.
Baru perasan kewujudan urus niaga itu setelah Daddy menyemak semula urusan niaga hari ini melalui perbankan internet.
Dato' Hanafi juga seperti Zack yang takkan senang hati selagi Jie tidak ditemui. Yakin Jie menginap disini.
Pantas Zack menghala ke bahagian penyambut tetamu. Ingin mencuba nasib mendapatkan maklumat jika benar Jie menetap di hotel ini. Malangnya data pelanggan adalah sulit dan rahsia.
Walau puas Zack merayu namun petugas kaunter tetap enggan bekerjasama. Zack tiada pilihan lain. Duduk menanti di lobi hotel. Untung nasib dapat bertemu isterinya.
Zack cuba mendail nombor telefon Jie. Berusaha tanpa jemu. Kedengaran bunyi nada dering yang tak asing lagi.
Spontan Zack meliar pandangan mengamati arah bunyi deringan.
Kelihatan Jie sedang berjalan menuju ke arah penyambut tetamu. Gembira bukan kepalang.
Langkah pantas diatur menghampiri Jie yang sedang bertanyakan sesuatu pada gadis yang berada dikaunter.
"Baby !" Zack terus saja meraih tubuh Jie dalam pelukan. "Please don't leave me anymore !" Pandangan mata sekeliling tidak diendahkan. Sungguh diri jadi angau tanpa Jie.
Jie tak menduga kemunculan Zack. Menarik muka masam. Menjeling sekilas. Menyampah.
"You yang nak tinggalkan I siang tadi.. You cakap you nak balik dulu.. Buat apa you susahkan diri cari I pula sekarang?" Ketidakpuasan hati diluah.
"You kan dah tak sayang I lagi.. You back up sepupu kesayangan you daripada I." Emosi menguasai fikiran. Merajuk dengan Zack. Pelukan suaminya dileraikan.
Zack tercengang mendengar. Tak sangka Jie salah faham dengan kata kata yang terluah siang tadi.
"I cakap saja I nak tinggalkan you. Sebab you degil sangat ! I ajak balik you tak nak. I tak pergi mana pun, I ada tak jauh daripada you , I perhatikan you tiba tiba you hilang ! Macam nak gila I cari you tau.. Please baby ! Promise me, you takkan buat macam ini lagi.." Jari jemari Jie dicapai. Tiada jawapan balas dari isterinya. Zack masih tak putus asa memujuk.
"I sayangkan you lebih dari nyawa I sendiri.. I cintakan you, baby! I minta maaf kalau I sakitkan hati you.. I takkan masuk campur hal you dengan Iz lagi.. Promise !" Tangan diangkat gaya berikrar melafazkan janji.
"Fine ! You buat lagi, I takkan maafkan you !" Jie sengaja mengugut.
"Anything for you my love.." Zack menarik nafas lega. "Ikut I balik baby. " Mata isterinya direnung, mengharap Jie bersetuju.
Malangnya Jie masih berdegil. "Tak nak ! I nak stay sini. You baliklah dulu." Sengaja mahu menguji kesabaran Zack.
"Kalau macam itu I teman you." Spontan satu idea nakal terbit. Zack ingin menyakat.
" You ni makin seksi pulak I tengok bila lepas merajuk.. I rasa macam nak..." Berbisik halus ditelinga Jie.
Zack memang gemar mengusik. Suka melihat wajah isterinya bertukar kemerahan. Malu barangkali.
"You ni kan..." Jie faham benar dengan perangai suaminya. Sempat lagi otak memikir hal yang tak sepatutnya ditempat umum.
"I laparlah Bie.. I teringin nak roti coklat." Sebelum Zack merapu, Jie segera menukar topik. Perut berkeroncong dari tadi.
"Kesian Baby I lapar." Zack mengusap rambut isterinya. "Kita cari dekat 7-eleven lah. " Tangan isterinya dicapai lalu mereka berjalan berpimpin tangan.
Jie tak sabar untuk mendapatkan makanan yang dihajati. Bayangan roti coklat bermain difikiran. Kecur liur dibuatnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 17-5-2015 12:57 AM
Hampa jelas ternampak diraut wajah Jie. Zack belas melihat keadaan isterinya yang tampak kecewa apabila roti coklat Sweetie yang diidami tiada. Mahu ke kedai lain agak mustahil kerana masih terlalu awal. Baru pukul 4.30 pagi. Mana mungkin ada kedai runcit buka diwaktu begini.
"Yang ini you tak nak ke?" Roti berintikan coklat atau Squiggle ditunjuk ke arah Jie. "You makan ini dululah Baby." Bahu Jie diusap lembut.
"Hari dah siang, I carikan roti coklat yang you nak." Walau hairan dengan perubahan selera Jie seboleh mungkin Zack cuba memenuhi kehendak isteri tercinta.
"I tak nak ! I nak yang jenama Sweetie." Air mata mengalir dipipi. Zack seperti tidak memahami keinginannya.
Zack terkesima melihat titisan jernih yang mengalir dipipi Jie. Jarang melihat Jie menangis kerana hal remeh temeh sebegini.
"Ok Baby ! Kita pergi cari tempat lain. You kata lapar tadi, ada benda lain you nak makan ? At least untuk lapik perut?" Prihatin dengan keadaan isterinya yang mengadu kelaparan dari tadi.
Jie hanya menggelengkan kepala. Mata sayu berkaca. Zack mengesat lembut.
"Please Baby.. Tak mahu sedih.. Kita cari sampai jumpa ok." Zack menarik tangan isterinya menuju ke pintu untuk keluar. Jie hanya menurut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 18-5-2015 02:11 AM
Mujur, akhirnya bertemu roti yang diinginkan Jie di stor 7-eleven yang ketiga mereka masuki setelah jenuh Zack mencari disekitar Seremban. Walau agak kepenatan namun melihat wajah sang isteri yang kegembiraan hati jadi senang. Puas jua dapat memenuhi kehendak Jie.
Hampir pukul 5.30 pagi. Mata Zack masih lagi segar. Jie dilihat ralit mengunyah. Usai menghabiskan dua keping roti, selebihnya disimpan dalam plastik dan diletakkan atas meja. Pergi ke sinki mencuci tangan.
Setelah mengelap tangan yang basah dengan tisu, Jie mendapatkan Zack yang sedang duduk dibirai katil. Kepala dilentok manja ke bahu suaminya.
"Thanks Bie sebab susah payah untuk I !" Jie mencium pipi Zack, tanda terima kasih.
Zack tersenyum. " For you I will do anything, Baby !" Bibir merah delima itu dicium.
Zack merangkul erat tubuh isterinya. Merenung satu satunya wajah yang berjaya menakluki hati. Bertahun hidup bersama, cinta Zack semakin mendalam terhadap Jie. Tak pernah jemu hatta sedetikpun.
Jie membalas mesra. Merelakan saja setiap pelakuan suaminya.
Kebahagiaan menyelinap disanubari Zack. Bertuah memiliki isteri sejelita dan sebaik Jie.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-5-2015 07:37 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 18-5-2015 07:29 PM
Zulkarnain merenung Zeeta yang beriya menyuapkan bubur buatnya. Terharu melihat kesungguhan wanita itu menebus dosa yang dilakukan. Andai takdir menentukan jodoh mereka masih ada, Zulkarnain berikrar untuk belajar mencintai Zeeta setulus hati.
Hampir 5 tahun hidup bersama, selama itulah mereka umpama orang asing. Bagi Zulkarnain dunianya hanya Danish dan pesakit dihospital. Zeeta sekadar 'teman serumah' bukan isteri yang wajib disayangi.
Malah, mereka tidur berlainan bilik. Zulkarnain juga jarang berkomunikasi dengan Zeeta. Cuma apabila melibatkan Danish, anak mereka, barulah mereka berhubung secara lisan. Selebihnya hanya melalui teks ringkas atau panggilan telefon.
Serentak itu, rasa berdosa menjelma. Tujuan Zulkarnain mengahwini Zeeta dulu adalah untuk membahagiakan wanita itu sekaligus membesarkan anak mereka bersama dalam suasana harmoni.
Sayang, matlamat perkahwinan mereka gagal kerana Zulkarnain masih lagi mencintai Jie. Hingga detik ini. Kenangan berdua masih segar diingatan meski masa beredar pantas berlalu.
Abi benar bila mengingatkan Zulkarnain supaya berfikir dua kali sebelum mengahwini Zeeta. Kalau saja Zulkarnain tidak tergopoh membuat keputusan dulu.
Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Satu keluhan dilepaskan. Zulkarnain perlukan Abi untuk berbicara saat ini. Hanya Abi yang mampu mereda gundah dihati. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-5-2015 09:58 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 20-5-2015 10:31 PM
Zarith Sofea hanya mampu mendengar luahan hati Zeeta. Memahami isi hati seorang wanita yang kecewa dikhianati. Ku Iz juga pernah meninggalkan dirinya kerana Jie. Walau akhirnya mereka sah bergelar suami isteri namun Zarith Sofea tak nafikan parut luka masih terasa.
Walaubagaimanapun, Zarith Sofea sedar Jie tak bersalah hatta sekelumitpun. Ku Iz yang menggilai Jie sejak zaman sekolah. Kebencian yang wujud dulu terhadap Jie hanyalah kerana cemburukan Jie yang mendapat tempat dihati Ku Iz. Itu saja. Jie malah tidak mengenali apatah lagi pernah menyakiti hatinya.
Zarith Sofea tak menyangka Zeeta mengulang kesilapannya dahulu. Memusuhi Jie. Bukan salah Jie jika Zack yang gagal mencintai Zeeta. Soal cinta dan perasaan bukan boleh dipaksa.
Malah, Zarith Sofea tahu Ku Iz masih teringatkan Jie. Tetapi itu bukan masalah besar bagi Zarith Sofea. Sepertimana Zack yang hanya mencintai Jie, Zarith Sofea sangat yakin Jie tetap teguh cintakan Zack. Dan, Ku Iz takkan berpeluang untuk mendapatkan Jie.
"You tak boleh macam ini, Zeeta.. Lupakan Zack.. Zul dah jadi suami you.. Cuba you belajar terima kenyataan.." Simpati dengan Zeeta yang hingga kini masih mengharapkan Zack sehingga hampir melakukan pembunuhan.
"Entahlah, Sofea !" Zeeta bungkam. "Even Zul pun gilakan Jie !" Satu keluhan kedengaran. Tiga lelaki yang Zeeta kenali tertarik pada Jie. Rayyan, Zack dan Zulkarnain. Tak pasti apa yang ketiga tiga lelaki itu nampak dalam diri Jie. Otak sebu untuk mencari jawapan.
Zarith Sofea yang tak pernah tahu sejarah silam antara Zulkarnain dan Jie tersentak. Mengertilah kini kenapa sahabat baiknya hilang pertimbangan.
"You isteri Zul ! You kena tawan hati suami you.. I boleh bagi you tips kalau you nak.." Petua yang diturunkan oleh ibunya memang berkesan. Ku Iz jatuh cinta jua berkat kesabaran Zarith Sofea.
Zeeta hanya menggeleng, tak berminat. Bukan hati Zulkarnain yang ingin ditawan. Diri masih inginkan Zack kembali.
|
|
|
|
|
|
|
|
mengada-ngadalaaa Zeeta ni.. sepak kang |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 23-5-2015 11:46 PM
Dari jauh Viana sudah mendengar deraian gelak tawa Zack dan Jie. Entah apa yang kelakar sangat. Padanlah Zack tak balik semalaman. Rupanya suami isteri itu menghabiskan masa berdua. Bersyukur Zack berjaya menjumpai Jie. Tumpang senang melihat Jie dan Zack sudah berbaik semula.
"Amboi.." Viana ingin menggiat. "Mommy, tengok Jie dengan Zack. 'Dating' sampai lupa si kembar."
Maznah hanya senyum mendengar. Lega melihat Zack dapat memujuk anak bongsunya yang keras kepala. Syukur kerana menantunya sabar melayan kerenah Jie.
"Ada orang jealous la , Baby.." Zack mengenakan Viana. Melentok manja dibahu Jie yang sedang duduk.
"Nanti you dengan Karl 'dating' I jagakan Khalisha pula ok." Senyum kemudiannya sambil merenung Khalid yang berada disebelah Viana. Khalid dilihat sedang melayan kerenah Khalisha. Danny dan Daryl kini bersama Tan Sri Isa.
"Kalau macam itu, sekarang boleh?" Viana ingin keluar bersama Khalid membeli belah. Berdua.
"No hal lah. "Zack pantas saja memberikan persetujuan.
"Thanks Zack.." Viana terus mendapatkan Khalid.
"Don't be naughty princess ! Papa and Mama going out for a while. Stay with Mommy and Daddy ok." Pesanan ditinggalkan kepada Khalisha.
"Ok !" Khalisha sudah terbiasa dengan Jie dan Zack bertutur selamba. Melambai saja Khalid dan Viana.
"Mommy !"
Danny dan Daryl terpandangkan Jie yang sedang duduk. Berlari mendapatkan Jie.
"Where have you been?" Danny menyoal. Sejak petang semalam sampailah ke tengah hari ini baru bayang Jie menjelma.
" I got something to do..." Nada suara Jie mendatar. Bersalah kerana meninggalkan saja si kembar lantaran menurut kata hati. Merajuk tak kena tempat.
"But Mommy already here, right? Why don't we buy ice cream and eat together?" Zack menyampuk. Tak mahu isterinya serba salah menjawab soalan Danny.
"Yeah !!" Daryl dan Danny melonjak keriangan. "I want magnum !" Si kembar bersuara serentak.
"Come ! We go together.." Zack mendukung si kembar. Kiri kanan. Danny dan Daryl memang suka dimanjakan sebegitu. Terkekeh ketawa.
"You dengan Mommy nak ikut tak?" Pandangan dihala ke arah isterinya. Jie angguk.
"Mommy nak join Jie tak?" Jie mempelawa Maznah yang bakal bersendirian menunggu Daddy di lobi. Maznah hanya menggeleng.
"Daddy pun nak 'dating' dengan Mommy ! Ingat orang muda saja boleh dating?" Dato' Hanafi yang baru selesai berbual dengan Tan Sri Isa muncul menyampuk. Memeluk mesra bahu Maznah. Terserlah kasih seorang suami kepada isteri.
"La, ye ke? Patutlah Mommy cantik semacam saja." Jie senyum kemudiannya. "Kalau macam tu Jie dengan Khalisha pergi dululah.." Jari jemari comel Khalisha dicapai.
"Bye Mommy, Daddy !" Jie pantas berlalu mengikut langkah Zack. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 semua bebaik je... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-5-2015 04:23 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 27-5-2015 07:29 PM
Melihatkan Zeeta yang sedang menung jauh membuatkan Zulkarnain ingin menyapa. Mungkin sudah sampai masa untuk tembok bisu antara mereka diruntuhkan. Tekad dihati hanya satu. Ingin membina mahligai bahagia dan mencintai Zeeta yang sah bergelar isteri. Nasihat Abi bakal dilaksanakan. Berikrar untuk membuang bayangan Jie yang masih dihati.
"Zeeta..."Jari jemari runcing itu digenggam erat. "Maafkan I !" Terluah jua ayat yang sekian lama terpendam.
Pertama kali menerima sentuhan lembut dari Zulkarnain sepanjang mereka berkahwin membuatkan Zeeta terpana. Terkejut.
"I tahu I dah lama abaikan you..." Zulkarnain kesal. "I nak bina hidup baru dengan you... Anak kita... Beri I peluang untuk cintakan you dan buat you jatuh cinta pada I.. " Tubuh tinggi lampai Zeeta ditarik dalam dakapannya. Air mata menitis.
"Tapi... " Zeeta kelu. Bayangan Zack memenuhi fikiran. Bertingkah. "I masih cintakan Zafrey.." Jujur sehingga kini Zeeta tetap mengharap agar Zack sudi kembali.
"I tahu.." Zulkarnain sedar dirinya tak tampan seperti Zack. "Kalau kekacakan Zack yang menawan hati you... I memang akan kalah... I sedar diri , Zeeta.. I tak setanding Zack.." Sudah lama tahu hakikat itu.
"Tapi sebagai suami you... I minta you consider.. Bagi I peluang untuk buktikan I mampu cintakan you.. I nak you buka pintu hati you untuk I... I akan pastikan kita hidup bahagia... Bagi I masa untuk tawan hati you.. Please !" Zulkarnain ingin memulakan lembaran baru. Berharap Zeeta sudi bekerjasama untuk mencapai kebahagiaan dalam perkahwinan mereka.
Zeeta masih lagi terpaku merenung wajah Zulkarnain. Ragu ragu. Takut tak mampu melupakan cinta pada Zack. Bukan rupa paras menjadi ukuran Zeeta.
Baginya Zulkarnain juga memiliki wajah yang sedap mata memandang. Hanya mungkin tak sekacak Zack. Cuma Zeeta sudah terlajak jauh mencintai Zack. Sukar untuk berpatah balik. Mengeluh.
"Tapi Zul..." Zeeta serba salah. "You cuma cintakan Jie... I tak rasa ini akan berjaya---"
Zulkarnain segera meletakkan jari telunjuk ke bibir merah delima Zeeta. Memintas butir bicara isterinya.
"Just lupakan Zack atau Jiha... Mereka dah bahagia hidup berdua.. I memang cintakan Jiha..I tahu you pun masih cintakan Zack.. Tapi berbaloi ke kita mengharap cinta insan yang bukan milik kita?" Zulkarnain tahu sukar untuk meyakinkan Zeeta.
Meminta agar wanita itu mengerti mereka jua boleh hidup bahagia seperti Jie dan Zack asalkan mereka berusaha untuk mencintai dan melengkapi hidup diantara satu sama lain.
"Zeeta.." Pandangan mata mereka bertaut. " You isteri I dan I suami you ! Pasti ada hikmah kenapa Allah satukan kita dalam ikatan suci perkahwinan ini.. Walaupun bukan atas dasar cinta... I yakin kalau kita berusaha , cinta itu akan tumbuh subur dalam hati.." Masih tiada reaksi dari Zeeta.
"Bagi I masa , Zul !" Zeeta segera bangkit keluar dari bilik wad meninggalkan Zulkarnain bersendirian. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|