Atlet Wilayah Persekutuan Khor Jing Hong mencipta sensasi apabila meraih pingat emas acara 20,000 meter (m) lumba jalan kaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Stadium Sarawak pada Isnin.
Lebih mengejutkan, Jing Hong yang membuat penampilan pertamanya mencipta rekod baharu temasya selepas mencatatkan satu jam 34 minit 38.20 saat (s) sekali gus memadam rekod lama berusia 20 tahun milik Thiyagu Manoharan dari Negeri Sembilan yang mencatat 1'34:56.10s pada 2004.