CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eva

saka... sapa ada experience?

[Copy link]
Post time 2-12-2007 12:26 PM | Show all posts

Reply #7 kroit92's post

tak faham atau tak nak faham
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2007 03:31 PM | Show all posts
aku pn x phm...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2007 11:39 PM | Show all posts
Sesiapa yang dah pulih sepenuhnya tu kongsi la ngan member-member di mana dan bagaimana kaedah rawatan yang paling berkesan.... silakan

(yang terlalu peribadi tu dikecualikan, yang boleh dikongsi sahaja)..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 02:05 AM | Show all posts
hai....

family saya n saya ada merawat dengan seorang ustad yang ikut cara islam n guna ayat al-quran. cara perubatannya dia minta barang-barang dari diri kita dari atas ke bawah  mcm tiga helai rambut, kuku, bulu kening n etc...lepas tu dia akan buang dalam sungai...selepas tu dia suruh kita org baca surah kulhuallah 100 ribu kali..lepas tu ada nampak kesan yang positiflah seperti mama n ayah i tak gaduh2 lagi...tapi saya rasa diri i masih diganggu kerana selalu dapat mimpi buruk n kena tindih..yang paling teruk masa makhluk tu tindih i, dia bersuara "aku sayang awak" itu yang jelas saya dengar, suara perempuan....memang menakutkan...i masih lagi dalam rawatan nak buang makhluk yang dah falling in love ngan saya...ayah saya perlukan 7 jenis duri pulak untuk next treatment
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 02:10 AM | Show all posts
kadang2 saya selalu salahkan family ayah saya...cos memang mereka ada bela something untuk jaga sawah padi yang berekar-ekar tu, dusun le...family mama saya clear..kesannya sampai lah generasi sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 02:47 AM | Show all posts
Originally posted by my^fluffy at 17-12-2007 02:05 AM
hai....

family saya n saya ada merawat dengan seorang ustad yang ikut cara islam n guna ayat al-quran. cara perubatannya dia minta barang-barang dari diri kita dari atas ke bawah  mcm tiga helai rambut, kuku, bulu kening n etc...lepas tu diaakan buang dalam sungai...selepas tu dia suruh kita org baca surahkulhuallah 100 ribu kali..lepas tu ada nampak kesan yang positiflahseperti mama n ayah i tak gaduh2 lagi...tapi saya rasa diri i masihdiganggu kerana selalu dapat mimpi buruk n kena tindih..yang palingteruk masa makhluk tu tindih i, dia bersuara "aku sayang awak" itu yangjelas saya dengar, suara perempuan....memang menakutkan...i masih lagidalam rawatan nak buang makhluk yang dah falling in love ngansaya...ayah saya perlukan 7 jenis duri pulak untuk next treatment


Salam fluffy,

Rasanya ni bukan saka, ni kes jin asyik (jin yang jatuh cinta dengan manusia).  Jangan salah faham saya bagi pendapat lain sikit ya.  Saya tak fikir awak dan famili telah bertemu dengan ustaz yang TIDAK benar-benar mengamalkan rawatan Islam....  Saya cadangkan awak beralih kepada rawatan Islam yang sebenarnya untuk kebaikan diri sendiri, dan jangan mudah terpedaya...

Suka saya mengingatkan  mengenai barang-barang yang diminta  seperti rambut, kuku dan bulu kening  selalunya disediakan untuk tujuan SIHIR semata-mata, diperlukan oleh dukun yang bersengkongkol dengan makhluk jin yang sesat lagi menyesatkan (maaf kalau kasar bahasa saya).  Apakah dalam keadaan terdesak sakit memerlukan bantuan begitu mudah untuk membaca sampai 100 ribu kali AlIkhlas?  ini semua adalah permainan orang tareqat yang bukan-bukan dan sedikit tidak berasaskan kepada syariat.  Saya nasihatkan awak dan keluarga menjauhi rawatan jenis ini.  Saya pasti 100% ayah dan ibu awak masih belum pulih dan awak sendiri pun mengaku masih mengalami gangguan.

Saya cerita ringkas bagaiman kaedah rawatan alQuran yang sebenarnya.  Perawat akan membaca ayat2 Quran didepan pesakit bertujuan untuk berdialog (bercakap) dengan makhluk halus yang mengganggu samada di dalam atau di luar badan pesakit.  Tertib menjaga adab Islam jika merawat orang yang bukan muhrim.  Bahan yang diperlukan cuma air yang boleh diminum, tak ada lain yang diperlukan lagi.  Perawat akan membaca ayat2 Quran dengan kuat dan jelas didengar semua yang hadir dan memberitahu apa ayat2 yang dibaca.  Perawat seterusnya akan dapat berhubung dengan makhluk yang mengganggu, jelas dan boleh diikuti oleh semua yang hadir, tidak ada apa2 yang dirahsiakan, seterusnya menggunakan kaedah yang sesuai mengalahkan makhluk halus tersebut.

Jika tidak keberatan sila pm saya bagi email address untuk cerita yang lebih detail rawatan Islam yang sebenarnya (nyatakan tempat tinggal).  Saya hantar pm tak sampai (apa masalahnya saya pun tak tau), hanya boleh membantu melalui email.  Incoming pm saya boleh terima.

Wassalam.

p/s:-
sila berhubung dengan puan noris dari thread "Disetubuhi oleh jin" untuk bertukar-tukar pandangan mengenai masalah ini kerana dia juga masih dalam proses rawatan.

[ Last edited by  kupia at 17-12-2007 03:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2007 03:47 AM | Show all posts
ustaz salah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 11:18 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 17-12-2007 02:47 AM


Suka saya mengingatkan  mengenai barang-barang yang diminta  seperti rambut, kuku dan bulu kening  selalunya disediakan untuk tujuan SIHIR semata-mata, diperlukan oleh dukun yang bersengkongkol dengan makhluk jin yang sesat lagi menyesatkan (maaf kalau kasar bahasa saya).  Apakah dalam keadaan terdesak sakit memerlukan bantuan begitu mudah untuk membaca sampai 100 ribu kali AlIkhlas?  ini semua adalah permainan orang tareqat yang bukan-bukan dan sedikit tidak berasaskan kepada syariat.  Saya nasihatkan awak dan keluarga menjauhi rawatan jenis ini.  Saya pasti 100% ayah dan ibu awak masih belum pulih dan awak sendiri pun mengaku masih mengalami gangguan.
...

mohon dapat perbetulkan mengenai maklumat yang ditandakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2007 01:45 PM | Show all posts
Originally posted by ianho at 17-12-2007 11:18 AM

mohon dapat perbetulkan mengenai maklumat yang ditandakan


Orang tariqat jangan kecik hati, ini maksudnya "tariqat yang menyeleweng", contohnya rawatan yang dinyatakan.  Mana ada rawatan Islam yang mintak barang2 tu semua rambut, kuku, bulu kening dan sebagainya, ini semua permainan syaitan.  Masalah ni kita kena bincang tempat lain tak sesuai dalam thread ini.

[ Last edited by  kupia at 17-12-2007 01:47 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 08:00 AM | Show all posts

20 tahun diganggu saka!!

20 tahun diganggu saka

    Oleh Nasron Sira Rahim
               

     

                  
'Sayadan adik beradik selalu terlihat lembaga hitam yang besar seakanmanusia setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling'

"SAYA menerima qada dan qadar ini serta reda atas setiap ujianAllah SWT tetapi kadang-kadang saya terfikir mengapa seseorang itusanggup 'mengorbankan' keluarga sendiri demi mewarisi adat nenek moyangyang jelas bertentangan dengan Islam."

Begitulah luahan seorang wanita selepas membaca rencanamengenai angkara Saka yang disiarkan dalam Dimensi, tiga minggu lalu.Wanita yang hanya mahu menggelar dirinya Alia, menghantar emel untukberkongsi pengalamannya lebih 20 tahun dihantui Saka yang diwariskandatuk kepada ayahnya. Berikutan itu, Alia menetap di luar negara untukmengelak pelbagai gangguan mistik dan menyeramkan angkara saka itu.Ikuti luahannya:
        
      Datuk meninggal dunia ketika saya masih kecil, baru darjah dua. Sebelum meninggal, datuk sebelah ayah lumpuh selama setahun.

Sejak kematian datuk, selalu ada kesan lebam di badan sayaterutama paha ke bawah tetapi ibu anggap ia perkara biasa keranakanak-kanak sering bermain, kerap jatuh dan terlanggar.

Ketika saya di sekolah rendah, ayah bekerja di negeri lainmenyebabkan kami tinggal berasingan. Ketika ketiadaan ayah, saya danadik beradik lain selalu terlihat kelibat lembaga hitam yang amat besardan berbentuk seakan manusia di rumah kami. Lembaga hitam itu setinggikira-kira dua meter sehingga mencecah siling.




                          Saya selalu demam terkejut melihat lembaga berkenaan. Saya beritahu ibu tapi ibu kata itu hanyalah khayalan kanak-kanak.

Disebabkan ayah bekerja di negeri lain, dua minggu sekalibarulah dia pulang melihat kami. Dua atau tiga hari sebelum ayahpulang, saya dan ibu pasti terdengar suara ayah memanggil tetapiapabila berlari ke pintu dan membukanya, saya hanya terlihat kelibatlembaga hitam.

Ibu selalu mengadu sakit pinggang dan bisa di kaki. Badannyaterasa seperti dicucuk jarum halus apabila ayah pulang. Dalam rumahpula, selalu muncul serangga seperti belalang bersaiz empat hinggalapan sentimeter panjang, berwarna hijau keperang-perangan dan merahmalah serangga itu berbunyi sungguh kuat dan berdesing.

Ketika kami berpindah tinggal bersama ayah apabila saya disekolah menengah, keadaan menjadi bertambah teruk. Saya selalu lewatbangun ke sekolah kerana setiap malam, badan terasa dihimpit lembagahitam yang besar.
                                Apabila bangun tidur, lebam sebesar syiling 50 sen atau lebih besarkelihatan di kaki dengan kesan gigitan. Pinggang terasa seperti pakumencucuk. Sebelum datang haid, saya ada lebam di paha dan kitaran haidjuga tidak normal malah kadang-kadang tiada langsung.

Sebelum muncul lebam, serangga seperti belalang muncul dalamrumah bersama bau bangkai yang amat busuk selain bau darah hanyir.Perkara ini kerap berlaku pada malam Jumaat dan badan saya akan berasapanas. Saya sering mengadu kepada ayah sebaliknya dimarahi dan memberipelbagai alasan.

Disebabkan terlalu kerap menghidap penyakit itu, saya, ibudan adik-beradik lain mengambil ujian darah kerana khuatir menghidapleukimia. Ujian darah bagaimanapun mengesahkan kami sihat.

Disebabkan keadaan kami semakin mudarat dan pemeriksaankesihatan moden gagal mengesan sebarang penyakit, kami cuba berubattradisional dan ramai pengamal perubatan mengatakan kami terkena sihir.

Ada antara mereka menyuruh kami mandi air garam, air daun,air tujuh masjid, tujuh kolah, tujuh perigi, air zamzam, meletak jaladalam rumah dan pelbagai kaedah lain tetapi lebam, bisa badan dan sakitpinggang tidak berkesudahan malah semakin teruk.

Perangai ayah juga berubah sejak kami tinggal bersamanya.Setiap malam Jumaat, dia bergegas ke rumah nenek tapi sebelum itu akanmengamuk dan naik berang tanpa sebab hingga kami ketakutan.

Kami terus berubat tradisional dan daripada seorang pengamalperubatan, kami diberitahu masalah ibu dan saya berpunca daripada'belaan' keluarga suami. Dia menyatakan lebam itu akibat jin belaanmemakan darah sebagai perjanjian menjaga harta benda dan anak cucu yangdibuat lama dulu oleh keturunan ayah.

Beliau menyuruh ibu membawa ayah berjumpa dengannya jikahendak berubat. Pengamal perubatan menjelaskan sendiri kepada ayah tapisebaik mendengar penjelasan itu, ayah benar-benar marah dan tidakpercaya. Dia menuduh keluarga ibu terbabit.

Kali ketiga kami datang untuk berubat, pengamal perubatanitu tidak lagi mahu menerima kedatangan kami kerana keluarganya kacaubilau dan isteri pengamal perubatan itu dirasuk lembaga hitam danberbulu. Yang peliknya, sesiapa saja termasuk pengamal perubatan yanghendak menolong saya dan ibu pasti dilanda musibah pelik-pelik.

Sejak itu, saya dan ibu sakit bertambah teruk - selaludemam, tidur malam terasa dihimpit dan bermimpi dirogol lembaga hitambesar.

Sehinggalah kami bertemu seorang ustaz untuk berubat. Selepasdiperiksa, ustaz itu mula menerangkan dengan terperinci perkarasebenar:

"Keturunan sebelah ayah dulu ada membuat perjanjian denganmakhluk itu melalui perantaraan seseorang yang dianggapnya sebagai'wali' ketika menuntut. Wali itu menghadiahkan 'khadam' untuk menolongmenjaga harta benda dan keturunan anak cucunya, membuka kebun selainmenjadikan orang lain melihatnya gagah, kuat dan berasa gerun.

"Selepas datuk meninggal, makhluk itu terbiar lama, tidakdiberi layanan dan ganjaran seperti janji tuannya dulu menyebabkan iamengamuk dan mahukan layanan. Sebelum kehadiran makhluk jin besarketurunan Ifrit jantan atau digelar hantu raya dalam budaya Melayu itu,akan ada bau busuk dan serangga seperti belalang atau serangga lain.

"Makhluk itu berbulu seperti mawas, amat ganas dan memakandarah dan air mani manusia untuk hidup, akan menggigit dan meninggalkantanda kepada semua keturunan keluarga ayah," katanya.

Ustaz itu juga menerangkan, makhluk itu kadang-kadangmenyerupai ayah dan sering merogol ibu dan saya ketika tidur. Apabilakami tidur, kadangkala bermimpi melahirkan anak kecil.

Makhluk itu juga berupaya mengacau-bilau dan memecah belahkankeluarga jika tuntutannya tidak dipenuhi. Ustaz itu menambah, jikatidak berhati-hati, kemungkinan ada kematian kerana makhluk itu mahukanmakanannya (darah) yang banyak. Saya tidak tahu betul atau tidak,tetapi ramai keluarga di sebelah ayah yang mati pada usia muda.Wallahualam.

Kami berubat tapi masalah lebam masih berterusan dan mimpidirogol masih berterusan. Saya juga kerap bermimpi anak kecil selainbermimpi melahir dan menyusukan bayi. Pernah sekali antara sedar dantidak, saya melihat lembaga hitam menyerupai ayah mengaku yang 'ia'sudah mati dan hendak memeluk saya.

Apabila saya sedar, saya menjerit dan lembaga itu hilang. Duatiga hari selepas insiden itu, bau hanyir darah memenuhi bilik. Semuacadar dicuci tetapi bau masih ada. Insiden pelik lain ialah bunyisesuatu menghempap bumbung dan mencakar siling terutama pada tengahhari dan malam.

Kelakuan ayah juga pelik apabila membiarkan sekeping bumbung(atap) rumah terbuka pada setiap bilik, meletakkan parang atau sebilahpisau kecil di bawah permaidani, katil atau kerusi dan makan dalamkuantiti yang banyak malah berpinggan-pinggan.

Ayah juga ada menyimpan keris kecil yang katanya, pusaka yangharus dijaga rapi selain sehelai kain putih berbentuk gelang yangdililit.

Setiap malam Jumaat atau malam Rabu, ayah memakai wangianyang baunya sungguh kuat dan membuka semua tingkap dengan luas. Ayahjuga tidak mahu tidur dengan ibu dan mengunci diri dalam bilikkeseorangan.

Pernah saya mengintai dan melihat dia bercakap seorang diridan ketika itu di luar rumah ada bunyi serangga seperti belalang yangberdesing kuat.

Ustaz yang kami temui juga pernah berkata, datuk saya itutidak boleh meninggal dunia selagi 'amalannya' diturunkan kepada warisketurunannya menyebabkan ustaz itu menasihatkan saya dan ibu memutuskanhubungan dengan ayah dan duduk sejauh mungkin bagi mengelakkan gangguanberterusan.

Alhamdulillah, kami mengikuti nasihat itu. Kini saya menetapdi luar negara dan dalam proses membawa ibu tinggal bersama-sama.Masalah lebam masih ada tetapi sudah tidak seteruk dulu.

Buat masa ini, saya mengamalkan bacaan beberapa ayat sucial-Quran dan bersolat lebih tekun untuk mengelak diganggu. Bisa dibadan dan mimpi dirogol atau dihempap makhluk hitam, Alhamdulillahsudah tiada.

Memang sukar untuk masyarakat mempercayai perkara ini,tetapi pada hakikatnya inilah masalah yang melanda masyarakat Melayuhingga kini.

Mungkin ada sesetengah pihak menganggap perkara ini remehtetapi amalan saka jika tidak dibendung membawa mudarat - perpecahanrumah tangga, perceraian suami isteri, syak wasangka, pergaduhan antarasaudara dan masyarakat, sakit misteri berlanjutan dari segi fizikal danmental serta hidup tidak lagi tenang.

Saya berharap jika ada sesiapa yang menghadapi masalah saka,berubatlah dan buanglah perkara jahil ini. Bertaubat serta kembalilahke jalan Islam yang sebenar dan percayalah kepada kekuasaan Allah danamalan Nabi dan Rasul.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 08:01 AM | Show all posts
INFO: Saka

Saka adalah amalan mewarisi jin atau syaitan untukmembolehkan makhluk halus itu memberikan pemiliknya pelbagai kekuasaanghaib seperti kekuatan luar biasa, kecantikan, pengaruh dalammasyarakat dan pelbagai lagi.

Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah syirik dan haram di dalam Islam.

Jin yang menjadi saka boleh memperdaya tuannya sepertimenjelma di dalam mimpi sebagai seorang yang warak dan kuat beribadat.Akan tetapi ia bagi memastikan manusia itu terpedaya dengannyaseterusnya sesat dari Islam.

Saka tidak semestinya diwariskan kepada saudarasedarah tetapi kepada sesiapa saja dan cara mewariskan saka pulapelbagai antaranya menerusi perbuatan seperti bersalaman, menerusilafaz atau menyerahkan barang tertentu seperti keris, cincin, azimattermasuk kertas bertulis ayat al-Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 09:15 AM | Show all posts
Bkn dah ade ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 10:31 AM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 13-1-2008 09:15 AM
Bkn dah ade ke?


dah adapun, apa salahnya ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 10:53 AM | Show all posts
kroit dulu dah bukak thread yang sama, merged.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 11:16 AM | Show all posts

Reply #5 kroit92's post

Apakah perasaan kroit apb mengetahui thread anda telah diklonkan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 12:01 PM | Show all posts

Reply #6 nik2121's post

mesti kroit nangis guling2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2008 12:09 PM | Show all posts
aku tumpang bersedih dengar cerita mamat tuhh....iskk...iskkk...aku plak yang sedih....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 02:26 PM | Show all posts

Reply #8 GRINDSAKHTANIC's post

Crite mamat mane ni? kroit ka?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 07:06 PM | Show all posts

Reply #6 nik2121's post

rasa kelakar..   
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 07:07 PM | Show all posts

Reply #7 aura77's post

tak jugak, sebab ada kembar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.135224 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list